Tuesday, June 28, 2011

Air mata Sahabat

sayu kalau ambe kenangkan,
tiap pagi atau malam, jadi igauan..

ada kawan yang masuk dalam kamar hidup kita dalam pelbagai keadaan,
sekadar menyapa..tapi mengusik kewujudan Nafsu.
suka itu ini jadi penentu waktu itu.
waktu paling tidak anda suka, Kawan yang anda suka pun hilang, jadi Hantu.

kemudian usia lanjut..kerja-lah dalam menanggung peranan,
sakit kepala kita berakal seperti manusia lain yang melata dimukabumi ini buatkan kita kusut,
kusut rambut boleh disisir, kedut otak siapalah boleh sterika..agar terbentang sarwa ingatan bagai satu hamparan monitor,
senang nak cari, macam Google atau mana-mana search engine di internet..
tapi ambe maseh jauh dari Tuhan kerana ambe banyaklah salah, nak tarik connection macamana?
istilah Rakan pun jadi hambar setelah mencapai suatu kerja yang selesai..beredarlah semuanya..

dalam berkawan atau ber-rakan,
adalah satu kenalan yang ambe diperkenalkan melalui scenario yang pelik tapi benar,
dia dijadikan Teman yang paling ambe diamkan,
ambe tak suka andai Teman ambe diganggu orang lain yang ambe kenal, kerana ia Khas buat ambe,
tapi disini tak ada..maseh belum ada, semua dah berpunya kawan atau rakan yang sama.
Teman sepatutnya yang Rahsia..kerana Rahsia buatkan Teman itu Istimewa.

sementara menjabat setiap puluhan atau mungkin ratusan kenalan,
ada berjutaan sel atau bakteria hidup melekat ditangan ambe,
tak ambe cari Hand Sanitizer untuk membersihkannya..walaupun tempoh hari kita diseru kera-jaan untuk menghindari wabak H1N1.
ambe tak Yakin kawan-rakan atau teman ambe itu babi,
biarlah mereka makan babi sekalipun..tak siapa yang pernah datang padanya dan beri petunjuk pasal bahayanya makan babi,
hanya katakan Haram makan babi adalah melalui blog-blog,artikel,akhbar atau media yang di anggap buat mereka itu suci.
namun ambe biarkanlah,
ambe pun tak tahu berapa lama sebelum itu pernah menggaru punggung sendiri atau menggorek gigi bahkan mengesat hingus dari hidung ambe yang selesema tiba-tiba.

yang ambe cari adalah Sahabat,
yang kalau ambe belek Sirah..bukanlah yang Islam tiba-tiba dan Instant.
namun mereka yang unggul itu dari awal sudah nekad agar percaya akan Nabi Muhammad,
Rasulullah....
tinggal kan semua demi Nabi, kerana Nabi putuskan begitu..
"Bodohlah kamu" kata Isteri Sahabat,
"memanglah"..jawab antara mereka maka bingunglah Isteri yang dari awal tlah menggugat kepercayaan yang tlah mereka temui ini.
andaian ambe, Sahabatlah paling slumber..yang akui kebodohan dan kerana itu mereka ndak berguru, perlu berguru dan merasakan wajib berguru.

ditunjuk ini..percaya,
disuruh buat itu..percaya,
andai kita tonton sendiri..mesti akan dari kita katakan "apalah bodoh sangat mereka ni, tak ada akal ke?"

ambe akan gulung akhbar semalam dan mengetuk kepala yang berkata,
dan seandainya mereka naik berang..ambe akan berkata "biarlah mereka dengan urusan mereka, tak baca surat khabar semalam ke?"
ambe pula ditanya "kenapa dengan semalam?"
maka ambe ketuk sekali lagi dengan surat khabar hari esok..
pasti berang mereka bertambah,
"apa hal kamu ni?"
ambe jawab, "bacalah surat khabar hari ni"
"kenapa dengan hari ni? sedangkan kamu ketuk kepala aku dengan surat khabar esok?"
eh..tahu pula surat khabar bila.. bisik ambe diam,
"dah habis tu?"
sebelum ambe angkat kaki dari dibaling kerusi, ambe kata padanya "tak habis lagi kisah kita, dalam surat khabar kita bacapun tak kita buat apa-apa melainkan bersungut aja, orang didepan anda buat kerja pun nak sibukkan..apa kita benar BACA atau kita hafal atas tujuan agar disebarkan? kalau tak buat, baik tak payah..itu kerja lebih teruk dari BODOH dan yang BODOH legend itu kamu lah..banyak tanya dan tak buat apa-apa"...

sementara itu sekadar fantasi kesetanan ambe,
yang suka berandaian macam-macam bersama imaginasi Jin sejute ale.

namun dalam pengertian yang ambe ingin kemukakan,
dengan mengenal Sahabat itu tak siapa tahu siapa Sahabat sehingga dia sanggup berkorban untuk kita,
korban disini konteks yang luas,
duit dah jadi tak bernilai apa-apa baginya,
barang dah jadi tak ada makna apa,
walhal anak pun sedia buat kita..atas dasar memerlihara silaturrahim dan mengalirkan darah daging persahabatan itu agar dimasa hadapan nanti jika ada, orang akan memandang bahawa amalan ini sangat terpuji.

flash back bayangan ambe terhadap Sahabat-sahabat ini ambe sungguhlah jadi naik sayu di tengah jam 4:14 pagi ini..

mengenangkan nasib orang lain yang sunyi, sementara ambe ramai bersahabat, berkawan, ber-rakan atau berteman.
bukan kerana ambe baik, namun kerana keadaan yang menemukan ambe..

kita belum pernah ada di kondisi mempertahankan Sahabat sendiri,
bahkan bab kerja pun kita sanggup tipu Rakan kita sendiri..serba-salah atau tidak itu terserah, namun menimbulkan syak curiga hingga hati kawan kita yang anggap diri sebagai Sahabat.
itukan penyakit batin, dan ubatnya hanya ketelusan dan kejujuran..biarlah sakit sekalipun tapi yang penting, jujur..
berapa kerat hari ini penipu besar pada keluarga sanak saudara sendiri bahkan pembohong pada Sahabat?
tanya lah diri.

andai anda mengambil Air Mata Sahabat untuk jadikan bukti persahabatan,
ia akan kering..dan Sahabat perlu menangis lagi kuat hingga berdarah air matanya hanya kerana kepentingan kamu yang begitu tolol dalam mengertikan sahabat perlu bukti yang logic sedangkan pertemuan kamu dan dia tetaplah yang luar dari dunia ini sendiri, di temukan oleh Ya Wajeed sendiri agar Ghaffur lah sesama kita.

Sahabat adalah konteks paling tinggi andai kamu ndak banding dengan kawan-rakan-teman-taulan-kenalan bahkan keluarga sekalipun kerana dalam beragama mengamalkan Persahabatan di Dunia dan Akhirat.
Sahabat adalah cermin pada diri sendiri, itu pepatah yang berkurun berdiri sebagai nisan peringatan kita belaka.
kerana menjadi Muslim dan Muslimah menurut Islam kita dituntut hidup dalam satu bentuk sistem atau Jemaah Usrah.
berkeluarga yang lebih besar..

Namun hari ini, ada kita peduli dengan hal itu?
dan kalau kita benar peduli, bagaimana kita hendak amalkannya?
dengan cara 3 lain hari ini atau pertubuhan yang berbentuk "kamu pukul adik aku, aku balas balik..faham?"
sedangkan kamu sesama kamu sujud pada Tuhan yang sama.
apa hal dengan kekerasan? paksaan? hukuman?
"yelah..ajar tetap ajar"..

heh..yang ambe tahu kamu yang kurang diajar.bahkan orang macam kamu ini lebih teruk dari orang gila menggunakan anugerah tangan dan kaki agar sampai segera hukuman dikepala cucu cicit Adam sendiri.
BODOH!

walhal,
bukanlah susah untuk bersahabat,
kenali diri orang itu, fahami orang itu, tunaikan hak orang itu dan korban untuk orang itu..

nak berawek pun senang..lecehlah lelaki sama lelaki pun buat payah!

..dan orang yang Sahabat antaranya yang faham serba satu kondisinya,
mengalirlah airmatanya(tiba-tiba teringat lagu Eric Clapton-Tears in Heaven)
baik dizahir atau batin..kamu bilang
"BERSABAR lah."
dengan penuh pengertian SABAR kerana kita semua sudah berada dalam ujian yang lebih-kurang sama.
dan belanjakanlah segelas minuman diatas wang yang itu sahaja anda punya tanpa ada terlintas untuk ungkitkan lagi..
agar terpadam atau rendah lah kiranya amarah diri itu,
itupun dah cukup jujur dalam usaha menunaikan hak.

dan masa,tenaga,harta atau nyawa mu dari awal masa sebelum pergi mengambil sahabat anda hinggalah menghantar dia pulang kerumah semula.
itupun sudah cukup untuk dikatakan korban yang mungkin sahaja sepanjang perjalanan pergi atau balik, anda tlah kesuntukkan masa untuk berehat, atau perlu isi minyak dengan duit yang semput-semput ada ataupun mungkin dijalan yang berliku-liku itu sebentar nanti anda ditimpa kemalangan..siapa tahu kecuali Tuhan?

sudah cukup "Islam" pada ambe,
jika kita ndak jadi Islam yang benar IKHLAS tak pernah tuntut kecuali memberi.
maka tahulah bahwa air mata sahabat itu adalah paling bermakna,
andai berat dikepala dan jiwa memikirkan nasib sahabat lain..yang turut ambe kira "Fikir risau Umat"
walaupun satu orang kata tak menepati konteks Umat, lebih baik dari tak ada terus.

tapi jangan PERASAN sudahlah.

KBD