Sunday, September 25, 2011

Makhluk Dongeng

kewujudan ambe adalah mitos, dongeng dan tahyul..kerana bila ambe menceritakan kehebatan apapun yang ambe yakini, tetaplah ianya tidak dihargai..ditertawai, ditentangi malah tak mendapat apapun faedah.

buktinya adalah kecurigaan kelakuan. bagaimana kita react terhadap pemberitahuan, selalu sahaja di andai-andaikan..mental ambe semakin membendung berbagai fikiran yang dikatakan bukan-bukan oleh orang, akan tetapi bahagi ambe ia maseh berharga dari sudut pengetahuan. kepercayaan ambe tetaplah meyakini eksistensi peri-laku apapun adalah yang wajar dihargai, jikalau tak siapa cakna atau mengambil kira.. menjadi suatu hal yang tak berguna. maka apalah maksud Tuhan jadikan semua ini?
bahagi ambe yang sudah kian lama mencari Tuhan dalam berbagai laku dan acara dihadiri, ambe tetap dicemuh sesat kerana kepelikkan amalan, sedangkan memahami Tuhan itu pun tak masuk di akal. instructions atau arahan apapun yang ditumpahkan dari generasi turun temurun, sejak nenek moyang anda buatkan ia dah relevant untuk dilakukan, dan menjadi kejanggalan jika tak dilakukan kerana kata mereka itulah "Agama"..yang anda buat tetapi anda tak tahu kenapa anda berbuat hanya buat kerana orang lain buat maka anda buat..sedangkan target utama ber Agama itu demi keyakinan. bukan sekadar kepercayaan..

anda ambil lah catatan ambe kali ini sebagai reflection sendiri. dimana anda berada sebenarnya, mengenal diri anda dengan memerhati ketulusan cermin yang memantulkan apa sahaja ia dihadapkan. Tugas cermin adalah itu maka cermin tak pernah sesekali curang padamu. maka anda lihat lah bagaimana bentuk rupa anda. dan bandingkan dengan siapapun yang berada didunia, fikiran anda berandaian, "Handsome atau Cantik aku ni sebenarnya kan?"
lalu ada orang kata anda PERASAN. tapi dengan PERASAN sebegitu buat anda PEKA dengan apapun AL-ASSAN. anda makhluk paling lucky kerana ada kesedaran yang Syok sendiri dengan apapun Tuhan berikan pada anda..kemudian anda langsung terperasan, bahawa sebenarnya anda pun Syak sendiri dengan Tuhan dalam kelakuan yang sebenarnya mendatar, tiada usaha melainkan follow the flow apa sahaja..tak perlu susah sangat dan tak prlu senang sangat..itu Mentality kita tanamkan bagi pengisian Hidup kemudian anda Hidup dengan serba berlagak.. Pinjam Hak Tuhan kemudian anda claim semua anda punya, berperang dan putuskan apa sahaja mengikut kehendak Tuhan. apa Tuhan itu yang diluar pengetahuan anda atau Tuhan yang berada didalam Kepala, Mulut atau Dada sahaja?
kalau itulah menurut kamu adalah "Tuhan". buat ambe cukup mengambil Tuhan pada makna Harfiah dari Bahsa Sanskerta kepada Melayu yang bermasud: Kuasa..penguasaan yang hingga hari inipun kita maseh fail adalah Kemurahan dan Kaseh Sayang utamanya..
anda had-had kan semua kerana anda takut dengan keseorangan kerana anda fikirkan anda perlukan, dalam tak langsung anda tak harapkan Tuhan melainkan Makhluk yang melata, yang anda gila-gilakan melalui kekayaan kerana dirasakan Harta itulah Tuhan kemudian binasa dan terlucut begitu sahaja..Muflis anda pula buatkan anda rasa bahawa itu Salah Tuhan maka anda persoalkan Tuhan,"kenapa aku begini?"
walhal dari awalan itu anda yang tentukan haluan sendiri dengan sombong bahawa ini lah PILIHAN.

kemudian sekali lagi, garapan ini sudah dijengkelkan dengan pelbagai andaian..sedangkan ia dah selalu dan sering pada pengetahuan berdasarkan apapun kita dipertontonkan selama Hidup dan Mati.
Quran berkali-kali berulangan mengisi pengetahuan anda agar ia di cari makna demi makna, anda maseh curang dengan Quran dengan mengambil Kitab-kitab orang yang mengaut Ilmu dari Quran juga.
Nabi pelengkap itu Muhammad, baginda lah satu-satunya Rasulullah yang paling wajar dan logic dijadikan watak Hero dan Idola. tapi apa kita dah buat hari ini melainkan mengambil source yang jelas terangnya dah memesongkan apapun kita hendak tuju..Legend bagi anda maseh Robert Plant, Jimmy Page dan berribu ribu Rockstar..

ambe tak katakan bahawa itu semua salah, cukuplah dijadikan batu loncatan agar dapat challenge dirimu untuk berada diatas lagi, baharu dikatakan anda Naik mengatasi tiap apapun yang dihadapkan..

dan saksi anda terhadap Rasulullah, itu bukan palsu. ia Benar. bahkan lebih Benar daripada dirinya ambe yang maseh dongeng, tahyul dan jelik buat anda tahu..ambe tak layak untuk dibuat kenang-kenangan. akan tetapi moral ambe sampaikan itu mendapat pemerhatian yang teliti dan jelas.. ambe ndak kan Keyakinan pada diri-diri anda, maka terpaksa Sombong dan Sarkastik demi menyentuh apa yang tak pernah disentuh oleh sesiapapun sehinggalah anda membaca semua himpunan post ambe.

Quran adalah Al-Kareem..Kareem itupun bermaksud pemberi tanpa dipinta.
Nabi Muhammad dikatakan Quran bergerak kerana Sahabat ingin menyampaikan contoh manusia terpuji itu adalah menerima apa adanya, tak perlu pinta-pinta keterlaluan.. deal dengan apa adanya.. pembangunan Agama pun tak perlukan Kekayaan dan kebesaran Masjid dibina. itu bonus jika memang Masjid yang besar itu sarat berisi umat, jadi tumpuan seluruh dunia, mungkin..akan tetapi Sahabat ingin sampaikan kepada kita bahawa kita ini adalah "Quran" yang bergerak dengan pengamalan yang dari sumber Quran itu sendiri.. dan apakah anda minta pada Tuhan untuk wujud didunia dalam perut ibu mana? tidak kan?... Message itupun dah jelas mengetengahkan dan memperkemaskan siapa sebenarnya "Quran" dan "Quran" yang bakal di angkat ke Langit itulah orang yang beriman, mereka yang mendapat "kad jemputan" dari Tuhan melalui Malaikat Maut agar orang beriman ini lah balik-balik lah kampung Akhirat dan saksikan Kiamat yang sebenarnya yang dimaksudkan.. Dunia dan semua digulung dan dilipat kerana itu semua tetaplah Sampah dan Najis.

ambil ruang bagi ini semua dicernakan, dimamah dan diterima seluruhnya..apa ambe mengarut atau anda yang buatkan ia karut? apa ambe ceritakan adalah berdasar kenyataan kesah benar ambe sendiri lalui dan saksi..jikalau ambe penipu, biarlah ambe munafik..tak apa, asalkan anda tidak se munafik ambe..oleh karna ambe maseh Sayang anda semua dan Yakin ada kebaikkan yang kita simpan jauh didalam lubuk hati masing-masing cuma takut andai ia tak dihargai atau diumpamai..
kalau kita tak berusaha, tak cuba..macamana nak tahu, bukan?

dalam episode lain hari ini, banyak hal sebenarnya ingin dicurahkan..semua rasa hari ini buatkan ambe rasa dah Tua sangat dengan apa ambe guna pakai selama ini..
Akal yang diguna untuk berfikir, tak berhenti-henti baik ambe tidur ataupun jaga..Akal tetap berfungsi.
sama seperti Kalam.. yang Syariatnya adalah Mulut dimana guna ambe mengayat makanan dengan "Bismillah huwaala barkatillah"
baharu restu Rezeki itu masuk ke dalam badan secara halal, walaupun memperhalusi itu belaka buat ambe paranoid dengan soal Halal dan Haram hingga rasanya pertikaian itu pun maseh belum concrete kerana tetap yang tersedia dihadapan baik dari sumber manapun tetaplah Dari Tuhan..ia dah di tentukan buat kita pada Alam Ketentuan Tuhan iaitu di Lauh Mahfuz..

yang pastinya Lauh Mahfuz berkait rapat dengan Kaseh.
yang dimana Kaseh itu diwarisi oleh tiap-tiap kita yang berhati-perut kerana makanan Kaseh tetaplah Korban..julung kali, ambe pilih hubungan "Hantu" itu kepada seseorang yang ambe gelarkan "Liv Tyler Bertudung", maka imbuhan dan akibatnya tetaplah BANYAK dari mengharap yang ADA tapi SEDIKIT jumlahnya yang SANGGUP atau bersyukur..

Sakit pertama adalah ambe terbatas dari apapun bentuk perasaan mengenainya.. ambe kumpul dan kutip di jalanan, dicelah semak samun ataupun di tepi longkang Kaseh-kaseh yang dibuang secara percuma agar ambe siapkan sebuah Mahligai Cinta buat nya..dengan harapan Mahligai itu berisi Kaseh dan Sayang.. dan tidak lain tidak bukan, tujuan ini dan matlamat ini hanya Anak dan Cucu ambe, yang akan teruskan Usaha-usaha ambe..yang dianggap Gila, biarlah orang ramai menggelar ambe keluarga yang Gila sekalipun asalkan kami semua serious dan extreme dengan Nilai apapun yang ada..itu difikiran ambe..
itu misi ambe. itu perjuangan ambe..
dan kerana itu juga, ambe tak hairan andai ambe teruk diuji dari dipuji oleh siapapun..Kasar atau Halus tetaplah ada yang memusuhi..Tuhan wujudkan Musuh dan watak protagonis dan antagonis dalam kisah hidup kita semua untuk kita yakini, bahawa anda maseh harapkan Tuhan bila kehinaan itu jelas dilemparkan dimana-mana sahaja?

Sakit kedua itu adalah Fizikal ambe, yang semakin hari semakin menyempitkan Otak ambe, pening kepala itu biasa kerana darah naik..Sakit Mulut kerana cakap banyak, melalak dan berkarya dalam lagu Dendang Anak ataupun karya Sendiri yang hari ini pun tak semua menghargai lagu dengan menghayati penyampaian yang utama berada diatas irama..iaitulah Lirik.
Sakit Dada ambe kerana mungkin merokok, tapi berhenti merokok pun buat ambe malah lebih Sakit..ambe tak merokok kerana tension, ambe merokok agar tak lupa Nikmat yang ada disebalut rasa yang khayal itu..agar orang yang kata Syurga tak ada, ambe akan katakan Syurga ada kerana Nikmat itu maseh ada..
dada ambe semakin sempit didalam menikmati apapun..jantung bermasaalah yang ambe tanggung selama ini secara diam pun mungkin serangan simptom Angina terhadap ambe..buat ambe tak berdaya, lemah dan letih cepat.
Tidur tak menentu kerana kerja-kerja yang ada, bukanlah alasan untuk salahkan sakit ambe.. ambe ambil Sakit itu sendiri seperti mana anda mengambil risiko yang sama setelah keluar buat kali pertama dari Rumah. dalam setiap hari.. SEMUA ada RISIKOnya..bahkan semua di curiga, anda memandu kereta dan berada disimpang jalanan yang sibuk.. boleh aja orang di belakang menyondol kereta anda dari belakang dengan sengaja untuk niat tidak baik..tapi adakah itu berlaku bahagi kita yang hari-hari driving? tidak kan?
kerana Alhamdulillahirabbilalamin..Tuhan maseh benar dan izinkan sangka baik itu ada pada orang yang andapun tak kenal dari rupa melainkan ingat nombor plate kereta dan jenis kereta..
Kebaikkan tanpa Rupa itu dimana-mana...

Sakit ketiga itu adalah yang tidak sakit, tak dirasa namun jikalau panduan akal bodoh kita mengandaikan Tuhan adalah seperti Manusia.. apa agaknya rasaNya bila anda buat yang tidak baik, yang berpuluh-puluh pesuruh, ulama, wali dan pilihan-pilihanNya dah pesan hal yang sama..anda kata anda tak bersalah kerana Tuhan tak tunjukkan diriNya pada anda, tapi anda tak ada kesungguhan mencari Maha-maha dari segalanya..dan setelah mengetahui jalan-jalan para Nabi itu mengandungi sukar dan pahit yang menyulitkan kenyataan.. anda quit secara tidak formal untuk beragama dengan menyambung conclusive seperti "Itu Nabi, aku bukan Nabi" sedangkan Nabi bukan Alien yang lain rupa dan berkaki enam dan sebagainya...tetaplah Manusia, yang belajar apapun dari kesukaran hidup mereka agar jadi contoh-contoh tauladan kepada semua agar kita semua paling tidakpun jadilah wakil bagi mereka. yang buat apa sahaja diatas nama kebaikkan. cukuplah..

ya, example "Liv Tyler Bertudung" tlah sedikit sebanyak membenarkan pengetahuan anda bahawa Cinta itu serious matter, bukan mainan, Cinta itu Buta..dan "Liv Tyler Bertudung" itu tidak minta pun agar dirinya di sukai oleh orang seperti ambe, apatah menyayangi, atau mengasihi..
akan tetapi perasaan penuh Kaseh itu ambe tlah abadikan buat kali ini, melenyapkan semua yang pernah ada dan wujud dalam hidup ambe.."Wanita" itu hanya dia bagi ambe. dialah Satu bagi ambe..dan menjadi manusia biasa yang penuh dengan kelicikkan untuk dicurigai, ambe pun adakalanya ragu dalam berfikir..padahal Cinta tak tertanggung di Fikiran, Perkataan, Perasaan ataupun Kehidupan..
Cinta lebih BAIK dari itu semua..dan tak layak diumpamakan oleh kita.
bahkan SALAH untuk Isytihar Cinta yang tidak diketahui jika ia benar berada pada Manusia.

berbeza dengan itu semua, ambe tak pernah hendap pun "Liv Tyler Bertudung" ini dari mula dia jejakkan kaki ke sekolah ambe, walhal ambe "bercuti" selama sebulan sepanjang Ramadhan.. yang ambe harapkan tetaplah Isteri, kerana itulah "other half" ambe yang melengkapkan diri..
walaupun pernah ambe beritakan betapa penakutnya ambe untuk fikirkan soal pernikahan, punya anak dan cucu kemudiannya..bukan kerana soal duit. tapi risiko mereka bakal hadapi setelah ambe mati nanti..kerana seperti apa ada melata di muka bumi ini pun, ambe tak risau..dah terlalu lama hidup dengan terima apa adanya..Allah tetap dan terus memberikan kepada anda. Dia tak pernah FAIL untuk pastikan Makhluknya agar RAHMAN itu senantiasa ada..

maka surah Ar Rahman jadi panduan utama dan pengamalan Istiqamah ambe sepanjang Ramadhan. dan nak cerita bab menangis ambe, hari-hari menangis kerana sedar tiap perkara yang ambe Syukuri sendiri...sebak dada tiap masa. tak tahu ndak kata apa. dan risau andai ambe beritahu pun disalah faham macam ambe nak kata ambe ni baik sangat, namun itulah pengalaman Hakikat ambe merasai Rahman Allah berikan..ia Hadiah yang paling berharga, maka dengan itu tak kesahlah susah apapun ambe alami kini ambe tetap beri apa adanya..Habis duit, cari duit lagi dengan pelbagai cara..ambe tetap berusaha bantu. dengan kata ambe beritahu dan curah belaka, biar kering kata-kata buat ambe ber introspeksi atau monolog sendiri..keutamaan ambe tetap buat anda semua, yang terpilih kerana pilih ambe sebagai sebab anda ndak baca ini semua..

pembakaran semua ini ambe yakini tlah menjadi asbab hidupkan semacam kehidupan, kerana ambe yakin dengan pengaruh seseorang dalam sesebuah kelompok. jika ambe adalah makhluk dongeng, maka dongeng itu lah dijadikan panduan buat awok-awok.. input kita beri menentukan output kita bakal lalui.
orang takkan meletak full stop diatas perkataan orang mereka kenali apa lagi mereka kasehi..ia satu perkara yang berharga..maka harga itu jadi bahas kita, tawar menawar agar sesuai di adapt pada kehidupan.

dahulu ambe pernah curahkan dalam status FB, penilaian ambe mengatakan kerana "Liv Tyler Bertudung" buat ramai antara rakan FB ambe pun memberi reaksi masing-masing berdasarkan status masing-masing.. mengenai Adam dan Hawa, pernikahan dan penyatuan..semua jadi ndak nikah. walaupun itu Normal lah, akan tetapi drastic perubahan dalam 3+++ friendlists ambe memberi penilaian yang begitu, kerana ambe memerhati tiap post rakan ambe. walaupun itu menghabiskan masa. ambe sedar sejak post-post sarcastic ambe yang buat kan mereka yang terbaca atau memang tunggu untuk baca apa Ku Bad ndak kata. nampak macam Riak, Sombong, Bongkak dan Ujud didalam pengakuan seperti ini, tapi anda tetap percaya bahawa sedikit sebanyak, langsung atau tidak langsung.. Pengaruh orang di sekeliling juga beri "effect" pada kita..

semua itu ambe tetap balas dengan Syukur yang malah berlimpahan. dengan bakti dan laku apapun ambe boleh buat, demi kebaikkan dan timbul fikir agar BERSAMA SEMULA.

tapi realisasi itu tidak akan benar jika BERSAMA SEMULA bahagi ambe secara pribadi maseh belum ternyata.. ambe usahakan seseorang melalui laku ambe yang diluar pengetahuan Bakal Isteri, kerana dah selalu anda baca dan diberitahu dari tafsiran surah An Nur: Lelaki baik untuk Wanita baik dan Lelaki jahat untuk Wanita jahat..
maka biarlah dia ndak kemanapun, kelaut atau ke darat..jaminan keselamatan itu dah ditentukan..
kalau JODOH kata Tuhan, tak akan kemana..anda kenal kawan-kawan anda yang ditempat berbeza, dalam mengenal itu anda sedar bahawa mereka pun ada kaitan dengan orang yang anda pun tak sangka-sangka..ia semua dah Mutual dan berkait dengan anda. FB sebagai contoh, berapa puluh atau ratus Mutual Friends mereka share dengan anda, itupun theory paling nyata buat anda ketahui hakikatnya untuk anda Yakini bahawa JODOH itu ada. dan yang terbaik bahagi anda adalah mereka yang datang Dari Allah dan Demi Allah.

yang datang tanpa dijangka, kita tak budget apapun..itu bukan Dari Allah ke?

ambe dah aman dengan panggilan atau sms SEMUA perempuan yang ambe kenali.kini semua dah tiada dan mungkin sibuk mencari pasangannya yang mereka sedar, bukan ambe..barangkali kerana mereka sudah terkejut, bahawa ambe kali ini ber-ani mengakui dan mentajalikan kebenaran yang ambe rasai, sedangkan sebelum ini ambe adalah makhluk yang suka berahsia. tapi ramai yang menuntut rahsia itu agar diketahui, tanpa sabar.. hingga hari ini, seperti satu rombakkan besar-besaran atau Tsunami dalam Hidup ambe bahawa ambe sudah merdeka dengan Usaha-usaha berkaseh sayang, membantu dan buat apapun demi Kebahagiaan diri mereka secara individu ambe kenali.
dan ambe tersentap dengan menerima kenyataan bahawa selama itu berhubungan, ambe tak dibahagiakan bahkan lebih dituntut bahagia mereka dari ambe agar ambe buat kerja kotor itu semua.. sementara mentality ambe melihat manusia sebagai objective tetaplah meyakini siapapun boleh jadi terbaik jika mereka usahakan yang paling terbaik...

Syukur tetaplah Syukur, itu sahajalah Alasan ambe maseh ada dalam hidup mereka..
tapi ambe tak rasa seperti di hargai, kerana penghargaan adalah usaha terbaik pasangan untuk menunaikan sesuatu hal yang baik buat hubungan bersama. pemerintahan "kuku besi" ini pun tak cuba mereka fahami, bahawa dengan apa pun ambe buat..masehlah demi kebaikkan bersama. Wanita perlu disibukkan berfikir dalam berprasaan. kerana itu buatkan Wanita itu Intelek dan tidak mudah di spelek atau di perdaya.. Macam watak Puspa wangi yang ambe idam-idamkan dan menjadikan filem Musang Berjanggut itu salah satu filem terbaik bahagi ambe..
timbul fikir, apa ada kah perempuan seperti ini yang adalah Wanita dari segala Wanita?

ADA.

dan ambe dah Saksikan pribadi itu dihadapan mata ambe, hanya dengan berkorban sedikit demi amalinya kehidupannya..
ambe yakin dan tetap yakin..Dia adalah Orangnya.
kerana ambe melihat dirinya tepat dengan Mata Hati yang ambe ada dipandangan pertama yang jelasnya ambe Rabun Jauh tanpa cermin mata.. namun dia Jelas di mata ketika saat itu sahaja.
apa ambe menipu atau melebih-lebihkan cerita? tidak..
itulah Mata Hati ambe.

Syukur dengan adanya dia, ambe sadar bahawa ambe akan tetap mencurahkan kesemua yang ada dimana-mana pun mengenai Cinta..agar mereka paling tidakpun faham akan pengertian Cinta itu ada dan Kaseh itu ada, Sayang itu sentiasa, walau Suka kita..itu biarlah adakalanya demi Kebaikkan yang kita nanti dengan Sabar, jikalau benar semua adalah dari Tuhan yang adalah Allah yang maha Agung.
patik menjunjung titahNya demiNya..
KAU-lah RAJA.

makhluk Dongeng ini yang berkalam api.. mohon diam. karna dah reput dengan menanggung perasaan..

KBD