Thursday, September 8, 2011

saat DUNIA dirasakan MILIK kita

akankah ada Dunia yang MILIK kita? sedangkan fizikal atau mental anda-pun maseh belum cukup BESAR untuk dilaungkan:
(sila isi nama anda)AKHBAR! lebih hebat dari takbir ALLAHUAKBAR!

anda bertakbirkan partimu, peganganmu..tetap ada-ada sahaja disudut kampung,daerah,mukim,negeri,negara bahkan alam melaungkan ALLAHUAKBAR! dengan Harfiah dan pengertian makna yang setuju dengan kekerdilanmu.

akan tetapi apa benarkah alam ini BESAR untuk diyakini bila anda bukan jenis suka terima teory kerana ia adalah andaian?
sifir meyakini ini mudah aja. saat anda berada dihadapan PC atau LAPTOP.
hembaskan ia ke lantai, maka anda lihat berderainya barang-barang seni yang bahkan kecil dari kamu, dan mungkin dari deraian sparepart Hardware PC/Laptop mu pun ada beberapa ekor nyamuk sedang lalu lalang dicelahan fan ataupun motherboard.

anda lihat Motherboard, apa logic dengan sekeping itu mampu generate seluruh PC/Laptop itu hingga outputnya adalah yang tak dapat dijangkakan. sekecil signboard hingga ke billboard hasil printout design yang pada awal mulanya hanya di hadapan screen computer itu sahaja. bahas kita mungkin kuasa technology. ya iyalah itu memang teknologi. yang memungkinkan technology berfungsi kerana ada kuasa. Kuasa dari Sanskrit bermaksud Tuhan.

panduan akal sebegini pun sudahpun kita terang dengan kewujudan Tuhan. Inferens penggunaan kata/terms Tuhan pun menunjukkan bahawa Tuhan adalah source Kuasa. Dia lah yang Maha Kuasa.

walaupun "Tuhan" yang wujud pada penampakkan kita hari ini itu sebenarnya Manusia disebabkan Kuasa mereka merubah-olah dan me-reka bentuk semula menjadi Technology suatu perjalanan Evolusi Intelektual Minda dalam Hidup. "Tuhan Jamak" hari ini maseh perlukan Tenaga. maka mereka perlu bela Jin buat penjanaan semacam volt yang perlu dikenakan agar di regulate hidupkan PC/Laptop, HP, Ipad, Lampu, Kereta dan sebagainya direka-cipta oleh para "Tuhan Jamak".

mengapa ambe katakan Tenaga itu Jin? Elektrik ataupun Gelombang itu spesis Jin?
kerana ia suatu hal yang kita tak nampak dengan mata kasar, dan visualisasi kita expect selalunya Jin itu ada tubuh dan jasad serta sebagainya..bilamana Technology kita consume berhari-hari, kita tak pernah sedar bahawa Jin itu wujud dalam kehidupan seharian kita. Anda punya HP dan HP anda kini battery-nya low, maka bila anda biarkan ia akan padam dan tidak berfungsi, bermakna anda perlukan Elektrik bagi menambah charge pada battery HP mudah alih anda, explanation Science akan katakan Elektrik lahir dari cetusan penggeselan yang terhasil dari putaran..putaran empangan dari kincir air ataupun mungkin kincir angin menghasilkan tenaga yang statik maka dengan statik itu terkumpul menghasilkan satu tenaga yang besar dan tinggi tenaganya, maka tenaga itu mengalir pada conductor hingga sampai melalui cable hingga ke wayar-wayar..

huraian berjela-jela para sanitis memberi inference masing-masing mewujudkan pamahaman dasar kita untuk tahu lebih mendalam dari itu..ambe bukan saintis, sekadar pengamal kaedah hina diri yang belajar apa sahaja mungkin dapat dipraktikkan agar diyakini mekanisma pri-laku. dan kesimpulan pendek itu sudah daripada menyedarkan anda apa lah zarah charge positive dan negative itu yang menghasilkan tenaga. yang akhir-akhirnya lahir dari tenaga yang disimbahkan oleh Matahari. yang memancar ke bumi maka radiasi ataupun haba itu dikumpul jadikan ia satu charge yang tersimpan.

Kita tahu Jin pun tergolong dari Matahari..seperti Iblis dan Syaitan. namun kerana miniscule nya pengetahuan kita consume, barangkali kerana kita sudah dihadkan dalam sekolah maka kita tidak capai pengertian yang diingini, bahkan cuma mengambil Percaya kerana orang kata begitu, bukanlah menyusun tangga objective untuk mencapai Keyakinan dari Kepercayaan.
Melayu menggelar Jin "Makhluk Halus" secara umum, namun ke karutan yang orang hari ini tak percaya dah apa maksud Halus. Seni dan tak dapat dipandang dengan mata yang Kasar kerana kita belum tulus dan jujur dalam menerima Tuhan sebagai kebenaran. apa lebih sadis untuk diketahui hari ini dari sudut Bahasa, "Tuhan sebenar itu dianggap Manusia" sedangkan yang layaknya itu Tuhan yang satu sahaja, jika benar Manusia pun diciptakan dari Tuhan.

macamana kamu tahu istilah khas "Tuhan" itu satu sahaja sedangkan anda nampak beribu manusia hari ini berTuhankan orang yang perasan diri itu Tuhan/berkuasa, atau sangka sedang berusaha menjadi Tuhan seperti kita lihat reality orang berpolitik untuk menjadi orang berkuasa dan sekadar Tahu dan Guna ajalah Tuhan/Kuasa itu kemudian 50-50 dengan lain hal yang juga disuruh oleh pihak berTuhan/Kuasa.

Tuhan tetap Tuhan. itu kata orang dahulu.. bermakna Kuasa tetap Kuasa. walaupun Tuhan yang sebenar-benar Tuhan itu ada nama yang malah khusus dan Khas bagi mengsahihkan bahawa ALLAH itu juga Ya Sabur hinggalah Ya Rahman dan Ya Rahim.

akan tetapi mungkin ramai dariantara pembaca tidak sedar, bahawa bahasa ambe sering menggunakan Tuhan sebagai rujukkan pada keyakinan ambe pada ALLAH taala, Tuhan bagi orang Islam kerana jiwa kita hari ini sudah terbiasa menggelarkan Tuhan itu sebagai umum, maka jelaslah dari ambe bahawa blog ambe bukan untuk orang yang mengaku sahaja Islam atau baharu masuk Islam bahkan buat mereka yang hendak mengenal Islam sebagai Agama/Susunan hidup yang teratur.

walaupun memang benar, ambe akui betapa hendak gunakan istilah "ALLAH" tiap masa namun memikirkan mentality kita pun tak celik dengan pengunaan bahasa, maka tak usahlah cela kan nama Tuhan ambe Cintai dengan sepenuh hati dan diri akhirnya memilih sepertimana anda nampak selama ini.

Jadi, adakah Tuhan itu Manusia atau Jin atau Tuhan itu Khaliq?
bagi ambe, bila diguna kata "Tuhan"..manusia pun dah ramai bilangannya. binatang pun tak berani ndak jadi President atau Perdana Menteri..atau Sultan bahkan Manusia yang beriya-iya untuk kejar tanggungan itu..

tak usah pergi jauh dengan Ajaran Sesat mana-manapun, anda lihat Pemerintahan yang Zalim pun betapa ramai berlagak Tuhan merubah kejadian menjadi sesuatu yang malah bercanggah dari sepatutnya..sedangkan urusan ubah dan olah atau cipta itu tetap dari Tuhan yang satu, akan tetapi mengapa ramai dah berlagak pandai? kerana satu sahaja sebabnya yang boleh ambe dakwa, kerana mereka dah perasan berkuasa sepenuhnya..maka salahkah jika ambe katakan Tuhan itu Manusia?

Tuhan yang benar jadikan makhluk lebih malah miniscule dari kita, organisma dan cell-cell bahkan sperma dan ovum itu semua perlukan pandangan Micro Scopic dengan kekanta yang khusus buat pandangan itu.
bayangkan betapa Minisculenya kita sebenarnya, namun maseh subur diamalkan kita untuk menidakkan kebesaran Tuhan yang sebenar dengan wujudnya puak-puak..yang kini MELAYU hari inipun sudah siap tanamkan Ideology masing-masing agar diasingkan puak A dan B hingga Puak Z..

Apa anda tak belajar dengan Sejarah mengenai nasib Bangsa terdahulu sebelum Melayu yang sudah siap pecah belahkan Dunia ini dengan fahaman bermacam-macam arus? jika ia kepelbagaian, mengapa ia harus prang?
kenapa tidak ia dipelbagaikan untuk alasan menyatukan ia kembali?
menunjukkan Ananiah atau ke-AKU-an diri yang malah hebat dari semesta Alam..itulah TUHAN MANUSIA yang sangat dan paling kita patut takuti.

yang penuh dengan janji dan CAKAP BESAR antaranya..
cakap ajalah BESAR..HATI besar kuman, siapapun tak muat.
kemudian kamu buat ucapan dengan mengatakan "SAYA DENGAN BERBESAR HATI".pigi da..longkang rumah pun membiak telur nyamuk dengan sengaja atau kerana malas.

anda ucapkan "SAYANG" sementara anda tahu hampir sahaja SEMUA orang anda SAYANG.

bila kita kongsi, ada pulak yang tak suka. kerana ada antara Lelaki itu berpoligami, maka anda skeptikal dengan hanya isu itu sedangkan anda berpoligami dengan Tuhan dalam tugas meyakini semua teknikaliti hidup dan mati datang dari panduan Nabi yang datang dari "posmen" atau "bendahara langit" iaitu Malaikat yang melaksanakan perintah Tuhan, itu semua pun dah fail.

"mengata siapa pulak ni?"..peringatan sendiri dan untunglah anda kerana ambe SAYANG semua kerana ada AGAMA KASEH-SAYANG sehebat ISLAM. maka apapun dikongsi. tak suka, remove. lenyapkan atau hapuskan ambe dari hidup anda, habis cerita.
tak perlu mengumpat atau adakan siri perperangan fahaman, kerana ambe hanya ideal dengan orang yang ingin berusaha untuk bersatu bukan berdua atau bertiga dengan berhala TUHAN yang dibina sendiri.
kita BANGSA AKHIR ZAMAN, terimalah hakikat itu dan belajarlah dengan SEJARAH kerana SEJARAH itu untuk kita yang MELAYU agar tidak ulangi lagi kesengajaan Bangsa lain. bukan Racist atau Prejudice untuk memiliki fahaman ini seandainya kita kenal apa itu kebaikkan maka amalkanlah dengan murah semurah-murahnya dan mengajarkan amarah serendah-rendahnya.

itu semua adalah FAKTA. bukan DONGENG. kalau ndak dongeng,beli buku di sekolah..banyak dongeng, sebab tak ramai guru pandai pun ajar kita hari ini, kalau guru yang benar pandai..anak-anak muridnya dah lulus belaka 100% tanpa ada sedikit keraguan. ini bermakna guru pun tak peduli dengan keikhlasan atau keehsanan mengajar muridnya walaupun mengorbankan hartanya..guru tak penting diri NOKTAH. hanya guru yang penting diri sahaja lah guru yang ajar muridnya dengan keyakinan..

bahagi guru yang sejati maseh wujud didunia ini dan berusaha sesungguh-sungguhnya untuk mengasihi dan menyayangi muridnya dengan memberikan apa sahaja demi kejituan keyakinan muridnya, ambe ucapkan tahniah. bahagi guru yang sudah menyedari kesilapan ini, maka tidak terlambat untuk berubah..kerana Alhamdulillah wa Astaghfirullah, hari ini Dunia maseh belum Tamat dengan tirai akhir Kiamat.

KBD