Friday, September 30, 2011

SEDAP SOKMO


benarlah kata orang tua yang pernah pesan pada ambe,
"beringat skek lah awang ei, yang SEDDAK tu kejak je"
atau tafsiran literasi Bahsa Melayu Baqu bunyi nya harus begini:"beringat sedikit lah awang ei, yang Sedap itu sekejap sahaja"

setelah selesai tugas perlaksanaan..
Exam yang bertulis demi Dunia ataupun "Exam Hidup" ambe demi Akhirat. dua-dua sudah siap di Submit pada para penilai-penilai yang sudah ditentukan untuk memeriksa Jawapan yang disoal ataupun Jawapan yang tiada soalan.

maka berjalan lah ambe, berkelana lah lagi menyelam alam yang lebih sengit pertempurannya..dimana bukan sahaja fizikal diri itu diuji, bahkan akal dan perasaan jua turut diuji lebih hebat dari kelmarin.

dan selam lah lautan Lumpur itu yang kamu gelarkan "Kuala Lumpur"..bersama sahabat Dendang Anak, ambe berangkat dari Terengganu ke KL.
Malam esok kami ada persembahan yang mungkin dianggap BESAR jugalah maksudnya, sementara ambe dengan penuh charge Negative sentiasa sahaja menidakkan kenyataan, yang dimana diperkarangan itu ambe terlihat adanya flyers terteranya isi-isi penting seperti “Ekonomi” “Melayu” kemudian slogan maudhu “Melayu itu Bijak-sana” dan “Melayu itu mahukan perubahan”..salah ke betul ke ambe ingat, itu ajalah.

Pertamanya, ambe tak tolak kenyataan bahawa ambe Melayu,
Kerana itu ada pada keturunan paling terakhir genetic Moyang-moyang yang pertamanya adalah Arab-India-Cina baharulah Melayu peringkat pertama, Jawa yang terpecah lagi dan lagi hingga Melayu yang Bugis..terdampar di bhumi Trangganu Darul Iman.
Seperti anda juga yang tidak malas menjejak kembali Siapa diri anda, itu adalah “Takdir” yang lahir dari Doa moyang. Dan ambe sedikitpun tidak menafikan itu. Dan bukan Alasan ambe tidak mengutuk Melayu sendiri kerana kemunduran kita sama kongsi hingga hari ini..kerana itu adalah tetap hal yang Fakta ditangga pertama.

Tapi benarkah Melayu itu Bijak-sana?
Ambe skeptical..bahkan lebih memilih buruk sangka dalam senyuman Hipokrit ambe bila orang dah mula jerit-jeritkan “semangat tin kosong”..

Kemudian anda yang bersemangat Bangsa ini akan mula naik keliru dengan pelbagai persoalan kepada ambe..”Dah tu, selama ni apa Ku bad beritahu pasal Bangsa lah Agama lah dalam penulisan” atau “Apa Dendang Anak ni pula cuma image konon suci dalam mengaut untung buat show merata-rawa?”
“apa lah dia mengarutkan pulak ni?”
silakan berandaian apa sahajapun..bahagi yang bersabar, tunggu dan teruskan meneliti penulisan seterusnya.

namun yang ambe hendak ke-tengah-kan kali ini adalah Perasaan ambe yang selalu-selalunya yang mungkin dah naik penat dengan buat tapi tak tahu apa atau dalam bahasa Ganu “Dok ahu benda”

ambe beritahu itu adalah penyampaian, mungkin sahaja ambe sedang berlagak sebagai seorang Pensyarah, Professor, Penyair atau apa sahaja lah boleh diandaikan yang tiada tauliah, namun diakhir segala andaian itu tetaplah pada Hakikatnya masehlah yang perlukan perlaksanaan, kalau ada dah kata “dah tahu dah” maka tak payahlah Solat..kerana itu pun dah 5 kali setiap hari dan tak kiralah siapapun anda, selagi mengaku Umat Islam, mereka di WAJIB kan solat. Dan didalam solat adalah peri laku yang sama merujuk kepada apa sebenarnya yang kita isi dalam apa kita buat, apa dibaca atau lebih tepatnya dijanjikan oleh kita pada yang kita sembah itu dan sebagainya..itu menurut ambe lah.

Dan kalau kita Mulai dengan issue “Bijaksana” nya lah orang Melayu yang diperkatakan hari ni, berapa kerat aja yang ada kepentingan yang jauh atau long terms daripada beribuan bahkan jutaan orang Melayu di sini sahaja yang hanya kata mereka peduli sementara akhirnya mereka pun ternyata sama sahaja dengan orang kafir yang lain, matlamat kekayaan yang berduit dijadikan definasi yang tepat kononnya bahagi mereka untuk mengiktiraf orang Melayu yang Bijaksana.. sedangkan dengan membahagi ia kepada 2 sudah cukup untuk mengatakan Bijak Sana orang Melayu itu bukan di sini pun kerana apa mereka kerjakan adalah demi anak dan cucu mereka yang “Melayu”..

Melayu bagi ambe maseh ideology yang diserap oleh orang Alim untuk Unify keseluruhan puak-puak, suku, kaum yang dianggap serumpun itu kepada satu Tajuk besar yang utama, jika ada pada kita ini Deli, Bugis,Aceh, Jawa, Sunda, Minang dan apa sahaja lah anda tetaplah berada di posisi negeri-negeri bawah garis khatulistiwa, yang dahulunya dikatakan berpusat di Samundra namanya..
Seekor Semut Hitam jika ditafsirkan lah pada bahasa yang kita fahami kini..kerana Merah Silu itu terlihat seekor Semut Hitam yang sebesar Kucing maka dinamailah akan Nama Negeri Bawah Angin ini Samundra, atau Sumatra, ataupun Samudera…
Usaha itu sudah me-raga kembali akan Melayu kepada sebuah pengisytiharaan yang sepakat. Tak kiralah Politik orang Jawa itu begini sementara orang Minangkabau itu begitu, atau Melayu yang Deli dan Melayu  yang Jati pula agak berlainan dalam cara Berbahasa, Berbudaya,Beradat..akan tetapi itu maseh Halaman Hadapan/Muqadimah kepada Isi sebuah buku yang berkulitkan MELAYU.

Kesimpulan pendek setelah sekian lama ambe di beritahu oleh guru-guru ambe ataupun pencarian sendiri, tetaplah Melayu itu Ideology yang waras..Seperti sebuah penerimaan kewujudan Dunia yang dijadikan 2 “kaum” berbeza iaitu Adam dan Hawa..

Jikalau Adam adalah pemimpin, dia akan diumpamakan seperti Bapa Langit sepertimana yang ambe perolehi penulisan Kuno di Muzium Rumah Gadang di Padang Panjang, tempat mulanya orang Minang Kabau yang menyusun usaha ber Adat-Istiadat ini..maka tidak lain tidak bukan dialah yang akan mengusahakan kerja-kerja yang berada di luar kebiasaan..yang tak dapat diandaikan, tak perlu dikhayalkan semata-mata dengan perasaan..anda seorang pengkaji Sejarah yang sedikit apa itu tidak daripada anda sedar betapa kurang warasnya usaha-usaha orang terdahulu bahagi kita untuk ketahuinya ia untuk perkara yang bukan disini tempatnya?

Nabi Nuh yang membina Bahtera sebagai 3 Generasi setelah Adam dan Idris. Itupun sudah memadai bahagi kita menyedari betapa Hilang di Akalnya orang membina bahtera sebesar-besar perkara dan memberi ramalan yang mengarut banjir besar akan melanda, maka usaha yang tidaklah seberapa logic itu dilakukan terhadap umatnya..tidak lama setelah itu kebenaran yang diragukan itu menjadi benar.
Sedangkan lokasi tanah Arab itupun tidak melogic kan fikiran anda untuk menafsir bahawa akan ada Hujan, jangankan berkata Hujan..Gerimis pun jauh dari pasti..apatah BANJIR..

Jika panduan akal anda menerima Tuhan, anda maseh belum lagi kenal diri..macamana anda boleh katakan itu pula yang “Tuhan”?..sedangkan anda tahu kewujudan anda sebagai Manusia pun sudah menyedarkan betapa ber-Kuasa-nya anda dimuka bumi ini yang menciptakan pelbagai perubahan dan mengolah-olah dari asal kepada sesuatu yang dianggap “kemajuan”..sungguhpun memahami itupun, anda tak dapat nafikan daripada makhluk lain..anda maseh Manusia yang Khalifah. Sementara menyelami Isi itu anda tahu bahawa ada semacam Kuasa yang lebih berkuasa dari anda, “Tuhan” yang menyalahi segala hal yang baharu..Dia lah yang MAHA dan MAHA dari apapun..anda seorang manusia yang ber”Tuhan” bahkan dengan hanya ber SABAR itupun sudah satu kerja yang payah..sedangkan Sabar itu pun terkandung dari 99 Nama-Nya..

Jangankan Pula mengaku bangsamu itu Bijak-Sana, kewajiban di Sini pun belum tertunai..bahkan maseh tidak terlaksana seluruhnya hingga selesai Solat Isya..Jikalau definasi di Sana anda pada hari itu adalah Solat yang seterusnya sahaja itupun satu yang sia-sia..sebab anda hanya menunaikan apa yang Wajib hingga yang Sunat ke Harus bahkan mungkin sahaja Sunnah itupun tidak mendapat apapun penilaian bahagi kita sesama kita. Bahkan ambe pun mungkin sahaja dituduh berlagak dengan pernyataan sebegini dan riak dengan ketidaksopanan berbahasa.

Namun fikirkanlah, berapa kali hendaknya kita mengulangi hal yang sama tanpa ada sedikitpun usaha yang lebih dari semalam?
Anda risaukan perkara yang pasti ada jalan penyelesaian, jika tiada dan buntu..itu bermakna anda tidak lagi berTuhan, kerana keyakinan anda terhadap barang-barang yang rupanya tetap sementara sekadarnya..tidak menilai Tuhan itu Maha Adil dari segala apapun dijadikan secara berpasangan..Masaalah itu bergandingan dengan Penyelesaian..takkan ada Masaalah yang tidak dapat diselesaikan, TIDAK.

PERUBAHAN dan KEBIJAKSANAAN tetaplah satu kata yang mewakili Kerja kita untuk mengetahui dimanakah perubahan yang ingin kita lakukan demi kebijaksanaan yang berupa fatamorgana itu.

Ambe sudah 24 tahun hidup menumpang dalam Keluarga, kemudian berkawan-ber-rakan sejawatan kerja,berkenalan,bersahabat dan berteman..hingga kini hidup dalam suasana yang Bujang.
Ambe bertekad untuk mengakhiri ia ditahun hadapan, tak kiralah siapapun Allah berikan kepada ambe mengenai Jodoh ini..
Walaupun ambe tahu, ambe dahulu adalah seorang Penakut, Pengecut dan Bacul bila memikirkan perihal Rumah Tangga ini..bahkan secara jujur yang seluruh, ambe bimbang dengan nasib anak-isteri ambe disebabkan zaman yang begitu parah dan semakin binasa..option terakhir ambe ketika itu hanya mengambil jalan senang, dimana membantu orang lain bahagia disamping gandingan mereka..dan itupun terbukti dengan kerja-kerja Wedding Photography ataupun Maal Dendang Anak dari mulanya “Dendang Anak” itu yang buat persembahan demi memeriahkan suasana hari-hari mereka dengan lampiran doa-doa tersirat didalam bait-bait lagu yang dikarang khas dan khusus..
Malah secara riak memberitahu anda, ambe pernah juga membantu dari ratusan kalangan Sahabat ambe yang ada menggantikan tempatnya ketika hendak membuat pemeriksaan blood test, oleh kerana 1st triage beliau adalah HIV positive..
Tapi kita tidak pandang Pernikahan itu option yang lebih baik, dan ia menuju ke arah kesucian yang  Tuhan tlah jamin kita.
Apa dengan menyekat apapun Usaha Baik yang dilahirkan oleh seorang Insan yang ingin menebus salah-silap masa Silamnya dengan Pernikahan kita pula berlagak “Nabi” atau “Tuhan” dalam menghalang Usaha itu?
Ambe taknak bersubahat dalam hal itu.

Bahkan Alhamdulillah ambe juga rasa amat bahagia kerana diatas usaha mengurus dan menjadi wali kepada kakak ipar ambe yang muallaf dari Negara China ingin nikahi abang tiri ambe, ambe jualah dalang itu. Hingga kini sudah ada 2 cahya mata dikurnia diatas rasa Cinta mereka terhadap 1 Agama yang mulia..Islam.

Kerana kita tak dapat nafikan, System semakin hari semakin merumitkan kita dalam menunaikan Usaha Agama. Walhal sebut Tuhan, Rasul, Hukum pun satu hal yang dicuriga-curigakan..

Semalam ambe terima SMS dari sahabat ambe mengenai Sahabat ambe, Ustaz Azhar yang ada jemputan Kuliah di sebuah Institusi Pendidikan di KL, tetapi dengan kegawatan controversy yang melibatkan Politik sebagai Alasan beliau terpaksa berpindah ke tempat lain. Ambe call dan sms beliau bertanyakan keadaan, Alhamdulillah usaha Agama dari anak watan Terengganu Darul Iman Allah taala jualah yang tentukan dengan memudahkan segala urusan yang baik.

Akan tetapi dengan menyedari ini belaka, apa kita sebagai orang yang “Melayu” ini lakukan sesama kita? Meneruskan hari-hari bersangka tidak baik dengan orang yang anda mungkin sahaja Solat Jumaat bersama-sama sebelum-sebelum ini?

Siapa orang “Melayu”?
Bahagi ambe, boleh sahaja mereka orang Cina, India, Arab atau siapapun yang bermastautin di tanah Nusantara ini dipanggil orang “Melayu”..bahkan peri bahasa “Masuk Melayu” pun sudah menunjukkan positive side Melayu inilah Bangsa yang akan meng Agama kan kembali kita sesama kita..

Kelmarin Dahulu sudah 2 Hari jaraknya, dimana pertemuan ambe dengan satu-satunya orang yang ambe sebenarnya sangat benci..setelah melihat kehancuran apa sahaja dari amanat Tun Abdul Rahman hinggalah pada dirinya.

Yang berani sahaja akui “tak nak politikkan majlis ini”..namun maseh Promote Politik dalam sudut tersirat. Boleh sahaja ambe bangun dan blah serta balik di kampong halaman untuk berada paling tidakapun dekat dengan “Liv Tyler Bertudung” gadis khayalan ambe yang kali pertama dalam Hidup ambe, yang sudah pada mengetahui ambe ada.

Kemudian begitu rasa syukur dengan apa ambe sampaikan melalui Buku Misteri Hitam yang semuanya ambe susun dan karang melalui curahan yang “mahal” dari apapun pernah ambe berikan pada Wanita lain..

Lebih-lebih lagi ambe jua bertanya pada bekas teman Hidup ambe selama 4 tahun bermula dari tingkatan 4. Tun Fatheana Qathija jua memberi restu nya dengan pelbagai nasihatnya.. kalau kita nak ambil fikir logic, Tun Fatheana atau Nana itupun jika nak banding dengan perempuan yang pernah dengan ambe..dia maseh beri sokongan pada ambe, walaupun dia tahu dan ambe tahu kesah lama itu pun sudah mengajarkan beribu kesakitan yang antara kita pernah lakukan sesama kita, yang ramai je hari ini tak bertegur sapa..kononnya “tak mau ingat”..

Akan tetapi Nana tidak begitu, bahkan dia bahagia bersama teman baharunya..

Mudah-mudahan lah moganya ambe dan “Liv Tyler Bertudung” itu disatukan.. walaupun ambe tahu, itu bukan jalan yang senang. Tak apa. Dari jalan biasa yang pernah kita lakukan, ambe tetap memilih yang jauh LAIN dari yang LAIN..

Kerana ambe tahu ini dari Tuhan. Dan tidak sesekali ragu..inilah yang dimaksudkan DEMI ALLAH.

Dan atas asbab itu ambe jadi makin berani dan terus berani kerana orang yang pernah lewati di tangga sebelum bertemunya sang “Liv Tyler Bertudung” ini..dengan TIDAK SENGAJA dan TAK TERJANGKA.

Kebetulan?

Mungkin sahaja,namun Melayu itu bukan Kebetulan..itu kenyataan.

Demi roh-roh yang melata, ambe lakukan ini demi kerana Bangsa yang bakal ambe lahirkan nanti..biarlah kata orang itu apa, kita jatuh dan rebah atau tersungkur sekalipun, pengamalan kita selalunya ketawa beramai-ramai kerana dianggap lucu untuk ditertawakan..

Berapa aja yang bersegera mengangkat saudara kita yang jatuh?
Fikirkanlah..

Kalau tak ada bersedia jadi Melayu, biarlah kami usahakan Melayu itu apa melalui Hiburan atau Jenaka atau apa sahaja majlis Dendang Anak ini dijemput..ambe sebagai pengurus dan antara pengusaha yang kecil dalam Dendang Anak inipun beriya-iya mengusahakan agar nama yang itu akan bangkit dari prang seni ini..

Dan jikalau usaha selama 14 tahun ini bersama Dendang Anak tidak jua dipandang serious, biarlah ambe korbankan Dendang Anak dari Hidup ambe dan bersendiri memperjuangkan Malayapura sebagai turning point mengangkat darjat Dendang Anak dan Usaha Melayu dipengetahuan orang ramai..

Kerana itulah Innasolati, Wanusuki, Wamahyaya, Wamamati ambe terhadap Tuhan ambe, Tuhan kita semua.

Biarlah “Liv Tyler Bertudung” itu sekalipun menentang ambe, ambe lebih dari bersedia untuk menerima kehancuran itu.
Kerana paper "Fina Exam Hidup" ambe sudah serahkan walaupun tidak sepenuhnya, biarlah dirinya menilaikan dan menjadikan ia “assignment” cuti sekolah sebulan ini dan memahami bahawa “Serious” itu sememangnya diri ambe yang sendiri..

Oleh sebab yang kukuh, Kita perlu bersatu untuk kembali mengenal Tuhan. Bukan berpecah belah..
Namun dengan satu imam dan sebuah rangkaian Saf yang padu..

Berlagak bagus atau suci atau riak atau ujub atau pandang salah orang itu bahan bakar ambe buat anda hari ini.

Nikmatilah ia dengan memandang kepada Hikmah.
Kerana pada Hikmah akan ada Hikmah yang lain dan lagi dan lagi..ia berterusan kerana Hikmah adalah fikiran yang waras untuk diterima,
Jika tidak waras. Itu bukan lagi Hikmah bahagi kita, tapi buat orang lain pula. Kerana Orang Gila lah mewakafkan dirinya buat orang lain didalam memberi pengajaran yang tak pernah anda fikirkan..

Atau mengguna Akal sekalipun untuk mengandaikan ia berkala-kala..
Apa anda perlu dan hauskan kala-kala mu sebelum Sangka-kala yang sebenar dialunkan?

Nikmatilah Kemurahan. Berbahagi-bahagilah Kemurahan.
Itulah Allah yang maha pemurah.
Dial ah Ya Rahman..

Walaupun ambe hanya pengusaha atau pengabdi yang murahan dalam apa jua ambe lakukan..hingga berpuluh kali dikata Bodoh kerana kuat membazir wang kepada orang lain, ambe bahkan merasakan keamanan yang tak terbeli wang didalam dada..kerana ambe bebas dari tanggung-jawab ber Wang yang kemudian esok mencari Wang lain untuk dibakarkan jua..tak mengapa..
Kerana itulah diri yang "Abdul Rahman"..yang abdi Pada Kemurahan.

Dan akan ambe bakar apa sahaja milik ambe didalam Apikalam ini asalkan Emas itu menjadi milikmu semua.
akan tetapi ingat-ingat-ingatlah bahawa yang SEDAP itu sementara sahaja. berkata yang enak dalam bahasa itupun pasti akan menemui titik noktah akhirnya, dan yang ini lah titik akhirnya daripada ambe.

KBD