Tuesday, September 20, 2011

786 buat KITA


bila orang mula bersuara mengenai Issue Pemerintahan ataupun Harta yang dianggap "crisis" di Malaysia,
aku rasa ndak ketawa,
katamu susah, sengsara, derita dan sebagainya..

dan bila ambe saja-saja buat tanya dan bertanya "kenapa ye?"

tudingan jari itu memaksi dimana-mana sahaja. sedangkan jari-jemari mereka yang mengeluh padaku tidak lah terketar-ketar kerana kurang zat atau khasiat yang barangkali kurang sumber pemakanan, seperti mana orang Africa yang ambe temui di Mekah suatu masa dahulu..
yang kita tahu, mereka kaya dengan popularity kelaparan yang mungkin paling tinggi menanggung kemiskinan.

"corruption-muslihat-ketidak adilan..semua hampir dan nyaris dihancurkan oleh Pemerintah,
Minyak Naik, Cukai Naik, Makanan Naik, tak ada pun turun..kesianlah kami "
katanya..

ambe ketawa berdekah-dekah dengan Sombong dan berlalu dengan biadab.
kerana Politik disini ambe tak hairan, bahkan mainan Politik Pejabat Setiusaha Sahaja sudah ambe naik turun bagai orang gila membawa bermacam-macam proposal, surat sponsor ataupun buah fikiran..
tapi buah-buahan ambe hadiahkan itu tetap dibaling-balingkan hingga akhirnya bersemayam didalam keranjang sampah. Sudah 10 KALI ku daki tingkat yang ada, belum ambe kesahkan bagaimana pula nasib penjaga Museum-museum yang ambe sekadar hulur cadangan dengan harapan agar dilaksanakan setidaknyapun dipertimbangkan..tidak mendapat apapun tindakkan kecuali alasan "oh dia sibuk..call nanti ye"

dan tidak kerana ambe buat ini semua kerana ambe buat kerana ambe Cinta Terengganu, bukan ambe lapar Pangkat atau Darjat bahkan Jawatan. ambe cuma ndak ia berkekalan, agar ada kesinambungan hingga ke anak cucu..itu sahaja.

itupun baharu soal Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang ambe hadapi.
gawatnya sedih adakalanya, karyawan Terengganu ataupun di seluruh Malaysia yang pure orang Seni..tak dihargai, tapi dihenjak dibawah kaki dan dikawal jari-jari..
inilah reality. dan siapa ndak marah ambe, silakan..namun ambe mohon anda belaka lalui sendiri terlebih dahulu, cadangkan program kebudayaan yang menghimpunkan semua penggiat seni dan jadikan ia tradisi bulanan atau tahunan..istilah Kroni atau tunjuk bagus "Puak Mereka" itu tetap ada.


apabila mempersoalkan hal lain pula, jelas lah ada..biarlah apapun ndak di tutup-tutup reality itu tetap orang ramai ketahui, tapi siapa yang berani?

apa larat bagi kita hanya anjur kemusnahan yang sudah sedia musnah, seperti mohon pada Tuhan LAKNATILAH kami semua.

sedangkan Malaysia hanya Negara yang kecil sahaja..

yang hanya kaya dengan rakyat pemalas yang hanya tahu complaint dan terus complaint..tak ada pengamalan kesyukuran. buktinya, dalam masjid pun ada kecurian..bermakna maseh belum ada sensitiviti Ke Agamaan buat semua.
maseh teruskan Agama sendiri agar sendiri aja praktikkan..sedangkan nasib orang yang mencari Tuhan yang sama, lebih mengenal "baik" itu dari Agama lain..

dengan mengetahui kelemahan Agama tetapi malu untuk bertanya, maka kita pula sibuk berprang Agama. macam tak ada topic lain ndak bergaduh di bulan Puasa baharu ni.
pada masa sama, orang yang konon amal Agama dan alim tentang Agama ini pula padan membuka aib saudara sendiri..sedangkan amalan Nabi itu tetap membantu sesiapapun meskipun orang yang melempari dan menghina baginda. Nabi bantu lagi tau?

jadi ideality kita bukanlah untuk tegakkan mana kebenaran dalam cabang pemerintahan manapun, tapi sepatutnya duduk sekejap dan baca post ini berulang kali..apa salahkah ambe berikan pandangan yang rasanya paling low quality? ambe tak ada kepentingan Politik bahkan ambe sendiripun sudah pecat diri ambe dari bernama Raja sebaliknya menggelar ambe dengan Ku Bad kerana aKU adalah BADruddin hakim shah sahaja....

sebagai antara orang yang meneliti Sejarah secara bebas baik Sejarah apapun dari benih hingga hujung ranting, kesimpulan ambe hanya boleh katakan kita ni dah berkurun-kurun rasanya bermasaalah, dan mengetahui,menyedari bahkan mengenali ia SAMA sahaja, berulang-ulangan..

kita tak ubah, dan sebaliknya pilih jalan mudah dan ulangkan lagi..

jika anda Hipokrit terhadap kawan anda, sedarkah anda bahawa berjuta-juta orang yang dah mati atau mampus itu pun pernah Hipokrit seperti anda sedang amalkan.
maka kenapa perlu anda Hipokrit?
takut dengan kejujuran atau takut dengan diri sendiri yang goyang memilih kebaikkan?
tiliklah...tengok lah sendiri kerana berbillion-billion Manusia semua dibekalkan Akal,Kalam,Hati serta Roh untuk menilai apa ada disekeliling anda..jika BODOH maka mulakan bertanya. terima ajalah seadanya..kerana orang pandai pun mula dengan bodoh.

ambe maseh berada di kelompok orang yang maseh Hipokrit, sedangkan ambe sudah berusaha sebaikmungkin jujur dengan apapun bahkan berkongsi hal sulit lagi..tapi kenapalah maseh berbau Hipokrit dibelakang? jika ia adalah Sangka, pasti ia andaian..ini Fakta orang berikan pada ambe. yang orang beri tahu itupun terangkan satu demi satu mengenainya hingga ambe naik bingung..apa maseh belum cukup jujurkah perlaksanaan ini?

apapun mengenai Susah Malaysia, ambe tak rasa Susah itu seteruk Negara lain-pun dalam menyedari dalam kutukkan orang yang kurang gembira dengan Pemerintah yang sentiasa cari issue itu tetaplah tidak berbuat apa kecuali bercakap sahaja..
sementara pembangkang apapun tetap complaint dan hasut segelintir agar dijadikan puak lain pula..
sedangkan message utama itu Agama..cuba beritahu ambe, Agama apa ajar pengikutnya BAKAR dan NYALAKAN KEBENCIAN?

fikirlah..

mungkin kita kurang prihatin terhadap Jiran Indonesia dariantara tetangga yang begitu bersungguh untuk berusaha..jika Malaysia itu cuma susah,sengsara,darurat,corruption,ketidakadilan..Indonesia bahkan "Maha-nya Susah" dari apa anda bayangkan disini..

Indonesia dah Corrupt, sedangkan kaya raya Indonesia bersama Rakyat nya..sekejap aja dilenyapkan Orang Malaysia..

anda ndak main Fixie, belum tentu Negara lain mampu.
anda ndak main atau miliki Laptop walaupun anak anda baharu berusia 5 tahun dan dapat notebook.

itu semua sudah kemudahan..

dimana Syukur dan pengamalan Syukur?
atau anda terlampau mudah dengan kecanggihan dan kemajuan hingga akal "intelek" mu itu dah rasa tak perlu Indonesia? sedangkan mereka malah malas untuk berkaya raya, cukuplah mereka hidup apa adanya..dan kau dahagakan harta dan pangkat diatas tanah yang sebidang ini je sudah mampu Sombong? ape dah..

tanya sendiri..tak perlu jawab pada ambe..kerana ambe adalah orang Sombong yang cuma kerjanya beri pandangan orang yang BAIK belaka..sementara ambe sudah terlalu masak di Sombongi....

yang ambe tahu Agama datang untuk susun..ia aturan,
dan orang yang pribadi mengamalkan aturan itu maseh tidak layak digelar orang Agama,
Soleh diukur bukan dari tahap pribadinya, malah Soleh secara Social juga..
menggembirakan kawan,rakan,teman, sahabat atau jiran..itu lah orang ber-Agama.
tingkah laku itulah bukti Agama anda itu ada, kerana anda buat dengan penuh Yakin.

jangan letak kepentingan berfikir ini buatmu, tapi anak-cucu mu..
dan usahlah tanamkan esok itu pasti, kalau mati atau hidup sihat hari inipun..belum tentu.
jika jarang rakyat Malaysia bersyukur..maka anda antara pioneer pengamal Syukur. dan bukanlah sekadar berkata-kata Syukur sahaja tanpa mengenal apa itu Nikmat..

terbaik dari ambe,
KBD