Thursday, September 15, 2011

FB sokmo!


tengahari celik ambe dikejutkan oleh berita bahawa ambe sudah dibikin akan satu Fan Page di FB, kalau ndak dibahaskan hal ini..ambe fikir itu tak ada apa nilainyapun..kerana tanggapan orang hari ini, FB atau Facebook adalah laman social interactive maya yang diwujudkan oleh Mark Zuckerberg sewaktu dia study di University nya, tujuannya maseh minimal..menghubungkan student disetiap campus untuk saling berkongsi tanpa batasan. memandangkan memahami orang yang memilih untuk jadi Student..mereka akan commit sepenuhmasa untuk membuat assignment, menghafal tugasan, melatih diri untuk presentation dan apa kejadah lagi lah activity yang ada buat sang Student College atau University.
maka Facebook inilah getaway atau pembebasan buat mereka agar kembali berkomunikasi dan akhirnya ia mendapat sambutan hebat dikalangan student kemudian meluas lebih besar dengan beberapa jangka masa sahaja..tontonlah The Social Network maka anda tahu dan fahamlah sedikit sebanyak mengenai Facebook dan juga laman social yang lebih-kurang sama fungsinya..

sesetengah orang menganggap sesuatu perkara yang "kecil" di Status, Photos, Notes, Info dari Profile Account anda itu biarkan ajalah disepelehkan atau di remehkan ajalah.. sementara sesetengah lain begitu Extreme dan terlampau Paranoia dengan Facebook, dan sanggup pertahankan kecanggihan dan keberuntungan fungsi yang ada padanya.. Suku dari Dua setengah itu pula yang hanya guna kerana ia ada dan tidak mengguna jika tiada.

sementara ambe adalah orang yang tiada tergolong dari suku atau setengah bahagian yang ada. kerana ambe perlu menilai tiap manapun ada, dan jelas menyedari Impact Facebook yang tak dapat dinafikan mempunyai pengaruh besar pada zaman ini.. Adapun yang kaya raya hari ini kerana Rezeki mereka kaup di Facebook, barangkali dengan perniagaan barangan runcit, product ataupun chip poker.
Adapun terbit Issue dalam berita hari ini juga kebanyakkannya dicedok sumbernya dari Facebook. Kutuk Sultan ataupun kutuk kerajaan, Facebook jugalah dalangnya..
bermakna, Facebook adalah laman yang diambil oleh kebanyakkan kita kemudian tlah di adapt sebagai kepentingan, bahan ruji permakanan pengetahuan baik Ilmiah ataupun sebaliknya..

sedang ambe memerhati akan gelagat ini berlaku, ambe sungguh berhati-hati.. dan untuk post Status, ambe anggap itu pesanan dan perkongsian ambe..dan tak ndak jadi orang yang post hal-hal common kerana ambe bukanlah orang biasa ataupun orang besar namun ambe adalah orang luar dari kebiasaan.
dikepala ambe setiapkali mengadap dan log in FB, ambe akan fikirkan yang berharga melalui pengalaman ambe dan kongsi bersama. Puisi bukan sekadar puisi namun ambe challenge atau cabar siapa yang dapat buka kuncinya, sedikit cuma yang respond.. Kiasan, kadang-kadang apply dan selalunya huraian..dan ambe tak kesah lah samaada format Post itu macamana, yang ambe tahu misinya tetap menyampaikan apa yang wajar diketahui..itu ajalah..

dan didalam perkongsian fungsi dan kesan penggunaan FB ini, ambe sedar scenario kawan berjenis beruk ini seringkali kita hubungi melalui nombor Handphone, tidak diangkat, berhari-hari sms..tidak dibalas...jikalau alasan TAK ADA CREDIT maseh relevant dari huraian, kira ok ajalah..namun selalunya dan biasanya kalau sedang kita bergayut dengan Awek dan Credit habis, rela dan mudah aja cari initiative lain untuk mungkin sms sekeping beri tahu bahawa "oh sayang, credit abang dah habis..love you miss you"
akan tetapi soal kita yang ada urusan dan kerja penting, sering aja dipinggirkan, diturun tarafkan pada priority/keutamaan apa entahlah..

Facebook jugalah tempat mengadu hal ini, maka anda Private Message pada kawan anda itu, minta penjelasan kenapa berdiam diri..maseh tak berbalas..walaupun dia baharu sahaja Online atau Update 10 seconds ago.
jadi apakah itu maseh sesak untuk dijelaskan?

dan salahkah ambe gelarkan mereka Beruk kerana Beruk ajalah spesis yang dikatakan Darwin "Nenek Moyang kita"..bagi ambe, ambe tak mengaku Moyang ambe Beruk..Moyang ambe Adam.

tetapi makhluk lupa diri ini lah buatkan ambe terpaksa guna Istilah Beruk kerana sudah tak ada nilai kemanusiaan yang sepatutnya ada Akal untuk Fikirkan hal sekeliling, sementara Beruk cuma berpaut dimana dirasakan berfaedah buatnya, walaupun Beruk pun tak faham apa faedah, fitrah seekor Beruk tetaplah begitu..

walaupun tak 100% boleh dipakai berdasarkan fakta yang ada terpampang di Facebook. Sikap sebegitupun sudah dapat kita saksikan bersama-sama..dan nilaikan dengan mata yang empat. tak nampak juga, tak tahulah. walhal ia juga berbaloi untuk dinilaikan, susun atur kata atau cara mereka respond pada comment dah jelas menunjukkan betapa peduli dirinya pada Jiwa orang lain.
Bahasa kan JIWA pada Bangsa.
bermakna dengan berbahasa apapun, baik Tagalog, Cantonese, Fusaha, English bahkan Melayu..kita peduli dengan sensitiviti Bangsa lain. Sensitiviti itulah Isi Jiwa dan Bahasa itulah Dinding Jiwa.
cernakan, hadamkan dan fahamkan maksud ambe ini kerana ia sangat penting..bagi ambe lah.

dengan menyedari scenario atau karenah FB yang sering aja lah bertabrakkan antara puak ini dan itu, anda dapat menilai siapa mulakan dan siapa mengalah atau mengapa tiada yang mengalah.
kenyataan pergaduhan epic FB sentiasa berpanjangan..tak kiralah umurnya berapa, kebudak-budakkan itu jelaslah tertampal di Wall yang di sengaja jadikan medan tempur pergaduhan atau mungkin "ujian"..

Ujian ambe kali ini adalah dengan kewujudan Fan Page yang entah dari manalah datangnya dan siapalah dalangnya..ambe pelik. kerana ambe tak pernah meminta untuk dikagumi atau diangkat sebegini rupanya..atau mungkin ia hanyalah siri permulaan ambe menerima Fitnah yang bertubi-tubi..wallahualam..apapun ambe maseh bersangka baik sahajalah. dan berharap sungguh pada siapa yang bertanggungjawab hantarkan pada ambe Private Message setidaknyapun untuk jelaskan tujuan ambe di Fan kan..kerana ambe bukanlah orang Popular, dan tidak mahu Popular dan lebih menginginkan Persahabatan dari adanya status Fan atau Peminat. ambe bukan Makhluk atau Material Commercial andai tujuannya untuk Market kan ambe..maaf lah banyak-banyak. ambe terpaksa bertindak kerana itu ambe cukup anti. apatah ia dilakukan tanpa keizinan empunya sendiri....

dan dihujung Magic Hours Malam Jumaat ini, maseh ambe tak dapat singkirkan lembaganya dari rasa kehadirannya atau fikiran padanya,
apatah bilamana ambe duduk sambil mencucuh rokok sebatang pada memerhatikan nasib wanita yang sudah terpedaya dengan butang Like yang beratus atau beribu atau Comment yang berpuluh ribu. dan ambe terdetiklah rasa sayu tersebut bilamana terbelek laman FB milik si "Liv Tyler Bertudung" itu.
sayu kerana terimbas juga nasib-nasib perempuan lain yang juga tertipu dengan deruan lelaki yang sangatlah Obvious dan Common-Minded. yang kata "cantik", tapi dibalas "thank you" aja..kalaulah dia boleh sahaja remove semua itu dan takutkan ujian Cantik yang sememangnya sangat dan teramat berisiko tinggi dalam mendapat Fitnah baik kasar pandangan ataupun halus..

besar diharapan ambe sebagai Stranger atau orang Asing baginya. ambe dalam diam mendoakan agar dia sedar apa ambe risaukan ini, dan memperkuatkan ini dengan lebih serious dan realistic dengan Hidup bahawa dia akan dan bakal Nikah pada peringkat seterusnya. Memandangkan Budaya Belajar atau sambung mengaji ini di University atau College dari zaman Nabi tak adapun..maka ambe ambil timeline sama agar dia faham benar, Sekolahnya adalah Hidup bersama Suaminya nanti.. Sekolah bujang nya hanyalah Struggle atau pergelutan untuk Survive sebagai Dara dari Hilang Dara atau hancur musnah dirinya hingga dia makin Hilang untuk mencari Dirinya Sendiri..pendapat ambe, inilah SURVIVAL of THE FETUS yang sebenar kerana kita mengharapkan penyatuan agar dapat terus Hidup.

ambe obsessive mungkin kebelakangan ini kerana hadir dia, dan ambe tidak teragak atau terkejut andaikatalah sang "Liv Tyler Bertudung" ini sudah tiada lagi dari penceritaan Apikalam dimasa akan datang kerana dia sudah hendak bernikah, TAKUT kerana ambe terlampau menakutkan bagi dia untuk diketahui dan sebagainya..itu kerja Pasrah dan Redha ambe terhadap apa Tuhan beri pada ambe agar berani Hadapi..tak mengapa. namun ambe dah sampai tahap penat untuk melayan karenah kebanyakkan perempuan yang ambe kenali, yang sudah pada mengungkapkan pelbagai kata Suka, Sayang dan Kaseh pada ambe..tapi Output lakunya maseh lah sebaliknya, last-last yang di katakan itu pun dia tak faham sendiri..bila kita tanya "reti Bahasa ke tak?"..ambe pula di tuduh kasar,
sedangkan Bahasa itu penentu Jiwa kita bagaimana.

kenyataan yang membasmi segalanya tetaplah perempuan-perempuan yang ambe kenali itupun tak faham dengan istilah serta fungsi Bahasa yang baik dalam berbicara. Lainlah seperti ambe, yang menitikberatkan semua sudut bahasa dan meneliti nya dari awal Abjad, Huruf ke Lambang setiap Aksara.. kerana itulah Makna yang buatkan kata-kata jadi ber-Makna.

ramai Private Message dan SMS ambe bertanyakan SIAPA "Liv Tyler Bertudung itu?"
kebanyakkannya mengambarkan wanita itu memang cantik dan sangat jelita.
namun ambe tidaklah mahu mengisytiharkan SIAPA orangnya kecuali ia benar berlaku.. anggap sahajalah sekarang pun keadaannya sama seperti mengejar fatamorgana. yang dikejar-kejar tapi tiada apapun lagi yang nyata.. Hanya Bayangan..

bahagi ambe, yang merasakan kini, kerana Hanya Bayangan itu lah buat ambe rindukan Rasul atau Tuhan sendiri.
apa salahkah ambe Rindukan Bayangan Isteri ambe walaupun soal "Liv Tyler Bertudung" ini maseh kabur dari sah atau tidak bahawa "dialah orangnya"..ataupun bukan.

jadi usahlah melompat bikin kesimpulan sendiri. anda ber Andaian terhadap ambe itupun satu berita buruk buat ambe..cuba ambil dan terima ajalah apa ambe tebarkan selama ini dengan kejahilan atau kesuntukkan pengalaman.

dan kalau ndak dikatakan ambe complete Angau terhadapnya, ambe maseh dapat bahagikan masa kerja ambe dan masa-masa bertuah ambe ada dikeliling nya..bahkan tengah hari tadipun selesai makan tengah hari, ambe merokok sebatang kemudian tinggalkan tempat itu lagi (yang dimana dia pun ada disitu) untuk siapkan tugasan dan kerja yang perlu ambe buatkan..kerana itulah alasan ambe bersungguh dalam Hidup. ambe nak semua jadi terbaik buat diri agar dikongsi pada keluarga ambe sendiri nanti paling tidakpun dalam keadaan yang selamat..bila kebiasaan jam 5 dia sepatutnya berada ditempat biasanya, ambe maseh bingung kenapa petang ini dia tiada..

"ke dia merajuk tadi?" diri ambe bergurau sendiri..dan maseh terbayang-bayang kilauan selendang kelabunya waktu dikedai makan tadi..warna keempat Kegemaran ambe. kerana Warna Kelabu lah warna keseimbangan..antara Gelap dan Terang. bahkan ambe pakai baju berwarna Kelabu selama bertahun tidak pakai ketika hari Ahad kelmarin..

dan pada berbisik hati ambe, memang sah..dinding hitam ambe maseh banyak kotornya..perlu dibersihkan, ambe maseh banyak perlu ditebus pada Tuhan..kerana itu Pertemuan itu ditangguhkan lagi...sehingga bila? wallahualam. yang pastinya, dia memang Istimewa..atas alasan dia dibela oleh Tuhan dari ambe merosakkan peluang ini baginya.

dan pesanan ambe terakhir,
gunakanlah apapun barang dengan kebaikkan..tak perlu sambil lewa atau terlampau serious namun seimbangkan dua itu seperti adanya mata.
yang ada kanan dan kiri..meskipun anda dapat melihat dengan sebelah sahaja. tidaklah seluas kedua-duanya..maka gunakanlah Manual FB ini agar anda tak terjebak dengan kepercayaan yang lebih memujuk anda untuk terus ditipu..dan akhirnya menyedari bahawa TAK SIAPA sebenarnya Like bila anda dah Tua dan hanya tinggal dua puntung aja Gigi..atau bila anda dah cacat secara tiba-tiba..

ramai orang hari ini menilai kebaikan dengan rupa, akan begitulah kenyataannya..kerana kebaikkan tanpa rupa itulah buatkan manusia itu manusia, yang cari, berjuang dan jelajah hingga ke hujung dunia demi Cinta nya.. yang Tuhan jamin Kebenaran itu wajib ADA.

ambe Like sekalipun mungkin kerana Quality tangkapan gambar atau buah fikir atau mungkin saja menyakat, namun untuk memberi tahu ambe Like empunya Account..ambe tak perlu ber Facebook. hanya Jujur pada Hidup dalam menanti Pertemuan. ambe bahkan Sayang padanya dan membiarkan sahajalah Kehidupan di perintahkan ia di deliver kepada yang di damba.

sejujurnya, ambe dah penat dengan pertikaian perempuan yang ambe pernah kenali..tak pernah Syukur. dan banyak sandiwara..sedangkan commitment sebenar itu setelah Nikah.
buat masa sekarang, biarkan ajalah dia belajar taat orang tuanya jika dirasakan itu terbaik buatnya..

lebih baik ambe serahkan pada yang asing, kerana dia takkan dilukai atau diketahuipun setinggi mana ada buatnya..

FB sokmo..doh nok buat guane, sakkut nge mung? ahahaahaa..

KBD