Sunday, September 25, 2011

perencah Hari

"people do stupid things for love, they produce selfish matters for their overwhelmed passion through love..
love is never a feeling as you probably know it obviously and as plain as ordinary things occurs..
yet are we surely enough it's only about feeling, when insane things are done for the sake of Love? "

ambe pernah tulis ini suatu masa dahulu..inference seperti itu adalah rambang dan spontaneously digarap..ambe jumpe di catatan lama ambe lalu ambe copy kembali dan cuba huraikan apa sebenarnya ambe fikir dan rasakan hingga timbul rasa seperti itu..dalam bahasa tahap Dunia hari ini. ahahahaa...

pertama, ambe ketika itu berada di dalam hubungan yang mendatar, biasa dan tiada yang luar biasa dan sekadar biasa-biasa..
semenjak kehilangan Tun Fatheana, bahagi ambe dia tidak ada replacement.. tapi dalam mencernakan kenangan ambe bersamanya, kebanyakkan itu adalah kerana Sympathy.. dia bantu ambe kerana kesian pada keadaan ambe yang lari dan hidup dalam ketakutan selama 2 tahun lamanya..jauh dari keluarga, jauh dari kawan dan apa ada bersama ambe hanyalah Bonda dan ambe..

dan terasa agak haru bila ambe "jual" cerita ini secara murahan seperti di Mydin mempromosikan jam Rolex yang sepatutnya berharga RM4K namun kerana ia adalah Mydin Mohammed, maka besar hati taukeh menjual nya dengan harga RM1K sahaja.. keistimewaan itu dah tak ada value, bahkan dari jauh dan kasar pandangan, orang memakai product dari Mydin dan Boutique seakan-akan sama sahaja. Cuma mungkin bila ditelitikan, Rolex Mydin adalah Golex atau Solex. anda ditipu dan kerugian anda sekalipun melabur sejumlah wang lumba haram di jalan Semarak itu lebur dengan tipu daya semata-mata..

akan tetapi dari ambe, cerita ambe bukan dari Terengganu sahaja (jikalau anda perasanlah).. bahagi ambe adalah membazir masa lah ambe pergi jauh-jauh berkelana atau berjalan, tapi tak ada report yang menyampaikan perbandingan buat pembaca.. pandangan ambe selalunya ingin yang luar dari kotak, ndak lah sangat menyampaikan sesuatu yang universal rupanya..tapi maintain local aspect. dari MANA MULA kita kalau bukan melalui BANGSA baharu anda nampak apa makna AGAMA dari sudut yang luas..
Kaherah,London,France,Madinah,Makkah,Abu Dhabi,Singapore,Indonesia antara tempat pernah ambe lalui dan bawa tanah-tanah itu pulang ke ibu negri, Terengganu Darul Iman..

akan tetapi "jual" cerita ini bukan lah "jual"..ia adalah preview sebelum keseluruhan kesah ambe yang bakal ditayangkan di Padang Mahsyar nanti..anda tak dapat cover line dengan apapun muslihat, kerana semua itu free to watch. orang berbogel sini sana pun tak ada dah siapa peduli buah dada siapa lebih besar atau aksesori kelamin siapa lebih kasar dan seumpamanya.. yang anda risaukan adalah Ya BathinNya Allah taala..memperhalusi tiap apapun walaupun anda kentut bunyinya sedikit sedang anda tidur, ia masehlah jadi tayangan kita.. bukan Filem Pendek. tapi Filem Panjang. dan "Popcorn" anda cuma kerisauan, gigit kuku yang ketakutan adalah "kacang cap tangan Ngan Yin" anda..
relevant itu ambe ambil maka mulalah penulisan yang berupa sembarangan, ambe tak guna format yang perlu di draft dahulu melainkan menulis langsung apa ambe mampu imbaskan dan kongsikan..

dan bila menerbalikkan kembali masa ambe bersama tiap perempuan yang pernah call ambe atau ambe call mereka. ambe cuba buat sehabis baik, walaupun terpaksa ceritakan pengalaman ambe selama ini hingga kini apa ambe dah jadi sebagai satu rupa bahawa contoh ambe adalah soal mengapa perlu bersyukur setidaknya, dan memberi sentapan andaian bahawa ambe tak seperti anak raja yang lain berada di sini.. ambe adalah Mohammad Badruddin Hakim Shah.
rakyat biasa dan tak pernah pilih orang untuk berkawan, semua ambe gauli kecuali mereka yang maseh skeptikal dengan ambe maka ambe tak dekati, malah membiarkan ajalah buruk sangka itu berlegar dikepala kotak mereka.
tapi dari jauh ambe tetap angkat tangan atau horn sebagai respond "ye aku kawan mung"..
dan khusus bagi ambe ada Sahabat dari antara lingkaran Kawan.
itu ambe pilih, kerana Sahabat adalah yang berkualiti dalam memberi idea dan penilaian serta cermin bahagi diri, penting bahagi ambe kerana mereka lah yang boleh sound direct kerana mereka sudah tidur sebantal dengan ambe, makan setalam, mandi sesungai dan bergelak ketawa bila berada di majlis formal dan serba ketat. akan tetapi selalunya Sahabat ini Jauh dari ambe, kerana commitment masing-masing bukan di sini seperti ambe sekarang, namun diluar Kuala Terengganu.. bahkan Sahabat paling hampir dengan ambe pun tinggal di seberang jambatan Sultan Mahmud. Hanya kerana seorang Sahabat itupun ambe pada sanggup hadaplah apapun yang ada demi secangkir kopi, sebalut kretek dan seluas serta setinggi ketawa..

ambe di pandang serong oleh pengikut-pengikut Sahabat ambe, itu jelas berlaku bahkan wajah senyum hipokrit itu terdetik dari mereka yang ada..hanya kerana peri laku dan tutur kata ambe yang mungkin dianggap kurang ajar dan biadab..namun itulah Sahabat..
yang anda kenali mungkin antaranya adalah Ustaz Azhar Idrus itu pun ambe kenal beliau dengan co-incidental datang dari Tuhan, ambe sering jumpa beliau di Station Minyak dekat rumah ambe maka bila dah kerapkali tegur angkat muka atau bersalaman, ambe mula berdialoglah maka disitu permulaan Persahabatan ambe, diajak minum air bila free maka kami bersembanglah macam-macam hal dan berketawa..dan respond kata-katanya buat ambe terdetik "ini sahabat ambe"..kerana Quality nya..
kemudian ambe diperkenal kan sekali lagi oleh rakan baik ambe, bahawa orang yang sama itu juga adalah Photographer..dan hingga tertubuhnya community beliau, ambe join namun bukan tak ndak lebih-lebih dalam forum. akan tetapi ambe tak ndak spoil kan niat persahabatan ambe. Demi Allah dan Rasul utamanya..walaupun antara kami semua faham, bidang itu berbeza..ambe bersama Dendang Anak dan karya-karya, kegiatan seni kurang seberapa ini sementara Ustaz Azhar dengan Ceramah orang Terengganu nya.. biar sama-sama orang kenal apa itu Terengganu itu kerja kami.
namun setelah namanya di sebar luas, ambe faham bahawa commitment masing-masing menjarakkan kita. kadangkala ambe tahu beliau minum air bersama rakan-rakan lain..ambe tak diajak atau diajak sekalipun ambe enggan pergi..
untuk mengelakkan persamaan rakan dengan sahabat. peminat dengan sahabat. penyokong dengan sahabat. anak buah dengan sahabat..itu context berbeza.

ataupun Sahabat ambe yang paling setya, iaitu Peja. yang kadang kemana sahaja beliau pergi, pasti orang akan bertanya "Ku Bad mana?" "Ku Bad buat apa?" "kenapa Ku Bad tak datang sekali?" dan seumpamanya...hingga beliau dah naik frust(dalam humor lah) sehingga ndak sahaja simpan rambut panjang, sanggul dan berjanggut macam ambe.katanyalah..
mendengar luahan Al-Kisah sahabat ambe ini pun sudah memadai untuk kenali bahawa dia memang dah pernah Mati dan Hidup kembali, kemalangan buatkan beliau comma berbulan-bulan. dan setelah jaga dari itu mendapati tubuhnya dah terjahit macam teddybear yang disiat dadanya untuk dibuang kapas-kapas yang membuncitkan..parut sepanjang pusat ke dada adalah tanda dan bukti bahawa dia makhluk ciptaan Tuhan yang hebat.. tak dapat dimusnahkan kerana Matinya bukan cara itu dikehendaki Tuhan. dengan idea-idea dan respond yang sering aja buat ambe dan dia berbahas hingga menggesel kesukaran demi kesukaran akhirnya ambe dan beliau tlah berjaya menggabungkan 10 band dari seluruh semenanjung, dinilai dengan teliti akan unsur yang ingin di sampaikan buat audiens akhirnya tlah menapakkan kaki para penggiat seni Music Experimental ke Bhumi Terengganu buat Pertama Kali.

buat kami itu Permulaan yang baharu buat kami invest pada orang Ganu dan Pantai Timur dalam mendedahkan semua khayalak dengan aneka jenis gabungan yang hebat dan mencuba penetrate binasakan mentality sempit yang main Music untuk jadi Punk, Skin,Hip Hop malah melebarkan pengetahuan yang MAHAL dan tak pernah dibikin event seperti ini di KL sekalipun, jika ada pun hanya 3 kerat ajalah yang Experimental. susah payah kami yang banyak menanggung rugi tlah menyampaikan 10 kumpulan dan perform non stop tengah hari ke malam.
dan setelah itu ambe dan beliau tidak henti memikirkan dan memetakan task seterusnya..kami tidak pernah penat untuk fikir. itulah ber Quality nya persahabatan.

sementara menyambung benang kesah yang terputus antara teman hidup lama ambe, ya ambe putus kerana ambe ndakkan. dan walaupun tidak tahu kenapa sebab utamanya pada ketika itu kini ambe boleh buat kesimpulan adalah kerana kesian itu..
Kasehan diambil dari Kaseh. itu jelas.
apa kita boleh Kasehan pada pasangan yang belum sah? itu ambe kurang berkenan sebenarnya..pengalaman ambe selama berpasang-pasangan hampir 26 orang keseluruhan buat ambe tidak lagi yakin dengan terma GF-BF/Pakwa-Makwa/Pacar..bagi ambe itu malah merosakkan nama Cinta. kerana prilaku kurang halal dan "konon-konon"..samalah seperti waktu kecil dahulu "main mak-mak, main masak-masak"..semuanya Pretended to be, walaupun kenyataannya sudah merosakkan apa yang sepatutnya meant to be more than it can be. Pernikahan membuatkan Kesungguhan benar dalam menikmati, explore dan ceraikan perasaan yang mendadak didalam kamar ataupun rumah mereka duduki nanti..
vision itu seharusnya ke hadapan melebihi jangkauan kaki anda..

namun apalah nasib malang ambe pilih untuk ber GF-BF kan seorang Perempuan untuk tidak diusahakan jadi Wanita.. bahkan membonceng, menyeret tangan mereka dalam mengetahui anda pikul Botol Arak lebih baik dari Pimpin tangan Perempuan yang anda dah sengaja tunjukkan dan pamerkan betapa sial nya pasangan anda, murahan dan BETINA nya "Kekaseh" anda..

ambe cuba neutralize kan ia sesudah tahu itu. dalam memberi pengenalan "Kekaseh" atau "Tunang"..

bila bercakap mengenai Tunang,
hari ini, berapa ramai agaknya yang perasan dan sedar bahawa tiapkali anda "declare" hubungan anda dengan pasangan anda itupun sudah pada setuju peringkat awal? ertikata lain..anda sudah ber Tunang?

maka adakah dengan Tunang itu anda boleh senang lenang langgar semua tembok yang ada.. sungguhpun dengan kemesraan anda usahakan bersama mak dan ayah tunang itu, kononnya setelah selesai taaruf atau perkenalan diri, anda sudah pas lesen untuk French Kiss ataupun Cumbu pasangan anda? memiliki Lesen kenderaan jalan raya sepertimana diketahui kitapun sudah satu contoh, tak bermakna anda ada lesen kereta boleh bawa lorry atau bas. ada jenis Lesen lain pula untuk itu. Motor pula lain ceritanya lagi..

usahakanlah Lesen itu jika anda mahu bawa kesemua kenderaan Darat..sama seperti ber Tunang. kalau ndak Nikah. maka persiapkanlah apa yang wajar dipersiapkan..bukan sekadar "I Love You hari-hari"
tapi tak buat apapun..
ambe sudah pada Usahakan itu, bahkan mempersiapkan kelengkapan sumber yang ada untuk diusahakan agar mungkin dengan Izin Tuhan ambe dapat sambut kehadiran Isteri itu dengan penuh kehalusan, dan kami saling apapun tanpa ada kepuasan..kerana kami adalah kita, kita adalah diri ambe yang sudah sempurna kerana penyatuan itu sudah berjaya.

benarkah Hidup adalah Senang? Mati adalah Susah?

itu tidak tepat..kedua-dua nya ada senang dan susah. yang penting kita lakukan dengan Cinta. itu keseluruhan topic apapun kita sudah,sedang atau bakal lakukan..kerana Cinta adalah Kebenaran, sungguhpun ia hal tidak logic di akal. payah diterima..tak siapapun suruh terima Cinta dengan fikiran, kerana Cinta lebih hebat dan tak layak berada di fikiran kita yang serba cetek..
dan apakah Cinta itu perasaan? tidak.. Kaseh itu Perasaan. ia berkadar dan berkala.
kadang begini, kadang begitu..adakala berkadar Sedih, adakala berkadar Suka..ia tak tetap kerana Hati itu Mastermind Prasaan..

bahagi ambe lah, Isteri itu adalah Hati..dialah menentukan semangat dan kekuatan. jika Isteri yang bodoh memilih untuk dengki, dia akan menyusahkan Suaminya. jika dia bijaksana, dia tidak akan berputus asa bahkan berterusan berusaha membahagiakan Suaminya..kerana tiada Lelaki yang membalas Wanita-nya melainkan membalas baik itu berlipat-lipat gandanya.. anda ber Ayah dan beri Ibu..apa anda dapati dari pemerhatian anda? atau Ayah anda bengis atau terlampau garang?
sudahkah anda lihat satu perspective berbeza di dalam kamar rahsia mereka berdua? tidak kan?..
itu keistimewaan bagi mereka. mereka boleh sahaja bersandiwara semasa dengan anda yang anak-anak tahapnya. tak perlu anda tahu pun sejauhmana romantic mereka berkomunikasi walaupun sudah berusia.. kerana ada dari mereka itu rasa itulah Rahsia mereka berdua..apa yang jelas, Kamu lah Punca dan Hasil fitrah Cinta mereka.. Korban mereka sejauhmana berjalan dan kembara, bertemu dan bersama. itu ada pada Anda..Anak.

jika anda berniat untuk itu nescaya ia akan datang. hanya jagalah Niat itu dan kotakan yang satu itu dahulu..perlihara dan tunaikan apa yang perlu..agar Niatmu tak berubah semudah dan sepercuma itu..
Mengasehi itu bukan asbab anda bersama, kerana semuanya Sementara..tapi Cinta ia Abadi dan Selama..

ambe ulang biarlah berjuta kalipun, jalan ini adalah pertama kali bahagi ambe lalui..dan rare "Liv Tyler Bertudung" itu memang menjemukan anda membaca. kerana asyik-asyik dia je..
tapi bukankah itu hal sama berlaku pada orang yang BerTuhan..yang tak habis-habis sebut pasal Tuhan-Tuhan-Tuhan... Cinta tak buat anda keliru siapapun Pilihan.. Cinta menuju satu sahaja. Jikalau sang "Liv Tyler Bertudung" suatu hari datang pada ambe dengan meludahi muka ambe, tak ambe hairan..kerana ambe sebenarnya tak layak untuk memiliki sesiapapun kecuali Tuhan berikan pada ambe..sementara belum berlaku itu, elok jugalah ambe ambil dirinya sebagai contoh paling nyata dapat ambe pandukan akal anda dan kita ke arah mengenali erti Cinta.. walau tak sehebat Romeo Juliet atau siapapun watak inspirasi cerita Cinta.. bila kita saling berkaseh, tercetuslah Cinta..

lalu Rasulullah perintahlah anda segera kan berusaha ke arah kebaikkan..biarlah ada dari anda tidak kenal sepenuhnya, tuju hala nikah itu pun idealitas nya tetaplah mencerminkan itu dari antara kita. Jikalau Suami bodoh maknanya Isteri lebih lah bodoh, jika Isteri biadab pada Suami maknanya Suami lah biadab pada Tuhan. kerja-kerja itu menjalinkan anda kembali...memberi sebab baharu pada tiap-tiap hari anda lalui dan akan lalui..Kiamat mungkin menurut Sejarah sudah dekat, maka segeralah berusaha agar anda, Lelaki dapat menjadi Saviour pada pasangan Jodoh anda..sebelum terlambat.

fikir dengan ketulusan jiwa. Jabatlah tangan Maarifat(mengenal) agar tidak buta kemudian khianat.
Cinta terbaik demi yang maha Agung. sakit malam ini, ambe sedia tanggung..mati sekalipun, biar..semoga si-dia tahu siapa dirinya yang sepatutnya..pada ambe yang menanti saat untuk bergabung.
Sabar..panjang Umur kesah ini akan bersambung.

namun Kagum ambe pada Wajahnya yang selalu tersenyum yang terlindung pada murung..ambe yakin dia adalah perahsia orangnya..maka itu bagus bagi ambe. tapi melambai tangan halimunan ambe saat dia pulang bersama ibunya. ambe makin susut dan langsung aja  ke hospital kerana sakit dada ambe kembali menjadi-jadi..
bila tiba disana tadi, ada hal pertama kali iaitu buat ambe, kerana julungkali visit ambe di Hospital. ambe tak di admit lagi, bahkan kalau di admit ward sekalipun ambe akan lari..
ambe akui tadi sakit dada itu tak tertahan..maka ambe drive la menuju Hospital di bahagian Emergency.
walaupun darah rendah..denyutan jantung kurang sempurna..xray tidak menunjukkan kesan apapun.

Hikmah Allah beri pada ambe, jangan timbulkan Kasihan jika hendak Cinta..kerana Cinta bahagi Lelaki bukan Sympathy semata-mata..Cinta adalah permulaan Keyakinan yang punya tauladan serta Heroic Values.
ambe taknak tampil dihadapannya dikatil ward dengan keadaan serba-lemah, ambe bakal Hero buatnya..ambe mesti jadi yang terbaik untuk jaga,lindung,mendamping dirinya..andai izin Tuhan itu selama, maka kekal lah dibawah Pimpinan-Nya.

perencah Hari ambe sudah ditambah dalam hidangan malam ini..dari ditahan abang tarik kereta yang potong view dan mood ambe hingga ambe berkunjung di "rumah pertama" ambe..iaitu Hospital Besar Kuala Terengganu. dan sepertinya memberi tahu ambe dengan layanan teruk para doctor muda yang practical dan ignorance kesakitan orang-orang yang ada hingga bergelimpangan orang dicorridor kerana leceh dengan procedure tunggu nombor dan sebagainya,
sudah tiba masanya Ku Bad, KELUAR dan carilah GAdis yang mencuri Hati mu itu..
kerana sudah 7 kali ambe berada disini, dan buat 8 kalinya..perubahan drastic "rumah pertama" ambe dilahirkan (berbeza dari adik beradik lain yang lahir di hospital swasta/private)..kini ambe akui,
tiada kebetulan dalam apa jua ketetapan..kerana ini semua adalah perencah Hari-hari ambe yang bercampur gaulnya..

jika perencah ini maseh kurang enak, buatlah sendiri.

KBD