Saturday, September 24, 2011

TANAH yang HALIMUNAN

bukan..bukan..dan bahkan mati hidup kembali ambe takkan akui bahawa ambe bukan membuat apapun untuk merujuk diri ambe, memberi semacam indication subliminal kepada pembaca adalah ambe ni lah orang yang betul belaka, pandai serba serbi ataupun bijak dalam berkata-kata..agar dapat mengaut keuntungan yang bergunung ganangnya.

jikalau ambe adalah orang yang begitu, buat apalah semak-semak aja bazir masa tulis berpuluh-puluh, bahkan beratusan posting buat anda semua?

penerangan itu senantiasa jelas, bahawa fakta nyata itu berada dihadapan bebola mata anda, bahwa sa nya tiada emosi yang diwujudkan pada kata-kata yang berada di alam maya ini. selagi ia adalah alam maya, tanpa bantuan audio, tatapan secara langsung riak wajah dan cara seseorang meluahkan sesuatu yang maseh sebalik sebenar, adalah menjadi makhluk sialan lah pada mereka yang sengaja membuat andaian bukan-bukan terhadap kita. sedangkan sebelum kita menerbitkan sesuatu posting, baik gambar, video, audio ataupun teks..anda guna Otak untuk Mengimbas atau scan seluruh persekitaran anda dan bertanya pada fikiran anda.."apa aku buat ni, apakah menyinggung prasaan si polan atau si polan yang satu lagi?"
EMPATHY..sentiasa hadir subur didalam Jiwa kita yang memujuk-mujuk sang maharaja Akal agar pertimbangkan lah ia.

tidak seperti Hati, fitrah Akal ada banyak peranannya..pertama ia jaga Constitution nya yang ber Mata untuk menatap apa dihadapan, di atas dan bawah, kiri serta kanan pandangan berupa Stereoscopic. ber Telinga untuk memerangkap segala macam getaran gelombang bunyi-bunyian.
ber Hidung bagi menghidu bermacam bau bauan baik lah busuknya kentut awek anda, atau hapaknya ketiak ambe, dan sebagainya agar diambil tangkap muat ke dalam Otak.
Mulut dengan ceritanya yang berbeza, construction mulut dengan pelbagai compartment yang menelan, memamah, menerima kadar apa pun barang yang ditangkap masuk ke dalam untuk diagih-agihkan kepada anggota perlu menepati size spec ruang mulut anda seluasmana pun anda boleh koyakkan mulut anda.
itu semua kerja Kepala yang kita tahu perlihara Panca Indera.

jika Akal itulah Raja, Kalam itulah Bendaharanya..yang berkata-kata dibawah utusan titah Raja. itu sebenarnya yang perlu kita faham definasi berkerajaan. ia adalah cermin anggota kita.

akan tetapi Hati..itu di dada. Hati bukan Liver tapi Hati adalah Hati.
Nyawa bagi Roh berisi Kaseh Sayang..itu kecenderungan Hati. Satu-satunya atau One and only Reason Kenapa anda berhati-hati.

namun ambe tak ndak cakap mengenai ini, cukup sekadar ia diketahui adanya Hati dan mengetahui bezanya dengan Akal terlebih dahulu..tahapnya itu sahaja buat masa ini.

maka bermulalah Al-Kisah ambe, kerana ini adalah blog ambe, yang ambe penulis, pengarang, penyusun dan penerbitnya..ambe adalah orang yang sering dijadikan target mudah assumptions. 
mempunyai Isteri cantik seperti bidadari pun banyaklah andaian orang ramai..yang selalunya kita pertikai adalah bab Hakikat. Bomoh,Pawang,Dukun atau sapu minyak dagu itu teknikal seseorang yang kita anggap bertuah bila dapat Isteri cantik.

bila itu dah tak makan, maka mulalah gelombang ke dwa. Isteri pula diserang oleh nista, difitnah dan dibermacam-macamkan lagi lah..yang datang back up semula adalah Suami lah juga orangnya, kemudian Isteri yang Cantik tapi bodoh ini akan tetap mereka masaalah lain pula kerana sudah mudah mengambil ia mudah "oh, tok laki aku ada..dia boleh tolong dan pasti tolong aku"
..walhal kerja dan keutamaan Suami itu mencari rezeki halal diluar, bila dah jadi hal sebegini maka dah jadi bertambun lah kerja dirumah pun Suami, diluar pun Suami..sementara Isteri cuma tahu bising dan complaint yang tak kena, menjadikan reputasi Suami di kalangan Sahabatnya pun dah nampak macam watak Ahli Mesyuarat Tingkap aja dalam cerita Nasib Do Re Mi..

caring nya terhadap kemanusiaan itu memang ada, tapi kerana punca-punca ketunggang terbalikkan peranan buatkan dia nampak macam Penakut Bini. walhal mungkin sahaja awalan itu tak takut Bini, hanya bila terhakis kehormatan Isteri memandang Suami itu sudahpun pada reput dan rapuh buatkan dia akhirnya tak takut Tuhan bahkan takut Isteri sendiri..orang yang takut dengan "Bayangnya" Sendiri.

Alam Maya bahagi ambe adalah saluran kedua terpenting selepas Nyata..
kalau dahulu kala orang lama berkawan dengan Jin dan perlihara Hantu la menurut cerita atuk nenek.
hari ini kita boleh google aja dengan melihat sendiri Hantu itu apa. Jin yang adalah Jisim yang menjana Tenaga membenarkan segala kerja di Maya jadi Mustahil. bahkan semua sedang diusahakan dan dicuba agar berjaya di relevant kan hingga anda buta sebuta-butanya dengan kebenaran yang tlah dipertontonkan pada Syariat.

amat malu lah kiranya ada berkata kuasa ini semua kuasa Allah..ambe bukan ndak timbulkan fahaman songsang ataupun menyesatkan, cuba anda sendiri fikirkan sesungguh-sungguhnya.. apa Allah yang Tuhan sekalian Alam dan pencipta Langit serta Bumi dan semua Isi itu kita cuma dapat ibaratkan kuasa Allah itu hanyalah dengan tenaga letrik atau internet ini?
sudah pastinya tak terbanding dari apapun anda mampu andaikan, walaupun diguna pakai sementara untuk pandu fikir anda ke arah lebih luas scopenya..akhirnya anda tetap menemui kebinasaan andaian anda.. bahawa "Maha" Allah itupun tak terbanding oleh Dunia yang luas dan terbentang ini, kita pun sebagai satu manusia biasa, awal-awal dah kalah dengan andaian sebegitu.. 

Alam Maya ini ada orang kata, penyebab mengapa Hidup Social secara Nyata itu sudah semakin hari semakin merosot, communication pertuturan kata atau bercakap itu sudah terbatas. kerana anda sudah gunakan Jari sepenuh masa. bukan lagi Mulut untuk menyampaikan sesuatu perkara..
Susah payah tenaga anda di substitute oleh tenaga yang ber ratio rendah. apatah maseh boleh menikmati apapun selain bekerja dihadapan Pc..dengar lagu, berchatting dengan orang lain sementara tunggu email orang hantar 5 minit lagi atau browsing ke mana sahaja anda mahu tanpa batasan..
itu semua sudah pada mengajar anda untuk makin Malas.

ambe pernah terdengar ceramah sahabat ambe Ustaz Azhar Idrus mengenai ini, beliau beri satu contoh yang simple.. Batu Giling atau Batu Lesung di dapur yang orang dahulu gunakan untuk hancurkan bawang,lada dan apapun bahan untuk memasak..hari ini dah dipermudahkan, guna Blender aja tanpa ada susah payah pun..dibandingkan antara Batu Giling berpuluh Kilo nya dengan Blender, kelebihan Blender boleh dibawa kemana-mana bahkan dibawa dalam bag pakaian anda tanpa segan silu. hanya satu sahaja syaratnya, perlu tenaga electric..itu kata beliau.

lalu ambe sambung lagi mengenai Tenaga, yang sebenarnya itulah Jin. 

lalu dengan kata-kata ambe inipun anda membaca pun naik hairan, celah mana Jin nya? tak nampak pun?

persoalan ambe, kerana apa anda begitu?..bukan kah kerana anda dah teramat senang dengan kemudahan yang sudah disedia adakan sejak anda belum dilahirkan lagi semua itu sudah menjalani proses evolution masing-masing hingga up to date dan setaraf zaman.

fikir dan masuk gear R untuk reverse semula masa, pandu sejarah. semua kesusahan..tapi apa bantuan orang terdahulu selalunya? makhluk exotic dan pelik kan? hingga kita baca hari inipun dah rasa macam tak logic..anda logic kerana anda dah diberi environment,suasana atau keadaan yang serba ada..bagaimana anda ndak nafikannya sedangkan celik mata mula-mulapun dah jelas nyata. maka bahas hari ini seringkali menuntut logic. bukan bertanyakan tidak logic atau mengambil initiative kenali yang tidak logic. akan tetapi seperti orang Sombong yang mencabar Agama dengan pertikaian yang ini dan itu tak kena, kemudian apa kena dengan kepentingan dianggap "kena",mesti diamalkan.
sementara ada yang terima Agama pula buat andaian sendiri atas tafsiran dan tamsilan sendiri..sedangkan untuk BER Agama itu perlukan Jemaah..bahkan menjadi orang Agama pun perlu laksanakan kerja Agama. dan kerja Agama itu pula sangat murni dan baik dan istimewa buat ambe hingga ambe tak ndak subjective kan kerja ambe buat Agama pada context yang tertentu-tertentu melainkan merahsiakan ia..
cukuplah anda melihat orang yang Agama ini pun buat apapun dan cerminkan pada kaum pencari. semua dah buruk imagenya..bahkan ramai quit kerana Agama.. sedangkan itu baharu kita cakap pasal Agama.. belum turun pada pecahan Agama..dah kalut belaka. "persendakan Agama" tapi kerja sebelum itu dari kecil hingga besar berbahasa,berbudaya,beradat itu dari Bangsa apa dah awal-awal kita nafikan..anda kata "eleh, SAMA je semua"..

kalau semua SAMA, tak ada la Kristian, Yahudi, Buddha, Sikh atau Zoroastrian seumpamanya..Ngok.

bermulanya tetaplah dari cara tutur, jika anda tolak Melayu buat anda, maka cipta lah Bahasa Sendiri, jangan sibuk copy paste Bahasa Melayu.. Cipta Budaya Sendiri, jangan ambil lagu lama berentak inang,zapin,rambung,canggung,tempur,masri dan sebagainya itu sebagai Budaya anda..
Cipta Adat sendiri..buang lah Raja-raja yang ada kalau anda dah rasa Melayu tak relevant..Buat baharu belaka agar kau kenal dan tahu betapa sukar sebenarnya ndak Ciptakan itu semua, ya mungkin anda boleh katakan bahawa Bangsa-bangsa atau jenama/branding tiap bangsa itu kerja Manusia..
habis tu anda nak siapa Cipta Bangsa baru agar LAYAK buat istilah kita untuk kata "Ya..itu semua dari Tuhan"??
Bangsa berfilosofi, ia memetaforakan semua unsur Alam dalam Kehidupan, ia menerapkan bahkan menarik keinsanan dan kemanusiaan pada satu pertemuan yang Logic. ndak buat itu belaka pun bukan kerja 2 hari siap..bertahun, berkurun mungkin..

tapi akhirnya kita tahu dalam menghayati,menghargai kesemua element sesebuah bangsa baik dari Bahasa mereka yang berloghat,dialect,ejaan dan sebagainya bermaksud macam-macam..anda dapat lihat perbezaan antara suku-suku dalam tidak langsung kenal masing-masing siapa dan kenapa mereka begitu hingga wujud istilah formal Bahasa Melayu. kerana Bahasa Sunda, Jawa,Aceh,Betawi,Riau,Minang,Batak,Bugis,Banjar dan sebagainya suku yang ada tetap perlukan satu "Unity"/penyatuan agar semua tetap dirujuk pada Usulnya. yang terawal dan terakhir.

sama juga dengan Warna Budaya tiap suku,kaum,puak yang ada dalam category sesebuah Bangsa. ia mencerminkan bagaimana Sikap kampung tersebut, tapi Budaya yang sebenar tetaplah Jati diri yang di express melalui berkarya..makan nasi dengan tangan kanan, itu pun karya apa? mengunyah nasi dalam mulut, itu pun karya..bahkan buang air besar atau kecil itu lah karya sebenar kita.

Adat yang berbilang tempat lain pula caranya, ambe pernah berbalah dengan seseorang wanita yang merupakan wakil muslimah di negara rantau, ketika ambe berada di Kaherah dahulu. dan prang ambe ketika itupun di Yahoo Messanger. dan Issue nya kerana Adat ini..dia rasakan Adat ini irrelivant untuk di apply pada Agama..
ambe jawab pendek aja awalnya.. "ya, memang jelas lah sebab bukan kita yang bikin cipta Bangsa, apatah lagi Agama..kan?" kemudian biasalah, bila orang yang terperap dalam context "educated" sebab belajar luar negara..ada semacam pride pada dirinya....dia rasa penting itu Agama tapi dia lupa pengamalan Agama yang utama itu apa. Buat Baik je sebenarnya, mengaku Salah dan initiate persoalan mengenai usaha bersama bagaimana kita boleh bersatu sebagai contoh.. tapi dah pandai, buat apalah ambe nak cakap lebih. nasib baik line terputus, maka dialog itu berakhir disitu.

anda baca apa Adat Melayu, memang agak esentrik rupanya..namun tujuan apa hal yang bodoh-bodoh ini dilaksanakan?

bagi ambe tetaplah Melayu itu satu Sebab ambe perlu tahu sebelum ber Agama.. kalau tak ada Istilah Arab sebagai Bangsa, ambe rasa mungkin kita pun tak kenal Agama.. kerana perkataan apapun digunakan tetaplah dari Bangsa. yang Orang Reka-cipta diatas penilaian yang mendalam.

bila Bahasa Failed untuk dijiwai, anda jangan salahkan sesiapa..Salahkan Tuhan kerana malang anda dan sial nya hidup anda dan kenapalah susah belaka dan kenapalah ORANG SELALU KATA AKU..dalam nada berontak..kerana itulah "trend" hari ni.
sikit-sikit SERAH PADA TUHAN. apa class sangat ke kita ni? bangun celik mata dah banyak hal tak buat, kerja sekian hal, solat lebih kurang..gaji kerja pun berkira dengan Tuhan.
kemudian anda akhiri putus asa itu dengan SERAH PADA TUHAN.
sedangkan apalah usaha anda pada individu tersebut jika benar issue anda disini kerana individu.
atau usaha anda pada kerja yang tak naik-naik gaji..sedangkan dah dioffer kan gaji besar di tempat lain dengan bermacam kemudahan yang lumayan tapi anda buat keputusan dengan memilih kesukaran..kemudian sebab pilihan anda sendiri..anda blame Tuhan dan expect Tuhan betul kan balik apa sepatutnya... Teknikaliti selalunya begitu lah..ambe tak kutuk sesiapa kecuali beri contoh-contoh dan fakta berguna agar penulisan ambe sentiasa mencerahkan anda, menyentap anda agar anda terasa dan fikirkan dimana betulnya dan sepatutnya..

itulah tujuan utama ambe melangkah di Alam Maya ini..bukanlah menuntut Popular di Alam Maya..
lebih baik gi Office MIG untuk cari kerja kosong jadi pelakon baharu berbaloi.

apalah bezanya mimpi dengan ber Internet.
anda boleh dengar,nampak dan bercakap..tapi bawa kepada kenyataan..panjang ceritanya.
anda online shopping pun berminggu-minggu barang baharu sampai. lainlah anda pergi usaha..
apapun tetaplah anda perlukan Usaha untuk membawa hal Ghaib pada Nyata..itu dah jelas hari ini. 
anda kenali seseorang dari Laptop yang berisi elemen yang ghaib dan berhalimunan rupanya perlu Usaha..baharu dapat jumpa kawan kita yang juga online dihujung sana.. mana ada click di Google Earth atau Garmin je tiba-tiba anda disana..maksudnya disini Maseh Maya..
apa ambe katakan semua maseh Theory, itupun tetap Maya..

biarlah ambe diancam oleh anak murid Jin-jin yang ada di FB atau Twitter atau mana-mana lagi. kerana ambe maseh menuntut peleburan eksistensi diri agar diri sebenar yang bersendiri ini diperbaharui..

sama seperti kejadian ambe menolak untuk pergi jumpa dan risik "Liv Tyler Bertudung" tempohari dalam mengetahui bahawa ambe berada 10 km jauh darinya dan hanya mengambil masa 2 minit untuk sampai ditempat dia berada.

ambe tanya siapapun yang ambe rapat.. bahkan Sahabat ambe pun beri sokongan dan katakan pada ambe "jadilah nemo..please"
*buat pengetahuan, nemo adalah watak utama dalam cerita Mr Nobody.

akhirnya ambe berselawat panjang untuk buat keputusan. ambe ambil keputusan untuk tidak pergi. biarlah dia bersendirian..ambe maseh Yakin dengan ketentuan bahawa dia akan buat pilihannya untuk berada dihadapan ambe, seraya senyum dengan makna "lamar lah aku"..

kerana ambe bukan cakap bodoh dan naik angau mengenainya, ambe tak pergi kerana ambe BUKAN Nemo. namun ambe adalah Raja Badruddin Hakim Shah yang berpendirian..dan dirinya sangat menghargai dan menganggap bahawa dia Istimewa buat ambe..ambe dah tolak tepi perempuan gatal lain yang minta digaru. dan walhal ambe pilih jalan paling pelik dan jarang orang lalui iaitu dengan mengenal bayang dan menjadi orang yang dikatakan "gila bayang"..

biar..itu risiko ambe. dan tiada apa ambe lakukan ini melainkan kerana ambe tahu inilah kali pertama bagi ambe.

bukan itu kita cari dalam Cinta..kali pertama dalam segala-galanya?

..bagi yang ambe dah buang, sila balik belajar erti berkawan-ber Rakan-berSahabat atau berteman diatas pentas Dunia nyata..

ambe remove sebab dah terlampau bagi ambe, walaupun ambe tahu anda yang di remove mungkin sedang membaca..dan maseh Degil dengan kesombongan itu. teruskan..

cuma satu je ambe minta, FIKIR dan RASA sebelum BERKATA..sebab ambe khuatir pada ayat-ayat yang konon suci dianggap sendiri ditanggap macam mencarut..busuk dan buruk benar rupanya yang mencermin diri yang sebenarnya anda patut jadi Wanita yang ada pegangan dan berkeyakinan tinggi..

berhentilah kutuk watak bayang ambe, "Liv Tyler Bertudung" tak pernah bersalah pada sesiapapun..kerana anda bahkan ambe pun tak pun kenali dirinya..anda tahu kewujudannya dengan bayangan ambe berikan sahaja. itupun dah macam-macam spekulasi..sedangkan ambe cakap yang baik pada nya tiap masa kerana ambe temui satu dari diri ambe pada nya....

dan ia bermula dengan pandangan pertama, 

yang pastinya BUKAN di Alam Maya. tapi Nyata. bahkan ambe tahu profile nya, namun demi satu usaha pembaharuan baharu.. ambe tak ndak buat yang SAMA maka ambe laksanakan yang paling ber BEZA dari selalunya..

maka logic akan diri anda dimana pun anda berada. jangan buat semua macam milik kita. kalau ndak, Usaha. tak ndak, pergi main jauh-jauh kerana Apikalam bukan bercakap sahaja-sahaja kerana ada dalam ini terkandung Instructions Fikiran..."jangan bazir masa orang-orang yang bekerja ye"..

selamat ambe ucapkan, selamat ber FB, Blogger, Wordpress, ber Friendster, Tagged, Myspace, Hi-5, Google+ atau apa lagilah yang ada..
anda kini sudah berada di TANAH yang HALIMUNAN.

KBD