Wednesday, September 14, 2011

ASING

mungkin sejak dua menjak ini, nampak pada gayanya adalah ambe lah orang yang tidak realistic dengan hidup..
kerana mungkin menyukai atau barangkali men"Cintai" orang yang paling asing dari hidup ambe..

kata orang, gila bayang itu tak betul..mereng,sewel dan kurang waras orangnya.. namun adakah salah bagi orang sewel atau kurang waras seperti ambe ber Kaseh dengan seseorang yang ambe bakal jadikan dia Isteri ambe?
bagaimana dia adalah "Isteri" sedangkan kenali "dirinya" pun maseh jauh dari kesudahan?
persoalan begini buat ambe tersoalkan diri sendiri ambe, apa ambe adalah Islam sedangkan ambe tak kenal pun siapa Rasul atau Nabi-nabi yang berusaha diatas nama Agama?
title dan isi perlu well synchronized atau selaras, baharulah dikatakan sebuah percakapan yang bukanlah sahaja-sahaja aja.

cadangan ringkas ambe..fikirkan hal yang sama, dan selaraskan ia pada diri sendiri..apa sudah pada sah anda?
jikalau "sah" itu dari tok qadhi yang diiktiraf oleh kerajaan yang anda sendiri tentang kerana bersubahat dengan sistem Firaun seperti kata kita slalunya..apatah orang yang andapun tak kenal siapapun kecuali dijemput sekali seumur hidup anda, dan jikalau tok qadhi itu tidak lagi mati digilis lori balak atau meninggal secara normal..boleh lah anda berjumpa dia lagi untuk merujuk fail pernikahan anda yang sudah lapuk dan nyaris reput dimakan zaman kerana anda mungkin hendak tuntut penceraian yang sebenarnya sesuatu yang dilaknat Tuhan..baik dari Lelaki, lebih-lebih lagi Wanita. kerana dah tentu Jodoh itu anda dan dia, mengapa dipinda lagi dengan penceraian lain?

jawab selalunya kita dengar.."tidak sehaluan", "tidak sefahaman" , "tiada rasa Sayang,Kaseh atau Cinta" dan sebagainya..

bagi ambe, yang memerhati scenario ini dari luar akan nasib-nasib kenalan, rakan sekerja, kawan dan masyarakat hari ini..

ALASAN sentiasa menyebabkan anda sendiri sudahpun lari dari Niat asal..walhal pada awalannya anda sudah bulatkan bahawa dia ini lah orangnya. tak kiralah apapun.. dengan janji-janji sumpah setia yang kononnya itu dan inilah kepastiannya kepada pasangan akhirnya SAMPAH belaka..
Janji lebur menjadi Kanji yang melekat di ingatan orang yang ditinggalkan, membuatkan mereka berfikir panjang disamping meranakan pemergian diatas kenangan-kenangan silam. akhirnya mereka bertemu dengan pasangan baharu hingga terlupakan kenangan lama itu adalah pengajaran terhebat buatnya..kerana maseh ada Lelaki yang ingin menjadi Lelaki Sialan dari menjadi Lelaki sahaja. atau maseh sanggup menjadi Wanita yang ingin menjadi Pelacur atau Gundik pada hubungan yang sebelum ini sudah di Ijab Qabulkan kemudian di Sahkan dari pandangan mereka-mereka anda membesar sekali atau besar dan jaga anda hingga anda di hari itu sebagai seorang Wanita yang sungguh bernasib baik kerana Tuhan tentukan anda untuk menjadi Permaisuri bermula hari itu.

akan tetapi disebabkan bau ketiak yang hangit, atau mulut busuk buatkan anda mulai terusik kerana sudah pada memendam compilation kesah Tok Laki anda berpoya-poya bersama orang lain diluar dari sumber jiran tetangga anda, hingga disatu saat anda dah kata "tak tahan" kemudian pilih jalan untuk Fasakh. akhirnya turun naik-turun naik court..anda menang case dan disytihar Mak Janda.

kata-kata ambe seperti orang yang berlagak serba tahu, iya..kerana input pemberitahuan perlu bergitu. apa ambe tahu dari serba manapun mesti dibentangkan. jadi tak perlu nak sungut "macamlah dia tahu sangat" pada ambe, kerana ambe memang manusia paling tinggi kehendak ingin tahunya. mustahil diumur ini ambe tak saksikan belaka.. bahkan berpengalaman cukup masak soal penceraian ini kerana terlibat dengan "case special" suatu masa dahulu..

anda pelik dengan ambe kerana angau kan seseorang yang asing. itu side B pada hidup. jika anda berada di side A yang normal. maka ambe sudah berada di sebaliknya, Tuhan campakkan rasa ini pada ambe, bukan ambe sengaja timbulkan benda ni..dan bagi menambah lagi kekuatan cerita ambe, pengalaman ambe sebelum inipun dah berkali-kali terjatuh Hati pada seseorang yang Stranger juga. walaupun begitu, ambe dapat katakan TIDAK SE-DAHSYAT ini.

kalaulah orang kata pandangan mata ambe ini gatal mencari Wanita, itu maseh lah Normal buat ambe..kerana ambe adalah Lelaki. maka garu mata yang melegakan itu tetaplah melihat Wanita.. jika pandangan kedua itu Nafsu..maka pandangan pertama adalah Rezeki buat ambe, kerana pengenalan Jelita itu ditatahkan pada setiap Wanita, walaupun ia gemuk, muka penuh berlubang dan berjeragat, kurus macam mayat..kejelitaan itu akan di define kan oleh Lelaki tertentu berdasarkan taste pandangan masing-masing.

sementara kesah ambe terpandang si "Liv Tyler Bertudung" itu ketika ambe berada didalam kereta, dan itu hari pertama ambe kembali ke Sekolah ambe setelah bercuti Raya. kerana takut tak terjaga dan miss class..maka ambe tidak tidur dari malam sebelumnya, mengantuknya bukanlah kepalang..ditanggung ke petang hingga lokasi awal permulaan terpandang dirinya. yang ambe sebenarnya sudah pada berjanji untuk ambil sahabat ambe, Nasir Ali di bus stand Kuala Terengganu dan hantar beliau balik ke rumahnya.. jam di kereta maseh 5:30 petang..mata sudah separa terkedip mengantuk. tetapi bus sahabat ambe tiba di bus stand pada 6:30..

oleh kerana tidak tahu dan tidak larat untuk kemana-mana, maka ambe berehatlah didalam kereta sahaja.. disamping memperdengarkan leteran masaalah ayahnda ambe dalam phone call mencerahkan sedikit mata ambe yang berair seperti ikan dipasar. oleh kerana tempat antara kami(ambe dan ayahnda ambe) masing-masing didalam kereta, yang bezanya cuma kereta ambe maseh tidak bergerak kemana-mana sementara ayahnda ambe sedang driving ke KLCC untuk dinner bersama adinda-adinda kandung ambe di KL, pastinya Line terputus-putus saat tiba dibawah parking basement KLCC.. saat itulah ambe sudah naik minyak kerana kejap putus, dan call lagi dengan leteran lain berkenaan kerja, putus, sambung lagi leteran yang kesemuanya tidak lain tidak bukan hanya untuk sampaikan semacam message pada ambe, seumpama tafsiran pada diri ambe yang berbunyi: " Woi, kerja mu banyak akan datang nanti bila aku dah tua, jaga abang,kakak, adik dan ibu-ibu, jadi Pengurus Resort yang bakal dibahagikan pada semua keluarga, jadi Budayawan yang benar dan tulen kalau ndak kekal dalam Dendang Anak, jadi Pekerja yang bertanggungjawab dan cari Isteri yang baik dan boleh harap urus Rumah dan jaga Anak-anak..dan jadilah Orang Ganu yang lebih Hebat dari Aku"
walaupun tak sama dengan ucapan baik ayahnda ambe, tafsiran kasar ini buatkan ia terpahat pada diri dan mencalarkan diri ambe sendiri agar mengenang luka ambe toreh sendiri.

tak kusut? haih..menipu ke apa. kusut itu pastilah..dan itulah ambe sedang nikmati ketika hari pertama berkerja dan juga masuk class semula setelah sebulan bercuti(yang dibikin sendiri)..maka dengan baki masa yang dirasakan lama sungguh nak sampai pada 6:30 tu ambe carilah diversion lain, diambil kertas dan dilukiskan..tak jadi, dituliskan semacam penulisan kasar...tak menjadi, dipasang lagu bagi memujuk jiwa..pun tak menjadi, dimasa sama ambe sedang membelek video game dalam Iphone(yang sebenarnya cuma ada dua macam aja game, Doom dan Pac Man) sambil menundukkan kepala kebawah mengadap Iphone..diparas Ubun-ubun kepala atau dipandangan paling hujung eyesight ambe yang sedang menunduk kebawah seperti terpandang sesuatu dari luar cermin hadapan kereta..terkesan semacam warna yang dianggap warna "darat" iaitu Orange yang terik seperti jersi Baju Bola Pasukan Belanda lalu dihadapn dan duduk disatu sudut tak jauh dari situ..

tanggapan pertama itu "siapa lah darat sangat pakai tudung Orange Belanda ni?"
sebaik sahaja ambe toleh ke arah itu, ambe langsung terdiam dan tak terkata apa kecuali mengamati rasa yang tiba-tiba sahaja sifar belaka..kosong tak bermasaalah. ketika itu dan didetik itu. ambe tahu dan yakin..ambe bukanlah Manusia yang Normal. bahkan ambe adalah Mr Nobody yang hanyalah Roh yang terpenjara dalam diri. yang ada rasa rindu untuk bersatu. walaupun hajat itu dekat, atau jauh..ambe maseh makhluk yang Insan lagi lah Pasrah dengan apa sahaja..selagi Hidup disini.

disaat itu ambe sedar, ke keranjangan mata ambe tidak dapat mengalihkan pandangan bahkan mengelipkan mata. dan terkalam bahasa "Alhamdulillah" secara tidak sengaja..

Cantik itu memang, namun Fizikal sahaja tidak memperkuatkan Hubungan hingga hujung kehidupan. tidak!
kerana Tua itu pasti dan mesti..maka pada Wanita yang faham ini, mereka akan bersederhana dengan apa adanya. itulah Wanita yang sebenar! dan melengkapkan kewanitaan dirinya, mereka sudah pada taat dengan orang tuanya, menjadi anak yang baik..tandanya bertudung..walaupun kita tahu lah Agama hari ini hanya Budaya dan Tradisi aja, yang buat apa perlu dan pentingkan Dunia..itu ambe malas bahaskan kerana dah berkali-kali sudah dibentangkan pada Apikalam.
akan tetapi memandang Kejernihan Jelita nya ketika itu, yang jika ikut logic akal yang tele dengan zaman hari ini, mestilah berdressing dan cuba bersaing lawan Perempuan lain dengan kecantikan dan kebendaan..apatah nak cerita soal bertudung.
itu membendung diri, bukan membebaskan diri..kebanyakkan Perempuan hari ini bertudung kerana terpaksa dalam masa sama bersangka baik dan kemudian akur pada Hukum sementara yang paling bersepah jumlah Perempuan yang tidak bertudung pula cuba buktikan kebaikkan walaupun perkara pertama sebelum apapun sudah dia tak ndak ikut, yang kononnya "be myself type" dan kemudian menuntut dan berjuang pada kemerdekaan Womens Right la kononnya..
Kebenaran Wanita letak pada Lelaki, itu yang ambe yakini..
kerana kejadian mereka pun dari rusuk..logic tak logic ikut pandai kamu lah..ambe teliti ini semua dan ambe katakan ia benar. sementara kebenaran buat anda, carilah sendiri untuk diyakini.

diraut dirinya yang sederhana, berpakaian biasa sahaja, hanya mungkin hari itu tudungnya agak striking..mungkin tidak kerana warna Sami Buddha itu ambe tidak terpandang pun dia. kemudian memerhati keramahannya melayan siapapun yang bercakap dengannya buatkan ambe pun rasa macam ndak turun kereta dan berbicara bersama..

namun itu tindakan orang yang kurang Sabar, yang turut Nafsu. sementara ambe yang sekadar dinding hitam sedang cuba melunturkan ia dengan thinner agar diputehkan kembali, cubalah mengenali kembali apa dia As Sabur..

dan sabar ajalah didalam kereta itu..cuba ambil camera dan ambil gambarnya dari jauh, tak dapat-dapat..akhirnya Iphone jugalah jadi alat intipan atau Spy bagi merakam wajahnya..bukan untuk merenung bila dah pulang namun untuk kongsi bersama Sahabat dan Adinda ambe yang terpilih agar memberi pandangan kepada kesah ambe curahkan.

tiba-tiba sahaja..Sahabat ambe, Nasir hubungi ambe dan memberitahu bahawa 10 minit lagi dia akan sampai. maka ambe ok kan aja dan bila menoleh kembali mencarinya, dia sudah tiada.. kemudian ambe sms Nasir, "tadi ada Liv Tyler Bertudung"..sekarang dah tak ada.
disitulah impression pertama ambe, dan ingatan ambe pada movie kegemaran ambe, Lord Of The Rings yang dimana Liv Tyler adalah Arwen Evenstar, puteri kepada Bangsa Elf yang ber Kaseh dengan Aragorn, Putra Mahkota.

baharu sahaja ambe menekan butang Send pada Nasir. dia pun lalu dan duduk disebelah kiri pandangan ambe pula, berbeza dari tadi dimana dia duduk dijauh sudut kanan pemandangan ambe..
ambe pula naik tergamam, seperti SENGAJA ditentukan Tuhan..kalau soal kebetulan. ambe dah sah membetulkan belaka semua baik atau jahat tetap dari Tuhan yang jadikan kedua-duanya demi pembelajaran dan pengajaran.
maka termaktub dengan sah, ini serious dan bukan gurauan sahaja..

jika tadi ambe selesa dengan pandangan mengarah ke Timur pandangan ambe, Barat kini buatkan ambe pula rasa serba salah..ujar diri ambe "kalau aku tengok lama-lama karang dia naik syak pelik-pelik..bahkan takut pada ambe kerana memang ambe pelik dipandangan siapapun"
tapi Sendiri ambe katakan "duduk situ Ku Bad, jangan berani-berani turunkan hand brake dan shift gear R untuk beredar dari parking dan memecut..kekalkan disitu!"
maka ambe akur dengan kata-kata Sendiri ambe, buatkan ambe jadi malu sendiri entah kenapa. walhal dia pun tak kenal dan tahu pun ambe melainkan ambe cuma sang pemerhati beberapa minit aja jangka masanya..

namun beberapa saat kemudian, dia pun pulang for good. meninggalkan semacam kesan dan tanda tanya yang berselirat kepada para pemikir sia-sia seperti ambe ini.. dan lebih menakutkan diri ambe, senyuman pada diri ambe sendiri ukirkan pun tidak dari ambe sedari pun.

mungkin ambe lebih gembira dengan merindukan orang asing yang juga dipanggil "stranger" ini? dengan menyedari berpuluh-puluh hubungan sebelum ini, yang perlukan commitment,susah payah dalam usaha untuk TAHU siapa mereka secara pribadi dan kemudian MENGENAL diri pribadi itu penuhlah dengan daki-daki "prinsip-prinsip" bodoh,degil,sombong dan angkuh. padahal anda menerima Cinta pada diri andapun tanpa mengambil prinsip apapun kecuali menerima Cinta itu sendiri sebagai satu kebuntuan yang tak terlesai pada kata..kerana Cinta tetaplah milik Allah..yang maha pemilik Rahsia bagi segala Rahsia..

jikalau Rindu sebelum-sebelum ini dengan hubungan lalu sering sahaja dibalas dengan perbalahan, cerita mengenai hal orang lain tapi bukan perasaannya dan akhirnya issue itu ini..memanglah memenatkan buat diri ambe, yang bekerja pun gunakan Otak dan Akal sepenuh masa, juga Fizikal yang bergerak kemana sahaja dan berkarya tidak kira kondisinya apa.. Segala-gala ada pada ambe dikorbankan..kemudian melayan perempuan yang sentiasa ber sandiwara semasa, dan moody kerana dia sakit kerana period..ceh, cari Tabib lah buat Boyfriend kalau ndak layan sakit kamu satu orang sahaja..sedangkan kita Mencari kemudian berpasangan dan bergandingan untuk cari Penawar bukan membikin Racun.

selesai belaka itu, dan sesudah lepak bersama Nasir yang baharu sampai di Bus Stand KT, ambe pun tak tunggu untuk sesi muqadimah dan mencuahkan kesemua itu padanya..kerana dia Sahabat yang bukan setakat ambe Percaya bahkan Yakin.
habis segelas Kopi Arabica, ambe hantar beliau ke seberang jambatan hingga sampailah di Seberang Takir..bahkan Liv Tyler Bertudung itu maseh merasai difikiran dan perasaan ambe, seperti dia ada sesuatu buat ambe..atau dia adalah sebahagian diri ambe yang hilang selama waktu berlalu..Wallahualam.
kerana rasa sedih dalam gembira inipun tak dapat dijelaskan. rindu dan benci kemudian benci dalam rindu pun tak dapat dihuraikan..ia Misteri maseh.

dan disaat kelmarin ambe berlalu dibelakangnya, ambe disapa adinda ambe maka ambe jawablah sapaan tersebut, dan perasan bahawa dia sedang menoleh kebelakang untuk pandang ambe.. ambe buat-buat tak tahu dan pergi dari situ untuk naik ke tingkat atas untuk hantar kunci Studio dan Gallery seni. turun pun sama, dia maseh disitu, ambe berlagak sombong seperti biasa dengan tujuan "testing"..hingga ambe start kereta dan berhenti dihadapan mereka dan ajak adinda ambe untuk minum air bersama, padahal ambe rasa tak sanggup tinggalkan dirinya yang maseh belum balik dengan baik. dengan horn tanda memanggil adinda ambe ke kereta ambe park disamping jalan besar, datanglah Amri kemudian ambe tanyakan dia "nak ikut tak minum?" dia tanya ambe "siapa lagi ada?" dijawab ambe pula "min ada join nanti"..
Amri diam dan menyambung jawapan "tak kot, sebab saya kurang cakap dengan min"..
dan ambe angguk kemudian tanyalah dia "siapa tu?"
dijawab Amri "oh ye, dia tanya Abang Bad tu siapa sebab tak pernah nampak.."
ambe sambung "yeke?"..
oleh kerana gejolak api kegembiraan ambe meletus bak gunung berapi, ambe pun memecut lari dari lokasi itu dan berteriak kegembiraan sendiri..

betapa gembiranya kan saat orang yang anda minat tahu kehadiran anda? yang sering aja ditanggap pelik dan garang oleh kebanyakkan orang.. sementara raut sombong yang tak dapat dipisahkan dari muka ambe kecuali ketika ambe senyum buatkan ramai orang terkeliru dengan zahir ambe. "takkanlah nak senyum aja 24 jam?" kata ambe jika ada orang memberi cadangan senyum sokmo pada fizikal. sedangkan kita tahu, senyuman itu pun perbuatan.. perbuatan yang buat orang lain tersenyum itupun lahir dari senyuman kita juga. dan amatlah pelik lah jika ada orang yang 24 jam itu senyum aja..barangkali jika diberi pilihan antara makhluk penyenyum dengan makhluk pembengis..pasti orang lebih pilih orang bengis kerana ia melindungi kita dari makhluk penyenyum yang menakutkan..

ambe taknak takutkan orang dengan apa ambe diajar oleh Rasul, tidak. ambe ndak orang faham keluasan ajaran Rasul dan effectnya pada diri ambe kerana itu timbul Apikalam ini untuk tujuan penjelasan..bukanlah sekadar cerita untuk "up diri" aja..namun ada moral dan nilai sebaliknya..

memang benar gembira, bahagia, ceria hari-hari ambe bila menyukai seseorang dari jauh tanpa dikesan, kerana anda tak perlu lukainya pun..bukankah itu kehendak kita pada setiap orang kita benar sungguh sayang dan kasehi?

memang betul lah kesyukuran itu melimpah ruah saat orang anda minat itu bertanyakan diri anda, yang entah kenapalah ye sedangkan ambe ni bukanlah ada fizikal yang menarik dan menurut spec zaman sekarang..ambe berjanggut,berkumis dan berambut panjang apatah perokok..itu semua dah ditolak awal-awal oleh Perempuan yang ndak perfect boyfriend sepertimana diwartakan dalam majalah orang eropah.
ambe orang Melayu, yang mengaku Melayu, yang mengamalkan walau sekecil perkara kerana ambe orang Melayu..yang datang dari Trengganu..tempat mula Agama Islam di Nusantara. yang ingin beriman..maka ambe selami lautan pengetahuan agar diyakinkan segala ajaran..dan risiko menjadi orang Seni yang berkarya demi Anak-Cucu semua adalah tertinggi..kerana Eropah atau pengikut ideology Dajjal takkan happy dengan adanya kewujudan itu, kecuali disembunyi-sembunyikan dan di bendung-bendungkan kebenaran hingga lahir generasi dengup, bodoh serta bebal yang membuntu..yang teruk mentalitynya..anda saksikan sendiri, nilaikanlah..

namun cerita panjang ambe ini maseh contoh, ambe telah set upkan kesah ambe yang belum terbukti benar atau tidak dia ini orang nya kerana boleh sahaja Tuhan tarik nikmat itu atas kesombongan ambe atau keralitan ambe, itu semua berada didalam genggaman kebesaranNya..

tapi bila anda diketahui wujud, biar dianggap orang asing oleh orang ramai..itu kesyukuran..
seperti itu juga umpamanya bahkan takkan terumpama bagaimana hebatnya Rasul kenal kamu yang sudah bersusah payah memikul wasiat para Nabi demi Tuhan.

dan ambe tertimbul pencerahan ini kerana Hikmah pertemuan mata-sepasang makhluk yang terdiri dari panca indera yang takkan pernah menipu pada tuannya..
ambe bersyukur dengan kehadirannya, biarlah esok ambe mati atau hidup namun dia pula tlah ketahui kesah-kesah ini kemudian naik takut dan paranoid hingga menghilangkan diri dari pandangan ambe.

biarlah.. asalkan kesah ini dikorbankan buat anda yang membaca.
ambe tlah sedia membakar ini semua menjadi abu..akan tetapi ambil lah munafaat sebelum ia ditiupkan, diresapkan air yang dipendam ke tanah hingga manusia kembali menjadi sang leka dan pelupa.

yang buatkan Stranger menjadi Stranger adalah kerana Cinta, Kaseh,Sayang dan Suka itu sendiri adalah Asing..
maka Manusia yang memang Fitrahnya Ingin tahu setiapmasa diatas perkara yang tidak dikenalinya, akan tetap mencari dan terus mencari..

sementara, Liv Tyler Bertudung maseh nama sangkaan ambe, dan sehingga ambe kenal dirinya sendiri nanti..seperti pepatah Melayu dahulu yang ambe kagum sungguh dengan susunan katanya, benar sama sekali..TAKKAN wujud CINTA bila TAK KENAL.
buat masa ini, ambe pilih jadi sang Gila Bayang untuk mengenal Bayang nya sebelum ambe tahu siapa empunyanya. agar mungkin diri ambe dikenali dalam menghargai hingga menyedari betapa hebatnya bayangan tinta hitam pantulan dirinya Ku Bad padanya..itu maseh Doa.

Trang tetaplah yang Trang. Gelap maseh yang Gelap.
Ku Bad maseh "Bayang" dan Raja Badruddin Hakim Shah itulah diri sebenarnya..
makhluk asing seperti ambe diumpamakan oleh sang Liv Tyler Bertudung atau anda yang tak mengenali ambe, maseh belum se asing nama..kerana akhirnya kita jua Manusia. yang sama kerana kita adalah Roh.

yang Asing itu adalah Cinta. kerana ia "asing" diatas tujuan sembunyikan kebenarannya demi kesucian yang jernih nya..tak layak untuk diketahui DUNIA. Asingkan logic dan tidak logic, maka anda tahu sebenarnya Cinta tak guna pun logic..tapi berbuat diatas nama KEBENARAN.

jika ambe adalah orang Asing itu..maka pastinya ambe hidup demi mencari kebenaran.

itulah AL WADUD yang pandang YA HAQ, menari diatas bhumi dan hidup yang serba pelik ini.

KBD