Monday, June 27, 2011

manual baik

ambe tak faham istilah "adik angkat" maka ambe cuba layan mereka sama seperti adik-adik kandung ambe,
namun bila ambe terpaksa guna istilah "angkat" demi menghindari penyakit sangka,

kamu jawab "iya ke ni?"..dengan sinis,

bila ambe diam..

kamu marah,

sedangkan jawapan 0 itu yang paling bermakna,

yang tak memerlukan kerja fikir, tak perlu kerja kata, tak perlu kerja rasa..
hanya yakin secara menyeluruh,

"kebaikkan datang TANPA rupa"..

dan paling ngeri pada kebaikkan ini adalah kejahatan..

saat kamu kenal betapa dahsyatnya kebaikkan, fahamlah bahawa orang paling penakut,pengecut atau bacul itu sahaja yang memilih jalan singkat agar berbuat jahat.

padahal berbuat baik dengan penuh yakin itu senjata paling kejam dan zalim pernah diamanatkan oleh Tuhan kepada kita,
yang mungkin bertulis "handle with care" sebagai peringatan.
jika anda sedar, ulat,ikan,burung atau matahari sekalipun klasifikasi makhluk yang hanya buat kerja mereka tanpa bertanya..
mung je boleh pilih dan ada pilihan. MANUSIA.

Siti Nurhaliza baik? mungkin ada juga jahatnya..
Jahat dia mungkin curang pada peminatnya yang slama ini sokong bagai nak rak, sanggup berbalah dengan penyokong artis lain yang kutuk Siti.
akhirnya yang dipilih mas kumis Datuk K yang cuma walk in sebelum apapun, slumber dan tawan hati Siti.

dalam ketawa ambe tenang kuatkan makna "baik" pada kamus roh anda,
sungguhpun "tidak baik" buat sangkaan, bandingan dan sebagainya terhadap orang lain..perbuatan itu "agar apa", itu perlu diperhati.

semoga kita kenal siapa sebenarnya yang berupa baik dari kalangan kita semua.

sementara "manual baik" ini jadi instructions yang berakhir pada amalan.
dan cari lah kebenaran itu sendiri diatas yakin kamu yang sedang berada dimana.tadi,sebentar lagi, kelmarin atau esok?

selamat membaiki atau mengguna bahkan mencipta makna kehidupan baharu,
wahai "foreman" kehidupan.

KBD