Friday, June 24, 2011

kar-YA

bagi yang kenali ambe sekarang,
mereka akan katakan ambe adalah yang anti sosial..yang selalu sahaja condemn dan melarikan diri dari suasana "trend" semasa,
pada awal kesedaran itu ambe pun terfikir, kenapa macam tu?
adakah ambe kurang suka pada orang yang suka pada apa mereka sama-sama nikmati?

tahun 2011,
tahun dimana industri reality hiburan Lawak dan Hantu dah sampai pada kemuncaknya, jika kita tengok di luar secara melata dengan kadar neutral.
kalau tahun kelmarin, orang-orang kita disampuk oleh penyakit "popular" dan kemudian berduyun-duyunlah cuba menguji bakat untuk program reality show nyanyian seperti "Malaysian Idol", "One In A Million" , Mentor ataupun "Akademi Fantasia"..
buat ambe, yang juga adalah antara penyanyi kumpulan Dendang Anak hampir selama 6 tahun, show atau lebih kami gemar memanggilnya "maal" dalam atau luar negara, di majlis rasmi ataupun majlis pernikahan. Boss besar kami tidak pernah memilih bulu ataupun cerewet dengan platform apa yang disediakan oleh penganjur yang menjemput kami. Mana dipanggil, pergi. Sebab kami hanya berkarya untuk sampaikan apa yang kami dendangkan. dengan harapan kesan itu pada apa kami sampaikan, bukan kerana siapapun dariantara kami ini. Itu sahaja matlamat kami.

bergiat dalam perihal kesenian, kebudayaan yang mengangkat martabat nilai-nilai asas kemanusiaan sebagai bahan tonggak, kami juga mengajar orang lain untuk bermain muzik, baik di dalam Malaysia, sudah merata-rata kami dicampakkan, dan di Indonesia, satu kejayaan kami terbesar adalah di World Music Festival Riau, Hitam-Putih, bertempat di Pekan Baru, Riau, Sumatera,Indonesia dimana kami diberi kepercayaan untuk mendidik dan develop anak-anak sekolah rendah seramai 100 orang lebih-kurang agar dapat menjayakan persembahan di malam penutup nanti.
semua itu bukan dinilai atas kebanggaan, namun dikumpul agar dibandingkan belaka semoga hakikat yang satu mendapat pembuktian..selagi mereka cukup sifat, mereka boleh lakukan.

ada orang mengeluh pada ambe, "saya tak boleh menyanyi macam abang".. ambe tanyakan pada dia semula, "apa boleh cakap dengan baik kan?" dia menjawab, "iya"..
maka itu pun sudah satu bukti bahawa kita semua boleh menyanyi,
kerana menyanyi adalah olahan getaran bunyi yang terbit dari angin yang digeserkan melalui perut, dada ataupun tekak.

apa yang ndak dibangga-banggakan oleh penyanyi yang kita kata "eh sedap lah suara dia.."
walhal jika anda berusaha lagi dan lagi, dapat nya..percayalah.

tapi obsesi hari ini dah jadi satu kegilaan untuk jadi top, agar terkenal dengan alasan yang konon relevant untuk diterima ia adalah "cari makan" kita.. ramai sahaja penyanyi terkenal hari ini maseh berniaga siang malam untuk menjana wang yang langsung tak ada kena mengena dengan nyanyian. disini, apa maksudnya?
maksud ambe, ketentuan rezeki kita bukan pada apa kita sangka kan..ia sudah diatur berdasarkan pilihan kita ambil.
dan amatlah kasihan pada mereka yang rasa berkarya itu satu kerja, anda nyanyi, kamu bayar, anda menulis, pembaca membayarnya..sedangkan karya seni itu, (bagi fahaman ambe yang cetek lah) adalah satu perkara yang tak ternilai sebenarnya..

menyentap emosi satu dewan yang berisi ratusan ribu penonton kerana nyanyian atau lakonan atau pembacaan puisi anda satu anugerah kurniaan Tuhan buat ambe, logically untuk difikirkan walhal ribuan lautan manusia datang dari latar belakang cara hidup yang berbeza,
tapi macamana semua boleh menangis atau gembira dalam kadar serentak? siapa pencetusnya? bukankah yang berada diatas stage tersebut?

bila ambe kata tak perlu dibayar penyanyi,pelakon atau mana-mana penggiat seni. ambe tak berkata jangan pedulikan mereka, katalah jika anda adalah penganjur, tentu-tentunya sudah menjadi sebahagian dalang yang menemukan audience dan performer sepatutnya telus, bahawa bayaran buat mereka sebenarnya terpulang pada keikhlasan kamu. kenali siapa anda panggil, fahami apa yang hendak performer itu sampaikan dan adakah ia menyokong matlamat anda bagi sesebuah event tu?
bila anda dah jelas dengan itu semua, mesti anda pun segan..kerana anda sebagai orang tengah tlah membuka hati kepada dua-dua belah pihak,baik performer atau penonton yang datang.

nak sebut bab harga kadang malu, anda ikhlas, berikan lebih dari apa ditetapkan. "eh kenapa pulak macamtu?"
kerana yang menetukan sejauhmana anda benar hendak kenal ikhlas atau tidak adalah mengalahkan ketidaksanggupan,
satu tahap yang tinggi kerana ia hampir sahaja menggugat kemampuan bahkan diri anda sendiri.

amatlah bohong kita dapat belajar Ikhlas tanpa Susah Payah dan sekadar selesa dan buat kenyataan besar-besaran, anda derma 10 sen pada rumah anak yatim pada masa sama menuntut agar nilai sekecil itu dipandang,disanjungi dan dihormati kerana betapa menjaganya maksud "ikhlas"nya mereka sebelum timbul makna riak pula,
sedangkan kita selaku orang ramai tahu, anda adalah jutawan. Dasar yang pernah dipraktikkan dalam Sejarah orang lama pun sudah nyata, hanya untuk mengenali "Ikhlas", orang kaya setara manapun, tinggal semuanya akhirnya jatuh papa kedana, miskin dan hapus semua kerananya, fasal terakhir..sememangnya "Ikhlas" adalah dari Korban.
Hari ini korban kita apa? Lembu? kamu lebur lah RM3k kerana seekor lembu, namun anda sudah ada pergantungan harap pada makhluk, kata kita "tak apa, hutang Mamat RM3k boleh cover"
weh..belajar Ikhlas dengan Tuhan, bukan orang. ambe atau ustaz mana-mana, boleh beritahu hal ini secara teori, sedangkan keyakinan Agama disaksikan melalui praktikal, amali!..

motif nya cuma satu. anda terima satu berita baik, anda suka, dan berterima kasih pada orang yang menyampaikannya, tapi apa anda berikan pada orang itu sudah dikenal pasti bahwa ia 100% difahami sepenuhnya atau hanya sekadar mainan akal sendiri?
fikirkanlah..

berbalik pada hal sebelum,
"Menyanyi,melukis,bermain muzik apatah mencipta lagu itu termasuk dalam konteks seni, mereka digelar orang seni atau seniman adalah kerana mereka berkarya. juru hasil karya akan digelar karyawan diatas bukti bahan karyanya,
masaalah berkarya akar nya cuma satu namun terbahagi dua tunjangnya:
andai karya itu diletakkan harga, bermasaalah(itu satu). tidak diletakkan pun juga masaalah(itu dua).

terus bagaimana?

maka kenalilah masalah apa sebenarnya bila anda berkarya selalunya,
"diri"
yang buat ia bercabang dua pula itu kerana "pilihan".

semua benda kita lakukan ada risiko, itu kita tahu. namun bolak balik kita buatkan ia menjadi alasan, kemudian alasan dituding
khususiah buat orang lain atau benda lain atau hal lain atau perkara yang tak dapat dijangkakan.
itu semua kan disebut ketentuan, orang lain..sama macam kita, terbahagi pada pilihan. nak buat baik atau tak baik.
benda lain itu memang aslinya begitu, kita yang tak tahu menahu mungkin apa "benda" itu.
hal, itu dimana-mana..kamu cari hal, hal pergi padamu. maka kamu yang pilih untuk mengadakan suatu "hal" yang pastinya dapat dielakkan.
perkara yang tak dapat dijangkakan,
itu kan ketentuan, ketentuan sah datang dari mana? pasti ada penciptanya.

kalau pokok itu bermula dari benih, merekah kemudian menjadi akar, bercabang tunjang terjalin bersama akhirnya melahirkan satu tanda kehidupan di atas tanah, setelah lama menerbitkan dedaunan yang lebat sewaktu ia makin tinggi keatas, semua itu kan sudah sunatullah?
apa mungkin pokok dapat memilih untuk tidak menegak ke langit bagi mencari sumber cahaya?

itu makhluk lain, jangan anda umpamakan diri anda yang sesumpah sepenuh masa.
anda satu-satunya penentu kehidupan yang Tuhan anugerahkan jaga apa yang ada disini. siapa yang memilih menebang pokok dan membikin kota, bangunan megah tinggi? babi atau orang?
atas karya pinjaman kita jualah ia..olahan itu menciptakan satu hal yang baharu, bangsa pun salah satu bukti.
bagaimana spesifikasi Arab dan apa bezanya dengan India yang berkulit hitam, berbibir tebal dan sebagainya. apa bezanya pula Cina yang rata-ratanya sepet, berkulit separa masak atau tanned dengan orang eropah yang berbadan besar,tinggi dan hidungnya mancung melampau. apa lagi Melayu sendiri.
semua itu Karya Allah, dijadikan bangsa agar kenal mengenali dari firmanNya..

kita cakap hal Agama kemudian compare manusia yang berbeza dalam konteks fahaman Agama. tak akan tele lah..
kerana pada Allah semuanya maseh sama, sabda Nabi.

cuba cakap hal Bangsa kemudian compare manusia yang berbeza dalam konteks fahaman Bangsa masing-masing..
pasti berbeza. sebab beza itu memang ada. jika semua sama diamal dalam kehidupan, manusia tidak akan belajar kenal apapun. dah buat apa nak kenal, sama je semua.
maka perbezaan wujud atas dasar Kenal.

dalam cadangan ambe, dimana fungsi istilah Bangsa dan Agama yang seringkali kita confuse hari ini. ambe ambil contoh kepada satu macam karya yang ada, katakanlah ia lukisan Potret Monalisa, dan apa motifnya, apa maksud dan mesej penyampaian lukisan tersebut hendak ceritakan hari ini?pelukisnya, kita tahu tetaplah manusia (yang sama), namun tetap kita berbahas dalam membezakan ia, tak kiralah kecenderungan jenis bahan digunakan ataupun background nya-begitu juga dengan hal Bangsa, anda nampak ia berbeza yang amat dengan lukisan The Virgin and Child with St. Anne walaupun pelukisnya adalah diperakui "sama"..

kita usah tanya lagi soal karya kedua dengan pertama itu namanya lain, kita ambil soal warna dahulu, mengapa tidak hitam-putih dan kenapa berwarna?(merujuk nama Bangsa),

kemudian, kenapa tema warna digunakan lain?(diumpamakan warna kulit sesebuah Bangsa, gelap,cerah,sawo matang dan sebagainya),

penentuan warna-warna pada tempat-tempat digunakan berlainan?(mungkin disepertikan pada bahasa Bangsa, yang saling berkait, warna yang bercampur menjadikan satu warna baharu sedangkan ia "pinjam" dari dua atau tiga jenis warna lain..tapi perlu sesuai pada tempatnya juga dan janggal andai suasana tak kena),

corak warna digabungkan berlainan dengan gambar yang satunya lagi? (mungkin sekali ibarat ambe yang itu pada budaya atau mood ketika itu..adalah tetap "budaya" di langit jika senja, langit berwarna gelap kemudian pagi warnanya terang-terang dan sebagainya)

akan tetapi, jenis warna yang didapati ada hanya pada tempat tertentu sahaja?(buat ambe, mengibaratnya kepada soal adat sesebuah Bangsa..kerana ambe yakin dari Adat lah adanya Undang-undang..Hijau dimestikan pada rumput dan daun, namun boleh juga berubah menjadi warna lain andai ia terlalu rumput atau daun tersebut ndak digambarkan waktu itu kemarau atau tengkujuh)

dalam me-link atau jalinkan hubungan tersebut, apa persamaan yang ada. disinilah pengibaratan ambe membawa soal kita pada Agama.

baharulah soal SIAPA itu wujud,
kerana SIAPA itulah pencipta karya kedua-duanya,
apakala kita tahu siapa, iaitu Leonardo Da Vinci. buat yang ndak mengenali dirinya, maka dia mengkaji,mendalami,mengerti dan pergi ke tempatnya, agar bukan sahaja diketahui..malah dikenali. walaupun dirinya sudah mati atau tiada di kenyataan.

tak faham? tak perlu pun jika malas. tapi kalau rajin tapi tak faham-faham dengan penerangan ambe hal ini, mungkin anda maseh bergantung pada pemahaman orang lain, atau diri anda sendiri. fikir anda perlu kosong dalam mengetahui, semua perlu dikosongkan agar kefahaman itu disalurkan.

seni satu hal yang halus. maksud seni pun kehalusan.
untuk faham sekadar faham pun takkan habis, sebab itu maseh ada perbalahan antara kita, debat untuk hebat dan sebagainya diatas kefahaman teori masing-masing hanya untuk menegakkan dirinya sahaja yang benar. Seni lahir dari keyakinan.
seurat rambut dibelah tujuh kemudian dalam tujuh itu dibelah lagi tujuh..itu bukannya pengibaratan seni?
bukan sahaja Allah adalah Ya Hasib namun Ya Latif juga!

Konteks seni Luas.
hingga hari ini maseh tak terlesai keluasan hal seni. malah diubah-ubah dan diolah pelbagai oleh manusia yang meminjam nama Al-Khaliq bagi berkuasa menggunakan dalam kehidupan mereka.

TV atau Bioskop/Movie dibikin hari ini,
nak pertikai kan bagus atau tak bagus..ambe rasa baik tanya dulu tujuannya.
sungguhpun ambe kuat protes pada persamaan yang kita wujudkan hari-hari yang begitu suka sangat tengok cerita Hantu atau Cinta, pada zaman sebelumnya hanya kerana orang ramai suka sangat benda sama, tak ada benda lain ke?
maka ambe pilih simpang yang sunyi,
iaitu jalan yang tak tentu hala..sambil menemani diri,
agar diketahui sendiri, ambe perlu baiki..
lagi dan lagi.
agar benar harap-harapnya dapat jadi kembali "Karya Tuhan" yang original.
disamping jadi orang yang Melayu pada Bangsa,
yang mengamalkan Islam dalam belajar Agama,
semoga Manusia yang Insan memiliki Roh yang yakin akhirnya..

maka segala-galanya ambe perlu hati-hati, sebab ambe berjalan sendiri, di simpang ambe pilih agar sunyi sepi,
yang banyak belajar serta berkarya dalam gelap.
gelap disini maksudnya dalam tidak tahu-menahu pun pada awalnya, tak ada kena mengena dengan ilmu hitam atau putih yang orang sekarang anggap khurafat dan syirik tu.. ia metafora pada kata semata-mata.
penerangan sebegini ambe turunkan demi kefahaman anda dalam mengenali diri ambe, yang menyampaikan.
yang tulis untuk anda agar lebih-kurang caranya anda bakal tempuhi sebentar lagi sebaik keluar menghadapi pelbagai Hidup.

diri yang sebagai karyawan (kononnyalah). yang mungkin paling miskin peminatnya atau penyokongnya..bagi ambe itu tak penting, mati maseh yang kekal.

nak harap undi atau sokongan dalam berkarya?

tak payah! buat dengan ainul yaqin(mata keyakinan) anda.. cukup.

KBD