Tuesday, September 27, 2011

FINAL EXAM HIDUP

selain dari orang yang perasan baik dan bagus serta sombong,
ambe adalah makhluk penguji pada perkara yang pernah berulang kali ambe diuji...

maka tidak lah menjadi pengetahuan yang mendatar..selalunya next step itu adalah execution/perlaksanaan..
dan dengan menyediakan exam tak berkertas itu lah buat ambe yakin secara teknikal itu begini dan begitu rupa-rupanya..

selalunya orang memilih priority diam seraya mengetatkan undang-undang dalam examination.
dan ketika sebelum anda melangkah masuk ke dalam bilik atau dewan(kalau sekolah ambe takdok "dewan" meskipun mereka guna istilah "dewan" namun menurut spec sepatutnya..dewan serbaguna itu hanyalah syarat aja)
kita akan di direct dan di inspect,
direction atau arahan pengawas bilik peperiksaan yang akan diberikan adalah mengarah anda untuk tanda tangani kertas yang tertampal diluar pintu bilik peperiksaan agar sah, anda adalah orang sini, warga ini dan itu..bila dah check nama-nombor matrix dan sebagainya ada disitu..maka anda signlah untuk memberitahu seolah-olah "ya, aku datang hari ini"

inspection atau pemeriksaan kedua itu adalah anda akan di suruh pamerkan slip exam.
disitu mensahihkan bahawa anda lah candidate untuk examination itu..
kemudian anda di body check. dahlah syarat nya suruh pakai baju bercollar, kemeja, seluar slack, berkasut dan berstokin. kemudian satu-satu syarat itu pula mereka macam curigai,
maka dengan penuh dungu nya ambe akan selakkan awal-awal collar, buka luas-luas pocket kemeja, keluarkan semua isikandung dalam kocek seluar slack, stokin diselak dan kasut dijolok-jolok (adakalanya, tengok pengawas lah) hingga sah kononnya tak bawa nota ke dalam bilik exam.

setelah mengetahui itu semua cuma keraguan yang melahirkan generasi bersangka-sangka..maka elok sahaja lah ambe jadi diri ambe yang sebenar, yang tak suka baju bercollar tapi gemarkan cekak musang, berkemeja yang tak ada pocket, berseluar slack yang tengah-tengahnya dah koyak rabak dan sudah berjahit berkali-kali, kemudian senang dengan berkasut tanpa stokin..

kerana seperti mana mereka jadikan dewan itu yang cuma syarat. ambe buat dan pakai pun atas ala kadarnya..
ambe rimas dengan neck tie, rimas dengan image mat pejabat..kerana ambe adalah orang yang seni yang hidup matinya tetap meluahkan apa sahaja dalam laku ataupun perbuatan..
apatah lagi menyedari peraturan yang dikenakan, agar diragu-ragukan..

RAMBUT PANJANG YANG TERLARANG

dahulu ada antara adinda-adinda ambe sorang ni, yang terkenal dengan panggilan Billy, luar dari sekolah..dia pun para pelapis generasi anak muda Terengganu yang bergiat dalam seni. dia nyanyi..
ndak dijadikan cerita satu hari ambe pernah exam sebilik dengannya..waktu inspection, dia ditahan dan seperti ndak marah dengan pengawas kerana rambut..itu je issuenya..

disuruh ikat, tapi Billy lawan..akhirnya ambe pujuk juga lah untuk redakan keadaan dan agar semua dipermudahkan.. Billy ikat rambutnya, namun maseh Pengawas tidak berpuas Hati. 

"ikat gok molek sikit, gini!"
kata Pengawas..ambe sengih aja pada Billy dengan sinis, dan menyampuk "sanggul je la susoh sangat"
Billy buat-buat gaduh dia dan masuk lah ke dalam dewan dengan jayanya..disitu ambe sedar bahawa ada bahagian hatinya yang kental untuk berjuang.
ambe selalu membuat andaian sendiri mengatakan penggiat seni inilah yang paling kuat berjuang, kerana ia Jiwa dan Raga..Hidup dikotak Imaginasi ataupun dibulatan Nyata..Tidur atau Jaga. orang seni takkan putus menjejak Idea-idea kerana merekalah Idealist..

kejadian Billy itu buat ambe Yakin dengan apa ambe sering bilangkan pada diri setelah mengenal Dunia orang yang bergelar "Artist" secara komersial hari ini, dan mendapati bahawa mereka tak sekental orang seni di jalanan, dugaan dan cabaran mereka hadapi hari-haripun malah tak lah seteruk kami atau diri ambe sendiri..
mereka ditaburi Controversi-controversi murahan yang padahal itu antara marketing technique kotor mereka dalam diam untuk melonjakkan kaki pijak kepala orang lain, dengan meneliti Hal-hal berlaku pun..ambe selalu bereaksi seperti "Eleh! ini je ke?.."

sentuh bab Gossip..hari-hari dan siapapun bergossip atau ber-speculation bahkan mungkin lebih Popular dari kalangan orang yang sederhana tapi memang dah kenal, bahkan semakin mengenali siapa diri kita di alam Awami ini..sementara yang bangga gelar diri mereka "Artist", "Celebirity" atau "Personality" maseh banyak cover line dan jarang berterus terang..itu semua buat ambe Plastic.

Untung ambe kenal "Artist" yang Pure, hanya orang bawahan aja tahu..Seperti Pak Samad atau A Samad Said hingga kami saling tahu bahawa kami bersaudara kerana Isteri beliau adalah Saudara Bonda ambe di Singapura..atau Pyan Habib Rahman, yang sering tampil selekeh dan bercakap dengan caranya yang unique sejak dari lahir, anda perlu duduk dan focus betul-betul padanya baharu faham.
atau Abdullah Jones yang adalah orang Pahang yang paling humble pernah ambe kenali, Ronasina, Zunar dan ramai lagi penggiat seni yang sering aja dibenci masyarakat..dipandang serong dan sebagainya. bahkan Pot Amir(Ex Innuendo), Ana Raffali atau Meor sekalipun..semua yang ambe kenal tak ada fikir bab Untung kecuali rugi mereka tanggung dalam meluahkan kejujuran mereka sebagai dirinya sendiri..bukan disini untuk tunjuk ambe ni "Set Top"..tetapi memberitahu bahawa dengan Jujur dengan sendiri sudah memadai untuk berkarya, syaratnya Berani..itu aja.

dan ambe kenal mereka, ambe tak guna nama sebenar bahkan lebih selesa dikenali sebagai Ku Bad yang mungkin sahaja akan dikaburi oleh ribuan Bad yang ada.. tak apa. janji mereka kenal yang berjanggut,sanggul dengan tshirt hitam serta tinggi orang itu adalah ambe.

pertikaian ambe sering terima kerana Issue berambut panjang buat orang kata "anak Raja tu" tak boleh sound dan sebagainya, itu terserah..Pilihan masing-masing namun janganlah guna sebab ambe adalah "Anak Raja" itu maka anda tak boleh buat apa-apa..kerana ambe tetaplah orang yang beranak tanpa minta untuk bernama apapun kecuali Nobody.. kerana keturunan dah begitu, ambe nak nafikan?
itu semua kan takdir. malah anda mungkin tak kenali ambe yang sebenarnya siapa, kerana itu mudah berkata hidup senang, sebab berduit dan sebagainya.."ya iyalah" tapi kerana ndak lari dari persepsi itu ambe dah bertahun-tahun struggle dengan kerja sana sini hanya untuk mendapatkan cabang sumber sendiri, sara sendiri demi anak dan isteri nanti.. adakah memahami ia sebagai "Kerja" itu SENANG?
tak, kan?
bahkan banyak hal kerja ambe rahsiakan pada ahli keluarga, kerana ambe buat diatas initiative ambe..risiko itu atas kepala ambe dan tidaklah mahu menyusahkan mereka kerana kerja.
hingga jatuh sakit bertalu-talu pun ambe diamkan aja, buat apa nak cerita? orang akan buat caring, tapi adakah mereka akan duduk ditepi katil menjaga anda? tak kan?
kecuali anda ber isteri..baharulah ada maksud caring yang sebenar..apa anda rasakan atau andaikan caringnya itu cuma suku dari katanya..tak terbukti sepenuhnya..

jadi usahlah judgemental terhadap sesiapapun..ambe buat apapun tetaplah ambe. jangan salahkan keturunan tapi salahkan ambe, diri ambe..

kesah rambut Billy buat ambe tertanya, apa dia buat itu salah?
Salah lah bagi Pengawas..tapi buat ambe, tak salah. kerana itulah dirinya..
sementara berambut panjang atau pendek atau botak licin, itu semua kebebasan peribadi, tak patut siapapun sentuh bab itu. bahkan kerja sekalipun..kerana yang buat kerja itu tetaplah tangan dan anggota lain, rambut tak bising, tapi orang selalu bising.. ya kan?

nak cerita pasal Hukum pula, yang disuruh bertudung itu Lelaki ke?

ambe sanggul kerana itu bagi ambe selesa, kerana ambe lepas rambut diatas occasion istimewa..Maal bersama Dendang Anak, ambe lepas lah..kerana diatas pentas itu adalah ambe.
dilain hal, ambe tetap co-operate dengan bersanggul.. kerana dah memang dari dahulu ambe memang suka sangat dengan budaya Jepun dan Jawa, yang ber sanggul..
Salahkah bagi Billy kerana dia tak suka ikat rambut?
itu tak ada pun dalam undang-undang apapun wajib berambut pendek kecuali mereka yang serap pemahaman kafir dalam hidup..orang Eropah je yang start budaya rambut pendek kepada Lelaki ni..dah lama tu, Perempuan pun turut diperkenalkan dengan Fashion Botak pula..kucar kacir belaka akhirnya..

dan Issue Janggut sepertimana ambe pernah hadapi waktu di UiTM disini syukur tidak ada tentangan..jika adapun, apa tindak balas ambe itu rasanya tak usah ndak cerita disini lah.. tapi itu warning lah dari ambe.

dah habis cerita bab diluar, maka kita masuk ke dalam "dewan" peperiksaan..dimana suasananya mirip acara kematian..ambe pernah masuk dan ketawa dengan tidak sengaja melihat muka student-student yang ada "buat-buat Mati" silent mode kan diri.. gurauan diri ambe dengan sendiri sering aja menyuarakan soalan bodoh seperti "siapa mati ni?"

namun bila dah duduk semua, orang mula sibuk menjawab soalan..ambe satu ketika pernah tergamam seketika, orang lain dah start isi slip kehadiran dan menyiyek(mengoyakkan) slip tersebut meletakkan di lantai agar pengawas boleh kutip..

ambe maseh ber introspeksi dengan mengambil andaian bahawa 
"macam ni agaknya ditanya dalam kubur" -in terms of technicality lah..bukan apa yang berlaku tu 100% macam tu..

dari awal sebelum masuk, semua unsur peniruan ditanggalkan(atau cuba dibuang lah kononnya),
kemudian melangkah masuk duduk diliang masing-masing..kemudian tiada aku dan kamu kecuali aku(tapi maseh ada kelonggaran-lah)..hingga catatan Soalan itu di tebarkan sebesar-besar agar para calon peperiksaan menjawab dengan memilih samaada A B C D..
kemudian Bahagian B dan C membuat curahan apa sahaja selama ini anda belajar dan fahami itu dari tafsiran tinta pada helaian kertas yang tersedia..

soalan demi soalan ibarat sang Malaikat yang garang bertanya Siapa Tuhan-mu? Siapa Imam-mu? dan selanjutnya.. sedangkan yang di Syarah itu tetaplah sudah diberitahu(atau mungkin terlupa atau tertinggal sebab ponteng..itu terpulanglah)..

ambe, terus terang beritahu anda..jikalau anda adalah seorang pelajar, ambe tak "hafal" apa yang diajar atau ditulis pada nota-nota..namun ambe selalu pesan pada adinda-adinda ambe agar "fikir logic, apply pada jawapan"..maka dengan itu membuatkan soalan apapun bahagi ambe senang walaupun sebenarnya susah. ambe tetap mengambil mudah kerana ia hanya penilaian yang berakhir dikeranjang sampah. penantian anda atau perjuangan anda sebagai "Student" yang bakal memegang Diploma, Sarjana atau apa-apalah tetap membuatkan ambe katakan itu maseh SAMPAH.

kerana anda menilai "Ilmu" itu ada dibuku, dinota-nota, dicatatan yang dicopy dan paste..ia tidak se original Kitab Taurat yang dilaksanakan Musa, Kitab Zabur yang dilaksanakan Daud, Kitab Injil yang dilaksanakan Isa dan akhir sekali Kitab Al-Quran..pelengkap dan compendium Rujukkan yang di compress ke dalam satu Versi. dan penulis dan pengarangnya bukanlah penyampai nya, kerana Saidina Othman yang membuat Usaha meng-archive kan ia, menyusun kembali apa tlah diajarkan pada mereka dalam Amali. 
bahagi ambe, dia lah satu-satunya guru bahkan tidak layak digelar sebagai "dia" tetapi "baginda" kerana bagindalah Mahaguru yang Agung.. Muhammad Ibni Abdullah, Nabi Muhammad yang Rasulullah.

bahas pada reality hari ini, lihat apalah kita diajarkan..obsesi kita pada segulung Diploma..hanya kerana 3 tahun lebih kemudian anda katakan anda dah Berjaya..sedangkan anda baharu selesai mengetahuinya..belum amalkan sepenuhnya kerana kurangnya amali tetapi kita diajar tumpu pada theory, maka wujudlah generasi yang suka ber"kalau" dan ber"andai"..bila ada masaalah aja akan jawab dengan "tapi" dipantat ayat.

anda maseh belum bekerja, bahkan anda menjadi asbab institusi pendidikan itu maseh survive kerana biaya yang kita salurkan dengan pembaziran, tetapi Jawapan maseh Soalan..
ambe sangatlah anti, bahkan semenjak dari belajar di UiTM lagi ambe dah anti..tapi memilih maseh untuk diamkan dan biarkan mungkin dengan "doa yang teraniaya" ini akan dikabulkan hingga yang bertanggungjawab "menjual" "meniaga" atau membuat "tawaran sempena Promosi Hari Raya" atas nama Ilmu..

tetapi output student maseh bodoh, dungu, tak bertamadun mindanya dan Jumud perpective nya..
ambe tak hanya rujuk pada satu tempat, namun keseluruhan..kerana siapapun mengaku dia Pelajar atau Student. mereka tahu, pasti ambe tanya pada mereka "Siapa antara kamu tu yang dah jadi MB, Wakil Rakyat, CEO Company atau Vice President Corporation sesudah mereka terima ijazah?"
tak ada.

kerana yang jadi MB, Wakil Rakyat atau CEO tetaplah orang yang mengakui dirinya Bodoh(walaupun tak mengaku pada orang ramai..tetapi tengoklah kenyataan laku mereka), dan berusaha segila-gilanya demi mencapai kebijaksanaan, mereka tak peduli apa orang lain kata bahkan mereka buat apa mereka yakini..sampailah ada tindakbalas normal manusia yang berbudaya mengata orang "bodoh punya orang"..tapi anda maseh ikut dan usaha apa "orang bodoh" itu perintahkan..maka disini SIAPA BODOH sebenarnya?

..ataupun mungkin-lah, orang yang sepesen, kaki Kroni/Puak dan kuat mengipas, maka mendapat lah promosi itu. kerana itulah jalan paling terang dan mudah untuk hari ini, Puji-pujian palsu jadikan Orang Diatas merasa lebih gah dan semakin "Tuhan" dirinya..itu tlah buat mereka memilih mekanisma hidup untuk pick and choose siapa kuli yang sesuai untuk diperbudak-budakkan.. Duit telah buatkan ia semua Possible dan jadi semua itu NORMAL.

 ada dua macam aja scenario perjalanan kearah Kejayaan.
samaada anda berjaya kerana anda yang Penakut atau Berani. 

akhirnya anda sedar "Ilmu" hanya ibarat batu loncatan besar dan jauh buat anda untuk mengatasinya, jikalau Ilmu itu ibarat air, maka biarlah jadi yang paling jernih dan mutlak..bahkan mengatasi maksud "Kesucian" itu sendiri.
kita buat diatas Keyakinan.. pulangkan debu pada tanah kerana ia milik tanah bukan Air tempatnya, maka salah satu cara itupun sudah pada mengembalikan kejernihan air dari mengeruhkan dengan merampas barang yang bukan milik anda.

BISING DAN BENGONG

ya, setelah memaklumkan apa bakal ambe lakukan hari ini,
benar ambe bising dalam dewan periksa saknim.. 
mungkin ada sahaja yang marah dan maki hamun ambe, bagi ambe tu ujian kamu dan diri kamu lah.

ambe bising, doh pahtu? paper exam mung record bunyi bising ke?
atau suara pensyarah-pensyarah itu lebih bising dan lantang?
atau ke bingitannya soalan-soalan yang ada jua memasukkan "Maria Ozawa" tu buatkan payah bagi anda concerntrate untuk masturbate kan Jawapan?
Lucah sebab Kotor? lu suci bersih sangat ke?

tak tahulah apa nak kata..mungkin Soalan-soalan tu perlu Sekolah semula.
anda kata Lucah itu tak baik tapi antara kita pun apply dalam laku harian, buat tak serupa dikata..itu malah lebih "Lucah" bagi mereka yang rasa "Lucah" itu Negative.

orang ramai kata, Negative tak baik tapi adakah penerangan secara mendalam mengapa ia harus di Negative kan? anda belajar perubatan, tak dapat elak melihat "Aurat" yang terselak dari buku atau nota rujukkan..namun adakah itu yang dimaksudkan "Aurat" atau yang berada pada anda itu adalah "Aurat" yang sebenar-benarnya?

Hari ini ambe terpandanglah seorang perempuan, oleh kerana "Liv Tyler Bertudung" tiada hari ini ambe jadi sedikit kurang bersemangat.. dan tidak semena-mena terpandanglah perempuan bertudung ala-ala Hana Tajima ni, tapi berbaju kurung jarang ungu hingga pandangan mata kasar pun dapat penetrate atau tembus melihat warna pakaian dalamnya, acessory tank top puteh yang menutupi bra nya yang berwarna hitam..

apa persepsi anda jikalau anda adalah wanita, pasti anda akan kata ambe ni gatal kan? galok? pervert?
katalah apapun,
apalah yang penting ambe tetaplah lelaki, dan akan katakan bahawa Pertama, itu Normal. Lelaki memang matanya cari Wanita..Lelaki lain itu secondary subject. 
Kedua, fikir logic..apalah agaknya Motive memakai Bra Hitam dan mengenakan Combination warna yang contrast nya jauh berbeza antara Baju Kurung Jarang berwarna Purple(yang gelap tone-nya) dengan Tali Bra yang juga Hitam dan gelap..Kemudian apply Tank top, Tube ke apalah istilah hari ni ambe tak tahu..berwarna Puteh..apa Motive?
persoalannya adakah dia buta warna atau tak faham concept distraction dan attraction?

jap jap jap...Apa Motive bertudung tapi Bawah tetap yang Jarang? atau ber baby-t namun bertudung ala-ala makcik balik dari pasar kayuh basikal tu?

tiba-tiba sahaja ambe jadi teringat pula pada sang "Liv Tyler Bertudung" itu lagi...dan compare dirinya  dengan orang ambe tengok ni, hingga tak semena-mena terkeluar 
"baik tak payah pakai tudung Bodor!"..

..kita pakai apapun diluaran, untuk orang tengok.itu ideality berpakaian yang bermula dari Seluar dalam/Boxer/Thong, Seluar atau Kain untuk menutup paras pinggang ke buku lali, Bra, Tanktop atau Singlet kemudian baharulah Baju yang bertujuan tutup anggota atas dibawah paras tekak hingga ke pergelangan tangan dan jatuh labuh di bawah pusat..
yang buatkan Manusia ber Maruah adalah kerana cara mereka Pakai.
anda Pakai lebih-kurang bermakna anda tak ada value terhadap diri..anda kurang setuju dengan kehendak Baik yang disediakan melalui apapun Agama.

penganut Buddha sehelai kain je..sama macam Orang pergi Umrah atau Haji..
Christian malahan menyeru pengikutnya pakai tudung yang sama macam orang Muslimah Islam hari ni pakai..
yang buatkan Christian tercalar pun sama macam ada antara kita cuba rosakkan hari ini,
tak ada Agama yang "Merdeka" kan Hidup kita kecuali bendung kita untuk ajar Bersabar pada awalannya..kerana Agama tetaplah ajaran untuk bawa anda meyakini ada Hidup yang Selamanya dan Abadi..

kita yang Islam dari gerombolan yang serabutnya mengalahkan wayar-wayar yang bergulung-gulung ketika selesai Jom Heboh umpamanya, apa kita buat demi Agama untuk perlihara Islam?
gulung wayar yang serabut itu agar dibalikkan semula sepertimana ia datang atau campak aja gumpalan wayar yang ada didalam lorry kerana ada Jom Heboh di tempat lain lagi..

kita sendiri yang serabutkan apa yang sudah tersedia cantik "Just For You to Know"

ambil dan fikirkanlah elok-elok..pakaian walaupun tak penting,
walaupun istilah Dont Judge A Book By Its Cover itu ada relevant nya..
anda harus tahu lah juga, If the Content is not good..Then it shouldn't never be a Book.
atau didalam terms lain yang ambe juga reka sendiri, 
What makes a Book is indeed a "Book" still because of the Cover, 
but what makes a Cover if the Book has NOTHING in it?

maknanya disini sama seperti sebutir buku yang ada Kulit diluarnya, kerja Kulit tu memerlihara apa yang berada didalamnya..jika diluar pun dah malas ndak jaga, jangan cakaplah bab perasaan yang ada dalam Hati..

bercakap mengenai cover dan buku ni,
ada persamaannya dengan kesah Exam ni..dimana sebelum Exam, Pensyarah duduk cerita dan tunjuk kita itu ini dengan susah payah mengenai apa sahaja yang terkandung disebalik "Kulit" Soalan Final..
hingga kita Final dan pada mengetahui Soalan-soalan yang ada itupun macam hampeh je..

anda susah payah berbulan-bulan akhirnya Soalan yang tak perlu bulan-bulan dan berminggu-minggu untuk hadam, bahkan apa anda baca sebelum masuk bilik exam, sebutir keluar begitu..
itu kira ok lah, tapi yang ambe hairan tu bab Maria Ozawa pun terlibat sebagai Contoh soalan, dari tangkap muat Pornstar yang dah Kurang Quality tu masuk ke dalam Soalan, baik sumbat Pornstar yang rare lagi jauh hebat dari Maria Ozawa.
memanglah, gambar tu tetaplah gambar..Contoh je, kan?
tapi tak payahlah nak berlagak suci dalam menyalurkan syllabus kepada Student dari awalan..
semuanya Formal, Kaku, tak Stretched ke arah manapun baik Horizontal atau Vertical ways..
sedangkan Designer memerlukan fikiran diluar kotak, bukannya fikiran yang didalam kotak.
keadaan ini sebenarnya buatkan ambe terpaksa buat satu class tak formal dalam berbahasa "kotor" dan cerita apa sahaja mengenai Sex secara bebas, tanpa malu..reaksi Senior yang sebaris dengan ambe selalunya ketawa ajalah, dan bermain andaian macam-macam itu biasalah..
tapi reaksi Junior setelah itu selalu mendapat sambutan, dan bergurau senda lagi dengan ambe..itu satu good sign bahawa mentality "Kampung" yang takut aja kerjanya itu dah di patahkan.
sebab itu ambe lebih senang dan flexible dengan para Junior yang ambe dah rasa macam satu kelompok adik beradik yang ramai..sementara Senior, maaflah..hanya beberapa kerat ajalah yang ok. 
yang lainnya..James Bond.
mungkin seorang Agent Perisik, entahlah..sementara ambe yang mungkin sampai satu tahap nanti akan "hilang" lagi kerana kerja-kerja lain. ambe cuba buat apa yang patut ambe laksanakan..dan menyampaikan sesuatu hal yang jarang dipersoalkan in public kerana Malu bertanya, buatkan RAMAI Sesat Jalannya..

bahkan Sex Education bagi ambe dah sepatutnya dan tiba masanya di merge semula, di peringkat Menengah.. kerana mereka patut fahami risiko ini. Itu antara Hidup dan Mati wo..Dosa dan amat Salah jika orang yang berpengetahuan tapi tetap membatas dan hadkan pengetahuan, 
sedangkan peringkat inipun dah tak ada rasanya yang belum Baligh.. apatah di tahap University atau College..buatkan ia satu Subject Compulsory agar Pengetahuan itu disampaikan..
apa itu Bisexual, Homosexual, Anal Sex, Fetish dan sebagainya sudah patut di sampaikan.
kerana masaalah kita yang selalunya anggap ini semua "Lucah"..sedangkan anda pun belum menjadi yang telus, bagaimana ndak jadikan Akal itu LUT pada CAHaya bila persoalan selalu kita tuntut selalunya KETERANGAN?

dan ambe tak fikir 100% salah apa pemberi soalan ketengahkan. Maria Ozawa maseh contoh satu-satunya perbincangan Hot Topic hari ini, ia menyentap sensitiviti kita ke arah sesuatu yang segar bahkan semakin membuat kita menerima hal-hal yang jarang di persoalkan..walaupun mungkin dibelakang pembuat Soalan itu memang kaki Filem Blue pun, yang baik tetaplah kita pandang..kita bukan Rasul atau Malaikat untuk menerima kesucian diri dan menggelikan kekotoran orang lain..
sepatutnya kita sama-sama membersihkan sesama kita. berusaha kearah itu..itu lebih aman.

ubahlah Mentality, hai pembaca..kalau ndak pertikai, berjuta-juta kata boleh diserang semula..namun dimana akhirnya? tetaplah bodoh itu penulis dan pembaca, dan bijak tetaplah dari iktiraf Tuhan kepada kita..tandanya kita Yakin apa adanya disana.

ke "bisingan" ambe dimana-manapun tetaplah disini akhirnya,
ambe bising di "dewan" peperiksaan itupun untuk tahu apa ambe dimarahi kerana bising atau tidak?
dan apa sebenarnya ambe ndak tunjukkan atas kelakuan hari ini, adalah peperiksaan itu adalah teori mengenai kematian. kerana murid yang bijak itu berfikir lebih banyak mengenai kematian dari takut-takut kan kematian..ambe dah cerita bab Mati ni pada posting sebelum ni..jika rajin bacalah semula.

namun kerana ia berbayar, dan semua perlu di bayar.. apa lah sangat dengan meletakkan background music instrumental didalam dewan peperiksaan untuk beritahu para Student agar janganlah Panic sangat..ini bukan lagi Kematian, tapi peperiksaan..

kerana itu ambe bising,

ambe teringat pada kata-kata Khalil Gibran yang maksudnya:
I have learned silence from the talkative, 
toleration from the intolerant, 
and kindness from the unkind; yet, strange, I am ungrateful to those teachers..


ada orang marah kerana ambe kurang ajar didalam sekolah, terutamanya guru..mungkin mereka lupa maksud "guru" itu sendiri mengajar kita..
kalau kita ingat kita ni Bengong sangat. kita tersilap. kerana kita adalah justeru maha guru pada kesabaran, yang tlah korbankan masa enjoy, tidur, melantak makan dan minum, main game, lepak untuk pergi class dan bersabar dengan apa sahaja guru ajarkan dihadapan..


lantas bila sekali sekala tersalah cakap atau buat dalam class, guru yang mari PMS selalu je marah ambe..itu berlaku di Sekolah Menengah..bahkan ambe pula dihambat keluar class.
dan setelah itu memang guru itu lah yang selalu anti dengan ambe,


walaupun memang bukan setakat Sekolah Menengah, bahkan University sekalipun ambe dah berkali-kali dilayangkan kad merah..


peduli apa..dunia ni semua orang punya. dan mengetahui kebenaran yang hakikat, Tuhan punya..kalau ada yang berlagak Tuhan cuba larang tanpa tegur elok-elok..jangan marah kalau ambe kata
"kamu ni serupa macam Hantu"...


kurang ajar, sebab tu lah pergi sekolah.
atau pergi sekolah ndak cari awek?
maaf..case closed, ambe ke sana mencari Cinta yang satu..dah beritahu..Tutup buku. kalau ndak dia kembali pada  ambe, dan tak ndak dia akan pergi selamanya..


ada kejutan buat "Liv Tyler Bertudung" yang ambe jawab segala persoalan buatnya..
ini-lah FINAL EXAM sebenar yang ambe sudah lakukan.


kerana bab Cinta ni, itu hal Jodoh..yang sama seperti kita persoalkan Ajal.
Hidup dan Mati weyh!


kecewa atau diterima, ambe malas fikir, sebab dah 3 minggu 3 hari =24 hari = 576 jam = 34,560 minit = 2,073,600 saat ambe ber Sabar. 
dari 5|9|2011 hinggalah 28|9|2011.


resultnya? 4 flat?
tak...dari Tuhan.


panjang umur bakal bersambung, nantey!!


KBD