Tuesday, October 11, 2011

BUNUH DIRI yang HALAL



kematian adalah gerbang permulaan,
kesadaran logical terhadap persoalan apakah adanya Hidup setelah ditamatkan kadar nyawa?..

bahas fakta anda mungkin beribu adanya, untuk dibahaskan..
bukti anda bawa untuk ditangguhkan Kebenaran apapun yang disampaikan, dihulur-dijulang-disuap-suapkan.

beberapa hari kebelakangan setelah berminggu-minggu lamanya, adapun seorang nenek yang tega sedang bertahan demi memberi "Penghormatan Terakhirnya" kepada yang hidup, berkhidmat untuk terakhir kali setelah 78 usianya nyaris sahaja dilenyapkan..didapati Hatinya dilukai semacam kuman yang dinamai cancer hingga ditanggap Doctor bahawa ia adalah penyakit yang luar-biasa, kerana sepanjang 9cm sudah merebak di luar permukaan hatinya.

merenung nenek itu buat ambe kenal apa itu "gah" dan malah menyedari "kemurahan" yang tidak pernah ditumpahkan olehnya dengan sia-sia..
dan permukaan perasaan ambe mula terdivert kepada cucu-cucu nya..Isteri-isteri kepada Anak Tunggalnya. disitu, ambe akui kekalahan ambe.
malah dengan membaca kembali hampir sahaja semua post Apikalam ambe pun buatkan ambe jadi yang paling menyesal, kerana ambe begitu teringinnya menuliskan bagaimana "bangga", "sayang" ataupun "Kaseh" bahkan "Cinta" kepada mereka.. dan oleh kerana ditakdir pada Lauh Mahfuz Allah, ambe berada di Keluarga yang agak "pelik", "unique", "controversial" dan di anggap oleh masyarakat sebagai orang "bernama".
Ini semua tak pernah dipinta, tak pernah dirayu oleh ambe sebelum lahir itu untuk pilih "keluarga mana aku nda"..kerana itu semua Takdir.

dan didalam menyelami jiwa Raja Badruddin Hakim Shah sendiri dari awal kelahiran hingga kini, ambe boleh katakan "bukan semudah itu bahagi anda yang tidak tahu menahu untuk dakwa kami adalah demikian ini atau itu"..

ambe sudah 24 tahun usianya, seawal 4 tahun begitulah sudah berada di Pra Tadika di tiga tempat berlainan, Saint Teresa, Al-Arqam dan Yayasan Islam. hingga belum menjangkau usia 5 tahun ambe sudah ditukarkan buat kali ke 4 untuk berada di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga. alasannya kerana kehadiran Iddin dan Shahirah suatu ketika dahulu, yang juga ambe terpaksa terima kenyataan bahawa ambe ada abang dan kakak setelah mengetahui abang tiri ambe pun ada dari Pernikahan Bonda ambe dengan bekas suaminya yang terdahulu.

pada tahap itupun ambe sudah dipercept oleh Mentality Masyarakat dengan mengetahui Nama, maka ambe di anggap sombong bila tidak bergaul dengan sebahagian pihak..kerana ambe "memilih" dalam berkawan, walhal ambe pun tidak tahu menahu, tiada program khususiah atau briefing session untuk mengajar ambe bahawa ambe adalah Kerabat dan Tok Nyang ambe adalah Sultan Ismail Nasiruddin Shah..setelah itu diambil alih oleh adinda Nenek ambe iaitu Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah..hingga kini adalah Pak Sepupu itulah Agung hari ini.

ambe lalui kehidupan yang payah, mungkin tak sempat anda pun berfikir bagaimana perasaannya bila 24 jam berada dibawah kawalan bodyguard oleh kerana takut-takut Abang dan Kakak ambe itu memang diburu oleh pihak Austaralia kerana Issue Raja Bahrin dan Jacqueline Gillespie yang didakwa mencuba murtadkan anak dari hasil pernikahan mereka iaitulah Iddin dan Shahirah.

oleh kerana itu, ambe lah orang pertama setelah mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah diatas sebab keselamatan. hatta ke kedai runcit belakang sekolah pun diharamkan. kesemua hidup ambe terbatas sewaktu itu..ambe termenung dari luar tingkap bangunan tiap kali sekolah petang PAFA berlangsung dan melihat kawan-kawan ambe keluar membeli Ice Cream Polly, Mamee, Mainan-mainan dan kerepek-kerepek yang "asing" bahagi ambe.

malah tidak cukup dengan berkeadaan itu, ambe pula tidak dibolehkan oleh Bonda untuk consume permakanan yang ber Preservative atau ada pengawet dan minuman sejuk ber air batu..kerana ambe pernah nazak ketika berusia 3 tahun disebabkan Asthma itu sahaja.

kedua-dua keadaan baik diluar dan didalam diri ambe buatkan ambe menjadi penyimpan mohor terbesar rahasia Nasib ambe agar dihadamkan nanti, diingati agar semua ini jadi perkongsian yang complete dengan mengimbangi kewarasan dan tidak logic hal berlaku. bukanlah bertujuan untuk promosi namun sebagai Therapy buat diri ambe bahawa Apikalam ini adalah pembakaran total..bukan setakat ber Bara namun pembakar Hari-hari anda. dan bagaimana ambe tahu ia begitu fungsinya? adalah kerana ambe bukan setakat menulis bahkan pembaca no 1 pada karya ambe sendiri diatas tujuan belajar Ingat diri ambe ni, oleh sebab untuk hindarkan penyakit lupa diri dalam berkata-kata yang pernah para penulis maktubkan pada catatan mereka tidak lah ambe ulangi..

after all..im not an eligible writer. but i do write.therefore, i am a writer also..itu tak perlu pengiktirafan siapapun bila ahli bahasa pun tak berani claim bahasa itu mereka punya.

satu sahaja keadaan ambe selama Lelah dan Terbelenggu, iaitu "Dipenjara"..

menjadi seorang Putera Raja juga lah kalau ikut nama, memang bukan sepertimana yang digambarkan dalam kesah-kesah yang pernah terbaca..ambe pun tak minat dengan perkara itu bahkan lebih gemar dan cenderung pada cerita Hantu dan Pelik dari yang Khayalan dengan nilai Syurga.

dan kerja Istiqamah yang ambe sedar adalah melukis.. hingga apa sahaja ambe dah conteng, pernah dimarah dan sebagainyalah..itu semua pernah ambe kongsi pada catatan Note di Facebook ambe.
yang mungkin tidak ambe ceritakan adalah me-reka. atau jadi pencetus idea terhadap apapun terms dalam bahasa family ataupun games yang pelik-pelik..

apa sebenarnya motive kali ini penulisan ambe, pasti bercelaru fikiran pembaca-pembaca..motive ambe adalah mencurahkan kesah yang benar, kerana itu layaknya dijadikan pengajaran bahagi kita, yang berminat lah. ambe tak ada niat pun untuk kumpul pengikut, peminat, penyokong ataupun menubuhkan fan club ambe akan tetapi yang ambe benar inginkan adalah MELEPASKAN diri ambe secara total dalam Kalam ini.

paling tepatnya untuk menghancurkan eksistensi diri ambe, sebagai apapun..dan berusaha lebih baik dan terbaik dihari mendatang(jika ada)..

kerana sememangnyalah Hancur itu ada.
Derita itu dimana-mana..ambe lalui namun menjadi semacam kesungguhan yang sungguh sesungguh bahawa ambe memang tak nak orang lain merasai seperit apa yang ambe lalui..ia memang JALAN SUNYI.

dan harapan dengan usaha Apikalam ambe ini agar perjalanan kaki anda bersama diri sendiri anda itu ditemani pesanan dan penyampaian ambe tekankan dengan penuh ketulusan setidaknyapun kerana ambe mempelajarinya BUKAN dari bacaan namun melalui ketidak adilan yang sudah senang subur ditimpakan..luka-luka ambe yang berparut di Hati ambe itulah peringatan ambe, memang ambe dilahirkan sebagai Makhluk yang sensitive terhadap apa sahajapun sebelum ini dan kini ambe berani berkenyataan bahawa ambe sudah berjaya, kerana itu ambe berkata-kata..diatas parut-parut yang ada sebagai bukti.

kelmarin hari adalah hari yang sungguh membuatkan ambe sangat gembira dan teramat sedih,
yang pati kesedihan yang paling sebak untuk ditanggung walaupun ambe terpaksa senyum kerana ambe berjalan-jalan berdua sahaja bersama Nenda ambe diatas sorongan kerusi rodanya di Ampang Point.

ambe dibesarkan, tak pernah dan ambe ulangi..TAK PERNAH luang masa untuk berdua sahaja dengan Nenda ambe sendiri. oleh kerana ambe memang seorang yang paling pantas mengalah. anda boleh bertanya adik-adik ambe atau bonda ambe mengenai itu, ambe yakin mereka pasti akan akuinya..
namun Selasa itu seperti Mimpi buat ambe sebenarnya dapat berjalan berdua dengan Nenda ambe..pergi ke kedai Bag untuk beli Bag yang dihajatkan olehnya, ke tingkat 1-2-3 hingga boleh dikatakan kami sudah ronda semua Ampang Point.

didalam menyorong kerusi rodanya, kami berbual-bual mengenai hal adik-adik ambe yang lain..perihal ayahnda dan bonda ambe. Hingga pernikahan jadi topic lagi,
 "bila ndak nikah? ke nok tok carikan?"
ambe menjawab dengan tersenyum "kan patik dah tunjuk pada tok gambarnya dia"..
Nenda ambe tersentap tanda ingat dan memberi respond "ooo..ye lah"
belum bersuara lebih lagi ambe menyampuk "kena kerja dulu tok, patik ndak dia jaga anak-anak patik dengan baik"..
walaupun memang sebenar dari hakikat ambe memang sangat takut dengan pernikahan, kerana meyakini JODOH, ia sama seperti apa Tuhan sudah tentukan kepada soal KEMATIAN-REZEKI-HARTA-JANTINA juga..

selesai membeli bag tangan, Nenda tiba-tiba sahaja berhajat untuk makan ice cream..maka ambe soronglah dirinya menuju ke Baskin Robbins. sangat comel bila ambe lihat Nenda makan Ice Cream Chocolate Chip diatas kerusi rodanya..hingga ambe rakam gambar menggunakan HP ambe.

maka setelah sampai disini, Terengganu..maseh terpandang-pandang diingatan ambe bagaimana Nenda ambe terlantar sakit ditepi ambe ketika tiap petang ambe akan temani dirinya tidur disebelah king bed nya.
teringat sentuhan tangan Nenda dimuka ambe bila semalam ambe cium di ubunnya seraya memberitahu bahawa ambe hendak pulang ke Terengganu, ambe tahu yang sebelum ini tidak pernah buat begitu juga pada ambe. semua itu sama seperti scenario "Liv Tyler Bertudung" itu pada ambe, yang juga banyak melaluinya mencetuskan "First Time" bagi banyak perkara..

hingga ambe tak malu, tak ada nak cover line kerana ambe dah malas lagi berkepentingan untuk menjaga almost everything oleh kerana individu ini atau itu.. bahagi ambe, salah atau benar bukan dipenguasaan ambe melainkan anda yang sudi membaca. dan yang pastinya ADA pelajaran disebalik apa jua kelakuan....

dan didalam menaip ini, ambe tahu bahawa ambe sudah semakin jauh dari kenyataan sebenar yang anda sedang jalani..kerana ambe sedar, betapa banyaknya kehancuran ambe saksikan sendiri. kelmarin dahulu ambe ada terima pesanan ringkas dari Facebook seseorang perempuan, yang pada awalnya memang ambe dah terangkan secara jujur dan sesungguhnya yang ambe ingin menjaga dirinya sepertimana adinda-adinda yang lain juga..tapi dirinya tak dapat menerima kenyataan, hingga berpindah dari Kuala Terengganu ke KL hingga statement ambe pada Post FEELofSEPI BATHIN jadi titik akhir hubungan tersebut.

ambe kelu, ambe tak mampu berkata apa..kerana apa ambe curahkan itu tetaplah KEBENARAN dari diri ambe secara peribadi, baik atau buruk itu asli dari ambe.
dan satu demi satu gugur dari Hidup ambe seperti ambe lah penjahatnya..kerana perasaan serba tidak benar di kenyataan mengenai sang "Liv Tyler Bertudung" tersebut yang diulang-ulang berpuluh bahkan mungkin ratus kali dah...orang bosan satu tahap, ambe tahu. namun itu lah yang sama dengan orang Agama mengajak kita berAgama, pun begitu...1 kali 2 kali atau 3 kali mungkin boleh layan..dah kerap-kerap, mereka akan anggapkan ia melampau sangat.
atau cerita apa sahaja yang berulangan, jangankan suruhan yang routine..orang tak suka.

buktinya adalah Mengucap,Solat,Puasa,Zakat dan Haji..apa reaksi anda bila semua itu jatuh WAJIB dilakukan tiap hari? pasti ada menganggap utusan tu dah tak bertimbang rasa, "Tuhan" seolah-olah gila..menjadi orang Islam hari ini bahkan payah, orang cepat naik Muak.

tapi itu semua adalah sekadar Ujian SANGGUP..jika mahu ISLAM, tunaikan..jika terlalu banyak compromise, jangan marahlah jika ada orang kata anda bukan orang Islam namun hanya orang yang mahu Agama tapi tidak berminat untuk Beragama.. jawapan kasarnya hanya satu. KAFIR.

menjadi KAFIR pun ramai Rajin, amal Rahman dengan apa sahaja Nilai-nilai yang bermunafaat..
akhirnya anda sedar, MALAS itu lebih teruk daripada menjadi KAFIR sekalipun.

sementara ambe sebut dan ceritakan "Liv Tyler Bertudung" tetaplah kerana ambe yakin dengan Cinta Pandang Pertama ambe buatnya..ambe tak boleh menipu dengan perasaan ini yang begitu Universe rasanya, berbeza yang sangat dengan orang lain..ambe buat diatas nama CINTA.

dan kehancuran yang bakal ambe saksikan adalah pemergian Nenda ambe, 
kerana bila ditenung keadaannya..itu sahajalah yang terbaik dari dirinya diseksakan bila berada diatas Dunia ini. ambe hanya boleh doakan bahawa perginya dengan keadaan tenang..itu sahaja. ambe mengerti Dunia yang ambe duduki dan anda duduki, tidak layak untuk orang seperti Nenda ambe ataupun Muhammad bin Abdullah.

bahkan mungkin kerana "kebetulan" perasaan ambe terhadap "Liv Tyler Bertudung" memang ada seseorang dah buatnya, itupun sakit yang terpaksa ambe tanggung selamanya..hingga TER buka pagenya di FB sudah jelas wujud "teman" lelaki itu.

ye, ambe loser..kerana kejatuhan air mata ambe yang mencerna kesemua perasaan ini hingga mencipta semacam momentum yang menghancurkan Hati ambe dalam process tersebut buatkan Cinta ambe, apa disampaikan buatnya masehlah satu hal yang jauh dari betul pun. walaupun awalan jaminan ambe terhadap sahabat-sahabat ambe, "jangan bimbang, ambe sedia"..namun kata perasaan yang berada di Hati, ia tidak sanggup ditanggung perasaan Cinta yang sangat Agung.

ambe sendiri pun tak pernah merancang untuk menulis "sejiwang" ini kerana ambe dikatakan pandai berbahasa, wallahi tidak. namun inilah sejernih mana air Evian yang berbotol besar dibeli ketika ambe di KL semalam waktu mengisi minyak kenderaan untuk pulang ke Terengganu pun ambe rasa hairan kenapalah aku buat gini dan ndak hadiahkan buatnya?

attendant 7E Shell Gombak bertanya pada ambe "air ni mahal tau kan?"..

ambe menjawab "ye saya tahu" dengan yakin dan confident.

dan sebaik sahaja ambe ndak keluar kedai, cashier bertanya pada ambe "kenapa beli?" sambil melihat yang botol besar satunya dan botol kecil satunya lagi, pun Evian.

ambe cakap "sebab air ni paling bersih dan jernih dari air yang ada, ia dari Gunung..tak tercemar"

..mungkin tindakkan-tindakkan yang tak terancang ambe lakukan ini adalah jawapan mengenai soal Cinta,
setelah semua diselesaikan Hancur total..
dan bagi menambah pengetahuan anda ketika ambe berada di KL,
teman wanita ambe sebelum ini pun yang ambe terpaksa lepaskannya kerana begitu banyak hal tak mampu ambe lawan kerana ia akan memburukkan hubungan dirinya dan keluarga nya..datang kembali untuk melawat Nenda ambe waktu di hospital, 
ambe dah Hancurkan itu bila malam menjelma dengan sms yang sudah ditahan-tahan selama berbulan-bulan lamanya untuk diberitahu sejelasnya..oleh kerana digesa dan dipaksa ambe berkali-kali, akhirnya ambe kirimkan dengan jujurnya..kerana ambe fikir itu mampu membuatkan ambe Jujur dengan Hubungan ambe dengan "Liv Tyler Bertudung" yang ambe sedang "Jatuh Cinta"..

itupun dah makin membuat ambe menerima, Kehancuran ini.
kerana ambe tiada apa-apa dari segi kebendaan..semua benda akan dipulangkan atau disedekahkan pada yang lebih memerlukan bila sampai masanya.

apatah menjadi diri yang sendiri ini, dari kecil hingga besar..berada pada condition yang setepat-tepat nya menyetujui seluruh bahawa satu atau dua saat itulah AKU. ambe maseh bersyukur kerana sejenak itu ambe sedar dengan erti Cinta yang selama ini ambe andaikan dari sudut lain..dan "Liv Tyler Bertudung" itu satu satunya penyebabnya dari antara Wanita mana-manapun pernah ambe kenali..
ya iyalah, boleh sahaja "Buku Hitam" ambe pernah kesahkan dahulu itupun dah dibuang jauh-jauh..
dibakar juga.

hatta, Cinta buat nya itu mungkin tidak layak diketahui pun..(apatah ambe anggap dirinya sangat Istimewa)..
dengan sebab MANUSIA apabila mereka adalah Orang, mereka adalah "Pemilih"..

dia telah "Pilih" seseorang hingga mungkin perlu dipamerkan dikehadapan semua orang agar tahu Siapa "Pilihan" bahaginya..

namun anda ingatlah sebelum ini semua berlaku lagi, 
ambe tak pernah "Memilih" untuk menjadi begini..
ambe dah tepis semua.

tetap "Liv Tyler Bertudung" itu wujud...jadi dimana dikatakan ambe mengarut sedangkan semua ini adalah kenyataan?

dan adakah ambe "Pilih" bisa didada sekarang menanggung lebih parah dengan ujian yang berbagai sedang dihadapi?

setahu ambe, 
yang menjadi "Pilihan" ambe itu hanya menulis dengan jujur dari ambe yang tulen dan asli agar ada sesuatu munafaat bagi semua. 

selain dari itu adalah "Pilihan" anda semua, 
untuk balas pada ambe, terserahlah..ndak fikir apa dan kata apa atau rasakan apa.itu masing-masing..

Ini bukan Kemalangan untuk dipersalahkan Tuhan, ini kemenangan yang menanti disebalik Kehancuran. 
walaupun, ambe perlu beberapa hari atau sedikit masa untuk bertenang benar didalam kehancuran.

terimalah KEHANCURAN yang paling TENANG disampaikan..
inilah "BUNUH DIRI" yang HALAL bahagi ambe..
dan mungkin inilah terakhir akan ambe bicarakan mengenai si "Liv Tyler Bertudung".. 

KBD