Tuesday, September 13, 2011

BA-RA

kebelakangan ini ambe didatangi oleh rasa yang entah dari mana datangnya secara tiba-tiba untuk ber mata keranjang..dan jatuh minat pada seseorang yang ambe pun tak kenali/ stranger pada ambe. kerana adakalanya ambe dah naik fed up untuk belajar memahami setiap masa wanita-wanita yang ada didalam phone book ambe, atau di laman FB dan Twitter atau dimana-mana lagi laman interaction social.. kerana apa yang ingin dibahaskan tetaplah Issue. sedangkan bila bertanyakan soal "mengapa kita perlu berpasangan" itu dah jelas, kita saling memerlukan. "Issue" utamanya adalah untuk memenuhi hak PERLU. dan sebab yang utama tak perlu kita bahaskan adalah kerana Rahman dan Rahim setiap laku kita. maka Tuhan beri jalan pada Kemurahan dalam mempertemukan Rahim atau Kaseh itu pada kita yang semuanya adalah pencari.

SEBAB utama itu tetaplah kerana rasa Kaseh, kita KENAL pun tujuannya untuk MENCINTAI, dan walaupun konteks pepatah TAK KENAL MAKA TAK CINTA itu universal maksudnya, kita tahu dan faham bahwa Cinta tetap milik Tuhan. perjalanan yang sudah atau sedang dan akan datang dalam hidup kita menentukan bahawa kita benar ber Cinta dengan Tuhan dengan amali atau practical.
disitu memperkuatkan pepatah Melayu itu..dalam tidak langsung, anda pun tahu Melayu jauh pandangannya..bukan kekampungan namun globalwise. namun bilamana ambe sebut Melayu, harap dan mohon tak payah relatekan dengan orang Melayu hari ini..atau tanamkan pemahaman bahawa ambe ini pembawa hasutan Politik. ambe tak sebodoh itu saudara-saudaraku walaupun memang mengaku bodoh.

didalam menjadi seorang pengharap bayang atau penggila bayang ini, ambe sedar..ya ambe pernah kutuk orang gila bayang. maka kata-kata ambe itu sedang menikam ambe sendiri. tapi bukan kah dengan menjadi orang yang "gila bayang" ini lebih menghargai empunya bayang?

ambil satu masa panjang nilaikan apa ambe katakan ini..

dan sesudah itu,sambunglah membaca lagi.

kerana ambe anggap pengalaman ini sebenarnya yang extra-ordinary, yang lain dari yang lain..kerana orang yang ambe umpamakan "Liv Tyler" ini adalah sang jelitawan yang menangkap mata hati ambe yang buta ini untuk mengesan kehadirannya..walaupun ambe rabun jauh, pandangan ambe padanya tetaplah jelas tanpa cermin mata.
dan yang ambe difahamkan memang diminati orang ramai, yang friendlistnya pun beribu-ribu orang..dimana sebenarnya ambe kurang gemar untuk berkawanpun, kerana didalam ramah itu pun mungkin ada rasa bangga.."aku cantik" "aku popular" "aku top" dan "aku lah antara primadona di Terengganu"..keratlah jari ambe jika salah andaian itu, sedikit pun PASTI ada.

namun degil ambe kali ini meng exploit pengalaman ini, ambe cubalah anticipate perasaan jiwa Stalker ini. yang pandai cover line, pandai berlakon tak tahu menahu atau tegang muka dihadapannya tanpa sebarang tanda suka dirinya.. semua itu ambe cuba jiwai dengan sebaikmungkin.

dan menyedari segala sangkaan itu pun adalah dakwaan paling kejam pernah ambe beri pada seseorang yang ambe tak kenal pun. akan tetapi betul ke ia kejam, bilamana wanita-wanita ambe kenal, yang ada ini pun pandai bersangka-sangka macam-macam dan menuduh ambe lakukan apa sahaja hal yang ambe sudah tegaskan ambe tak buat. sebaliknya ambe cuba bercakap yang paling jujur hingga ambe perasankan terhadap diri ambe bahawa ambe lah lelaki paling jujur dan bodoh terhadap wanita, alangkah dengan pengakuan "mimpi basah" pun ambe beritahu, "mandi wajib" pun ambe cakap dengan terang-terangan atau "gatal celah peha" sambil menunjukkan bahagian mana itu pun sudah ramai kaget atau terkejutkan..
dan apa ambe pernah bentangkan selama wujudnya Apikalam, ambe sedikitpun tak cover apa ambe lakukan. sebaliknya menggunakan ini alasan men-sifar akan diri ambe menjadi "MR NOBODY"..

maseh ada lagi orang ndak pertikaikan, buat andaian diatas kejujuran kerana merasakan JUJUR itu TAK CUKUP memuaskan hatinya. kerana pengakuan pendek itu terlalu dan terlampau pendek format pengakuan. ia perlukan 10 patah perkataan keatas baharulah ia satu pengakuan yang sah..itu semua ambe dapat melalui pengalaman harian menghadapi lautan wanita hari ini.

rasanya sebahagian anda pun sedar akan scenario ini.
bila kita berbulan-bulan tidak contact seseorang atau si dia tiba-tiba diam diri selama seminggu dan akhirnya menerima panggilan atau SMS.."saya ok disini, dan tidur dirumah Diana" sebagai contoh format kejujuran yang dihantarkan oleh seseorang kepada tunang nya yang jauh darinya.

akhirnya timbul cemburu yang sepatutnya dibiarkan ajalah cemburu itu sebagai perasaan..tak perlu dibahaskan dalam kata-kata kerana cemburu pun bukanlah ada satu maksud yang tepat bagi mempersetujukan seluruh makhluk yang rasa cemburu.
apa selalunya kita dapat dari cemburu yang berbunyi atau berkata-kata?

setahu ambe, kita bergaduh..putus tunang dan putus segala-galanya....hingga mungkin putus asa dalam beragama.

walhal Diana yang dimaksudkan tadi itu sudah berusia 80 tahun, dan merupakan Ibu pada Kawan Pak Saudara kita, yang mungkin sahaja dia terpaksa bermalam dirumah Diana kerana Kawan Pak Saudara outstation dan minta bantuan dirinya untuk jaga Ibunya..dan tidur pun di ruang tamu yang sempit, kecil hanya muat 2 orang lalu lalang kerana sudah sesak dengan TV dan Couch..maka alasan bermacam-macam itulah reality yang dihadapi akan tetapi tetap disangka kan "tidak logic" oleh pasangannya..

ya iyalah.. kau tak ada kat situ, semua jadi tak logic. hatta kau bercinta pun tak logic andai ndak dikira-kirakan lah ikut fakta.

ambe tak tuntut kesempurnaan didalam hubungan kerana ambe sedar ketidaksempurnaan ambe sendiri..yang ambe tuntut hanya SANGGUP.
kerana soal SANGGUP ini pun sudah ramai mulai mencurigainya..bahkan persoalkan next chapter sedangkan first chapter pun belum tentu termaktub dalam buku hidup yang reality ini lagi.. "nak nikah lain lagi lah tu, kan?"..persoalan poligamy tiba-tiba muncul dari petala pemikiran wanita yang sudah taboo dengan peri laku lelaki hari ini di dunia.

bahagi ambe, itu tak salah bagi wanita terfikirkan hal itu, mereka perlu fikirkannya bahkan yang hendak betul-betul mengenalinyapun perlu berada didalam scenario Poligamy atau berkongsi Suami. kerana mereka yang sudah berpoligamy sahaja yang berhak bercakap tentang hal ini. tak cukup kuat bagi ambe mendengar perkataan yang keluar dari mulut wanita yang belum berpoligamy kerana mereka kata mereka kesian tengok wanita yang berpoligamy..itu dasar Hipokrit buat ambe.
bahkan KITA hipokrit kerana bercakap tentang hal yang kita pun tak lakukan atau rasai sendiri..ambe malah lebih Hipokrit kerana bercakap mengenai pernikahan namun tidak mengalaminya sendiri..bahkan maseh "tunggu dululah, kerja dulu dan bla-bla bla" alasan yang dikemukakan oleh wanita yang diajak nikah.

dari dasar apapun ambe beri, ambe tetaplah seorang yang minat dari jauh.. pada seseorang.
dengan rasa "aneh" ini pada perilaku seperti orang terencat akal. yang suka dan naik excited bila dia sedar dengan kewujudan ambe.

walaupun memang, sungguh dan sangat benar..apa ambe akan katakan ini tak dapat diumpamakan, akan tetapi panduan bagi kita sedar itu bahagi ambe sudah cukup jelas.

bukankah itu yang sama seperti kita Cintai Tuhan atau Rasul?

yang andapun tak pernah kenali, tak pernah tengok pun, dan anda ambil semua itu hanya dari kata-kata orang sekeliling.. yang kenal "Liv Tyler Bertudung" itu. yang mungkin lebih jauh mengenalinya dan tahu apa dia minat, apa dia suka dan sebagainya..sementara ambe yang maseh belum tahu secara mendalam apa dia sukai, itupun maseh jauh untuk membuktikan bahawa ambe memang "Cintai" nya..

tidakkah dengan mengetahui apa kesukaan pada seseorang kita sukai itu kita akan lakukan perkara yang sama menyerupainya, walaupun pasangan itu Wanita..Lelaki akan cuba meminati apa si dia sukai, kalau awek idaman kita minat Strawberry Milkshake, kita akan mula mencari dimana ada jual Strawberry Milkshake dan merasainya sendiri dan menyelami jiwa yang minat Strawberry Milkshake kerana kita SUKA seseorang.. dan tak tahulah samaada anda perasan atau tidak, perilaku sebegitu pun sama sepertimana ambe rasakan bila ambe Rindu pada Rasul ambe.. ambe Simpan dan berjuang dengan Sunnah hingga dibuang kelas ketika berada di UiTM dahulu membuatkan itu TERBUKTI ambe KASEH pada Rasul. walaupun tak semua nak pergi se Extreme itu..tapi keadilan anda terhadap Wanita yang anda kehendaki itu anda turuti tanpa bandingkan dengan Rasul, yang padahal tlah menyediakan satu macam Ideology Fikiran dan Cadangan khusus dengan menjadi Orang Islam, anda kembali pada kejadian mengenal asal anda yang sebenarnya Insan yang inginkan Iman.

hingga hari ini, bahkan janggut ambe semakin lebat, rambut semakin panjang..berada didalam Dunia hari ini pun ambe ketahui betapa susahnya....berada di College atau Kerja bertemu dengan pelbagai Client pun satu cabaran untuk meyakinkan orang bahawa inilah "Agama" ambe. pertikaian Rambut Panjang hingga hari ini pun hebat diperdebatkan, ambe biasanya angkat kaki dan lari dari punca-punca perbalahan seperti itu.. sedangkan Rambut Panjang itupun Sunnah.

ambe sedar, dengan pengakuan ini..ambe bakal ditinggalkan. bakal dicurigai terus-menerus..namun inilah kejujuran.
dan kita tak sepatutnya menakuti kejujuran.

kalau hati kita inginkan Ikhlas..Jujur lah dengan apapun.

sementara Liv Tyler Bertudung itu maseh jauh dari ambe, nombor telephone pun tiada, bahkan bukan Friend dalam FB pun.
diberi Link oleh adinda-adinda ambe di college, akan tetapi ambe tetap enggan untuk Add..ambe pilih jalan yang sukar dan tahu bahawa ambe mungkin perlu mengatasi setiap calon pasangan nya..jikalau benar dia belum berpunya.

akan tetapi menurut pemahaman ambe, dia memang dah ada seseorang buatnya..yang membuai tidurnya tiap malamnya dan melayannya sebaikmungkin, kerana kenyataannya dia sememangnya cantik dan lawa dimata setiap lelaki. adalah tidak mungkinlah tidak ada pemilik hatinya yang pembina tembok ketahanan hatinya.

jikalau tiadapun, adalah tidak mungkinlah ada ruang bagi ambe..kerana ambe bukan menurut pada Wanita. dan kebiasaan kehendak Wanita itu Lelaki yang smart, dan definasi rambut pendek dan berjanggut pendek itulah smart dan handsome.
dan perokok itu selalunya Issue utama perbalahan dan pertikaian semasa buat tiap Wanita, kerana Dunia tlah mengajar mereka mengetahui bahaya nya Kesihatan. sedangkan Kesihatan itu bergantung pada persekitaran dan diri empunya..

bayangkan jika Dunia ini tiada Asap Rokok atau lenyap nama "Rokok"..apa perubahan seperti itu jaminan kesihatan manusia semua tidak mengalami kanser paru-paru, jantung, kecacatan janin dan sebagainya?

bagi ambe,hanya tiga kali mendengar pesanan untuk suruh ambe berhenti merokok dari seseorang Wanita. ambe akan kirakan Wanita itu tidak layak bagi dijadikan calon Isteri pun. kerana pertikaian itu sudah menimbulkan cerita panjang dimasa akan datang.
ambe pernah berhenti merokok selama setahun genap kerana seorang Wanita. namun dimanalah dia hari ini yang tiadapun disebelah ambe atau didalam kehidupan ambe yang harian sekalipun. dan didalam mengamalkan "kemurnian" hidup yang bebas tanpa merokok, tiada apapun perbezaan melainkan perkara yang sama.

ambe tetaplah si bodoh yang meletakkan diri ambe dihadapan dalam sedia berisiko untuk dirinya, bahkan peristiwa Hitam ambe accident/kecelakaan di jalan raya berlakupun ketika ambe tidak merokok pun..jadi dimana bukti merokok Bahaya atau punca kejahatan? ambe mencuri buat pertamakali dahulupun ketika ambe tidak merokok, berusia hanya 9 tahun.

walaupun apa sahajalah sangkaan orang ramai terhadap laku ambe. biarlah.
ambe tetaplah apa kadarnya. kebaikkan yang dilakukan itupun adalah hipokrit ambe agar orang tahu mereka sahajalah orang yang baik..orang yang jahat akan sentiasa dihukum dan terus dihukum. dan ambe tiada soal atau "no problem" dengan hukuman manusia, asalkan diakhir hayat ambe..Tuhan memaafkan ambe dan Nabi mengaku umat. cukuplah.
tugas bermaterial dan mentiadakan material hingga disiat-siat meninggalkan nilai-nilai sudah cukup bahagi ambe untuk memberikan kepada sesiapapun yang mengkehendakinya..

dan biarlah "Liv Tyler Bertudung" itu jadi Misteri buat ambe, hingga benar Tuhan beri petunjuk dan perintahkan ruang agar dihadiahkan padanya satu jalan kepada ambe sebagai tanda sah "dialah orangnya"..maka biarlah itu jadi tekaan bagi ambe dan kita.

benar sungguh apa kata lagu Dendang Anak..
"Mencari calon, amatlah mudah..calon yang tepat, itulah yang susah..Orang Alim..dapat Hidayah, Raja Muda..kena Jelalah."

ambe, yang adalah Raja yang lahir tanpa dipinta untuk jadi apa adanya ini bahkan lebih payah dari orang biasa untuk hidup..hari-hari orang pandang Nama sebagai Pangkat dan kemudian Hormati, biarlah tingkah laku Raja itupun macam sial..
maka hadapi lah dan hiduplah dengan "sumpahan" ini.
dan menjadi Orang Alim, ya mungkin secara tafsiran ke bahasa Melayu..Alim itu adalah Berpengetahuan banyak.. ambe jauh dari pengetahuan, dan ambe maseh buntu dan keliru untuk tahu menjadi Calon seperti apa sebenarnya yang disukai orang..kerana apapun kita buat, serba tak kena. Baik pun ditanggap Salah, Jahat pun disangka Salah.

maka berjalanlah ambe. kerana ambe tahu ambe maseh seorang Raja Sumpahan yang maseh Muda dan mentah untuk pelajari semua ini..

Jelajah ambe maseh belum selesai, bahkan hujung hari-hari ambe mengingatkan "Liv Tyler Bertudung" ini akan cuba ambe jelajahi di alam mimpi. mungkin itulah "petunjuk" terbaik dari melihat hari ini, semuanya dah jadi tak berharga..bahkan dengan berbuat baik pun, orang dah sangka bermacam-macam dan pelik dengan perbuatan itu.
anda pembaca, andapun hidup seperti ambe..takkanlah itupun anda tak tahu..
"Liv Tyler Bertudung" itu pun bahkan tahu.

meskipun dia maseh asing dipengetahuan ambe yang memang jelas yakin, Bangsa sebenar ambe adalah Asing..
maka anda tlah membaca seberkas garapan Bara Rindu dari Apikalam, ambe rasai bahangnya bara ini dari paling dasar rasa hingga meruap-ruap rindunya, betapa ingin tengok dia lagi esok, lusa, dan sampai bilalah jemu itu bertandang dan mencurigakan Suka ambe, yang hanyalah warga asing yang datang dari luar bhumi ini di sebuah Planet yang berada ditangga pertama, dinamakan Mata-hari. ya! ambe makhluk asing.. jadi?

KBD