Thursday, June 23, 2011

tetangga Bangga

menyentuh bab Bangga, salahfaham selalunya begini,
bila ada berkata "Saya Bangga menjadi seorang Menteri"

sementara, hujah pembangkang akan merapuhkan kebanggaan itu, ditikam dari depan atau belakang itu tak kiralah,
padahal,
boleh dikatakan SEMUA ORANG tahu bahwasanya, kebanggaan itu bukan mainan, ucapan atau statement kebanggaan itu bukan sekadar ungkapan yang membakar semangat perpaduan.. ia adalah imbuhan kesakitan,

ada kata berbunyi:
"semakin banyak seseorang itu tahu, lebih banyaklah peranannya"
bila diambil kira sarwa kata ini, anda pasti sedar bahwa ia untung besar buat orang yang bodoh,
menjadi orang bodoh, tak perlu buat apa-apa..mereka adalah benak dalam pemikiran, yang menangguh setiap pekerjaan..Iktiraf orang sekarang, orang bodoh tak boleh lakukan apapun, kerana ia yang lembab dan slow dalam mengejar kemajuan,
sementara kemajuan memerlukan ke-inteletualan serta kepandaian yang bistari.

lantas terbitlah kenyataan ambe "Bangga menjadi Bodoh,kerana ia lebih bererti.." dalam Facebook suatu masa dahulu,
di Like bertalu-talu, tapi isi sebenar tak ramai mengerti, kerana amalan harian kita adalah melawan kembali orang yang berkata anda bodoh kerana laku anda. Pidato salah satu solusi bagi meraih Kebanggaan anda sendiri, dianggap kerana ia bakal melahirkan beratus ribu makhluk bijak pandai. Untuk apa? Pandai untuk diberitahu agar anda tahu anda Pandai?
teramat bodoh lah andai ambe kirakan sebab orang pandai mana sekalipun takkan mengisytiharkan kepandaiannya dalam perkataan seperti "Aku memang orang bijak Pandai"..itu hanya akan difatwakan oleh orang yang Bodoh Sombong.

menyentuh fasal bangga,
ambe dari dahulu tak pernah terperasan bahawa bangga itu pun adalah antara 99 Nama Asma Ul Husna.
justeru kerana kekafiran cara hidup ambe sendiri ketika itu sungguhlah membuntukan..Walhal nyanyi lagu Asma Ul Husna tu banyak kali dah.
nama Allah tersebut adalah
AL MUTAKKABIR

yang maha membanggakan.

bila tok guru ambe beritahu ambe untuk memahami nama tersebut, ambe bermula dengan andaian, apa ambe ini perlu bangga kerana ambe adalah keturunan raja? sedangkan dari kecil dulu, ambe dah lama tak endahkan hal itu, bahkan sangat mengutuk diri yang terpaksa mengheret diri ke Istana pada hari Raya ataupun majlis-majlis rasmi lain.
kerana sebahagian besar dari antara senak saudara ambe sendiri yang begitu syok dengan ketinggian yang mereka perasankan,kalau orang marah atau buat sesuatu yang offensive..mereka akan jawab "kau tak tahu siapa aku, anak Raja bla bla bla TAHU?" dengan nada yang lebih teruk dari lagu-lagu tekno separa fentau yang dialunkan dalam kelab malam.

apakala merenung balik, ambe sedar..itu bukan mereka yang pinta. tapi dapat, dan tidak diberi pendidikan asas berkenaan perihal Raja. Kenapa Melayu perlu beraja dan sebagainya.
jadi salahnya adalah ambe yang berburuk sangka. baik.

terus ambe kaji punca kebanggaan, dari hujung permulaan.. Hadis lama yang menceritakan kejadian Nur Muhammad, iaitu permulaan segala-gala kejadian, dimana kebanggaan Tuhan menjadikan makhluk-makhluk lain hingga manusia, yang merupakan kebanggaan yang paling besar buat Nya.
ok, jika hal itu berat untuk dihadamkan maka ambe skip kepada kejadian Adam,
yang kemudian setelah adanya Malaikat, Alam, Jin dan sebagainya.. Azazil yang kita kenal memerintah semua makhluk, terimakasih kepada Malaikat kerana mereka yang mengusulkan hal tersebut pada Tuhan agar ada ketua dari antara mereka.
bila Adam ada,
Tuhan suruh semua sujud, kecuali Azazil.
dengan penuh bangga, maka Azazil enggan menerima kenyataan maka atas maksud merasakan nama "kebanggaan" itu miliknya, diperintahkanlah jadi Iblis..Pok Nyang segala kejahatan,kata orang ganu.

demikian cerita itu jadi pedoman buat ambe menghadamkan kefahaman, ambe bermonolog sendiri..kalaulah Iblis ni sombong sendiri dan bangga, diturunkan darjat paling bawah pulak tu agar menyesatkan setiap kaum Adam. Berserta penyusulan kemudian setelah sejarah berlalu dengan begitu banyak nya kejayaan Iblis menyesatkan Manusia.
Maka sehingga hari ini lah ia maseh lagi melaksanakan apa Tuhan perintahkan, seumpama hal kesilapan Adam yang makan buah khuldi kemudian dicampakkan ke Dunia kerana alasan Iblis menghasutnya, itu pun dah jelas Iblis buat kerjanya dengan penuh berjaya..

ternganga seketika menyedari hal itu, ambe teringat ada orang tua pernah pesan ke ambe "tak payahlah susah-susah dengan Iblis,Syaitan,Jin atau Hantu, Tuhan buat kira dengan puak tu nanti.."
bermakna perkiraan itu pasti di akhirat, yang hingga kini maseh belum muncul kerana kita maseh di Dunia.
Habis tu apa kerja kita? soal ambe sendiri..

waktu itu hujan turun, ambe lihat daun gugur sendiri kerana ada titisan hujan yang lebat, yang diselang selikan dengan deruan angin, yang turun kerana hari itu sangat panas.. ambe tersentap dalam kadar itu, menyedari masing-masing ada kerja masing-masing dalam usaha membanggakan Tuhan mereka, semoga dipilih dari beribu.

kerja kita adalah banggakan Tuhan dengan kejujuran diri, kadar diri yang begitu berusaha sehabis-habis baik untuk dapatkan pandangan walau sekilas dari Tuhan.

"hai Ku bad ni cakap macam lah dia kenal Tuhan..dari tadi Tuhan, Tuhan, Tuhan...."

paling tidak pun ambe melafazkan syukur ambe dalam perbuatan ambe yang bangga kerana mencari Tuhan, walaupun hebat ditentang. Dihadapan mata sekalipun anda tak dapat capai gelas itu untuk minum, bahkan menuangkan ke dalam mulut..Tanpa "Tuhan"..

jika pandangkan maksud Tuhan itu Kuasa dalam bahasa Melayu.

Soalan hari ini tidaklah kebanggaan anda sebagai siapa itu kecuali Tuhan jadikan, baik atau buruk, Tuhan cipta belaka agar kita memilih. kita ini tetangga bangga yang mana?

Namun kiblat Bangga kita dimana dan kemana kalau dari antara kita lah dalang mengangkat seseorang menjadi Menteri melalui kuasa Undi Politik, pada masa sama mengutuknya..Kutuk orang Kafir kerana kekafiran orang Kafir, kerana kita bangga konon kita Islam. Akan tetapi pengamalan harian maseh berada dalam sistem Kafir.

itu yang Bangga?

KBD