Thursday, June 23, 2011

BAIK

dari kisah riwayat diri,
ambe adalah anaknda kepada sa-orang Arkitek terkenal dengan Stadium Runtuh yang direka bentuk olehnya,
itu antaranya..
namun hal lebih lama dari itu
yang dimana tlah menyentap kemampuan diri orang kita, dalam usaha memerlihara Agama dari dicabul..
Kesah "Iddin dan Shahirah" suatu ketika sohor dan digempakan dunia satu ketika dahulu, hingga ambe dan adinda ambe terpaksa diseret bersama dalam hal yang kami kurang faham dan tahu ketika itu, apa sebenarnya yang berlaku? dan menerima kenyataan bahawa sebelum ambe, tlah ada dwa lagi, abang dan kakak.

Buat ambe yang tak pernah berjumpa hanya menatap gambar sahaja, adalah sedikit teruja..Kerana ada kakak dan abang yang "segera" untuk disayangi dan dikasihi.
Kemudian penderitaan ayahnda ambe saksikan setelah kepulangan ke tanah air, setelah dibantu dari Australia, kawan yang entah dari mana kenal pun ayah ambe pun bingung, namun berhati emas untuk membantunya. Justeru itu, Uncle Nick dan Bryant bukanlah sa orang Islam membuatkan ambe terfikir, "dimana orang yang "Islam" di Negara kita yang ndak bantu Raja Bahrin?"

kalau ambe tanya sekarang pada ayahnda ambe, apa orang "sini" bantu tak abah?
dia mengelengkan kepala pada awalnya kemudian menjawab "bila dah balik baru sibuk semuanya, tapi syukurlah paling tidak ada lah sudi bantu kita Badrul"..

mengenali ayah ambe, dia sa orang yang garang, garang segarangnya.. jika sekali dia mengamuk, satu rumah terdiam membisu. Jika kipas rumah kami yang memekak kerana sudah berkarat tu bernyawa, ambe kira kipas tu pun berhenti.
dengan muka yang selalunya serious, buat ambe seram sejuk nak tanya apa-apa, kadang-kadang tu terpaksa garu kepala untuk mendivert kan tumpuan bahawa ambe nak keluar jumpa girlfriend.

bagi yang tidak membaca notasi ambe di FB, pernah ambe kisahkan hukuman yang pernah ambe dikenakan sewaktu ambe sekolah rendah, pada masa sama tlah memecahkan record di rumah,
kerana ambe adalah sa-orang maling, pencuri ketika itu.
sebatan rotan,tali pinggang ataupun tamparan dihadiahkan sebagai saguhati itu tidak sesekali buat ambe rasa ia adalah salah seandainya ambe terima, walaupun ketika itu 100% memberontak dalam diam.

pernah ambe berjudgemental kepada hukuman Agama sendiri, bisik ambe..Agama itu kejam, kerana ada Hukuman diatas kesalahan yang dilakukan. Puak Agama lain tak adapun menekankan bab ini sementara Islam hari ini keras sungguh dengan perjuangan Hukum..Sekali salah, Hukum. apa inikah treatment Allah taala kepada mereka yang lakukan kesalahan?
agak bahaya ucapan tersebut, sungguhpun begitu..Itulah ambe, yang selalu dan sering Radikal terhadap apapun hal.

beberapa tahun kemudian, bila membelek satu peristiwa, ketika Adam melakukan kesalahan, dia dihukum iaitu dicampakkan ke Dunia. terhenti seketika membaca kisah tersebut,
sedangkan mereka (Adam & Hawa) penduduk kampung Syurga ketika itu..Kenapa tidak Neraka aja dihumban?

mungkin disini, ekspresi "ooooo....!" dari mulut ambe menjelaskan ambe akan soal Hukuman tahun yang lalu.

dalam tidak sedar, "Kebaikan" tiada sekolah yang khususnya, tiada University ataupun College yang menyediakan PhD atau Master kerana Baik, lulus dengan Baik ada. namun darimana "Baik" itu timbul?
kerana teras kefahaman kita "kebaikan" adalah satu perlakuan yang bersifat murni, ada moral yang perlu dicontohi dan kisah atas kisah sebelum kita adalah bukti bagaimana amali seseorang mencapai kebaikan..

"Baik" lebih tinggi dan tak terbiaya atau tak terbuat dek manusia yang bijak-pandai, kerana itu maseh belum ada satu tempat khusus untuk memberitahu kita, disini belajar kebaikan. Tidak!
Alangkah didalam Masjid sekalipun, kini sudah jadi antara tempat tumpangan bayi buangan, atau pengisi politik kotor memburukkan parti lain dan melepaskan tidak puas hati kita terhadap pemerintah,
hakikatnya..kita kutuk Tuhan kerana Tuhan macam tak reti beri pemerintah bagus dan baik.

Kesimpulan disini, Dunia adalah tempat penebus kesalahan kepada mereka yang ingin kenal "baik".

ambe hingga hari ini, maseh belum rasa baik. alasannya, kerana ambe maseh disini. maka ambe belajar timba ilmu didalam sekolah Hidup yang tersisa. tak alim, tak arif, tak tahu menahu apa ini dan apa itu dan terus membiarkan radikal terhadap sendiri itu kekal begini.

Raja Bahrin buat ambe seorang ayah yang baik, kerana beliau jarang mengajar ambe bagaimana menjadi baik namun menunjukkan hal-hal pelik atau terbalik buat ambe cari, apa yang terbaik.
sebagai sahabat, Raja Bahrin adalah yang karib, kerana beliau kadang-kadang sahaja mengajak ambe pergi menikmati secangkir kopi bersamanya, yang sangat bermakna..Jauh lebih baik bagi ambe andai ndak bandingkan value moments yang beliau kongsi banyak bersama kawan-kawan atau rakan kerjanya yang boleh dikatakan hampir tiap hari bersama kawan sahaja..

Ini bukan complaint, bahkan ia adalah compliment yang tertinggi dan kepada antara orang lelaki yang paling ambe hormati.
biarlah orang nak katakan dia bikin Stadium tapi Runtuh, ambe tahu dalangnya bukan dia. Tugas Arkitek mereka bentuk dan menyediakan bahan mana yang sepatutnya disediakan. selain itu adalah tugas contractor, pengarah project dan sebagainyalah yang turut ingin sibuk membolot jutaan bahkan bilion wang dalam project kelam kabut tempoh tahun kelmarin.

bahkan hingga hari ini bayaran loan untuk memulakan project ini hingga siap pun maseh belum jelas, apatah lagi maseh lagi di silent treatmentkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. pokok pangkalnya cuma satu, korupsi. itu aje, dah kenyang, masing-masing angkat kaki dan cuci tangan. Inilah dia Kaki dan Tangan orang berbaju batik 24/7 kerana tema..

sebagai sahabat ataupun anak, ambe tetap membelanya. kerana itulah tugas sahabat,anak,teman atau siapapun kita dijadikan. itu alasan baik.
alasan tak baik, mungkin dapat upah sebab back up ke? hahaha...tapi itu tak mungkin lah, ayah ambe bukan orang yang makan jolok atau pujian orang yang mendewa-dewa. kalau ia sekalipun, ambe fikir tak salah, sebab anda berbuat baik pun dalam harapan dapat masuk Syurga.
Bau hakikat kenyataan itu pun ambe dapat rasakan ia tak baik.."eh, apa pulak, Syurga tu kan baik? apa salahnya kan?"
memang tak ada salah,
namun kamu tidak lagi berpegang pada asas dasar keikhlasan. anda tidak lagi jujur dalam perbuatan kerana mengharapkan balasan.. sementara orang Ikhlas, mereka langsung takkan minta apa-apa. bahkan bagi pelaku Ikhlas, mereka akan berhenti melakukan sesuatu jika tiba-tiba terlintas akan soal apa yang mereka ndak sebelum mencari apa sebenar nya Tuhan ndak dari kita?

pernah guru ambe menyampaikan kisah bagaimana seorang sahabat Rasulullah sanggup mewakafkan kebun nya hanya kerana waktu dia hendak solat, dan kemudian diganggu kerana ternampak seekor burung yang mahu makan buah-buahan yang ditanam olehnya.. maka diwakafkan belaka hanya demi mengenali kebaikan dan menjadi orang yang straightforward/jujur.
demikian antara kisah kali ini..kalau taukeh KLCC contohnya Islam dan cuba mengamalkan apa sahabat Rasulullah buat dulu, rasanya sanggup tak ye? dahlah KLCC..macam itulah aset ketika itu, kebun ditengah padang pasir dahlah susah nak cari, dah dapat itu kira bukanlah orang yang sembarangan. tak dikira lagi macamanalah nak siram kebun tu hari-hari memandangkan posisi yang ditengah kekeringan. andai ditepi-tepi sungai kira ok lah tu..namun pasti dan confirm ketika itu memang rebutan lah..sedikit sebanyak gambaran ambe dapat dari kisah tersebut, agar dipandang sebagai cabaran bagi kita. yang nak Agama, tapi banyak tapi la sikit..hahahahaa..

dan ambe pesanlah, bahanakan ambe rasanya dah cukup penat,letih atau lali dengan cemuhan dan ancaman orang-orang luar yang sering cari point untuk katakan ambe begini begitu, mereka akan tampil dihadapan anda dengan wajah yang berseri-seri dengan senyuman, kemudian itu didapati bahkan diberi penyaksian secara langsung akan rupa sebenar mereka ini.
yang baik..sering mengandungi seribu satu bahkan berjela-jela soalan-soalan,
tetapi tak pula ditanyakan pada empunya orang yang terdakwa. andaian bermain dalam lok-lok keris cabang akal kontot kita, jika berlok 5 maka lima sahaja lah limitnya..kemudian disangkakan tikaman belakang menggunakan keris tersebut tak pula berbisa, bahkan yang ditusuk itu pun cuma celah ketiak, begitulah kasihannya mereka yang tergolong dan terdorong dalam doktrin gelap yang entah apa agaknya ndak dibuktikan sebenarnya..
kita cerita bab kehidupan yang nyata,
yang kalau siapapun kaji dan fahami sendiri akan tahu takkan boleh lari pun dengan Agama.

bila sesuatu hal jarang diperkatakan, kita dah melatah dan kata "terlampau berat ni..guru mana ni??" pula disoalkan pada ambe,
padahal ambe yang patut tanyakan dia terlebih dahulu,
guru mana yang ajar kamu agar tuduh orang?
Mengetahui Alam ini luas, jangan kita sebutkan perihal Agama..suatu kerja yang murni demi mencapai kesucian diri.
baik Kristian hinggalah Islam sendiri, semua ndak berTuhan, tak ada agama tak ndak Tuhan. dan menganggap hidup terbahagi dua, baik dan tidak baik, hanya nanti untuk dipilih je.

Kita ambil kisah "Ayah Pin" sebagai contoh, sebelum timbul isunya kita dariantara ramai dah bulat-bulat mengatakan "Media ni tak boleh pakai, penipu dan sekutu firaun.."
bila wujud "Ayah Pin", kita yang ambil cubit-cubit fakta mengenainya dan langsung tuduh dia sesat. Pendapat kita berubah disitu hanya kerana bahan yang kita kutuk sendiri dan mungkin sekadar sampai dari ceritera mulut ke mulut.

sementara ambe, boleh juga dikatakan antara yang tertuduh dengan tujahan seperti itu pun mengajilah hal Ayah Pin ni..Kata orang dia begini kemudian begitu, memang betul banyak hal pelik diamalkan olehnya ditempatnya, namun seperti pendakwa orang ramai yang menuduh sehitam-hitamnya berdasarkan video rakaman,gambar dan beberapa kerat pengakuan dah kita muktamad untuk menghukum. sedangkan kita ini sendiri belum tentu yang beragama atau tidak. Buruk sangka, hal pertama dah buktikan kita ni semacam orang yang tak beragama, hanya Pagan atau Freethinkers sedangkan Agama yang lain tetap mengamalkan baik sangka terhadap orang lain biarlah apapun dibuat, minda mereka tlah di set bahawa ini semua ujian dari Tuhan..Semua Agama tahu untuk kenal Agama itu Mujahadah/Susah Payah.

kita disini, besar perut, besar kepala dan sebagainya hanya nanti Ustaz datang kerumah atau pejabat anda untuk ajar anda serba sedikit mengenai Agama. Apa lagi berduyun-duyun orang hari ini seperti suruh Ustaz tunggu di Masjid atau Surau, sedangkan tertib Guru-Murid pun dah salah disitu. Murid cari Guru, tunggu Guru, tapi kita buat Guru nantikan kita..yang paling biul sekali seorang "Guru" yang boleh berurusniaga dengan pengetahuan yang disampaikan, justeru menganggap itu adalah "Ilmu"..

Pluralis tak pernah wujud dari benak fikiran ambe, walaupun banyak hal ambe kemukakan seolah-olah menyamakan Agama semua sama. Sama tak ada, kerana nama pun dah lain, jelaslah ia lain belaka.

Hal Ayah Pin dan kisah Kerajaan Langit nya, jadi bahan ketawa orang ramai ketika itu, namun kerana keyword "Kerajaan Langit" tlah menyadarkan orang yang tepu akan soal ada atau tidak sebenarnya?
Ambe jawab, Ada. Baca peristiwa Israq Miraj Nabi dan anda akan tahu apa baginda naik dan saksikan semuanya. Soal logic atau tidak, tanyakan dahulu soal rasa dan perasaan. Huraikan itu bagaimana rasa itu dapat dibeza jika tak ada orang beritahu kamu bahawa ini rasanya manis dan itu pahit atau jelaskan soal rindu atau sayang apa rupanya dan siapa pemiliknya, hanya ia dituju pada tertentu, diatas pengalaman tertentu..maknanya disini semua berdasarkan atas penyaksian sendiri,
apa kita lihat dalam mimpi atau jaga, logik dan fantasy bergolak dari antaranya, itupun kita dah mula kelu.

dah lah kelu, kita dakwa orang ni pandai bermain berkata-kata,
manis mulut dan bermadah pujangga, gila ke apa? kamu orang yang pandai-pandai cakap begitu dulu pun ambe dah dari awal anggap "pandai" itu lebih. hanya yang memulakan sesuatu lebih pandai, pihak kedua berkata itu dikatakan menjawab, dahlah menjawab itupun dah jelas nampak bodoh diri, selepas itu bohong dan akhirnya itu sombong. Sementara kata ambe hanya mengesahkan ia, semoga pembaca tidak menjadi seorang yang tugasnya judgementalist, nanti dulu fasal siapa salah atau betul. Soal bab kebaikan. Ayah Pin buat kerajaan apa sekalipun baginya benar, pergilah buat usaha jika kita betul risaukan. kalau sekadar bahan sembang, kerana yang dilebih risaukan adalah diri, la kum din nukum wa li ya din udah la..yang nak tambah api lagi buat apa? api sensasi itu untuk renungan atau hiburan?

Nabi Muhammad pun beri ruang bagi orang Kafir untuk mengamalkan apa mereka kehendaki, bahkan era Kekalifahan, Islam tersebar 3/4 dunia, namun maseh dibiarkan 1/4 itu wujud. Kerana untuk kita faham, Islam tidak memaksa siapapun.

ok, berhenti bab Agama sebab ambe dah rasa macam nak mula menipu pulak, cakap banyak, bukan sedikit menipu, kadang-kadang tu tak sedar apa kita cakap ini samaada dari diri atau asli dari sendiri.

kita sambung pasal kebaikkan tadi,
walaubagaimanapun, bersyukurlah pada mereka yang tiada kelulusan pengajian tinggi,
paling tidak, mereka bersedia menerima Kehancuran diri diatas Kemenangan yang bakal Dia janji kan..yang serba Murah dan maha Kaseh.

Berbuat Baik biarlah berkali-kali,
kata orang Melayu dulu..fahaman ambe hanya satu, buat baik sekali pun tak menjanjikan kita baik, maka buatlah berkali-kali kerana yang menilai nya bukan diri sendiri, namun orang lain.

Buat Jahat jangan sekali,
sambungan ayat tadi, hanya menumpukan atau ditujukan KHAS kepada mereka yang ndak sangat buat jahat, yang ndak sangat kenal kejahatan, maka buatlah berkali-kali, jangan lah sekali aja. tadi kata Jahat. buatlah betul-betul..
ringkasannya:
andai dah tahu diri itu banyak kejahatan, tak payah lah buat lagi. itu aja.

Baik atau tidak, tugas kita bukan mendakwa orang. sebab semua orang diberikan tasks yang sama.. Pilihan sahaja merancang akhir kita bagaimana sementara Tuhan sahaja yang menentukan semuanya.

BERBAIKLAH itu paling terbaik dari segala kebaikkan.

Maaf dari ambe diatas sarwa kata kesat, memang sengaja!

KBD