Tuesday, October 25, 2011

SURVIVAL HIDUP dan MATI


mungkin terlalu paranoid, possessive ataupun obsessive dengan soal Hukum..
hingga ada bertanya pada ambe tadi,

Apa Hukum "Poke" orang berlainan Jantina dalam FB?

lalu ambe tanya semula pada tuan empunya soalan,
Bagaimana pula dengan Hukum tengok kaum lain punya aurat dalam FB? kena Block user atau LOK SAJER?

belum sempat ia dijawab apa-apa, ambe memotong bicara itu kerana yakin pasti akan ditanya lagi soalan lain atau dipertikaikan dengan pelbagai "bukan ke ini atau itu ke?" dan seumpamanya. dengan jawapan,

gini lah, perkara yang lain kita ambil tahu pun kadang sekadar tanya sahaja. bukan ndak faham pun kadang-kadang..cuma nak TAHU. lepas tu dah dapat jawapan, kita selalunya alih pada kitaran atau bulatan kawan atau circle of friends berjenis lain pula.
ibarat anda ingin minum segelas Milo,
tapi anda tlah membeli sekotak Teh Lipton bersama alasan "kedai dekat rumah tak adalah"..kemudian langsung menyambung jawapan ala-ala "penghabisan stock" dengan menjawab "pulak tu, dah malam gini mesti kedai tak bukak dah"..

kemudian anda singgah sebentar di tepi pagar untuk minta Jiran anda pula yang sedang termenung jauh tengah malam Demam Sri-Rama kerana dilamun Cinta terhadap orang lain dan menanggung Penyesalan kerana tlah bernikah dengan Isteri yang gemuknya macam anak gajah tetapi bermulut macamlah murai tercabut ekornya.
oleh sebab terlalu malas ndak panjang cerita, Jiran anda malas untuk masuk dapur kemudian menyuruh anda sendiri masuk ke dapurnya dan belek di atas peti sejuk.
tetapi anda mendapati yang ada hanyalah sebalang Horlicks sahaja.

anda bersungut dengan berbisik dihati, "apalah Jiran aku, Milo tak minum..teruk dan koman spana betul la"
dan langsung pulang ke rumah dengan hampa.

sedangkan anda tahu, kita faham bahawa lain orang, memang taste atau seleranya berlainan..kita tak mampu centralized kan deria rasa itu menjadi sama sahaja, bila anda tergigit gula..anda expect orang yang melihat anda gigit gula tersebut tahu bahawa kemanisan gula itu ibarat Madu kerana tafsiran masing-masing pasti berbeza.
dan kesah ini berakhir dengan kekecewaan yang tragis kerana anda tidak dapat menikmati segelas Air Milo dengan nikmat sebelum Mati Kecil atau tidur.
sepertinya apa yang kita cari itu sudah habis diikhtiarkan, wal hal anda maseh belum berusaha betul pun untuk pastikan apa kita andaikan itu adalah Benar Pasti terbukti atau Salah mengerti.
mungkin sahaja 7E berdekatan kampung anda maseh buka, kerana ia memang 24 jam atau Station Minyak yang ada Mart itu maseh dibuka.

berpuluh bagai kemungkinan dan kebarangkaliannya jika hendak difikirkan..begitu juga dengan soal Hukum, yang perlukan Subject Utama, Situation atau Suasana tempat berlaku, Condition atau Keadaan tertentu secara Pribadi dan Evaluation atau pertimbangan yang adil.
kita cakap bab Adil pun setelah Muhammad bin Abdullah Wafat, payah sekali hendak meyakini soal Adil..beratus Sahabat dan beribu Wali atau Mujadid ketika itu bangkit dimana-mana, kecurigaan itupun maseh ada..jadi apa yang buatkan Adil itu Adil? apakah Subject Utama kita itu melakukan kesalahan maka wajar bagi anda menolak Situation semasa yang sedang berlaku ketika itu, atau menafikan Condition dirinya begitu maka Pertimbangan yang anda lakukan itu dah jelas buatkan dia salah sepenuhnya?
dimana ruang kemaafan jika kita terus-terus sahaja dengan mencuba dalami Hukum agar dapat dijadikan lontaran Kesalahan itu pada Orang Lain kerana anda sudah BerAgama dan berJemaah, ada constitution Keagamaan hingga anda fikir orang lain tak perlu terima pengetahuan "Indah" Agama itu sepertimana anda terima sendiri dari dahulu?

dan jika anda semua terlupa, mari sini ambe ingatkan pada anda sekali lagi bahawa Nabi Muhammad berserta 24 yang lain pun tak siapa pun ketika itu mengiktiraf mereka ini Adil..bahkan yang tentang lebihlah ramai dari yang menyerah.

dengan memahami itu, anda tahu sebenarnya orang yang suka sangat bertanya hingga jadi melampau sangat bertanya soalan yang bodoh kerana malas berfikir panjang, anda tahu jika sekadar ndak TAHU lah...
logic nya sekarang anda Google pun dapat Jawapannya. Maudhu', Dhaif ataupun Sahih semua ada..kerana SATU Dunia sedang dan maseh bicarakan hal Hukum demi perlaksanaan ataupun pengetahuan.

Soalannya apa sudah terlaksana akan hal yang belum ditanya dalam menyeru jawapan lain yang menuntut kita cari kepastian serta keyakinan itu sendiri hingga akhirnya kerana terlampau banyak bertanya jadikan kita BINGUNG.

Agama ini apa sebenarnya?

apa Kehadiran istilah "Agama" itu cuma memenuhi Nafsu kehendak para Mufti hari ini, para Ulama hari ini atau ahli politik hari ini bagi "support" value yang dikemukakan pada kita dengan tujuan offer buat kerja "Baik" lah dalam Agama.

ambe secara peribadilah,
jikalau maseh seperti sebelumnya, ambe sendiri begitu ngeri dan takut untuk isytihar jika difikir benar-benarlah bahawa ambe ini adalah orang yang "Islam"..bukanlah kerana tidak sanggup untuk kendong Usaha dan Kerja-kerja nya. Cuma melihat keadaan kita sesama kita hari ini..semakin lama semakin jarakkan diri, semakin memecahbelahkan keluarga sendiri, memburukkan Perception dengan membazirkan Sabar pada tujuan dan event yang sia-sia seumpama yang kelmarin ambe sendiri hadiri dan terpaksa perform pada hari itu kerana ambe adalah performer "orang Seni" yang tugasnya hanya menjadi Medium, Pengantara atau lebih tepat untuk dikatakan "Cermin" pada sesiapapun yang tidak datang menonton atau yang berserta datang menonton.
itulah kerja Musician yang sebahagian dari diri Orang Seni sebenarnya..

sangka baik,fikir terbaik, beri terbaik agar terbukti bahawa diri ambe ini terbaik pada pandangan yang Maha Tinggi.
biarlah ambe rasa kadang "Malu" ndak mengaku "Islam" kerana selalu terimbas Image dan Visualization orang yang "Perasan" dia dah "Islam" namun bila Hukum dipersoalkan oleh orang yang berlainan Agama, anda dah mula cakap pasal hal-hal mengarut seperti Syurga dan Neraka, Malaikat, Jin dan sebagainya..ambe katakan "mengarut" kerana anda lebih memilih orang BUKAN ISLAM untuk menerima Agama menurut tamsilan anda sendiri. lebih mudah difahami oleh bahasa kasarnya, ibarat Lembu bercakap dengan Kambing. 

cuba anda beri contoh yang luar dari pengetahuan mereka mengenai Hidup dan Mati, atau usahakan amalan berAgama Islam itu dengan mula berfikir "Apa Nabi akan buat andai adanya Budak yang dahaga dan lapar disebabkan penindasan pemerintahan yang teramat Zalim? dan apa Reaksi Kemanusiaan anda bila mengetahui bahawa sebenarnya orang yang meminta tolong itu memerlukan anda bantunya, apatah yang tidak meminta tolong namun berada dalam kesusahan pun perlu kan anda dalam diam?"

apa kita memilih bertindak BANTU naikkan kembali Jiwa berAgama dengan mengajarkan Cinta dan Kaseh Sesama dalam laku harian kita ataupun BANTU BIARKAN dirinya, yang mungkin sahaja boleh kata, hilang panduan arah Agama, atau confused dengan Agama mana terbaik dan sebagainya...sesiapapun dapat berfikir pada tahap ini, kerana anda beragamapun maseh boleh dikatakan Agama itu bukan dari Pilihan nya..hanya dibangunkan keprihatinan diri dalam hormat Agama Nenek Moyang kita sendiri.

dan prihal Milo itu sebenarnya bukan tak ada Usaha, hanya main subject itu yang sangat Pemalas inilah produce makhluk manusia yang Insan dibawah Imam yang menuntut kita berbincang akan prihal Islam dan kemudian mengajak dan ajar cara ber Iman melalui panduannya. tapi dia sendiri tak buat..kerana Malas..

setelah anda baca post ambe ini dan sedar dimana exactly kelemahan dan kurang kita itu tetaplah Kaseh Sayang dalam hubungan sesama manusia, nar dan nas..terpulang.
namun apakah dengan Hanya Tanya,
 kita terima dengan sendiripun dalam kadar belum pasti..tapi kebanyakkannya berani jawab Aku Percaya.

itu Robot. bukannya Orang.
yang ada butang restart, ada Storage Otak menyimpan apapun Information untuk diselesaikan. maka tafsiran sedemikian pun dah tergambar sebenarnya visual reality hari ini.

terlampau banyak kertas kerja perlu diselesaikan,
tersangatlah teruk bila disedarkan bahawa maseh bertimbun-timbun pengetahuan yang kita ambil terima masuk dan biarkan ia tersadai..Pending akan tetapi kita mengejar hal yang belum tentu kita dapat.

BUNTU? 
apa kata mula dengan menyerahkan fikir anda untuk terima SIAPA ALLAH yang RAHMAN lagi yang RAHIM.

jikalau semua tawaran Tuhan itu kerana Dia adalah sebagai Yang Maha Pemurah hingga sama rata itu wujud tak kira buat sesiapapun, kenapa PERTIKAI kan HAK?

atau hanya anda yang terpilih sahaja Di Rahimi akanNya kerana Kaseh tetap sifatnya Memilih mana yang terbaik,
mengapa tidak kita Bersyukur atas itu dengan melaksanakan Kaseh Sayang kita pada semua kerana Dengan Nama Allah jualah antara anda sudah terpilih untuk menjadi Islam dalam lautan Billion Manusia, 
ataupun Dengan Nama Allah, kerana Dia juga adalah Maha Pemurah maka ambe tebarkan kemurahan pemahaman dan pendapatan ambe kepada mengisi kata dalam post ini agar anda pun turut di Pilih untuk berAgama yang sama seperti ambe usahakan sendiri agar benar menganuti..iaitu Islam.

biarpun Realitynya, ambe maseh kecewa dan malu dengan cara orang yang mengaku "Islam" ini tlah "promosikan" berita baik dari Allah serta Rasul ini dengan ketakutan, kebengisan, unsur ngeri atau sebagainya..

terlalu paranoid, possessive ataupun obsessive dengan soal Hukum. 
maka Paranoid kita terhadap Hukum jadi serba tak kena dengan buat apa-apa hingga was-was dengan ketentuan, mengambil conclusion "kebetulan" seperti yang bukan Tuhan rancangkan buat anda..hanyalah Technical Fault dari Tuhan, pada reaction selalunya ambe saksikan bilamana ambe cerita mengenai petanda dan kaitan demi penyadaran sesuatu hal bersama.

atau Possessiveness yang dirasakan itu dari diri dia yang tunggal aja maka dipaksa semua terima cara dia aja tanpa ada pertimbangan yang adil untuk belaka menerimanya dan kemudian tidak langsung memberi ruang orang lain memberi pendapat mereka kerana disangka Target yang ingin dicapai itu adalah Syurga bahagi dirinya sahaja..bukan mengajak semua yang mengikutinya masuk Syurga bersama-sama, dalam masa sama mengongkong apa sahaja laku orang lain dengan Syarat dan Undang-undang sendiri buat hanya untuk puaskan diri aja, akhirnya orang seperti itu hanya hamba paling teruk kepada Nafsu aja.

dan Obsessive dengan hal Khayalan dan bercerita mengenai hal yang melambung-lambung keterlampauannya atau melakukan hal yang over dari dirinya yang sebenar hingga wujud berbagai "Yakin" yang cuma Sangka sahaja..hingga satu tahap menghadapi arus yang laju dan teruk Air menguji anda, anda perlahan-lahan mendayung perlahan atau membiarkan aja prahu anda hanyut lagi..berbalik seperti dahulu juga..

kemudian anda menyesal tak tahu kemana. pergi salah, balik pun salah..
SALAH itu pun HUKUM.

dah tu, nak pergi mana nak apply Hukum sama?

Utusan Tuhan pun tak pernah ajar Umat yang ada bersamanya dahulu dengan Hukum lah, tapi Hikmah.

BAIK bukan HUKUM, ia adalah iktiraf yang terbukti ada munafaat yang lebih bagus dari semua unsur kejahatan.

ambe bukan berfatwa, bukan mengajak anda tentang semua..
namun ajak diri memantulkan peribadi anda yang sendiri.

tak payah cerita lah pasal Akhirat nanti Tuhan akan soal itu ini atas apa kelakuan kita yang tidak adil,
anda adakan ruang bagi diri anda untuk bersendiri dan nilaikan pun jika kita luaskan fikiran, lapangkan perasaan dengan lebih lebar..
Pasti,Mesti,Confirm dan Memang anda akan menemui Jawapan atau Kerja yang anda belum tunaikan lagi semenjak anda mula dilahirkan.

jika anda tanya ambe lagi apakah Jawapannya?
maka ambe akan jawab,
"Baik SANGAT ke kita ini?"

memang itu bukan Jawapan, kerana formatnya adalah Soalan,
sebab yang sebenarnya, Soalan anda itulah Jawapan..anda tahu cuma malas untuk Fikir..sebab itu kononnya Rajin bertanya. alasannya kerana maseh "Dalam Belajar", dah habis tu..bukan ke itu tujuan Utama Manusia berada di Bhumi setelah diturunkan Adam dan Hawa di Dunia? 
kalau betul lah Belajar itu perlu Institusi macam Sekolah, University atau College.. macamana dengan Hidup sedangkan terang-terang TIADA Institution Khusus untuk meraih Diploma, Ijazah, atau Sarjana dalam Hidup. Jadi anda tahu lah sekarang, Sekolah,University atau College hanyalah tempat belajar sesuatu yang khas mengenai apa anda ndak jadi secara technicalities dan theory, namun amali kebanyakkannya dan boleh ambe katakan keseluruhannya maseh berbalik kepada Institution Kehidupan. yang Maha Alim bahagi sekalian Alam itulah Tuhan.
"Kerani" pejabatNya adalah Malaikat,
"Wakil" atau "Pensyarah" atau "Guru" Nya adalah Rasul, Nabi, Wali hingga Sultan yang menjaga pintu Pengantara Syariat dan Hakekat..istilah Sultan di Turkey jika anda pernah ke Manzil sebelah sana, itu kan Guru Tarekat.

bottomline nya berakhir pada hal kerana Tidak Yakin dan Berani dengan apa bakal anda hadapi setelah menerima Jawapan. tak percaya cubalah anda Uji seseorang dengan minta sejumlah wang, yang banyak menjawab dan berdalih itu lah sebenarnya orang yang Tidak Yakin dengan Rezeki yang dijamin Tuhan. ambe dah agak "kebas" dan "tebal" muka dengan menguji berkali-kali orang-orang sebegini bahkan banyak kali merayu bagai orang gila yang desperate, sedangkan bila mereka fikir yang kena pada akal, "kenapa tak minta Duit dengan Family aja, tapi mengapa aku?" 
yang jelasnya, tiga perkataan terakhir itu lah yang ambe ndak dia secara pribadi faham. kerana Ujian itulah menentukan siapa dirinya bila ambe benar-benar susah nanti. kerana dah tak ada kecurigaan, atau serik kerana budaya Pinjam. padahal Kita semua Pinjam Nikmat Tuhan, Nama Tuhan dan semua hal yang bukan punya kita..

ambe ada ramai kawan, namun Sahabat tak ramai, segelintir sahaja yang sanggup korban sebab orang itu adalah Ku Bad yang mereka kenal.. adik beradik, ramai..namun adik yang betul-betul tak ada rasa janggal dengan ambe tiapkali bersama ambe, itu pun tak ramai. boleh dibilang jari yang ada.

bahagi yang terbaca dan terasa kerana ambe pernah pinjam, ambe Kaseh anda kerana Niat yang baik. dan anda ambe pinjam duit pun tahu, kemana pergi duit ambe yang bukanlah berakhir pada Nikmat ambe yang serba mudah. Susah tetap Susah.. tetapi itu tetap bukan alasan untuk tidak berusaha lagi dan lagi.

ambe kira, dah sampai masa kita beri Keyakinan itu kembali pada diri kita yang pasti dan mesti akan sendiri.
itulah makanan Sendiri..Confident.

Relationship apapun tetap melalui Confident, bukan Percaya atau Trust namun adalah Yakini yang dipercayai atau Believe..

jika setakat hubungan berkawan pun dah ada curiga, tak usah tuding jari..itu masaalah anda.
jika setakat hubungan rakan sekerja pun dah ada masaalah sakit jiwa, tak usah jadikan rakan itu alas kaki mengesat kotor sendiri..masaalah itu adalah Hati anda.
jika setakat hubungan berteman pun ada was-was dan ragu, tak payahlah anggap siapapun untuk temankan anda meskipun memaksa anda jalan seorang diri di tengah malam diatas jalan sepi..pergi sendiri, dan alami takut Hantu,Jin atau Syaitan itu sendiri..
jika TAKUT anda kerana Hantu,Jin atau Syaitan..jangan salah kan Tuhan kerana menakutkan kita, kerana kita sendiri pun belum Yakin secara total menerima kehadiran "Tuhan" itu ada bersama kita walau dimana-mana.

dan itulah Rahsia Survival Hidup dan Mati ambe selama ini pun.

jadi persoalan terakhir sebelum tamatkan post ini,
akan timbul kah lagi soalan bodoh seumpama yang diatas itu tadi?

ya, ambe tak hairan dan segera ber speculate bahawa soalan bodoh akan timbul..kerana ambe adalah Guru Kebodohan dan yang bertanya adalah Murid Kebodohan.
Kita semua ada Kebodohan.
kerana itulah satu-satunya Kekurangan yang paling jarang kita akui dan terima untuk serahkan pada amalan seharian Memuliakan yang lain dengan penuh Kemurahan dan Kaseh yang tetaplah datang Dengan Nama Tuhan.

KBD