Saturday, October 1, 2011

BUKU HITAM

satu cover yang berwarna Hitam..apapun pengertian anda terhadap filosofi "Dont Judge the Book By Its Cover" menjadi simbolik kepada harian kita.
dengan itu kita boleh buat apa sahaja dengan flexible dan sesuka hati, kerana Syariat kita dah tak peduli..makan berdiri, minum berdiri yang disabdakan Nabi, makan dan minum dengan Syaitan.
atau buang air tidak tutup kepala pun disabdakan Nabi dikatakan Syaitan berak diatas kepala kita dan menghijab Hakikat pemikiran kita agar jadi orang pelupa..dan seumpama apa lagi lah berkaitan Sunnah..

ambe taknak cakap lebih-lebih bab Sunnah kerana ambe amalkan, tapi ndak lah bertanya pada anda yang membaca apa itu Sunnah itu melainkan ia hanya bermaksud Cara. ambe berambut panjang kerana Sunnah Jibliyyah itu Nabi-nabi amalkan. Berjanggut kerana itu sememangnya dasar Sunnah dari awal.
kadang-kadang pada awal pengamalan, sering aja ambe cuba trim pendek agar nampak tak adalah "Pelik" dikhayalak ramai.. kerana itu ambe pernah buat, dan rasa lebih Handsome kalau tak ada Janggut.

namun lama ke lamaan, ambe jadi sepertinya orang yang SAMA. tak ada beza dengan orang kafir apatah perempuan. hingga ambe berkeputusan, memilih hidup yang "pelik" dari biasa..untuk mendalami apa sebenarnya Hikmah sebalik perintah baginda kerana begitu ramai pemimpin Agamapun menunjukkan contoh kurang Islam. sekadar pembaling batu kearah Syaitan di Negara lain tapi dalam masa sama mengamalkan Cara Iblis yang melarang orang untuk buat kebaikkan..

Hari ini ambe sering sahaja di pergelutkan oleh Issue Rambut Panjang, yang diumpamai Menyerupai Wanita.. pada awal, memang boleh ambe tolerate dengan pertikaian itu..berbahas dah sekian hal akhirnya ambe ambil jalan panas untuk menyentap siapa sahaja. maka ambe gunakan perumpamaan Agama seperti mereka yang mula pertikaikan..
tanya Hukum..dan tanya Wanita atau Lelaki yang perlu bertudung?
dan apa definasi ber rambut panjang itu menyerupai Wanita sedangkan apa yang sedia ada tertumbuh di anggota jasad itupun anda nafikan, cukur dan seperti "kurang smart" padahal anda PERCAYA ada Tuhan, ikut cara Nabi-nabi kononnya.. kita sendiri merubah itu demi kepentingan dan kemudian mempersoalkan "kepentingan Agama"..

dan persoalan Rambut Panjang yang diumpamai seperti Wanita ini terlekat dimentality kita sesama kita..
kerana kerja itu penting, Rambut Panjang dikerat pendek..boleh sahaja satu masa ambe pangkas pendek, namun ambe yakin saluran keewangan itu ambe dah ada, ke mana perginya..lantaklah orang ndak kata apapun, setahu ambe susah payah bekerja pun orang yang ndak kata itupun taknak bantu..
malah menyusahkan dengan menyempitkan ruang oleh orang Jahat seperti ambe untuk cuba laksanakan kebaikkan adalah.

sempit dan semakin sempit..itulah keadaan kita, reality "Agama"..bahkan Buddha ndak amalkan ritual mereka jadi satu burden, Kristian atau selagi adanya "Agama"..itu dah macam satu Threat bahagi Dunia..atau mungkin kita yang kurang fasih dengan Agama yang Islam begitu melulu menjadi Umat Muhammad yang Judgementalist.

..dan ambe laksanakan hal yang sama pada apa ambe lakukan pada "Liv Tyler Bertudung"..dalam memerhati, membahagi antara apa yang baik dan tidak, mengerti pemahaman "terbaik" dan execute yang paling "baik"..

maka terhasil lah Buku Hitam tersebut.

dan isi kandung nya adalah yang paling-paling-paling jernih dari sendiri ambe. terkandung lagu, gambar dan apa sahajalah yang ambe rasakan hendak berkongsi dengan seseorang dengan penuh mendalam agar dapat sentuh hujung Hatinya dan menarik ia kembali pada ambe..kerana itulah 1st time yang wujud pada ambe bila pandang dirinya.
"aku dah jumpa diriku"..itu katanya Keyakinan.

kalau anda ndak katakan "alah mengarutlah" kamu salahkan Tuhan ajalah senang.
kerana tak ada lain, yang ambe yakin itu tetaplah datang dari Tuhan..bukan ndak buat-buat dengan semua ini.

melalui Buku Hitam itulah documentation seumpama setitik dzat Hati ambe tumpahkan melalui Tinta Hitam diatas Sinaran Kertas Puteh berseri..agar dengan itu melahirkan apa sahaja kejujuran ambe yang selama ini ambe tak pernah tumpahkan atau luahkan terhadap perempuan lain. ambe ulang jikalau kurang jelas..TAK PERNAH.

Semua bagi ambe ini adalah 1st time, jikalau ada yang naik fed up dengan ambe..itu bukan masaalah bahagi ambe..kerana disatu saat kita mencapai point Jemu,Muak atau Meluat..kita sudah pada mula Membenci orang yang mengulangi kata-kata yang sama..itu standard bahagi mereka yang kurang sukakan sesuatu yang bahaginya Irritating.
ambe faham, bahkan mengerti..dengan tiap hari Posting dimana-mana dari ambe itu "Liv Tyler Bertudung" tak pernah luntur dari ambe..kerana ambe berusaha seboleh-bolehnya agar Jujur..itu aja kerja ambe disini ataupun di FB atau di Twitter..kalau di Alam yang Nyata anda jalani begitu banyak manusia yang sesumpah ataupun anda sendiri sesumpah yang sekejapnya suka esok tak suka orang..dengan 1 ain Kejujuran pun payah ndak tolong, maka izinkanlah ambe berlaku Jujur di Alam Maya ini yang adalah Hakikat yang sudah di relevantkan pada Akal kita agar kita dapat katakan, tak mengarut.

ambe sekadar menyampaikan apa yang ambe akan tinggalkan, jikalau palsu dan tidak betul atau berlagak atau berlakon baik sahaja, bukan setakat manusia melaknat, Alam melaknat, apatah Tuhan yang melaknat ambe..
pengukuhan itu buatkan ambe bersungguh dan membuang malu agar beritahu ajalah apa yang anda dan semua yang pernah lalui atau sedang lalui atau bakal lalui.

Buku Hitam yang ambe sampaikan adalah ketulusan ambe terhadap dirinya, pada awalnya memang ambe berhajat untuk siap dan serahkan sendiri padanya.. namun sibuk dengan persiapan untuk bertugas dan bekerja di Kuala Lumpur dengan penglibatan Usaha Dendang Anak dan commitment keluarga..
maka ambe berkeputusan untuk tinggalkan pada taukeh Kedai Cermin yang Cina di bangunan College, dimana memang ambe baik dengannya..untuk jagalah amanat ambe agar esok hari ambe dapat beri keputusan kepadanya siapa yang akan datang ambil Buku Hitam tersebut dan kirimkan pada sang "Liv Tyler Bertudung"..biarlah tangan yang menyampaikan itu yang sudah dikenali akan dirinya, walaupun yang menjaga amanat ambe itu orang Kafir yang bukan Islam..susah ndak Yakin pada orang yang mengaku sembahyang 5 waktu hari ini, kerana Hati mereka pun bersimbah dengan Hujan Asid "Hukuman"..yang kemudian mengisi Kecurigaan didalamnya....berlagak pandai lah bottomline nya..

maka esok hari itu pagi waktunya, ambe beritahu pada adinda ambe untuk laksanakan amanat tersebut.
walaupun ambe maseh terkilan kerana tidak dapat menghantar ia sendiri kepada empunya nya..

didalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, ambe jadi terfikirkan macam-macam, membayangi yang banyak hal mengenai apa yang ingin disampaikan itu.
akhirnya ambe terlelap.

dan alamat itu buatkan ambe makin yakin bahawa Hikmah ambe tak hantar itu paling-paling terbaik kerana jelasnya mirip sepertimana Agama itu disampaikan, secara symbolic lah..dimana entah dari mana datang, tiba-tiba ada satu kitab ganjil yang menceritakan ini dan itu tanpa mengenal siapa dirinya bahkan tepat menikam Hatinya dengan mengetahui apa sebenarnya Kebenaran.

tapi usah bimbang, ambe sampaikan itu bukan Hadist, bukan Quran, Bukan Bible dan sebagainya kitab ajaran sesat..namun adalah himpunan Perjalanan sendiri ambe selama ini. dengan harapan moga dia kenali dirinya terlebih dahulu..kerana ambe tak ceritakan siapa ambe melainkan mengajak dirinya kenal dirinya dahulu demi apa yang ambe curahkan Khas Buatnya..

itulah Hikmah.

sungguhpun itu lah gayanya ambe mengandaikan rasa itu sudah lawas sedikit kerana sebahagian itu sudah selesai terluah, namun menjelang perjalanan ke KL, ambe jadi makin sarat merinduinya..walaupun ambe berbarangkalikan dia sudah melihat orang lain lebih bagus dari ambe buatnya, ambe tak kesah itu semua..ambe tak cemburu, ambe tak peduli. kerana apa disampaikan itu sudah menceritakan itu semua mengenai ambe.

jikalau dia maseh bersama kehidupannya tanpa diubah apapun, itu bermakna suatu yang sia-sia buatnya..kerana anda sendiri menyaksikan munafaat Apikalam ini tlah bina didalam sentiment fikiran anda dalam memandang kehidupan seharian. ambe bukan minta dijulang atau disokong seandainya ambe di angkat jadi apapun, hanya ambe mohon anda usahakan pembaharuan..kerana Tuhan begitu suka Insan yang bersusah payah demi satu perubahan bahagi dirinya..

ambe tak sia-sia dalam berusaha kepadanya, bahkan ambe tidak mempersia-siakan apa yang sedang berlaku yang sudah memberi banyak 1st time experience mengenai Cinta..

namun apa yang ingin tercatit itu hingga hari ini ambe menyesali, kerana ambe ndak ceritakan apa sahaja dengan nya..jadikan sebuah buku cerita yang berdasarkan kesah benar ambe agar dia kenali ambe ni siapa hingga istilah "asing" itu tiada lagi..

apatah semalam, yang buat ambe sangat naik sebak memikirkan apa yang melanda pada nasib sendiri..yang ambe tidak menyalahkan Tuhan atas apapun bahkan Rasul diatas apapun tanggungan yang dipertanggung-jawabkan..tidak.

akan tetapi bila berfikir panjang, jikalau dapat disiat-siatkan diri kepada berpuluhan Ku Bad yang satunya menjaga perusahaan Keluarga, menjaga adinda-adinda ambe di College dengan memberi bimbingan kerja apa kita boleh lakukan untuk naik tarafkan Studio dan sebagainya, menemani Tok yang dibiarkan oleh cucu sendiri di tengah panas dikedai makan milik kawan ambe, bekerja sepenuhmasa untuk menampung dan bayar hutang-piutang, pergi ke Indonesia bersama Dendang Anak 7hb ini dan tinggal disana hingga 30hb Oktober ini kerana Program disana agak packed..dan adalah tanggung jawab ambe bahagi diri ambe sendiri merasakan ambe perlukan Dendang Anak untuk manage,menyelia, memberi buah-buah fikir dalam Mesyuarat harian kami ataupun melaksanakan tugas bernyanyi dan bermain music bersama Sahabat-sahabat ambe yang lain dan sebahagian lain adalah yang menjaga hati kawan-kawan ataupun sahabat ambe yang berada di mana-mana sepenuh masa, dan bahagian terakhir pula memberi support dan menenangkan keadaan Keluarga yang berisi Adik serta Abang-Kakak ambe..apatah Bonda dan Ayah memandangkan keadaan Nenda ambe pun agak serious dan cronic, sungguhpun tidak lah dirinya diketahui..Ayahnda ambe berkeputusan agar merahsiakan ini dan kerana alasan itu ambe tak dapat lah beritahu lagi buat masa ini..kerana kerja kami adalah menceriakan dirinya..beri Keyakinan padanya agar Allah permudahkan belaka..

namun scenario yang terlihat sekeliling semalam adalah kemurungan, Bonda menangis, Adik, Kakak serta Kekanda ambe pun turut kelihatan sangat sugul pada keadaan..yang hanya dikatakan berstatus "ok-lah" itu hanya ambe dan adinda Ansari. kerana alamat mimpi itu sudahpun 2 tahun sudah ambe terima dan berkongsi dengannya..
jika sekali, boleh lah dikatakan gangguan, kalau 4 kali..apa itu maseh Kebetulan?

dan emotionally, memang stabil..namun begitu bila men-define kan rasa yang kata kita "OK" ambe pantulkan ia pada cermin sendiri ambe, ditengah malam ketika semua tidur..ambe berdiri dihadapan cermin dan menatap raut yang sebaliknya..itulah "KO".

barangkali kerana itulah kerja seorang Abang,Adik dan Anak cuba ditunaikan..masing-masing menjadi rumit, kerana sepatutnya ambe perlukan Abang sebagai tempat mengadu, akan tetapi seringkali keadaan buatkan ambe belajar apapun dengan sendiri.
dan bukan ini sebagai keluhan atau sungutan.ini hanya luahan ambe hari ini, yang maseh Alhamdulillah BERHATI pada HATI orang lain DI atas JALAN menuju yang maha dewata mulia RAYA.

maka ini jadi perkongsian yang ingin dibakarkan hari ini. kerana semalam ambe sangat-sangat lah menikmati "sendiri"..yang tanpa sendiri itu ambe tak mungkin dapat menebarkan kata-kata ini buat pengetahuan anda belaka.

ambe sayang semua kerana itulah ambe sampaikan.

tapi pemilik Buku Hitam itu barangkali tidak mengetahui ini semua kerana ia akan diketahui seandainya dia berusaha untuk menjadi Wanita yang memang ada SANGGUP.

biarlah Buku Hitam itu dibuang-buang, dijadikan bahan jenaka mungkin..jikalau tidak serious dengan apa hendak ambe ajarkan padanya, kebaikkan tanpa rupa yang ambe usahakan sebelum adanya dirinya..

bayangkan buat seketika, seandainya satu hari BUKU HITAM itu tiba pada anda, yang me-reflect akan diri anda seumpama Cermin diri anda..
Apalah tanggapan anda pula?

dan itu jualah apa berlaku pada Merah Silu yang tidak semena-mena didatangi Ulama yang dari Mekkah datang menyerahkan Al-Quran hingga Islam itu di Isytihar secara besar-besaran dengan kebangkitan Melayu..bukan lagi sembunyi-sembunyi seperti sebelumnya. Walhal itu semuanya Asing bahaginya..anda tak terfikir itu semua kerana Agama dah tersedia untuk dipilih, tak sesusah dahulu yang sangat payah..maka senanglah anda katakan Sejarah itu mengarut. bahagi ambe, Sejarah itulah sorotan kita untuk meyakini apa kita lakukan hari ini dan seterusnya, agar apapun dilaksanakan tidaklah Sialan yang Sia-sia..

Hakikatnya ambe tak susun apapun untuk kepada dirinya, ambe tak ada idea mengapa Kedai Cermin itu jadi pilihan sebagai pemegang Amanat ambe itu.
itulah Hikmah..dan selagi anda berpegang kepada Hikmah, Kebetulan itu tak akan ada melainkan KEBENARAN..

dari mana..itu dari Tuhan.

sementara tanda tanya yang semakin banyak sendiri bertanya diri ambe itu maseh ber SABAR.
jikalau hidup itu ada, maka adalah..jikalau mati itu sudah medatangi kita, maka sudah tiba masanya..
"Liv Tyler Bertudung" bukanlah obsession utama bahagi ambe, hanya pencetus rasa ambe mengenai apapun hal. ia Usaha yang Lain dari yang Lain. itu ambe tahu..risikonya ambe akan digelarkan orang "Gila BerCinta" atau "Gila Bayang"..tapi apakah kita mengenal Terang sedangkan prakenalan Hidup kepada anda hari-hari itu tetaplah yang Hitam?

itulah Trangganu Darul Iman. ambe orang Ganu yang sekadar menjejak yang Trang.
agar dengan menjadi Suami kepada Isteri suatu hari itu nanti, akan mensahihkan bahawa dengan Berdua itu menyatukan Manusia yang serba kurang menjadilah Sempurna.

Buku Hitam. berbicaralah sebaiknya buat dirinya...kerana kaulah "Hud-hud" ku.
dan maka kemudiannya itu, Buku Hitam berkalam akan Api ini..akan senantiasa menjadi pelita buat anda yang membaca..

"selagi ambe hidup, Allah..Izinkan bahagiku untuk menunaikan Insya' Mu dengan perilaku yang penuh mengelilingi Cintaku..terhadapMu..
kau tetap dan akan terus yang Esa buatku."

KBD