Friday, September 23, 2011

MENTALITY SYUKUR



dunia FB hari ini semakin hari..semakin maju,
sepertimana Dunia Maya, Nyata pun sudah nampak ke arah itu..hanya yang maju itu selalunya di luar dari kurungan (keagamaan).
bila orang meninggalkan Amalan, maka mereka akan dituduh bermacam-macam..terutamanya akan memberi semacam inference value bahawa yang "keluar" dari sesebuah kelompok puak itu adalah contoh karekter jahat, yang lupa diri, teruk dan bermacam-macam lagi.


ambe selama hidup ini, begitu banyak kali diletakkan didalam keadaan itu..selama bertadika, yang berpindah randah ke 3 tempat yang berbeza..pertama ambe dihantar ke tadika yang didalamnya sarat dengan orang-orang Kafir, yang majority nya adalah Bangsa Cina, di Terengganu. yang menjaga dan didik kami adalah Sister-sister. Itulah Tadika Saint Teresa.


kali ke-2 ambe dipindahkan lagi ke Tadika yang berupa agak mengarah pada value Akhirat, andaikatalah "Kafir" itu banyak mengarah ke Dunia. maka ambe belajarlah berserban, mengaji, membaca comic Syaitan Musuh Utama didalam Tadika yang hari ini mungkin sudahpun pada tiada, kerana Abuya Ashaari pernah dianggap Sesat. sedangkan bila ambe perhatikan kembali Nilai-nilai yang beliau ajarkan pada anak didiknya adalah Nilai Usrah-Kekeluargaan..
itulah "Al-Arqam" yang ambe kenali, yang diambil nama sempena Sahabat Nabi yang bermurah hati untuk jadikan tempatnya "safe house" dalam keadaan yang diburu ketika penyebaran Agama Islam.
Mungkin ambe tak pernah rasa atau diuji seperit mana yang pernah "bekas pengikut" ajaran Abuya secara total, namun tiapkali orang mempersoalkan ambe, apakah Abuya itu Jahat orangnya kerana tlah sedikit sebanyak merosakkan akhlak atau aqidah masyarakat..ambe akan selalu berkata, "Abuya usahakan Agama Allah juga..biarlah Allah hukum jika dia benar bertanggung jawab kerana dengan Doktrin-doktrin beliau tlah hasilkan sedikit sebanyak umat Islam yang berkualiti lebih jauh dari siapapun kita hari ini, yang kebanyakkan hanya cuba untuk menang sendiri sedangkan Al-Arqam dahulu pernah nyaris jadi Empire kerana keutuhan semangat Ukhwah mereka..Abuya tak pernah sakiti ambe hanya mungkin sakiti sebahagian orang besar diluar sana hingga dirasakan adalah "threat" "


beberapa bulan kemudian, ambe dipindahkan lagi ke Tadika Yayasan Islam Terengganu maka disitu ambe seperti ditunjuk keadaan ber-Agama menurut cara hari ini, ambe walaupun bodoh dan begitu mentahnya Akal untuk proses apapun bentuk penilaian hanya ikut ajalah. maka hari ini ambe cernakan belaka dan jadikan ia kesimpulan awal.
suasana Tadika Yayasan Islam yang jauh berbeza, kerana ia bukan lagi seperti di Saint Teresa, dimana anda digauli Sister-sister dengan mesra. atau Al-Arqam yang dimana Ustaz-Ustazahnya mendidik murid-muridnya dengan tertib orang ber-Agama.
disini, ambe dapati "Jurang" itu tlah bermula, bila class habis..habislah semua, murid balik begitu sahaja, tiada lagi suasana dimana Sister-sister atau Ustazah-Ustazah yang sedia tunggu dan teman tiap murid-muridnya itu hingga mak ayah datang ambil mereka untuk bawa pulang.
apatah Serban itu sudah ditukar ganti dengan Songkok, baju biasa dirubah uniform seragam..maka kita seperti "Gaban" "Ultraman" yang ada Uniform masing-masing.. dalam konteks itu, ambe takda masaalah. hanya ambe bingung, kenapa disini, keadaannya tak se-"best" di Al-Arqam(yang kebetulan ketika itu, Abuya Ashaari sudah mula diburu dan dibawa bersidang) ataupun di Saint Teresa.


tidak lama beberapa bulan berada di Yayasan Islam, Issue bawa lari Iddin dan Shah oleh Raja Bahrin dah timbul. ambe kebingungan melihat di akhbar, dan tanya bonda "abah pergi mana?"
dengan riak wajah kerisauan, bonda ambe pun menjawab "esok kita ke KL"..ambe bingung dalam bermonolog sendiri,
"KL tu menatang apa?"..maka esok pagi itupun ambe dan adik ambe serta Bonda ke KL dengan kereta. Sampai disana, kami bermalam di Istana Terengganu.


walaupun agak bingung, ambe malas bertanya banyak..kerana tanya banyak pun, bukan tahu pun..budak.


esok pagi, lebih kurang subuh waktunya ambe dengar bunyi bising datang dari kamar sebelah..dilihat adanya dua orang asing bagi ambe yang ambe belum pernah jumpa. yang kemudian awal paginya ayah dan bonda beritahu ambe, itulah Abang dan Kakak ambe..
yang dari tahun kelmarin, kami sering berkirim hadiah seperti baju..yang masehlah mentah buat seorang budak bingung seperti ambe tahu bahawa "Abang dan Kakak" ambe itu adalah orang yang sudah ada dalam keluarga ambe sebelum ambe sendiri dilahirkan..


dan rasa gembira itu seperti menziarahi ambe kembali ketika kami mulai berkomunikasi,
dalam mengetahui bahawa mereka kurang mahir berbahasa Melayu..ambe ajarkan beberapa patah perkataan hingga pulang ke Terengganu, ambe pula dipindahkan ke Sekolah Pusat Chabang Tiga setahun awal dari usia sepatutnya kerana ambe dijadikan macam "orang tengah" antara mereka-Abang dan Kakak ambe dengan mereka-orang Kampung(ini kerana Sekolah Pusat Chabang Tiga adalah sekolah yang luar dari Bandar, ber kilo-kilometernya jauh dari Rumah, sedangkan tiapkali dalam perjalanan ke Sekolah..banyak aja Sekolah di tepi-tepi jalan..)


dalam mengetahui bahawa mereka(Abang dan Kakak ambe) adalah Sukunya Caucasian(Australian), Separuh Cina dan Separuh Melayu tapi kerana pembesaran awal setelah pandai berjalan dari ber-tatih, mereka tlah dibawa lari ke Australia membuatkan pengetahuan Bahasa Melayu merekapun ketika itu sudah terhad.
beberapa bulan setelah mereka sudah boleh berkomunikasi dengan orang Melayu,   
maka ambe ditinggalkan lagi bersendiri didalam darjah satu, bersama mereka yang sememangnya darjah satu..
sementara mereka jalani class mereka berdasarkan umur masing-masing.. 


dan ambe tiada cara lain hanya hadapi ajalah apa adanya hingga ambe ber darjah 6 selama dua kali diatas alasan umur ambe tidak layak untuk duduki UPSR.
sedikit sebanyaknya begitulah kesahnya..


sama seperti ambe ber sekolah menengah, dimana ambe berpindah juga selama 3 kali..Pertama dari sekolah rendah berhijrah ke sekolah menengah, Kedua dari sekolah Menengah Cina ke sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman.


pertama ambe sedar ini, ambe tertanya-tanya sendiri..mengapalah di takdirkan ambe untuk bersekolah dengan orang cina dan bergaul,berkawan dengan orang cina sedangkan ambe lain dari rupa?
dalam melihat sendiri perbezaan bahasa tutur merekapun dah jauh berbeza, budaya-budaya mereka yang diterap bagi mereka pun lebih advanced bagi ambe yang hanya Melayu, serta menyaksikan ritual adat istiadat kekeluargaan yang hormati yang mati hingga dikatakan oleh orang ramai, mereka Puja nenek moyang..sedangkan pengertian ambe terima itu bukanlah "Puja" tetapi Hormati yang sudah berbakti pada kewujudan mereka..pengamalan Agama pula berbeza kerana tak semua Cina itu Buddha, adapun yang Kristian..
akan tetapi semangat kebangsaan mereka terapkan dalam Spiritual mereka itu buatkan Cina sebenarnya antara bangsa yang ada ditakuti dan digeruni oleh Bangsa lain, anda mungkin dapat katakan Bangsa anda Hebat kerana ini dan itu secara Subjective, akan tetapi anda tak dapat nafikan ke-brutalan Bangsa Cina ketika era Mongol yang paling awal..Cina bermula dari bukit dan turun ke bawah dengan satu Matlamat, iaitu menakluk seluasmana empayar didalam meruntuhkan semua yang lemah.. Tidak kerana "Kekejaman" yang sering kita digambarkan oleh orang Eropah yang kononnya pengkaji Sejarah dan meletak Genghis Khan serta suku-suku mereka itu yang Tidak ber Peri kemanusiaan..


cuba anda perhati elok-elok dan teliti kebenaran itu, apa benar anda Yakin yang Jahat itu Cina yang berasal dari puak Tartar ini Kejam kerana Perang Negara Islam?
atau kerana terlampau ramai ahli Ilmu lahir subur bersama kesombongan? apa benar mungkin serangan Hulagu Khan untuk "takluk" negara Islam ketika itu hanyalah Ujian ataupun Teguran pada puak Parsi?
anda lebih bijak dalam hal ini nilaikanlah sendiri..


namun hikmah nya adalah Hari ini, bagaimana empayar Cina itu tersebar..melata dimana-mana sahaja membawa Semangat mereka yang kuat dan berani bertempur habis-habisan didalam Sekolah ataupun University dan dibekalkan Air Botol Mineral dimana sahaja mereka pergi.
baik China, Jepun,Korea bahkan Siam sendiri tlah menyedarkan kita betapa Hebat sebenarnya Cina ini yang dikatakan oleh Pakar Sejarah, Bangsa yang lahir dari Pergunungan Himalaya..


ambe yang berkawan dari dahulu hingga kini tak ada nampak pun dimana dikatakan ambe Prejudice terhadap orang Cina, bahkan ambe bersyukur dengan adanya orang berbangsa lain sebagai kawan-rakan-sahabat-teman kerana itulah makna Hidup, kenal mengenal. Prophecy dahulu kala Melayu bangkit nanti pun, ambe tak rasa Melayu sahaja yang bangkit..bahkan Cina,India dan Arab juga turut bangkit..kerana itulah Rumpun segala Rumpun.


dalam ambe berbuat kerja sekalipun, Cina lebih bagus dari orang kita hari ini..kerana Cina utamakan Kerja agar Kerja itu siap sepenuhnya..itu standard taraf professionalism paling basic yang jarang kita utamakan. Melayu hari ini kuat bermain dengan Emosi dan terlampau Manja dalam menghadapi kesukaran Dunia.. 


MANJA,memanja,dimanja dan TERus diMANJA.


budaya di pejabat, Complaint kerja orang lain..Compare atau Bezakan kerja dia ini lah bagus sementara kerja orang lain buat semua tak betul, walhal Spiritual yang perlu kita tegakkan disini adalah membina SATU landasan yang seteru agar kita tidak berjaya sendiri bahkan berjaya bersama-sama, 
yang di Comment hanya "bagus,menarik,hebat" semuanya bersifat maya dan mendatar, tiada getar yang tidak sekata agar diusaha agar sekata..akhirnya kita sedar bahawa kita ini hanyalah pemberi barang yang Palsu belaka..Sutradara yang memberi Failure kepada orang lain dalam tidak menyediakan indikasi apa yang kurang dengan sejujurnya..
bila orang Comment banyak, kita dah mula curiga..kata kita, apa dia tak puas hati dengan aku?
sedangkan kita tak tanya, apa kita sepatutnya lakukan bersama-sama puas hati?
Critique orang yang sepatutnya orang anda Critique itu TAHU dimana silap dan salahnya namun jalan singkat dipilih tetaplah Critique di belakang,
itukan sudah routine?


inilah Mentality kita hari ini..lalu apakah salah kata ambe? tidak kan? dari manakah ambe tahu ini semua, dari Hidup yang amali. ambe tak perlu buku atau mana-mana rujukkan untuk beritakan disini. ini asli dan pure dari diri kerana ambe sudah lalui,fahami,mengerti hingga mengenali sehingga meyakini apapun ambe kalamkan tanpa ada fikir dua atau tiga kali..


maka ambe buat kesimpulan pendek pada status FB ambe seperti berikut:


"Critique..itu biasa pada siapa inginkan pembaharuan..ini dasar mengetahui tahap Intelektual,
Comment..itu pun biasa, buat mereka yang boleh terima kenyataan..ini dasar memahami taraf Habitual diri,
Compare..bukankah itu tujuan adanya Hidup dan Mati? bermakna kita buat Pilihan..maseh biasa kerana ini dasar menyedari Spiritual sendiri,

tapi Complaint..itu sangatlah biasa. hingga dah tak reti bezakannya.
berapa ramai complaint dengan Mark hanya kerana pembaharuan, dalam menikmati kemudahan dan keuntungan selama ini ia dah berikan secara Percuma di FB. itu contohlah. kita di Bhumi Milik Siapa? kau buat ke?"



yang ambe ingin high-light atau tinggi-terangkan kan disini adalah Mentality kita dalam berbahasa,
dalam hidup yang banyak beribu macam bahasa yang akan buat kita terbelit lidah, atau tersembur air liur, terbahak-bahak ataupun tersumbat hidung hingga Kelu berkata apapun..
kerana satu sahaja Bahasa yang benar.
iaitu RETI BAHASA.


bila anda RETI BAHASA, baharu kita faham dan yakin satu itu cukup buat satu makna. maka perlaksanaan itu penting.
orang kata ambe cakap banyak tapi tak buat, mereka tak tahu apa pekerjaan ambe, apa kegiatan ambe..bahkan buat pengetahuan andapun, ada masanya ambe hanya tidur 2 jam sahaja dalam sehari walaupun penat bekerja..namun priority ambe adalah kerja yang selesai sepenuhnya, baharulah dapat rehat. bahkan tak tidur berhari-hari pun ambe dah rasa tak ada masaalah, janji ambe sudah tunaikan apa yang hendak dilaksanakan..yang bukanlah "kepuasan" sepertimana orang hari ini slalu sandarkan.. namun adalah "kesyukuran". ambe bekerja kerana ambe Syukur.
diberi peluang dari beratusan orang,
diberi kerja dari beribu orang yang nantikan tanggungjawab diatas tiap kerja..ambe sangat Syukur..
dan tidak lah tujuan Apikalam ambe bina ini untuk "Angkat Ekor Sendiri" kerana banyak je perkara bodoh ambe akui sepenuhnya dari diri ambe..itu bukan rahsia.


Bahas ambe pada yang selalunya, jadi usahlah kemukakan yang tidak selalunya atau jarang kali selalu, ataupun kadang-kadang berlaku dalam selalu.. bacalah apa adanya, itupun dah berlimpah-limpah kata-kata yang menanti anda ambil untuk laksanakan dan buktikan sendiri hingga anda boleh katakan "oh, Ku Bad beritahu tu betul lah"
itu sudah se peringkat berjaya, yang tak betul pada pernyataan itu adalah Ku Bad, kerana ambe tetaplah Murid pada Hidup. dan peringatan yang melimpah ruah seperti nasi yang terlebih-lebih kuah hingga dah jadi macam sup. anda raba mencari Nasi dalam lauk tersebut untuk nikmati kesyukuran Rezeki pada sebutir Beras yang kita panggil Nasi kini.


antara 4 hal utama asas kita lakukan, Critique-Comment-Compare-Complaint.
Critique tidak lain tidak bukan hanya menentukan Hukum Akal anda gunakan dimana, anda berfikir secara tajam atau tumpul. atau anda tidak tahu sama-ada tajam atau tumpul hingga anda buka ruang fikiran dengan berilmu. anda tuntut ilmu dimana-mana sahaja dengan susah payah dalam mengasah fikiran anda hingga tajam. 
Orang yang Murahan seperti ambe selama hidup ini dah berulangkali disakiti, ditipu, dicurangi dan seumpamanya kerana ambe membuka ia luas dalam memberikan, dan ambe usahakan kebaikkan dari semua tanpa ada pilih mana penting dan tidak.. ambe pentingkan Unity. biarpun kadangkala dianggap ambe Hipokrit, tapi nanti lihatlah hasilnya..
kita selalu lihat diluar sana orang review dan beri Critique, dengan murah mulut melacur diri dengan berbahasa sundal..kita tak mampu terima,maknanya kita kurang celik dalam memandang kehadapan..itulah USAHA..


Comment, bukanlah untuk tunjuk pandai..pada tahap inilah ramai orang Tunjuk Pandai atau berlagak pandai, dan ambe berkalam ini pun terpaksa Tunjuk Pandai kerana ambe menguji anda dengan Kesombongan..
apa Sombong itu secara Subjective adalah bertumpu pada nilai tidak baik atau ada Sombong yang baik? Nabi-nabi yang dikesahkan dahulu sudah terima pesanan-pesanan keluarga,kawan dan orang ramai lagi ketika itu..lalu apa kata Nabi tetaplah Tuhan itu benar.
Nabi Nuh yang menyampaikan pesanan pada umatnya ketika itu dengan ramalan banjir nya..apa respon umat Nuh ketika itu kecuali mencurigakan dan menentang sekeras-kerasnya.. ambe berani kata Nabi Nuh sombong, kerana baginda kenal SIAPA ALLAH. Samalah seperti Nabi Muhammad, yang terpuji namun kerana apa disampaikan oleh baginda pada umatnya, baginda diburu, dikejar, diperang hingga terpaksa berhijrah lagi kerana "Sombong" dalam usaha Agama yang diyakini olehnya..
orang yang Yakin-Confident, yang di regard atau di umpamakan oleh kita selalunya Sombong, kerana tutur kata-katanya..walaupun down to earth, namun seperti secara sulit nya cuba angkat dirinya untuk tunjuk pada Dunia bahawa dia lah orang yang patut SEMUA terima.
sedangkan kami tidak minta apa diberi, kami sekadar jalani apa yang di perintahkan pada tiap kata-kata bahkan pencarian kami itu tetaplah tujuan dan maksud Hidup..bukanlah untuk wujudkan Empayar agar dapat penuhi impian sendiri. akan tetapi fikir kami masehlah ber-"demi"..
ambe buat apapun itu "demi Allah" dan "demi Rasul" kerana ambe Yakin tak ada pemimpin yang dapat jamin keamanan kita melainkan kembali kenali Bangsa, agar ia jadi tembok Kesombongan agar diperlihara akan isi yang paling Istimewa.


Istimewa ambe ertikan pada "Liv Tyler Bertudung" adalah dengan Rahsia. ambe tak beritahu siapapun dengan jelas, dia itu bagaimana..sedangkan keyakinan pandangan pertama itu sudah mendetikkan.. "dia-lah orangnya bagi sesuatu tujuan"
belum ambe isytihar Isteri itu pada dia kerana Isteri itu bermula dengan Sanggup. anda Sanggup baharu anda layak di sarungkan apapun gelaran. tidak sanggup sekalipun diakal, anda akan jadi siapa mereka pernah jadi. itulah Hidup, yang mengulangi apa yang sudah berulang, maka yang menentukan pengulangan itu di arah mana, itu maseh jadi soalan dan bergantung pada jawapan apapun anda pilih..


ambe pilih "Liv Tyler Bertudung" sebagai subject matter ambe kerana dia-lah kebenaran yang sedang berlaku pada ambe sekarang, walaupun nama itu bukan lah dirinya, cukuplah sekadar apapun anda tahu bahawa dia ini sudah "balik ke Hati ambe" dan membenarkan ambe jatuh Meyakini apapun yang selama ini ambe sendiri curigai..


dan bukan kah indikasi seseorang pada kita itu makes sense bahawa memang benar Cinta itu ada.
dalam tidak sedar..Cinta itu dari nama Allah, YA WADUD, juga yang menyatakan diri Nya..
anda Wujud kerana Cinta Nya, diatas rasa Cinta antara Wanita dan Suaminya, akan tetapi buat anda yang pencari..anda tak akan mengerti itu hingga anda di Cintai,men Cintai atau terjatuh Cinta..
Hakikatnya anda rasa "keseluruhan" itu padamu,
dan buatkan anda mula berada di alam-mu yang tersendiri..apa orang kata pun tidak anda peduli, anda prioritize kan subject Cinta itu kepada Satu dan menafikan keseluruhannya yang dikeliling..


Inilah Kebenaran yang disaksikan sendiri. yang anda pun saksikan, kemudian kerana malas..anda biarkan ia berlalu.


ambe tak biarkan, bahkan terus mencari .. dan ambe biarkan dia tidak ketahui(buat masa ini) setelah semua ambe lakukan ini dia sendiri ketahui hingga kenali. kerana itulah satu-satunya usaha bagi meraih Keyakinan yang ambe amalkan sendiri dalam kehidupan dan terbukti benar apa yang ambe diberitahu sebelum ini.


kadangkala kenyataan yang dibahas sering dicurigai, apa ambe beritahu ini pun belum tentu anda terima sebulat-bulatnya..bahkan ada je yang ketawa dengan jumlah kalimat yang dibicarakan dengan berjaga-jaga seistimewa mungkin agar dengan harapan orang anda beritahu itu menghargai dan menghormati Perasaan.


pada sudut sebaliknya, ambe tak ingin salahkan sesiapapun, kerana anda ada Intelectual yang tersendiri, Habitual yang tersendiri, Spiritual yang tersendiri..yang paling penting adalah mempunyai Confidentiality yang tersendiri..yang berasal dari kalimat Confident iaitu Yakin..
kerana didalam keyakinan itu lah Rahsia..


adalah sia-sia andai ia sekadar dibaca disini..rujuklah diluar untuk belajar membezakan agar dinilaikan, pilihlah yang mana agar benar ia lekat di fikiran..


Sudah tiba masanya kita Hancurkan Mentality pendek kita dengan meluaskan fikiran hingga ke negeri Cina sekalipun..
belajar terima dengan berbaik sangka walau jahat atau zalim diluar berlaku terhadap kita,
extreme di tempat kita maseh belum layak disama tarafkan dengan apa sudah berlaku di Afghanistan atau Palestine..belum!
jika sudah, mengapa dari bercakap banyak mengenai rasa kesian kamu itu diperjuangkan..pergi sana dan ber JIHAD lah se mahu-mahunya.. tetapi kita tetap disini dalam mengungkap dan sekadar rasai kesukaran hakikat yang kononnya "sama dengan apa mereka lalui"..kerja kita salahkan orang, salahkan kerajaan, kemudian orang-orang berkerajaan pula salahkan pembangkang..SALAH KITA itu tak ada UNITY sense..


sebab itulah kita diajar belajar demi perkara yang sebenarnya makes no sense/tak ada sensitivity..
pergi belajar 20 tahun keluar negara sekalipun, anda tetap balik menganggur atau bekerja dengan kerja yang tak padan dengan gaji, sedangkan anda tahu anda dah berusaha segila-gilanya,
akhirnya kita salahkan Tuhan.."nak buat macamana, Tuhan buat gini dah..termaktub macamtu untuk ditentukan" dalam tona mengeluh, walhal kita patut Syukur kerana maseh ada Nilai "Tuhan" agar disebut-sebutkan walaupun kita sudah 20 tahun sia-siakan impian kita yang konon kita tetapkan, padahal penentuan maseh dan mutlaknya dari "Tuhan"..
ayah atau ibu yang bengong pun rasa bangga anak belajar jauh-jauh, tinggi-tinggi..dalam tak sedar anak yang dibiarkan itu bersubahat dengan sistem-sistem kekafiran,kezaliman dan ketaghutan..
kalau hujah kita lagi tak bersubahat kerana ALASAN belajar itu dianggap Jihad-lah..
anda lihatlah suasana dan kegiatannya pula..dan memahami BELAJAR itupun tak perlukan anda pergi mana-manapun..ia bermula dari anda menerima SILAP dan SALAH semua buat diri.. orang menyendiri, untuk tujuan pembinasaan diri, agar mereka jumpa dirinya yang sendiri..itu kerja Belajar.. dan Jihad ni adalah Pertahanan, orang mempertahankan Agama itu digelarkan Jihad fi sabilillah.. yang terkorban itu lah warga Syahid atau Martyr kerana mereka perjuangkan diatas keyakinan diri sendiri. 
anda, yang pelajar atau pernah belajar atau yang sudah "akhirkan" zaman belajar atau student life anda lah kononnya..
berapa ramai tak perlu buku untuk keyakinan? semua perlukan fakta..agar diterima..
Nabi Muhammad, BUTA HURUF..bahkan yang menulis Quran itupun sahabat baginda.


baginda belajar itu semua didalam amali, baharu benar di theorizekan.. theory yang paling basic adalah sampaikan agar diberitahu. itu theory..untuk keyakinan, anda buktikan itu sendiri. dan apa anda dapati itulah keyakinan kerana ia memang terbukti..untuk ke Seberang Takir, Terengganu kata orang kena seberang Jambatan Sultan Mahmud..tapi kita lalu pada jalan yang sukar dengan memilih jalan jauh dari Manir ke Batu Enam untuk sampai ke Seberang Takir.
Matlamat itu sama. bahkan apa disampaikan oleh orang itupun maseh baharu bila meneliti lebih dalam, Jambatan itupun belum ada bahkan jalan Manir ke Batu Enam itulah jalan orang terdahulu..


akan tetapi apa Mentality kita? menerapkan Theory agar dipercayakan, sedang mengetahui Kepercayaan itu tetap berubah-ubah.. Walhal untuk ber Tuhan, anda tak perlukan Percaya.. tapi Yakin.
ke Yakinan student hari ini dah tak seperti student pondok, yang susah memang ke tahap hardcore.. baharu tahu setiap apapun ada nilainya, anda ndak jadi doctor tapi akhirnya anda buka clinic swasta yang berdekatan dengan Hospital besar, dalam satu perbandingan baik..mungkin itu option yang tidak mem "bolok" atau menyerabutkan pesakit-pesakit yang berkunjung.. tapi satu perbandingan kurang baik, doctor lebih pentingkan keuntungan sendiri hingga dah MALAS tolong doctor lain di ICU Hospital Besar..walhal anda pun belajar Practical di Hospital Besar. 
bahkan menanam impian "Nak Tolong Orang lain".. tapi akhirnya anda cuma ndak Selesa dengan menjauhi teriakkan pesakit yang menanggung kesakitan, jika anda mahu jadi Doctor..Tuhan tak pernah halang, bahkan beri jalan untuk itu, kerana Tuhan tetap pandang niat baikmu..
Tapi diakhir jalan itu anda pilih untuk mengatasi Tuhan mu..dengan hidup berandaian sendiri tanpa ada Mentality yang Unity..menyatukan orang semua pada hanya satu cara, satu susunan itulah harfiah maksud Agama yang sebenarnya..


dalam menyedari itu semua anda sedar  bahawa membiarkan anak ke luar negara dengan sebab dapatkan Ijazah tinggi-tinggi dalam membiarkan masa berlalu dengan berbagai perkara yang kita biarkan macamtu, tak ada nilai apapun kecuali sia-sia...


itu, kalau ndak berbahas lah, ambe tak fikir berbahas itu boleh buat seseorang beriman..berbahas hanya buat seseorang Faham akan Iman secara Theory..itu je tahap nya.


banyak lagi scenario yang berlaku hari ini, yang kita sama-sama lakukan..
agar jadi Nonsense buat Dunia, kerana Sensitivity utama dari Mentality Unity kita ingin capai tetap-lah meyakini bahawa dimana anda berpijak-pun, maseh Milik Tuhan..


jika anda Tuhan, bikin lah Dunia satu lagi..jangan sibuk bising-bising disini..


dan itu pun dibahaskan oleh Sahabat ambe dari Negeri Serambi Mekkah, Tuan Guru Nik Aziz mengenai Issue hari ini.
ambe fikir itu ada betulnya. walaupun ada anggap beliau orang Tua yang nyanyuk..dengan mak ayah anda yang semakin hari semakin tua, apalah kurangnya..


dan ambil ini bukan untuk menyebelahi sesiapa..namun membela Mentality kita. yang ada Susunan nya. Sombong apapun kita, biarlah terbukti dahulu kerana keyakinan bukan melalui kata-kata semata-mata..
ambe tak boleh letak pada satu ketetapan dalam keyakinan. kerana kita berbeza. pasti keyakinan kita berlainan..
namun Tuhan itu tetaplah Sama, jika kita Yakin BENAR itu Sama,
berbaliklah dengan Ajaran Muhammad..


dengan melaksana perkara pertama: SYUKUR dengan sebenar laku dan bicara.
maka pakailah MENTALITY SYUKUR itu.


KBD