Wednesday, June 22, 2011

Kuman Bangsa

adalah tidak faham buat ambe,
mengapalah sering-kalinya kita gunakan kuasa, dengan tujuan meraih peminat,penyokong atau lebih senangnya digelar Rakyat..
padahal kuasa itu belum bahkan maseh jauh dari dikuasai oleh diri sendiri.

adapun kisah suatu hari, ambe bertemu dengan kawan dari sekolah, waktu itu sudahlah tamat pengajian dan semuanya pada menunggu keputusan SPM,
sesetengah dari kawan sibuk menebus kesangapan mereka dengan bergiat dalam perihal suka-suka..enjoy! serta riang bergembira dengan apa sahaja yang sebelum ini mereka dihalangkan..riak wajah masing-masing tampak sungguh Merdeka.
Bebas dari peranan.

namun, anda maseh disini.."Dunia" yang maseh membutuhkan serba perkara. kau terikat dengan pelbagai keinginan dan harapan yang maseh belum kesampaian,
minda kamu bebas(mungkin) namun Sistem maseh belum pas dari ketidak adilan,
Kamu katakan "Merdeka"?

"Merdeka" kita kerana orang kata, pemimpin Melayu yang kita sanjung tinggi diatas keberanian serta dalil "Nekad" beliau dalam me "Merdeka" kan Negara Malaysia..
Tunku Abdul Rahman lah orangnya, akan tetapi,
berapa ramai yang tahu bahwa bapa merdeka kita tetap yang lemah, bila sudah luput usianya. Sama seperti kita nanti, namun tidaklah serupa.

Setelah semua kejayaan diraih, "Melayu" ketika itu tampaknya sungguh lega..Walhal, kemerdekaan yang dimaksudkan oleh Tunku,
maseh buat ambe, satu hal yang membuatkan hujung mata fikir kita tajam dalam memerhatikan keadaan kita yang sedang parah berlaku..bukannya meraih sorak sorai dan berpesta kerana sudah bebas dari cengkaman penjajah.
sudut itu "mungkin" merdeka, selainnya jauh dari sudah.

Bagi pengikut Sejarah Politik negara, mereka tahu sesudah dilaungkan kemerdekaan, yang menganggu fikir kita dari bersatu bukan lagi Jepun, British, Portugis ataupun mungkin Belanda.. tapi ada diantara kita.

Me-relevant akan statement tersebut, kaji dan bacalah Sejarah. Perebutan antara kita sesama kita kembali menjadi permasaalahan besar, iri hati dan dengki sesama kita tak habis-habis. Berpuluh tahun, hingga hari ini..tiap tahun 31 August 1957 di rai khas, tapi apa kita belajar sesuatu dari imbauan kemerdekaan tersebut?
Perjuangan asal dah jadi perjuangan sendiri, tak perlu rasanya buat ambe memetik siapa dan siapa sebagai dalang atau "kuman" perosak Bangsa kita. Anda tahu dan kemudian anda mahukan perubahan,anda jelaskan kerisauan anda terhadap kawan-kawan anda, rakan sekerja dengan anda hingga tertubuhnyalah satu lagi pertubuhan kecil, semacam gerakan lain bagi melawan apa kita katakan "musuh",
"musuh" anda kata, yang minum dan mandi dengan bekasan sungai yang sama, makan,mamah,kunyah dan telan dengan hasil pembajaan najis-najis kita sesama kita di tanah yang sama. Kemudian kita kutuk sesama kita, pada masa sama menggunakan keperluan yang sama dalam rutin harian,
duit terutamanya..

Ambe katakan begini kerana begitu penat, rakyat yang mengerti siapa sebenarnya rakyat akan naik bosan dengan karenah kebudak-budakkan kita.
Jikalau anda menerima kenyataan praktikal kita yang sering berbalah,mogok, tunjuk perasaan..Lihat bagaimana "Politik Kekeluargaan anda sendiri"..
Sa-orang Ayah dan Ibu punya 2 orang anak sebagai pengibaratan yang ringkas,
Katakanlah yang Ibu sering membela yang sulong, apa macam barang diminta abang sulong dapat, sementara memencilkan yang bongsu.
Namun si bongsu pula dimanjakan ayahnya, kalau mengikut kuasa pimpinan itu ayah adalah yang veto. Kata-katanya muktamad dan titik noktah bagi segala hujah. Maka dicemburui oleh si Sulong kerana "apa acu(panggilan mesra bagi Bongsu), boleh! Along buat semua Salah!"

Sudah tentulah ada hal yang tidak puas hati, sungguh hari-hari kita makan satu talam, mandi satu perigi, berteduh dibawah bumbung yang sama..Semua sama.

Apatah lagi jikalau sang Ayah mengamalkan Poligami, dua beradik pasti perlu taat pada Ibu tirinya pula. Sama seperti hubungan Malaysia dengan Negara lain..
Si Ibu tiri pula ada anak yang tunggal, maka mendapat perhatian dari dua beradik itu agar mencari "sekutu" atau pakatan yang menyokong pemahaman masing-masing, yang sudah jelasnya berbeza dan bercanggah.

Pergolakkan sebeginilah meyakinkan conclusion ambe, setelah bertahun-tahun memerhati dan meneliti setiap khabar baik dari pembangkang atau pemerintah,
pada menyambung maksud hakikat Rakyat ini adalah sebenarnya "Anak Yatim".. yang mencari-cari bapa dan ibunya yang tlah lama hilang. siang malam, bebelan kita pada "Ayah-ayah tiri" kita semua tak betul, ada sahaja salahnya.. namun andai kamu adalah Anak Yatim yang hingusan, berumur mungkin separa akhil baligh diberi peranan sebagai Ayah secara tiba-tiba, pasti anda tak mahu.. Kerana anda maseh belum keluar dari rumah dan lihat dari sudut luar,
apa rumah kita kurang besar untuk tampung anak yang 2 atau 3 orang lagi? apa rumah kita atapnya perlu ditukar? itu maseh luar dari manual sa-orang anak, kerja kamu tetap pergi mengail, menjala atau memukat kolah-kolah pengetahuan yang ada di Sekolah Tadika/Rendah/Menengah.

ambe yakin, Anak Yatim yang baik pasti akan diberikan pimpinan Ayah yang baik, dan satu-satunya kaedah bagaimana untuk baik adalah menerima kekurangan sendiri terlebih dahulu. Disini, selalunya seorang anak tiri, sering kalah.. Kerana dianggap ayah tiri itu berat sebelah, tidak adil dan zalim. Walhal memang sah "Adil" itu sendiri bukan dan tidak akan pernah dipersetujui oleh sesiapapun, kenapa? adakah akal itu hendak dipersalahkan? atau kerana pembawa diri yang menyalahgunakan diri sendiri itu hendak dipersalahkan?

Ayah yang sebenar Abi yang sah buat ambe adalah Muhammad bin Abdullah. Kerana itu juga mungkin, diakhir zaman kelak pesan baginda, Imam Mahadi itu pun bernama Muhammad bin Abdullah.

ini lah yang dikatakan "Mim" dari Melayu.

yang sentiasa "La" pada apa jua gangguan,
dan tegas "YA!" pada qadha dan qadha mereka,
agar terbang melayang bak "Wau" di udara..sebagai "Boneka" dari sang dalangnya.

bahasa lemah orang Melayu yang sengaja menggelarkan diri mereka "hamba" bukan kerana menunjuk-nunjuk diri itu konon humble, andai kita yakin doa itu kata-kata, maka hambalah mereka pada tuan sebenar empunya diri.

sejauhmana kita hamba atau tidak, cuba lah dahulu dengan kehidupan seharian yang memandang orang-orang kita hormati sekeliling kita sebagai "tuan", kita penuhi kehendak dan hasrat mereka. daripada berkata, "ah..semua sama je", cuba dulu!

anda akan tahu yang dikatakan berkuasa diatas pemerintahan kita itu lah sebenar-benarnya Khadam bagi semua,
Raja atau wakil pemerintah adalah Khadam Allah/Tuhan maka secara tidak langsung mereka yang terpilih ini tlah sedia menyahut Cinta kepada yang dipuja dengan membawa himpunan Rakyat dalam Saf persembahannya, kerana itu Melayu begitu yang tahu dirinya Melayu menjaga sistem ini.
Tidak sama sekali ambe cuba memerlihara kepentingan ambe kerana ambe pun berketurunan Raja.
Lihat dengan luas, bagaimana kesan pemerintahan hari ini di negara lain jadi makin kusut, kerana hilang konstitusi beraja mereka. Boleh kita jawab, Nabi Muhammad dahulu tak pernah angkat dirinya sebagai Raja, tetapi dari sudut Tarikatnya baginda adalah Sultan..terus kenapa dipanggil "baginda" kalau tidak kerana dasar hormat kita paling tertinggi pada dirinya?
Bermakna, dalam diam anda pun turut memperakui dia-lah Raja dihati kita semua.
Nabi Sulaiman jelas dipanggil "King Solomon" oleh kaumnya ketika itu.

nak jawab apa lagi?

Bercakap tentang Kuman Bangsa, kita adalah Kuman jika ndak dibandingkan dengan Bangsa-bangsa lain, yang paling lewat wujud, bahkan Arab-Cina-India wujud jauh terdahulu sebelum timbulnya Wilayah Emas Nusantara.
kenapa dilagakkan seperti Ulat, sedangkan anda Kuman? atau mengapa begitu sombong dalam merasakan dirinya adalah Berengga sedangkan anda yang paling-paling-paling ketinggalan zaman hingga mengecil seperti Kuman. Namun kerana kehalusan itu juga tlah menyebabkan kejatuhan atas kejatuhan pemerintahan sehingga runtuh Kota Melaka sebagai salah satu contoh yang kita tahu. Ambe nak kait dengan peristiwa lain, kita dah jelas pemalas. Makan semua nak bersuap.
Menjadi Kuman, orang perubatan arif lah bab ni..Kuman Baik pun ada dan Kuman Buruk pun ada.
Soal nya, Kuman tidak mungkin dapat dilihat berdasarkan mata yang kasar ini. Perlu berkanta-kanta dilapikkan hingga digelar ia Microscope..Kuman adalah barang payah dikesan, contoh paling jelas adalah Kuman HIV..kerana Kuman ini berupa-rupa.
Hari ini, tak perlu bilang kan dengan tangan berapa penagih dadah kita kenali, tak perlu tunjukkan jari pada siapa..tapi diri.
Apa kita adalah antara Spesis yang bersubahat bagi menjayakan petanda Akhir Zaman bilamana "Penyakit tanpa ubat itu benar berlaku?"

Kuman yang berlegar licik dariantara kita, kau kata dia, dalam senyum kau tuduh semua, yang sangka menolak orang menyapa, akhirnya jadilah Kuman Sesumpah Bangsa. Rakyat merana kerana kita maseh dengan mainan angan, maseh dengan usaha sia-sia padahal merawat yang sedia ada itu pun tak kau larat melaksanakannya..Kita kata orang ciptakan Masaalah baru, sedangkan kita memulakannya atau membiarkannya..

Salah Penjajah atau salah diri yang membenarkan Iri masuk kedalam dan kemudian membangkaikan saudara-mara kita sendiri?
tidurkan politik yang kita subur amalkan hari ini buat seketika,
tidurkan pemerintah mana kita puji atau puja,
tidurkan kepentingan rumah, anak dan isteri "untuk kita-kita aja",
tidurkan ananiah diri atau perasan sendiri buat sementara,
kerana kebenaran yang nyata terang itu semua maseh sementara..tumpang dan pinjam kadarnya.

tepuk dahi, tanya sendiri. siapa yang salah,siapa pemusnah....... sebenarnya?

KBD