Sunday, September 11, 2011

SAKIT

the higher you hope for, the most humiliated you'll be in..

setinggi mana yang di harapkan, itu sebenarnya penurunan darjat paling dasar..mungkin bukan sebagai manusia lagi..

buat ambe, definasi itu adalah "teman" siang malam..dialah makan dan minum, dialah tidur dan jaga, dialah mandi, buang air besar atau kecil dalam tiap-tiap hari.
hinggakan ia melahirkan bermacam-macam rupa andaian, bahawa apa kita lakukan sebenarnya itu topik utama kita. tujuan utama bagi mengesahkan betapa PENTING dan URGENT nya ia.

mungkin anda pernah dari terfikirkan soal sakit dan ber-penyakit, dan kemudian kerana sakit itu anda mula "sedar" (sementara la) akan kepentingan sesuatu hal yang tlah sedia dan ada pada diri daripada kepentingan yang dicari dan hendak dicapai dengan sesungguh-sungguhnya yang belum pasti dari andapun tahu atau yakin bahawa itu adalah milik anda.

tanyakan diri, apa kita pernah terfikirkan hal seperti itu sesudah kita kembali sihat?

bagaimana anda berterima kaseh terhadap kesakitan? adakah dengan cara "menjaga kesihatan" itu salah satu caranya ataupun menakuti penyakit yang diwartakan oleh Kementerian Kesihatan atau Hospital Corporat melalui poster,brochure ataupun flyers yang kita tengok design nya pun bertaraf "ambil syarat aja"?

apapun kebuntuan ataupun hujah anda dalam menjawab hal demikian, satu perkara paling serious hendak di teliti oleh kita. dan mungkin ramai dariantara kita lupa untuk tempel Nota ini didalam memory simpanan Otak.

iaitu Misi sebenar SAKIT.

yang sebenarnya hanya memberi semacam pemahaman bahawa anda TIDAK PERLUKAN DOCTOR atau NURSE atau menteri kesihatan untuk menghuraikan punca anda sakit, bagaimana penyakit itu datang dan merebak, apa simptom sakit-sakit tertentu dan sebagainya akan tetapi advantage SAKIT ini adalah sebaliknya dimana anda perlu lihat kepada diri anda dan bersama diri anda untuk mengenali SAKIT itu. ahli keluarga atau kawan anda lah Nurse dan clinic sebenarnya adalah tetap Agama,ini kerana Malaikatlah dalang pembaikkan masyarakat jasad anda..boleh dikatakan seperti penjaga Farmasi atau Drugstore manakala preskripsi beribu jenis ubat itu diperkenankan oleh "big boss" mereka iaitu Rasul.

dengan menyedari heiraki tersebut, anda tahu siapa DOCTOR sebenar,

itulah ANDA.

kerana percaya atau tidak, punca penyakit zahir atau batin apapun bermula dari anda..
secara kasarnya, andalah yang mengizinkan pengambilan minyak yang berlebihan dalam pemakanan menyebabkan sistem tubuh badan atau rakyat jelata diri andapun sudah suntuk dan mungkin berada ditahap out of control untuk mengagih-agihkan zat dan khasiat kepada seluruh anggota, hingga anda pun naik pening dan mendapati anda sudah menghidapi penyakit darah tinggi..

secara halusnya pula, anda adalah Insan yang tidak reti untuk mengawal diri anda..maka kemarahan yang mendadak itu merangsang mentality kita untuk "makan bila stress" atau "tidak makan ketika tension"(diatas saranan dan pengaruh Novel atau Movie Cinta Melayu atau Orang Eropah yang murahan)..

dan andai diperhalusi lagi dengan sebenar sungguh, anda sedar bahawa anda tak perlukan alasan yang berbagai namun mengakui bahawa ini adalah Kifarah dari Tuhan.
Kifarah bermaksud Balasan dari Tuhan secara harfiahnya. namun apakah teruk sangat ke Sakit dan Menanggung Kifarah ketika Hidup bila anda tahu Mati itu nyata?

jadi dengan ringkas ulasan ini, ambe harap anda sudah sedia dan maklum bahawa SAKIT senantiasa menyampaikan penawar buatmu, melalui pemikiran..manakala Sihat itu adalah Racun kepada diri kita kerana anda hanya dapat merasai kesenangan dan nikmat. akhirnya kita sudah tidak lagi peduli dengan Susah payah diri.

berbagai istilah yang digunakan dalam merujuk sakit tertentu..antaranya dengan mengenali SAKIT ORANG KAYA, iaitu Jantung.
SAKIT JIWA bagi yang digelarkan Gila ini dan sebagainya lagi.

tetapi dengan mengetahui PESAKIT JIWA ini tak ada tanda dibadan seperti pesakit kusta, jantung, bengkak dan sebagainya..bahkan ambe pun pesakit jiwa seperti anda. yang frust, yang pada satu tempo hidup harian sekejap anda melenting marah dan kemudian menangis kerana sedih.
apa dengan tahu ini kini, anda maseh hendak kata PESAKIT JIWA di Tanjung Rambutan itu Gila ataupun anda sebenarnya Gila?
cuba kita tanya orang Gila, apa dia tahu makna Gila bila kita tahu secara umumnya orang Gila ini sudah putus akalnya dalam memberitahu dan sahih dia adalah Gila?

anda pun belum Gila bahkan belum mengalami Gila itu sendiri..bagaimana anda boleh istilahkan ia Gila? atau kerana Doctor Psychology beritahu spesifikasi Gila maka kita jadi tahulah kononnya, padahal Doctor pun belum Gila sebenar..Doctor cuma gunakan panduan buku untuk tahu "Gila"..atau hal paling lucu, tak ada Doctor atau Pensyarah kedoktoran pun di Dunia maseh dapat Demonstrate ke-Gila an. kerana anda semua sudah faham bahawa Gila terlampau banyak spesifikasinya hingga buntu untuk tafsirkannya..orang Happy pun Gila, orang Sedih pun Gila, orang Kecewapun Gila, orang Confuse pun Gila, orang Cemas pun Gila dan paling teruk sekali, penyakit Gila itu sendiri tiada Uniform yang Khusus atau Symptom yang khas kerana kebanyakkan pesakit Gila pun terdiri dari Menteri-menteri, Pekerja Kilang Minyak Petronas atau Pelajar University..

ini kerana Gila adalah SAKIT Halimunan. ia lah Sesumpah yang paling halus kerana amali nya kita akan buat sesuatu kita benar sukai, sayangi, kasehi atau Cintai dengan penuh usaha hingga kadang-kadang perlaksanaan kitapun sudah luar dari jangkaan dan kebiasaan..BUKANKAH ITU LAKU ORANG GILA?

GILA RAJA, GILA NAMA, GILA KUASA, GILA HARTA...
itu lagunya Hukum Karma-Wings..
apa antara 4 itu, siapapun tak mahu bahkan itulah tujuan dan matlamat hidup kita. yang ingin berkuasa sepenuhnya dengan berhajat agar dia dilayan seperti Raja diistana atau mungkin dengan menyimpan matlamat dalam kerja keras untuk jadi Raja Sehari, atau mengidamkan impian menjadi orang TerNama dengan pelbagai Usaha Promosi siang malam melobby diri kerana Nama. sementara kedua hal, Kuasa dan Harta inilah sering kali ingin dicapai oleh semua orang..

bahagi ambe, penyakit paling kronik bukanlah cancer ..akan tetapi Penyakit Kencing Malam kerana anda akan bangkit kerana hendak dan perlu kencing..

tak ramai sedar dengan beramal secara aman dan damai walaupun sekejap demi Tuhan diatas hamparan sejadah, itu penawar bagi beribu macam sakit..jikalau baharu ini kita sambut Ramadhan bagai nak gila beramal sebab Lailatul Qadar kononnya, mengapa tiada sebab yang munasabah dalam bangun tengah pagi buat bersama usaha mengenal diri dengan Qiyamulail, Tahajjud ataupun berzikir..padahal orang yang berjaga atau terbangun tengah malam itu satu advantage baginya..
bulan puasa baharu inipun sudah membuktikan pada anda, bahawa sebenarnya makan banyak dan lebih-lebih itu perlu diharamkan sepanjang siang dan sebahagian kita pun dah buat tanpa alasan.

akan tetapi bila diceritakan perihal kita sekadar bangun dan beritahu Tuhan bahawa

"aku bangun demi untuk Berak dan Kencing..

bukan kau Tuhan."

jahat tak kita? memangpun..bahkan Ustaz dan Mufti Pejabat Agamapun ada buat macamtu.
walhal inilah ruang terbaik untuk berfikir. setidaknyapun..bukan berlagak alim namun berlagak suci. hanya memberikan sudut pandangan yang luas, bahawa sebenarnya orang yang berhajat sungguh jadi Wakil Rakyat atau Perdana Menteri atau Penguasa Negeri atau Negara sebenarnya mereka semua tlah pilih tanpa memperhalusi peranan dibelakang nama jawatannya.

sebenarnya jadi Menteri itulah adalah siri penurunan darjat pada diri sendiri..pertama, anda perlu RIAK dengan mengaku "ya aku menteri besar" walaupun iktiraf itu tak semua akui, atau dia hanya diiktiraf dari hasil bodek dan dapat, ampu dan terima habuan...kenyataannya, semua orang boleh aja jadi apa mereka inginkan hanya menjadikan diri yang diingini itu persoalannya.

Semakin Tinggi Pangkat dan Jawatan, semakin Hina Teruk diri ini..salah satu kenyataan buat fikiran yang adil, ramai je pemimpin hari ini hanya reti cakap banyak dengan kerja yang bertimbunan..dan sudah tentunyalah tak semua permohonan bantuan dari Rakyat itu ditunaikan sepenuhnya..akhirnya Maruah sendiripun tak reti nak cakap apa kerana terlampau banyak nya janji yang maseh tidak dikotakan...

maka tak usahlah minta untuk jadi apapun jikalau kita sendiri maseh rasa pandai aja untuk bidas pendapat orang lain..itu bukan Wibawa. Wibawa memberi apa yang dibawa olehnya,"Ilmu" lah maksudnya.. bukan beri Ilmu yang tak ada padanya namun claim bahawa dia Yakin namun tidak pernah buat..orang Yakin itu mereka yang dah Buat, bagi yang tak buat, itu orang berpengetahuan aja, untuk sekadar ambil TAHU, semua boleh buat..nak laku itulah yang payah..atau berlagak lebih teruk dari babi yang berdiri memandang orang yang dijumpainya, atas dan bawah berpuluh kali dengan cara menjengkelkan..
atau tersangat hebatnya kita maka pembelotan dan pembohongan besar berlaku dengan berleluasa. jadi ikutan ramai akhirnya Pemimpin yang berjutaan melata ini tidak lagi buat kerja Boss akan tetapi tunaikan Hak Kuli-kuli atau anak buah yang ramainya didalam satu kepala.

sementara memang dari dahulu ambe memang Acrophobic- sejenis penyakit Gayat dan Socialphobic- sakit dengan keramaian.
Hingga kerana kepedulian soal itu semua, ambe jadi faham dengan meneliti apa berada di arah horizontal(mendatar) dengan penyakit Socialphobic manakala ajar ambe perhalusi segala apapun berada pada tahap vertikal(menegak).
semuanya tlah selama ini ambe pelajari dengan KETAKUTAN.

maka insyaAllah penyakit darjat ini ambe tak perlu takut lagi bila ambe di peringkat TINGGI atau takut dengan apa bakal ambe berada ditempat paling RENDAH dalam menghadapi di paling HADAPAN. kerana semuanya itu sudah di ATASI dengan memandang hikmat ketika mengalami dua macam SAKIT utama ambe nyatakan tadi.

berterimakasehlah anda, berterimakasehlah dengan SAKIT. kerana SAKIT lah memberi anda REHAT yang sebenar dan memberi semacam ruang fikir yang jelas untuk berfikiran jernih dengan bersangka baik pada semua kerana Tuhan ciptakan segala-galanya akan tetapi memberi anda satu hal untuk dilaksanakan..

"PILIHAN".
sehingga hari ini, Decidophobia adalah PENYAKIT yang paling umum dan dihidapi oleh semua orang..
kerana kita kurang KEYAKINAN.

maka Apikalam lah pembakar "Decidophobia", dengan syarat bacalah dengan kejujuran..kerana itulah kerja anda disini ketika membaca. dan tugas ambe membuat pilihan dalam memilih jenis bahan bakar dan kekuatan Api yang sejati.

KBD