Sunday, September 18, 2011

BAHAS-A

siapa "tak reti bahasa?"..ambe, dari dahulu hingga kini andai ditegur "mung dok reti bahase!"
ambe selalunya akan tersenyum malah lebih lebar daripada Smiley yang dilukis pada kotak Happy Meal McD. ambe lah orang yang paling gembira kerana ada orang yang "reti Bahasa" ini menyampaikan pesan pada ambe agar balik-balik mengajilah..

dikeadaan berbeza pula, salah satu kawan ambe pun pernah dipesan(sebenarnya dah terlampau banyak dah berlaku pada kawan-kawan lain).."berjaga-jagalah dengan Ku Bad tu, kata-kata pujangga dia akan buat Wanita mudah terepedaya"..
bahagi ambe pula yang selama ini sudah selalu dipertikaikan oleh kawan-kawan Wanita yang ada mengenai soal berbuat baik dengan Wanita lain ataupun ucapan SMS atau Email atau Chat atau Private Message yang diakhiri "sayang" "dear" itu, "Nasihat" mereka yang cemburu itu selalunya pesankan "guna kata-kata itu dengan berhati-hati.."

 ambe naik hairan sebenarnya, bila mereka curiga apa ambe lakukan.. sedangkan berbuat apapun diyakini Baik, adalah Ibadat jika ambil soal Agama apapun. kalau prejudice terhadap Agama, maka ambil ia sebagai satu "nilai moral", dimana anda Manusia pada dasarnya, dan ada dua macam Jantina sebagai pembezanya..maka setelah Pandai membezakan cara Hidup sebagai Lelaki atau Wanita, anda disuruh kenali Perbezaan itu sebenarnya dimana setelah teorinya anda sudah fahami.
dan berbuat Baik akan menentramkan keadaan, menenangkan fikiran ataupun menyejukkan Hati-hati anda yang terbakar dengan Kemarahan.

maka dengan menyedari apa itu "Baik", mengapa kita curiga? sedangkan pemilihan Kekasih Halal itu tetaplah satu pada mulanya..sementara soal lebih itu maseh jauh untuk difikirkan memandangkan ndak dapat 1 Isteri pun kini belum tentu.

bahas ikut Logic dan Reality jika benar anda mahukan Fakta..lihat apa sedang ambe lakukan sekarang, dimana ambe berada di kedai makan bersama seorang Teman yang Wanita itu Jantinanya..
mengapa maseh celarukan orang yang tiada? maseh sibukkan diri bertanya ambe, Siapa Wanita yang kelmarin itu yang ada bersama ambe? dan berbagai lagilah..
padahal Waktu yang sedang dia duduki itu adalah waktu ambe bersama dia.
dan pertanyaan tersebut, adakalanya ambe jawab dan adakala diam aja atau pilih alasan untuk skip topic tadi dan beralih topic..

kerana buat pendapat ambe, Hargai Pertemuan..isi lah pertemuan dengan kebaikkan agar memberi kesan yang aman paling tidakpun pada ingatan, maka jadilah kenangan yang Indah(walaupun ambe tak yakin hanya Baik aja yang diiktiraf Indah sementara Jahat pun ada Indahnya..kita berusaha untuk jadi Baik, dari mana kita belajar? apa selalunya "Guru" kita itu Baik atau Jahat? Jahat lah yang perkenalkan anda dan ambe pada Kebaikkan)... akan tetapi yang sering dipilih itu adalah untuk mengetengahkan Issue yang membengkakkan, menghancurkan dan memulakan pergaduhan..apatah lagi bila ia bermula di meja kedai makan. tak kesah lah kalau ndak meja pejabat, atau meja ticket di bus stand atau meja tabung jamban yang perlu dibayar 20 sen untuk kencing dan 50 sen untuk mandi..Issue disini adalah di MEJA MAKAN, dimana anda mengadap Rezeki yang Tuhan dah tentukan pada anda sebelum anda pilih apa dari menu ala carte, sebelum chef tukang masak mula apply kerja di kedai makan itu, sebelum kedai itu adapun, atau sebelum bangunan kedai itu di develop hingga ia dikatakan seperti tempat Jin Bertandang.. ambil kata ini, TUHAN dah TENTUKAN dari catatan para Malaikat di Lauh Mahfuz.
bahkan untuk mencuit Akal anda, agar anda sedar total kali ini..

sebelum si-dia yang sedang menarik picu masam mukanya itu kenal ambe pun bahkan pergerakkan dia sendiri sudah di Tentukan bila masa dan saat paling sesuai buat dia kenal ambe, begitu jugalah dengan ambe. kerana inilah ambe lebih mementingkan cara "bagaimana membuat dia happy" daripada melukai..atau sengaja melukai demi peringatan yang terdalam, agar belajar happy kan diri atau setidaknyapun mengenali pengertian Happy, Gembira, Suka, dan sebagainya..kerana hanya diri dan sendiri jugalah teman yang paling rapat dan setia..bila masa Bayang dan Jasad dipisahkan? cuba anda beritahu ambe..
itupun contoh paling dekat dapat anda lihat dan saksikan sendiri.

bila di categorizekan sebagai orang yang "tak reti bahasa". dia malah lebih marah dengan ambe, seperti mengutuk dirinya..mungkin lah terlampau PEKAK nada suara atau Tone Deaf dengan mengetahui "tak reti bahasa" itu sendiri adalah peringatan buat kita, reminder, note, buat Otak menyimpan.

anda tak perlu terlalu Emosi dengan kata-kata, untuk permulaan..dalam mengenal Bahasa..
kerana anda perlu Baca. dan Baca itu akan menafsirkan andaian anda berdasarkan apa anda jalani..
maka wujudkah persamaan antara Ejaan dan Perasaan yang anda terima..
itupun takkan terlesai, kerana kita sebagai tunggal mengadap dunia yang berbagai rupa sudah makhluknya sudah payah bersatu.
kita masing-masing bersandar pada keyakinan masing-masing hingga wujud Agama masing-masing..

bila timbul istilah "masing-masing" paling utama kita hadapkan adalah kematian, sedangkan kematian itu anda pun belum lalui sendiri..jikalau benar anda yakin tidur itu "mati kecil", dimana kebesaran hidup anda strugglekan buat orang lain? dimana sumbangan anda kepada orang yang belum faham secara total mengenai kematian kecil yang dihadapi oleh tiap Insan di muka bumi ini?
tanyalah diri..

dan ambe cukup marah bila istilah "Kubur Masing-masing..hal masing-masing lah" itu dijawab, kononnya akan buat ambe tergamam dan takut dengan kematian, ambe pernah mati dalam beberapa minit kerana accident dahulu. walaupun orang akan pertikaikan "pengsan je" oleh kerana darah yang banyak terkeluar dan banyak kerosakkan halus dialami jasad. tapi ada je scenario orang pengsan dan terus mati. bermakna pengsan itupun shutdown system jantung anda, akhirnya jantung anda surrender dengan otak, maka jantung berhenti dan menunggu arahan seterusnya dari otak anda.

antara otak dan jantung. kita kata jantung penting, ya memanglah penting. namun begitu, otak lebih penting..orang kemalangan sebagai contoh, apa anda lihat orang dilenyek kepala itu maseh dapat hidup atau orang yang menghadapi jantung berlubang itu maseh dapat hidup?

dua-dua memang tipis peluangnya, kerana ia anggota yang crucial atau penting. akan tetapi, kemungkinan sering dihadiahkan oleh Tuhan.

setakat pengetahuan ambe lah, yang dah berbelas kali ulang alik ke hospital dan bercakap dengan macam-macam orang disana..tak ada yang tahupun pernah ada "brain transplant" yang berjaya..kerana alasannya urat-urat yang hendak disambung itu sangat-sangat merumitkan..
sementara heart transplant. itu ada. terbukti ada.

ada 3 peringkat "mati kecil" yang ambe dapat rumuskan secara ringkas,
peringkat paling serious atau best friend Mati itulah Comma,
peringkat luar-biasa itu Pengsan,
peringkat biasa itu Tidur.
dan peringkat sangat biasa itu lah saat anda melepaskan nafas..

itulah Mati Kecil yang anda tlah sama nikmati tanpa sedari..tapi dalam mengetahui peringkat paling serious itu..Mati adakalanya tak perlukan Comma pun. adakala hanya dengan bersahabat dengan Pengsan, dah berapa juta Mati, dengan ber-rakan dengan Pengsan adakalanya sudah kita tahu, ada je yang Mati..atau melalui belaian manja dari Tidur, Mati bahkan berusaha untuk benarkan namanya pada Tiap Manusia yang Tidur..tapi apa kita sadar hanya dengan Walk In aja Mati kepada Pernafasan harian..yang dihembus tiap saat dan ditarik semula yang lain buat Paru-paru mengagihkan Oxygen kepada bahagian lain boleh-boleh aja dan senang-senang aja Manusia itu di Matikan tanpa Alasan.

namun Tuhan sering beri peluang, bahkan terlalu sering beri peluang agar ALASAN itu lah buat Manusia dan empunya badan itu kenal apa mereka lakukan melalui ASBAB, tidak kira apapun kerjanya..ADA RISIKO atau yang merosakkan diri anda.

anda kata ambe merokok merosakkan diri sentiasa, itu salah.. bagi ambe..kerana hanya dengan anda bergerak, berjuta-jutaan cell berguguran dari jasad anda..baik dari sudut cell kulit, rambut dan sebagainya..semua itu Mati dan tumbuh kembali. dan ambe bukanlah merokok tiap saat..ada masa nya ambe berhenti merokok. takkanlah tidur pun nak merokok, tengah makan atau minum pun nak merokok, nak mandi atau nak bercumbu pun merokok.. gunalah akal itu ke arah kebaikkan, janganlah salah guna dan tuduh begitu. ambe jatuh sakit, batuk-batuk atau sesak nafas..ambe berhenti merokok sementara, dah sihat hisap lagi..sebab ambe tak nampak keterangan merokok itu bahaya, sedangkan itu hanya tuduhan rawak dan diversion agar wujud mentality bodoh yang hidup mati mereka berjuang untuk basmi rokok..walhal priority anda itu basmi pembuat rokok, yang adalah manusia yang sama seperti anda, yang buat kerja mencari rezeki yang halal yang diketahui baginya..jika salah, setidaknya nasihat lah dirinya, bersahabat dan bersaudara dengan si pembuat rokok untuk mengenali alam perokok itu apa.

anda makan makanan kegemaran anda hari-hari, tak ada orang pun larang bahkan bantu anda capai apapun kegemaran anda. walaupun siapapun tahu, hanya dengan nutrition makanan kegemaran anda sahaja sebagai bahan ruji harian, ia tak cukup untuk jasad. maka dengan sebab Ice Cream Poly itulah anda pun Matikan dengan sengaja zat-zat yang terkandung dalam diri anda, hingga anda menanggung demam dan sakit.. itu baharu Muqadimah dalam membela nasib perokok hari ini. InsyaAllah ambe huraikan lagi selesai ini....

tetapi bila sebut Kubur Masing-Masing tu..ambe fikir tak relevant lah. anda pun belum tahu mati anda tu bagaimana, dimana, kena apa..bahkan anda dah cerita bab Kubur.

dan bila sebut Hal Masing-Masing..itupun ambe rasa, tak relevant juga buat kebanyakkan orang hari ini.. sebabnya Hal apapun kita lakukan atau kerjakan, persamaan itu tidak akan lari..anda kata anda seorang Guru disekolah, kemudian anda bergaduh dengan Pensyarah di University atau College atau Institusi pengajian apapun, Issuenya Gaji Guru Sekolah Tadika tak setinggi Pensyarah U.
pertama, lihatlah tempat anda berada..sudah pastilah anda sebagai Guru Sekolah Tadika yang kecil, gajinya kecil..ia sudah Adil dan Memadai. jika hujah anda tak padan dengan gaji, maka carilah dan usahakanlah agar berada di tempat yang lebih besar, kerana disana akan menjanjikan yang lebih besar. itu adatlah.

bilamana membelek Issue ini, ambe tak setuju orang yang "Guru" ini perlu gaji. mereka perlu Murid.
kerana Guru jaga amanah Ilmu yang ada padanya, maka disampaikanlah ia dengan kewajiban.
itu pengertian ambe terhadap Guru. kerana ambe ada Guru-guru yang lengkap dari sudut apapun..mereka ajar ambe. dan yang ambe fahami Ilmu ini sesuatu yang SUCI..bukan jual-beli.
lain dengan membayar mahar atau hadiahkan, itu lain..tapi "Gaji" buatkan Guru itu sudah hilang keikhlasan maka mereka buat apa pun lebih kurang aja..yang dipentingkan tugas yang siap dalam masa pendek hingga paksa murid-murid tertunggang tonggeng menyiapkan tugasan, soalan dijawab agar ditanda betul dan salah. dan akhirnya, Guru hanyalah disitu sahaja, tempat dia bekerja.. dah balik kerja, habis semua diabaikan..Murid nya kemanapun tak kiralah, AKU ADA HIDUP AKU..itu lah selalunya..
dan hal ini Umum dan dimana-mana sahaja berlaku, tak percaya anda tanyalah kawan-kawan anda yang jauh dari mana anda berada. bagaimana tempat dia belajar? bagaimana gurunya? scenario yang lebih-kurang itu tetap berlaku..

sebab tugas suci itu direlate kan pada "gaji"..Ganjaran yang dijanji.
target bulanannya adalah itu. dan objective nya adalah kebendaan yang cuma buat dirinya sahaja.

anda mungkin pernah dan tidak pernah menonton filem Great Teacher Onizuka. itu salah satu Contoh Guru sepatutnya jadi buat zaman ini.
kerana Guru lah pengajar Nilai-nilai..dia tak harap balasan apapun dari murid ataupun orang tua muridnya bahkan lebih rela buat apa sahaja demi keyakinan Murid-muridnya akan Nilai-nilai yang patut dipelajari..sebenarnya BUKAN di Buku Teks sekarang, akan tetapi melalui Amali..
dah Buat baharu Tahu, tak buat maka dijawablah Tak Tahu.Maka diajarlah guru melalui perbuatan bercakap bahasa yang ditutur rasmi oleh masyarakat itu ataupun melalui bahasa badan atau body language, semudah itu aja tugasnya Guru.

tak kiralah Guru apapun mereka, selagi Kerja nya mengajar..ajar ajalah kejujuran dan nilai-nilai baik.
bukanlah bila di gred Guru Akhirat itu perlu iktiraf pejabat Agama itu Mufti, Ustaz, guru Agama atau Ulama.. ambe nak tanya, SALAH ke Guru Pendidikan Seni Ajar muridnya mengenai Agama dalam menghuraikan Subject Matter yang sedang diajar? atau SALAH kah Guru Kemahiran Hidup Ajar muridnya cerita dalam kelambu atau cerita "blue" atau lucah? dan SALAH kah Guru Science mengajarkan muridnya mengenai hal kejadian Insan ataupun Cinta?
dalam menyedari bahkan mengetahui, semua itu tak masuk syllabus pengajaran pun..
akan tetapi Murid perlukan pengisian awal buatnya.. yang tak logic diajar itulah diajar Khaidir alaihissalam pada Nabi Musa, itu contoh paling nyata dalam Al-Quran yang wajib dikenali tiap orang Islam bagaimana sebenarnya menjadi Murid dan bagaimana menjadi Guru.
namun tidaklah mengamalkan bunuh budak kecil dalam surah Kahfi itu membuktikan kita adalah Guru yang sebenar, Al-Quran adalah Universal aplikasinya..dan dalam maknanya..setidaknyapun, "bunuh" lah "childhood" anda demi kematangan murid-murid anda. itu antara morality yang ambe yakini.

dan soalan ambe tadi, harapnya anda jawab dengan penuh jujur pada diri anda. ber monologue lah jika perlu belajar jujur pada diri kerana ambe pun setiap masa ber monologue atau berbicara dengan sendiri.
sebenarnya memang SALAH kalau ikutkan ketaatan bangang hari ini yang ikutkan aja doktrin penjajah tinggalkan, orang lain buat Sejarah kita, orang lain buat Matematik kita, bahkan orang lain susunkan syllabus Agama Islam buat kita, orang lain sediakan itu semua demi mencapai apa mereka inginkan..dan bila anda sedari ini semua, anda tahu bahawa yang buat itu adalah Orang Eropah. System Sekolah pun Orang Eropah bikin..sedangkan Sejarah Melayu, biar orang kita ajalah buat.. Matematik, biar orang Islam ajalah buat, Ibnu Sina antara pioneer Matematik..anda semua para pencari, carilah kebenaran itu diluar sana..kalau semua ambe cerita, ewah..banyak benar lah lemaknya..hahaa.

kesimpulan mengenai betul atau salah soalan ambe tadi, dua-dua ada betulnya..yang SALAH pun BETUL, BETUL pun SALAH. pokoknya, SALAH dan BETUL sama seperti LELAKI dan WANITA. yang kadang-kala, SALAH itu LELAKI dan BETUL itu WANITA.
hanya mungkin kekuatan untuk mengamalkan hari ini, ia terbatas hingga wujud istilah kurang sesuai dengan tempatnya.. padahal Belajar bahagi ambe, dimana-manapun maseh Belajar selagi Hidup..

Guru yang punya Wawasan ke arah Akhirat tak perlukan Risau mengenai Hal Dunia kerana Murid akan berkhidmat deminya,
tapi berapa kerat aja Guru Akhirat kita ada hari ini?
atau berapa titik "orang" dari lautan Manusia yang bertawaf mengelilingi Kaabah yang sedia jadi Murid kerana tahu mereka Bodoh.

ambe walaupun dikatakan belajar di college, ambe tak iktiraf pensyarah itu adalah guru.
guru adalah guru, pensyarah adalah pensyarah. ia berbeza, kata nama itu pun berbeza ejaannya.mengapa kita kata sama?
Syarah..semua orang boleh cakap bila dah tahu dan reti baca. tapi adakah baca itu baca atau baca yang berbuat? itu sebabnya ambe berkata diatas apa ambe tahu dan buat disini, kerana ambe perjuangkan melawan orang munafik sepertimana diri ambe dahulu..

kalau dulu di Sekolah. anda seperti anak ikan yang berenang didalam SAtu Kolah yang sama.
boleh lah nak argue atau pertikaikan beza Sekolah dan Dunia Luar.
jika benar anda adalah Ikan dan sampai masa dilepaskan dari Kolah ke Lautan untuk berenang kemana sahaja..

di college atau university atau institusi anda sudah ikut system pengamalan Kafir..
Islam ajar kita berpengkalan,singgah sebentar dengan menyiapkan kelengkapan kemudian berhijrah..itu konsepnya. bukan bertahun-tahun disatu tempat ikut aja apa diarahkan, anda dah 20 tahun..matang sepatutnya dari sudut Kalam dan Akal..biarlah dicari Jiwa itu dimana setidaknyapun.
anda bukan Robot namun "Orang" yang pemilih, yang dilihat dalam lagi adalah Manusia pada rupanya, dan Insan pada diri-sendirinya..

idealitas kita adalah Mandiri..maksudnya melebihi berdikari, bahkan Manusiawi pada diri. atau maksud dalamnya, "Mandi-Sendiri"..selama ini anda Sakit, maka anda perlu dimandikan..akal anda maseh perlukan kejernihan maka diminta-dirayu agar dibasuhkan lagi dan lagi......jika anda mahu tahu bila anda Sihat, berjalanlah dengan Yakin. buat dengan keyakinan bukan dengan kata orang itu, kata orang ini, namun menuruti naluri dan kemudian pelajari sendiri diatas amali yang dilaksanakan..itu Confidence. bukanlah satu benda "pelik" pun sebenarnya bila sebut "Iman"..harfiah yang lain, maksud dari bahasa lain membawa maksud itu hingga ke Bahasa Melayu "Yakin" itu aja target kita sebagai Manusia agar anda lebih Insaniah dengan Nilai..

bahanakan "perlu" tunaikan hasrat orang Tua ambe, maka ambe tak dapat salahkan siapapun kecuali diri ambe, kenapa tak usaha ubah itu semua..dan dengan masa inilah ambe susun lah tangga untuk "atasi" segalanya. menjadikan Apikalam ini satu Usaha berfikir sama. jikalau hendak kita berjuang nanti, jom bersama!

maka ambe ambil masa panjang untuk muhasab diri sendiri, apa ambe kurang dalam berbahasa hingga digelarkan "tak reti Bahasa"..

akhirnya setelah beribu liku-liku jalan sunyi ambe lalui Sendiri sepanjang Hidup.
ambe tahu, maka disini ambe serah kan semula buat anda dengan MEMBERI-TAHU,
ambe faham, maka disini ambe serlah kan sebahagian dari semua kepada anda dengan menyampaikan FAHAMAN,
ambe mengerti, maka sudah ambe cerai-beraikan hubungan tiap lambang dan kata itu agar membentuk ayat lain dan kemudian ayat lain. dibunuh dengan meletakkan titik noktah, kemudian dicommakan dan disediakan tiap ruang antara ayat demi ayat agar anda tidak lah susah untuk membaca kerana ambe mengerti ini semua bukan milik ambe..namun ambe diantara penjaga kata-kata.

dan ini belaka berlaku kerana ambe YAKIN dan cukup YAKIN bahawa ejaan BAHASA itupun memberi indikasi terpenting sepanjang hidup kita soal siapa anda BAHAS kan..
jika A itu Awak atau Anda..bawalah kembali menaiki Bahtera atau Prahumu.
jika A itu Aku..pantulkan sebenar-benar dalam mencari kekuranganmu agar diperbetulkan.

jika A itu hanya Andaian..hentikan sahajalah.

kerana A bahagi ambe itu adalah ALLAH. jika ambe berbahas kepada Allah. bermakna ambe sudah sedarjat dengan Tuhan mengatasi Nabi-nabi, Rasul ataupun Dewa-dewi kayangan..

padahal ambe bukan sehebat itu,
anda tak sehebat itu,
kita tak sehebat itu,
maka apa anda dapat dari per Bahasan hari ini? yang dikatakan oleh orang bijak pandai itu akan melahirkan para intelektualis dan idealist dan sebagainya..
jika benar adapun, dimana mereka hari ini yang keadaan Negara inipun tak dapat dinafikan betapa Corrupt nya Hidup..dimana mereka yang PANDAI dan BIJAK ini berada untuk tampil dan tampar para pelaku laknat-laknat ini semua?

maka per-Bahasan bagi ambe hanyalah kerja sia-sia..

lebih baik belajar Hidup untuk Mati.
kerana itulah lahir baqa jiwa yang sakit kerana rindukanNya..
mungkin terlalu awal bahagi ambe untuk katakan ini kerana ambe maseh tidak merasakan kesakitan ketika kehilangan ayah atau bonda selamanya, ambe tahu..itulah contoh yang sama seperti mana hebatnya Rindu anda pada Rasul dan Tuhan.

kerana itulah priority kita yang diperintah Nabi atau Rasul itu pada Anak Yatim Piatu sebelum kita, yang maseh ada ayah dan bonda disisi..mereka perlukan Guidance atau ajaran..
agar mereka tidak mula berbahas kepada Tuhan mengenai takdirnya.

sementara yang belum sedar diri mengenai kepentingan berbahasa dan mengikuti bahasa reka sendiri seperti mengeja Aq atau Aquw atau AK dan sebagainya yang mewakili AKU. buatlah.. tak apa.
kerana ambe akan teruskan mengutuk golongan itu hingga mereka tahu betapa skema nya orang berbahasa. sedangkan kelonggaran bercakap atau bertutur maseh dimaafkan kerana dialect atau loghat rumpun bangsa sebagai alasan agar dilonggarkan lah..

dalam penulisan pun maseh nak longgar, kemudian ndak marah orang kerana SALAH FAHAM sedangkan dia yang mengamalkan yang SALAH..bagaimana pula ndak di FAHAM?

ambe antara orang yang cukup berjaga-jaga mengenai ini. kerana ambe teramat bimbang lain sangkaan atau andaiannya.
di Facebook sebagai contoh, jika berlaku Salah Faham pada peringkat awal atau pertama, ambe dah awal-awal balas..tak kesahlah berjela-jela pun..dengan membaca berulang kali kerana bimbang bahasa ambe jadi Sarcastic bila dibaca. diatas peringatan sejak kecil, memang Bonda ambe pun kata ambe "kadang-kadang tu Sarcastic juga"..maka ambe mula berjaga-jaga dan mengenali A B C semula hingga Tatabahasa Bahasa apapun yang dapat ambe cakap baik English, Arab, Jawa, Sunda, Aceh, Jepun Melayu hingga ke Sanskrit yang didalam itu terbahagi pula Bahasa Rencong, Kawi, Palava yang ambe ketahui dan maseh membuat kajian sendiri.

dan TIDAK, BUKAN dan sila NAFIKAN tiap apapun Sangka anda terhadap ambe seperti "bagus/baik/rajin/bijak dan (yang seumpamanya mengenai) Ku Bad ni"
kerana ambe tidak ada yang lain kecuali membakar ini semua pada 0/Sifar.

ambe bukan siapa-siapa. kecuali salah satu orang pelik yang Tuhan jadikan yang buat masa ini ada masa untuk menulis dan khabarkan apa sepatutnya anda semua tahu..diatas dasar Kaseh dan Sayang ambe yang jujur sejujurnya berkata..

andai maseh ada dari pembaca yang tidak setuju dengan ambe, maka silakan BAHAS lah dengan Apikalam..sebelum anda mencabar "Alif" yang satu-satunya iaitu ALLAH.

berhati-hati berkata-kata dengan ambe, berhati-hati bila berbahasa dengan ambe..kerana semua ada tentranya. itulah TNTRATINTA.
dan ambe cuma berprang dengan kesengajaan..bukan salah (yang kita tahu ia dapat diperbetulkan lagi selagi ada ruang dan peluang buat kita) dan tidak silap (yang kita sudah sedia faham bahawa semua bermula dengan kesilapan..apa salahnya memaafkan?).

dan kerja orang Bahasa tiada apa kecuali BACA.
kerana disitulah tercetusnya JIWA.
maka IQRA-lah hai pembaca.. =)

KBD