Monday, June 20, 2011

ver_0.1: SA_tu - ALAM

Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

serta SALAM buat seluruh Makhluk sidang pembaca..

Julungkali, ucap syukur ambe bagi ruang serta peluang,
maka di-izinkanlah bagi menerbitkan Column "Apikalam" yang ambe tlah draft semenjak 4 tahun yang lalu, disebabkan alasan tugas & kerja yang berlonggokkan, dan pertimbangan semasak-masaknya oleh empunya diri, maka adalah begitu sukarlah kiranya usaha yang satu-satunya ini untuk dibenar-kan.

dengan masa yang secubit ini,
izinkan ambe bersepatah..
setelah me-reka serba sedikit designnya, semoga "sakit hati" atau "pedih" yang bakal anda baca nanti tidak-lah dikaitkan dengan warna warni atau tulisan yang serba canggung di mata.
kemudian ambe curi-lah sedikit nafas dari masa tersebut untuk menaip sepatah dua kata, terutamanya menjawab soalan-soalan lazim seperti:

"Mengapa beralih pada Blog bertema lain? Apa akan berlaku pada Tintapusaka? Atau sudah pada merubah selera? dan sebagainya..

Pertama,
soal "mengapa beralih pada Blog bertema lain, serta menjawab sekaligus soalan "perbezaannya" antara yang sebelum ini adalah apabila anda disini, barangkali anda mungkin akan menikmati semacam pengalaman membaca bahasa yang kurang menyenangkan, mungkin menyeramkan, adakala menghiburkan ataupun yang paling "biasa" adalah, bertentangan dengan apa anda andaikan sebelum ini.

Bagi ambe, merubah selera itu tidak-lah, ambe tetap yang neutral bahkan mengandaikan bahawa Apikalam ini adalah "Alter-Ego" buat ambe, ia adalah sudut pandang yang mungkin mengelirukan..Kerana ia datang asli dari cetusan rasa yang dasar. Sebelum berlembut, kita berlaku kasar.. itukan normal dari peringkat permulaan, walhal kejadian apapun sekali kita selaku makhluk tetaplah yang "lembik" berusaha agar mengeras..
dan sebab itulah ambe sengaja meletakkan bacaan ini dibawah umur 18 atau meng-adult content kan page ini. Adalah demi kepastian terlebih dahulu, bahwa anda adalah yang Matang dan cukup Waras untuk menerima-menilai-melihat sendiri apa ambe cuba sampaikan didalam hidup anda.

Atas maksud itu, usahlah complaint atau bersungut seandainya apa ambe hujahkan nanti itu sangat bercanggah dengan Hal tertentu.

buat pra kenalan

ambe bukan ahli politik, sungguhpun begitu ambe mungkin sebahagian kecil atau se-zarah penganalisa politik yang jauh lebih berpengalaman dan bijaksana.. Jangan tuduh ambe adalah ahli pembangkang ataupun penyokong mana-manapun ahli politik di Negara kita(Malaysia)..

ambe bukan orang kuat agama, walau itulah kata ambe dan kemudian pula didapati kata-kata ambe ada pula yang memetik nas,dalil atau hadis ataupun tafsir dan membahaskan hal tersebut. Tolong jangan sesekali meletakkan ambe sebagai orang yang berfahaman apa? Mazhab mana? Ahli Tarikat yang mana? Ajaran mana?
kerana yang ambe cuba terangkan adalah sekadar soal-soal yang ambe kira, jarang difikirkan, duduk dan nilaikan berdasarkan penyaksian masing-masing.. SEMUA nya berdasarkan perjalanan diri ambe sendiri dan Hidup.

ambe bukan orang siapa-siapa, pada awal ambe menulis ini hingga sekarang, ketahuilah jikalau ambe berkepentingan untuk mengajak anda memahami satu pemahaman yang menyesatkan, sudah tentu ambe dihukum pada mahkamah paling tinggi dari segalanya.. Buat ambe yang senantiasa mencuri pengetahuan yang sedikit, penerangan ambe yang bakal membanjiri blog ini nanti adalah sekadar kongsi dan bahagi-bahagi. Tidak kira lah apa jua hal sekalipun..

tiada sekali niat untuk mengajar, bersyarahan, berkhutbah ataupun berkempen untuk mengangkat diri dengan controversy-controversy yang provocative ..Tidak.

mohon FAHAM dengan JELAS. sebab yang ambe perlukan dari anda semua adalah membaca dengan kejujuran serta mengosongkan fikiran sebentar kecuali membaca apa yang bakal ambe hidangkan, baik pahit ataupun manis. Inilah "makanan" yang lahir dari satu cetusan cahaya, yang menerbitkan Api,
maka Api-lah melahirkan Angin yang disebarkan melalui satu pertembungan hingga menitiskan Air,
yang kemudian mengeras,beku menjadi butiran-butiran mampat dikenali sebagai Batu, yang membangkitkan Tanah.

tak itu pula kita fikirkan sejauh begitu perjalanan Hidup, yang tlahpun menyaratkan makna kehidupan?

selamat..

SALAM dari ambe,

KBD