Tuesday, September 13, 2011

AIR MATA HITAM PUTEH

jikalau airmata ambe mengalir tiap-tiap hari di setiap hujung hari tersebut dengan sebab kewujudannya untuk membasahi ego seorang lelaki, ambe akan pastikan bahawa air mata tersebut bukanlah sekadar pembaziran yang sia-sia. atau menangis dengan percuma diatas lakonan telefilem murahan ataupun movie cinta melayu masakini..

jikalau memang benar ambe menangis kerana terharu semalam waktu selesai ambe hantar sahabat ambe, Nasir Ali ke rumahnya waktu ambe menyupir kereta menuju destinasi terakhir ambe iaitu rumah ambe sambil mendendangkan lagu Sheila Majid-Ku Mohon oleh kerana atmosphere yang dirakam secara live dalam Dewan Philharmonic Orchestra dan sorakkan para peminat selama berpuluh tahun menyokongnya..itu semua mengasbabkan hati ambe hancur luluh diatas cetusan rasa yang paling sarat didada,

iaitu rasa Kaseh ambe terhadap orang terengganu, rakyat terengganu,atau lebih specific diatas kenangan ambe bersama para sahabat yang senantiasa ambe muliakan, yang siang malam tlah kita sibukkan dengan bergelas-gelas minuman dan cacian serta makian mengutuk orang yang sangat obvious lakunya demi satu pencapaian motive fikiran iaitu menyatukan semua agar kita sebagai orang Trangganu ini orangnya Hitam dan Puteh.

maksud disini, orang yang berani berhitam jika hitam dan berani terang bila ia memang benar Puteh warna hidupnya..singkatan definasi tersebut hanya membawa pada arah satu..iaitu mewujudkan masyarakat yang "Minimal"..yang fikirkan dengan kaedah GLOBAL THINKING namun melakonkan laku atau ACT LIKE LOCAL, kerana diakhir cerita, apapun kita, tetap tak dapat lari dari tradisi, dan tanah apa kita pijak dan sebagai apa kita adalah sebenarnya.

kita Melayu, dan buat ambe yang mungkin ramai bersikap offensive setiapmasa membaca posting ambe, ambe tak tolak kenyataan bahawa Cina, India, Arab yang tlah menetap dan adapt dengan cara dan keadaan disini itu adalah MELAYU.
kerana pemahaman ambe, MELAYU ini adalah bahasa, yang digunapakai ditanah ini secara rasmi..
adalah budaya yang dipelbagaikan dengan gabungan elemen pelbagai Bangsa lain, adalah Adat yang maseh diamalkan yang belum khususi atau terhalang kepada bangsa manapun.. selagi mereka berpijak di Nusantara, mereka lah Melayu.diatas nama Melayu.

dan bukanlah kerana ambe sebut Melayu ini, bermakna ambe menyokong dan extreme dengan perjuangan UMNO atau menentang pembangkan, hanya ambe sudah Yakini bahawa kita maseh perlukan Bangsa untuk "Pagar" atau "bina tembok dari pelbagai campuran logam Zaman" menyamai laku Iskandar Dzulkarnain yang dikesahkan dalam Surah Al Kahfi.
kerana itulah tujuan utama Bangsa, yang membela Agama.

anda lelaki atau wanita, itupun bagi ambe adalah Bangsa. dan bukti itu dah jelas anda dapat bezakan bagaimana Bahasa Perempuan dan Lelaki pun banyak percanggahan, kerana Budaya Lelaki itu seperti ini manakala Budaya Wanita itu seperti itu, kemudian Adat yang diperturunkan oleh Rasul dan Nabi memberikan Privillege atau Kelebihan pada Kaum Lelaki dari Sudut Hukum itupun dah jelas kita tahu.. Hujahnya itu dan ini, memang lah..selagi ada Akal, hujah dan debat pun tak akan ada penghujung.. namun Hukum diwujudkan agar di Comma-kan sementara atau Fullstop kan menurut kadar yang perlunya.

Bila kaum Wanita mempertikaikan soal Poligamy mengapa Lelaki aja boleh Nikah lebih dari 1, Lelaki tiada arah lain seperti menyalahi Rasul kerana Hukum itu datangnya dari Rasul. atau menggunakan Agama sebagai payung keselamatan dalam misi "bidan terjun" Nafsu kita yang berbuat kerana ia Kelebihan sahaja..bagi ambe yang banyak menyaksikan sendiri isu Poligamy ini, tak ramai Lelaki yang berpoligamy hari ini gunakan kekuatannya untuk ajar Isteri-isterinya mengenai Keyakinan. andaian bodoh ambe setelah itu semua hanya satu, Lelaki hari ini ramai lupa untuk peka dengan Kelemahan yang bakal ia ketahui setelah bernikah 2 atau 3 bahkan 4..

sedangkan anda tahu, Allah maha adil, dan takkanlah sebagai Lelaki pun ndak panggil dan minta dengan Tuhan agar diberikan petunjuk khusus buat Ister-isterinya. sedangkan itupun dah nampak macam meng-komang sepana atau menjatuhkan darjat Tuhan yang sepatutnya anda sanjung dan tidak susahkan Dia pun melainkan anda bersusah payah dengan gila-gila demi tidak menyusahkan Tuhanmu..dalam menyimpan Nota di otak bahawa Tuhan juga malah MAHA-MAHA-MAHA BUSY atau Sibuk dari mu. sepatutnya Lelaki perlu be realistic dan tunjuk apa yang tlah ada di Dunia ini, bersepah-sepah bahan atau material subject matter itu ada. Tuhan bahkan cipta itu semua tanpa diberi tahu.

ya, memang MACAM SEDAP lah cakap sebab belum kena. paling tidakpun ambe tlah mengambil peduli akan hal kamu, Lelaki yang sudah berpoligamy yang secara am untuk diketahui, "it's none of my business"..namun ambe tlah ambil initiative dan curi satu ruang khas untuk perhati, teliti, nilaikan dan rumuskan semua dalam satu bentuk perkataan yang mungkin diharap pembaca maseh Positive Akalnya.

jika tadi ambe sedap comment pasal Lelaki, yang padahal itu sebenarnya laku paling kurang ajar sekali kerana ambe tlah kutuk Nabi secara tidak langsung dalam process kerana topicnya adalah Lelaki, maka tibalah masa untuk ketahui apa pula kata Lelaki didalam mempertikaikan kesenangan yang sangat jarang sebenarnya Lelaki pertikaikan ketika bergaduh dengan Isteri atau Girlfriend mereka. dengan memerhati kesenangan yang sangat mudah, dan dipermudahkan hingga Manja yang pertama sang Adam itu awalnya hanya buat dirinya dan Allah, akhirnya dihadiahkan lah pada Hawa. bersama-samalah dengan sifat-sifat lain lagi yang kini berada pada diri Wanita. termasuklah Cemburu.

walaupun penulisan ini nampak macam provoke anda agar segera post di blog anda atau status Facebook atau Twitter dengan memulakan peprangan Jantina. itu bukanlah motive utama ambe, biarlah ambe larang sekalipun..berjuta-jutaan kot umat hari ini dah gaduh tanpa henti tanpa kata-kata ambe atau anda melarang dan endorse/sokong. hakikatnya percanggahan itu sudah bermula sejak dahulu lagi..kerana inilah peprangan yang pertama-tamanya pernah bermula di kehidupan Manusia.

namun bila teliti dengan lebih mendalam, Prang yang benar itu bukan lah Kematian Saudara kita..sepertimana berlaku konflik Qabil dan Habil. itu bahkan maseh belum solusi pendamaian.. jika anda perhati elok-elok, Prang yang bakal menentramkan kesemua puak atau kumpulan itu hanya dengan Memrangi kehendak kita sendiri, sedangkan visi dan misi atau matlamat hidup anda semua pun sama, ndak hidup senang, ndak mati dengan selamat, ndak syurga, tak mau neraka dan bla-bla-bla...

dari pentingkan diri, mengapa tidak pentingkan sesama sendiri? itu sudah 2 hal kita lakukan..dan setahu ambe,Tuhan tak pernah ada firmankan Quota sekian-sekian untuk Syurga atau Neraka. kerana itu adalah Pilihan kita yang ndak mana satu..

dan Pilihan ambe dalam memikirkan Prang dan Konflik yang tercetus selalunya hari ini adalah dengan mengambil kedua-duanya itu ada benar, dan mengambil salah itu sebagai pengajaran buat diri sudahlah. tak perlu elaborate tentang salah dalam mencari pendamaian, sebaliknya meletakkan kepentingan bersama itu diatas batas pengantara kita.

yang sebenar dalam menyedari kepentingan apa sebenarnya in common, kita saling curious/ingin tahu. kerana itu timbul issue..
maka dengan issue yang dibangkitkan tidak dijawab, menyebabkan kita makin curious diatas penciptaan issue lain..akhirnya menyimpang pada issue utama.

kan?

sebab itu lah ambe selalu perlu huraikan apa yang dirasakan penting untuk menyokong topic tiap posting ambe, walhal format penulisan untuk beri anda faham itu perlu telus dan straight to the point ataupun jelas dalam membentangkan sesuatu hal agar tidak lari.

ambe tidak ikut format itu, sebaliknya melanggar undang-undang penulisan fakta membuatkan anda semua naik bingung hingga timbul ungkapan "apa kejadah dia merepek ni?"

hakikatnya, itulah kita. yang perlu dijatuhkan semacam detail agar benar-benar nampak apa moral atau motive sebenar kali ini atau sebelum dan seterusnya.

padahal bila fikir logic, ambe cuma perlu kemukakan point aja. tak perlu huraikan berjela. buat macam orang lain, simple dan ringkas..susah ke Ku Bad untuk buat macamtu?
ini kerana ambe dari antara jutaan makhluk yang peduli dengan perasaan ingin tahu anda, kerana ambe pun begitu suatu masa dahulu.

maka akhirnya rumusannya, itulah masaalah "Bangsa" hari ini.kita tak lagi menanamkan mentality untuk siap kenal mengenal tiap pribadi mereka, yang BERBEZA.. diatas tujuan jangka masa panjang. sebaliknya cari cara mudah, dan usir Bangsa lain dari tanah milik mereka kerana disangkakan dengan cara itu Melayu boleh naik semula. itu bohong, kerana Melayu bangkit dengan menyatukan semua Bangsa.

.....


makanya ketika ambe kembali menyupir kenderaan tersebut, rasa sebak itu mengisi ruang dada ambe..wajah-wajah adinda ambe semua baik di college ataupun di rumah semua terjelma. dan ambe sedar, tak kerana adanya mereka dalam hidup ambe. ambe tak mungkin dapat jadi makhluk yang ada concern pada SEMUA orang. tak mungkin ambil tahu untuk belajar buat blog atau ber Facebook atau ber Myspace..ambe akan jadi makhluk seperti katak yang hanya tahu bising sepanjang masa menanti dan mengharapkan hujan yang turun tiap hari..padahal yang di ngong-ngong kan itu cuma diri ambe sahaja yang kedengaran, kegelapan sepanjang masa yang disangkakan malam itu sebenarnya adalah tempurung yang berada dikeliling ambe.

akhirnya setiap laku dan lagak ambe, tetaplah demi seseorang. kalau tiada istilah "awek" pada ambe, maka ambe lakukan demi bonda ambe, atau ayah ambe atau adinda-adinda ambe..dedication tersebut buatkan ambe bulatkan semuanya dan "wakaf" kan hidup ambe demi orang lain. walaupun maseh ada beberapa hal yang ambe lakukan untuk diri..ambe cuba praktikkan apa yang dinamakan korban. biarlah apa orang ndak kata apapun mengenainya, tujuan pemberitahuan inipun sekadar perkongsian paling jujur ambe nukilkan dengan harapan agar terbuka lah kejujuran kita yang bersama.

beberapa hari kebelakangan ini ambe sibuk dengan kerja di college dan membuat kerja bukan sebagai seorang student, memberi consultation berkaitan dengan spec bilik studio dan gallery seni yang sepatutnya kemudian bantu naik tarafkan image dengan merubah interior berdasarkan concept yang dipersetujui hingga 2 hari solid ambe tidak sanggup tidur kerana kerja maseh belum siap. lelap yang tak tenang bagai berbaring diatas kawat duri kerana akal kewarasan ambe sedang mencuit-cuit dan memberitahu "weh, itu belum beli, itu bila mau buat?" dan seumpamanya..buku catatan lah "bantal peluk", layout plan imaginasi itulah "selimut", "bantal kepala" yang paling empuk dimasa itu adalah due date yang semakin memakan waktu..dan buat ambe terenjat tiapkali cuba tidur kejap. kejang dalam melakonkan ketenangan agar Pengetua serta semua Staff tidak kalut.

alhamdulillah wa astaghfirullah hal azim siaplah juga sekitar 1 pagi sebelum esoknya. dan kemudian datanglah cabaran yang paling sengit buat ambe, iaitu terpaksa menghadapi berbilang bahkan belasan orang yang naik beramai-ramai buat sibuk dan konon ndak tolong sedangkan 97% dah siap belaka hanya tunggu untuk pasang gambar di gallery, solek sikit interior dan bersihkan.. dengan ke "bolokkan" atau kesaratan orang didalam gallery dan studio membanjiri, kepenatan ambe tercabar bahkan ambe hampir-hampir sahaja berteriak kerana terlampau "penuh" dikepala untuk siapkan apa sepatutnya ambe lakukan..

dalam detik yang getir itu, ambe berkeputusan untuk ambil rokok dan segera turun ke bawah. dan terpaksalah membatalkan bantuan yang ambe minta dengan Sahabat ambe, Nasir Ali yang ambe rasa lebih expert dalam soal Exhibition atau Pameran.

ambe termenung panjang, dan memujuk diri sendiri dengan memberitahu "itu bukan hak kamu Ku Bad, apa yang kamu andaikan kini salah, kerana college ini bukan "college Ku Bad atau Raja Bahrin"..maka biarkan ajalah, walaupun ambe geram, kerana apa ambe lakukan dan hajatkan untuk memudahkan orang lain yang ambe sedia dan maklum, sibuk dengan kerja menilai dan lain-lain, dan menyedari perlaksanaan ambe itupun TIADA apa unsur KEPENTINGAN ambe sendiri pun. bahkan didalam titis tinta atau carbon yang menempel di dinding puteh bahan yang dinama kertas ambe lukis atau tuliskan itu semua pun dengan visi "untuk adinda-adinda ambe yang kini dan akan datang, untuk staff dan college yang sudah sedia mendengar dan melayan karenah Ku Bad selama kewujudannya disini. maka ini hanya sebahagian kecil apa ambe boleh lakukan.."

dan ambe tak ada "idea" pun dari mana lah sangkaan ambe lakukan ini untuk Nama ataupun diiktiraf Hebat.. suatu masa nanti ambe akan pergi juga, yang bernama Legend atau Orang Contoh itu pun bahkan akan ditelan zaman dan tanah, lesap tanpa apa penceritaan kecuali Muhammad yang adalah bagi ambe, Makhluk Manusia dan Insan yang paling sempurna..

nyaris sahaja airmata ambe titiskan kerana menyedari Hebatnya Rindu Muhammad ini.mungkin sahaja apa ambe rasai ini pun setitik dari apa baginda pernah alami, yang dari awal ambe buat sendiri, kemudian berdua dengan Pensyarah dan Kawan Baik, Hasmawati, bertiga dengan Sahabat/juga seseorang yang ambe anggap sebagai adinda atau adik kandung, Muhaimin yang dari awal hingga akhir, dia sering berulang dan bantu ambe..kemudian setelah dia pulang, berduyun-duyun datang buat sibuk dengan kerja yang hanya sedikit aja tinggal.."bolok" otak ambe dibilas dengan lawak dan penceritaan Nasir Ali yang pada awalnya memang supportive dan nak sangat bantu ambe, maka beliau bantu ambe dari sudut melonjakkan sedikit lagi "Nyawa" semangat ambe..itupun buatkan ambe rasa ndak menangis,terharu kerana maseh ada orang dari jauh hujung Seberang Takir boleh ke Kuala Terengganu dengan apa adanya, dalam menyedari dirinyapun tak ada motor atau kereta kerana kehidupannya yang sangat sederhana diperkampungan yang ambe gelarnya "SAHABAT" datang untuk Support usaha kecil ambe dengan apa pun cara boleh dia bantu..walaupun dengan membuatkan ambe ketawa itu sudah melegakan dirinya.

sayang sekali, pertemuan itu diringkaskan kerana ambe sudah mengambil keputusan untuk naik ke atas dan selesaikan apa sepatutnya dari berputus asa dihujung perjuangan.

sungguhpun jumlah manusia yang ada diatas ketika itu makin surut dan akhirnya tinggal ambe dan tiga adinda ambe yang belajar dalam course sama. ambe sudah berada ditahap "mental block" kerana sudah mati mood untuk ber eskpresi..

akhir cerita ambe buat apa kadarnya, dan tinggalkan dengan harapan moga kadar ini, college PTPL dapat dipandang oleh MQA disatu tahap yang sama taraf dengan Shah Alam..kerana yang berada didalam ini semua adalah adinda-adinda ambe, yang memang ambe sayang dan Kaseh..

ditengah halaman gallery, tinggal satu paku yang menanti untuk di gantungkan Frame. ambe ambil sebatang pen dengan kertas sisa dua keping bersama kertas baharu sekeping dan menyusun kata "TERIMA" "KASEH" dan "RASUL" pada kertas yang baharu dan tak berkedut agar siapapun melihat ini akan berterima kaseh pada Rasul diatas segala kerja Kesejahteraan..

ambe pun anak didiknya yang diasuh dengan ajarannya..maka harap lah dengan kesederhanaan atau "kebutaan" ambe dalam berseni ini maseh mampu menyampaikan mesej ringkas ini.

hujan turun lebat dari awal malam hingga merenyai saat ambe melangkahkan kaki ke Kereta untuk akhirnya Pulang ke Rumah dan berehat. buatkan ambe berterima kaseh banyak-banyak pada Tuhan.. kerana semuanya itu diizinkan bagi ambe.
dan hingga kini, Apikalam pun tak lekang untuk berterima kaseh.

Terima lah Kaseh dari ambe bagi pihak rakyat jelata ambe Tentratinta dan Malayapura,
berserta keluarga ambe iaitu Dendang Anak dan Senibahri Arkitek.

tidak ambe buat ini semua kerana ambe sayang semua..

jikalau salah bahagi ambe seorang Lelaki yang menangis kerana teramat sayang dan berjiwang dalam berbahasa ini, izinkanlah ambe membuat pengakuan bahawa memang benar dan iya!..ambe pernah dan akan senantiasa menangis kerana anda.

maka terimalah air mata HITAM PUTEH kata-kataku kerana RahimNya Tuhan kepada Kita...SENTIASA DAN SELAMANYA.
dari Bhumi Darul Iman.

KBD