Sunday, October 9, 2011

ASAM GARAM ke-HIDUP-an

ambe selalu akan memberikan tindak balas yang positive dengan sesiapa sahaja yang akan menghasilkan atau memperkenalkan sesuatu yang berguna,
terutamanya bila minat kita sesama kita yang pertama itu adalah sesuatu yang kita semuapun tidak lah perasan..mungkin kerana terlampau banyaknya pengubah halaan atau diversion kita terima untuk saling menafikan, membunuh apa sahaja mungkin fakta lain sambil memperjuangkan dan mengakui bahawasanya itu tak betul sahaja.


bagi menambah lagi salah satu lagi peri hal yang tlah meyakinkan ambe, diri ambe sependapat untuk berkata bahawa barangsiapa boleh lari dari melakukan "Makan" dalam masa se-hari adalah manusia yang HEBAT dan paling layak untuk dikagumi, jauh daripada mengkagumi boyfriend anda yang seorang jaguh boxing yang gagah perkasa, kaki pukul sepanjang hidupnya, diatas ring apatah dijalanan..Boyfriend anda adalah Abang Besar dalam kelompok family tribe Alam Kegangsteran secara official hingga empayar keperkasaan atau kewiraannya itu sudah pada menjamin keselamatan hidup anda, kemana sahaja anda tuju "Along" "Achik" atau "Angah" kawasan akan sentiasa mengawasi gerak geri anda walaupun anda tidakpun pada tahu, anak-anak buah boyfriend anda inilah kaki pantau sukarewalan yang nombor satu diatas kasta kedudukan yang sudah pada boyfriend anda kecapi sendiri, disamping mengetahui kesah-kesah Alam Perwira yang di Idolize kan dari Comic pernah anda baca sewaktu kecil dahulu, diibarati mirip benar pada nyata..
tapi sayang sungguh lah dengan ke-superhero-an yang dicuba visualize dan exaggerate oleh ambe demi mencapai sesuatu tahap kekaguman atau taksub 100%  anda itu maseh tumpas untuk lawan penyakit sakit perut sahaja.


ataupun orang yang paling berpengaruh dimuka bhumi, yang hebat seumpama Barack Obama atau mana-mana lagi lah pemimpin yang kita sanggup lakukan apa sahaja demi kerananya dan lebih pada mampu menunaikan apa sahaja kerana kita akui pertama, "dia memang terbukti hebat" yang mungkin sahaja tlah berjaya memujuk berjutaan rakyat yang degil untuk "Makan" ini atau itu melalui Iklan Kempen, akhirnya mendapati hasilnya sangat memberangsangkan..kehebatan power speech nya membuatkan semua orang jadi berminat untuk makan dan terus makan,
selancang manapun kalam Barack Obama atau ambe untuk korbankan masa tersebut, sebisa mana bahasa menerangkan kelebihan Berpuasa kerana Agama mengesyorkan ia menyucikan tubuh fizikal..tetap kita perlu "Makan" dalam satu hari..walaupun sedikit ataupun substitue nya adalah Makanan yang bergaul dengan Minuman seperti Quacker Oats, Cereal dan sebagainya..


"Makan" tetaplah "Makan"..


namun ramai antara kita mungkin tak perasan bahawa ia adalah fasal kedua atau 2nd phase, bukan-lah priority yang bantu kita untuk jana tenaga dalam tubuh.. dan daripada routine harian kita ajak kawan berjumpa, selalunya kita guna perkataan "Makan" lebihnya daripada menepatkan kata-kata kita bahawa kali pertama sampai itu, pekerjaan pertama kita hendak consume itu adalh Minum.


anda diajar Minum Susu yang keluar dari Buah Dada Ibu anda..bukanlah anda dihidangkan Maggie Goreng terlebih dahulu ketika anda berusia mungkin baharu sahaja 2 hari ataupun seminggu, sebulan atau setahun dan bertahun-tahunan.. baharu anda diperkenalkan oleh pekerjaan fasal kedua iaitu "Makan".


tujuan utama ambe ceraikan semua hal jadi semua detail kerana ambe ndak anda nampak dan fahami, dan ber-serious-lah dengan "Minuman"..baharu cakap pasal "Makanan".
kerana hanya dengan Minuman dan Makanan itupun anda sudah pada sedar relative Minuman dengan Rezeki, dan Makanan itu dengan Keberkatan.


Rezeki itu jaminan, kata orang "ikut celah batu pun ulat boleh hidup"..akan tetapi Ulat tidak tamak seperti kita, yang oversized dan keterlampauannya hingga menyusahkan orang lain.. kita maseh belum terjumpa species Ulat yang Jutawan kaya raya menjerut kesemua rezeki bahaginya untuk dirinya sahaja hingga makanan apapun mampu dimakan oleh seekor Ulat ataupun himpunan kroni-kroni Ulat tersebut sahaja.. Ulat tidak sekejam anda yang berpuak-puak dan berkroni-kroni untuk kepentingan anda yang berada dalam kelompok itu sahaja. dan masehlah antara ribuan Makhluk yang Tuhan jadikan sebagai yang tidak berakal, namun menjalani perintah dengan malah baik daripada anda yang berakal.
Ulat atau binatang lain tidak risau dengan Rezeki kerana mereka dah tahu dari awal eksistensi mereka jaminan itu semua tetaplah dari Penciptanya. dan Ulat bersama macam-macam makhluk kejadian yang lain tidak ada kerisauan kerana mereka tak ada Hati hanyalah Perut untuk menyimpan Kadarnya yang ada sahaja. Sementara menjadi Manusia yang ber-Perut atau Insan yang ber-Hati seperti kita pun payah untuk sedar sensitiviti tersebut yang menampung keperluan yang berbeza secara asasnya diatas nama yang berlainan, pasti ada maksud-maksudnya..


Berkat itu bukan jaminan, berkat adalah pilihan.. kerana Berkat adalah menurut Kadar apa sahaja yang ada ketika itu dan keadaannya bagaimana. Jika anda mahu makan disebuah warung yang jual Nasi Lemak sedap dikampung anda, dan kemudian setelah order, anda mendapati bahawa yang adanya cuma separuh yang sedikit aja yang tinggal dari portion sebenar.
apa tindak balas anda? marah? ataupun makan ajalah sambil complaint diatas meja makan sambil mengunyap kembali laknat yang kita kalamkan sendiri.


anda tahu bahawa dimana sahaja anda diletakkan, pasti ada jaminannya..Minuman melata dimana-mana, air sungai pun ada..bahkan hujan pun turun dari satu masa ke satu masa lain.
dalam mengkaji akan penciptaan bahan mentah Makanan sekalipun, anda tahu tanaman seumpama sayuran,buah-buahan hingga binatang semua perlukan kelembapan air, moist tertentu untuk tujuan tertentu agar sukatan tersebut menjadikan ia sepertimana yang kita kehendaki ia berdasarkan segala hal yang "pernah"..


dalam Makanan kita tahu kini(bagi yang tak tahu lah)bahawa Minuman lebihlah penting. Namun kepentingan Makanan adalah untuk memastikan kita ber Tenaga untuk guna segala keperluan anggota kita sebagai Manusia.


apa yang sebenarnya menarik bahagi ambe berbincang kali ini adalah mengenai makanan..
sebabnya kita jarang bicarakan apa tersirat disebalik nilai Makan, bukan setakat nutrisi yang lebihnya menjurus kepada hal selalunya..yang common sense mengisahkan peri hal penting Air untuk kita dan memberi contoh ibarat konon kita di padang pasir, tak ada air kemudian mati dahaga..zaman itu mungkin dah terlalu jauh semua tinggalkan bahkan di Mesir atau ditanah Arab atau Afrika kebanyakkannya dah ada simpan bekalan air bagi tempat tertentu...atau menyedari betapa "maju"nya zaman sekarang..anda tak perlu susah payah dah macam dahulu, ada kenderaan udara dan darat, ada handphone yang mampu buat satu aja panggilan untuk selamatkan anda..atau anda tiada apa-apa, bahkan pengetahuan anda yang banyak anda perolehi dari awal pembesaran anda hingga kini..sedikit sebanyak anda sudah tahu "worse case scenario" nya bagaimana dan buatnya pula macam mana..
kalau itu maseh hendak dijadikan alasan. anda beralasan sahajalah dengan diri anda, tengok apa diri anda jawab nanti sendiri ye?..


ambe adalah seorang tukang masak, dan sebelum digelarkan tukang masak, ambe belajar dengan minat yang ambe mula sejak ambe berusia 7 tahun jikalau tidak silaplah, begitu tertarik sebenarnya bila tiap kali berada di dapur melihat bagaimana Mak Chik Ana, atau Bonda sendiri siapkan untuk buat lauk apapun..adakalanya Mak Chik Ana masakkan lauk tengah hari sementara bonda masakkan lauk malam hari.


maka disitulah ambe mula bertanya apa sahaja kebingungan, hingga kenal fungsi kuali itu bagaimana..dan category jenis wok,saucepan, skillet dan sebagainya jadi tahu fungsi-fungsinya.
jenis pisau potong daging hingga reti lah setidaknya pun bezanya bread knife dengan butter knife yang pada awalnya memang disangkakan sama aja..namun adalah keistimewaannya diatas built masing-masing itu.


kemudian mengenali bahan-bahan masakkan yang asas, minyak masak yang terbahagi pada minyak sayur seperti soya, bijan, jagung, minyak zaitun ataupun minyak-minyak lain yang terhasil dari extract lain-lainnya pula..atau mungkin adakalanya boleh juga di gunakan butter sebagai option lain. bergantunglah pada apa hendak dimasak.
rempah-rempah, lada kering, lada hitam, lada hidup, lada boh semua pun jadi lagi fahamlah bahawa me-memorize akan rempah ratus inipun bukanlah kerja senang..


apa pendapat anda jika anda adalah lelaki?
hebat tak Bonda anda? ataupun Isteri anda? atau Kekaseh anda?


jikalau diperingkat itupun anda sudah pada kagum dengan mereka, anda maseh belum menyedari betapa kuatnya ingatan mereka yang bertungkus lumus memberi hidangan terbaik mereka diperingkat yang mungkin sahaja kedai makan pun tak boleh lawan, ataupun mungkin boleh kalahkan jika anda mampu bayar seberapa jumlah besar hanya untuk makan di restaurant exclusive dimasak oleh Tukang Masak bertauliah yang ada Sijil,Diploma atau Master bahagian Culinary atau Masakkan ini..


mungkin sahaja topic ini nampak lekeh aja, macam tak ada modal..namun apa anda makan itu akan beri kesan pada diri anda, jikalau niat tidak baik atau tukang masak itu adalah bomoh yang dengki pada anda, boleh aja dia ludah atau jampi macam-macam dalam makanan yang dihidangkan khas buat anda..
apa mereka pernah buat atau tidak pernah, itu maseh luar dari jangkauan anda. malahan apa pernah diceritakan melalui sejarah pun banyaknya mengisahkan betapa bahayanya makan sembarangan, Seorang Raja yang termakan Sayur Kangkung yang ada padanya Darah Tukang masak umpamanya yang dikhabarkan melalui Sejarah Melayu, menghasilkan seorang character Raja Bersiong yang mendahagakan darah dari apapun yang lain hingga mengorbankan rakyatnya, atau mungkin Kesah-kesah benar yang dimana mangsa kawan anda punya kawan punya kawan(nak jadikan ceritalah) yang terkena santau atau sawan sehinggakan effect tersebut membuktikan ada sesuatu tak kena, macam adanya rambut dalam makanan, ada kaca atau paku atau jarum..setelah mangsa muntahkan semula.
menunjukkan kebersihan Dapur itu penting dari menghindarkan pelbagai jenis penyakit yang berpotensi.


dan kemudian mendalami soal Kebersihan di Dapur, itupun 1001 hal..Kuali perlu dicuci begini dan begitu. Sudu, Garfu dan semuanya perlu dicuci dan disimpan..sebelum menggunakan itu pula perlu dicuci lagi dan dikesat dan sebagainya demi menjaga Hygenic Level..Ilmu Pengetahuan jenis makanan atau bahan untuk buat makanan yang basi, separa basi dan tidak basi perlu tahu juga kerana kita tahu Kuman itu dimana-mana..


ini semua dikatakan Kerja khususi atau asas buat kaum Wanita.
yang kemudian bila anda merenung apa lagi kerja Ibunda anda, anda mendapati bahawa Mencuci Kain Baju dan mengemas Rumah itu semuapun kerja yang berat sebenar-benarnya. kerana soal itu semua bagi ambe Wajib diambil kira bahagi kita secara in depth dan teliti, kerana itulah mungkin Kebanyakkan Agama tidaklah mengalakkan Wanita itu bekerja diluar rumah. namun bekerja didalam Rumah sahaja sudah cukup bahagi mereka..
memang kerja itu Penat walaupun nampak simple.


kerana Hakikatnya itulah Cermin Diri nya terhadap usaha dalam dirinya. jikalau benar Lelaki yang Suami itu sudah daripada me wakafkan dirinya,hidupnya dan segala-galanya hanya untuk dimusnahkan dengan menyelam segala macam risiko diluar, biar aja Isteri duduk dirumah, berehat, disamping usahakan hal Hakikat diri mereka berdua atau mungkin bertiga jika sudah beranak.. Malahan itu dalil atau bukti dimana Keistimewaannya seorang Wanita, yang jadi kecemburuan para Bidadari di Syurga.
jikalau conclusion itu ada daripada anda tak boleh pakai kerana maseh fiction lah kata anda..ok. ambe terangkan bagaimana Istimewa nya Wanita itu melalui fakta,
dimana mungkin sahaja mengasbabkan rumah yang dikunjungi tetamu pun jelas timbul perasaan naik segan dengan suasana yang sangat teliti, halus dan ber tertib..kerana ia dah berada di dalam satu tahap atau darjat yang tinggi melebihi dari rumah-rumah lainnya pernah dikunjungi tetamu tersebut.


bahagi anda yang mungkin sahaja tidak pernah ke Istana, katakanlah jikalau satu hari anda dijemput oleh Sultan Brunei, yang anda pun hairan.."apa fasal la pulak ni?"
tapi anda tiada cara lain kecuali memenuhi aja jemputan tersebut..maka pergilah ke rumah bersama teman ataupun keluarga anda, yang serba sederhana ataupun dirasakan orang susah. apa perception pertama di sudut perasaan anda bila ke sana? pastinya terharu..
maka anda kunjungi Istana Sultan Brunei dengan penuh segan, kerana diberitahu selama ini Raja ni ada adat khas dan khususnya..kerana itu mereka berbeza.


apatah mengetahui setelah masuk ke dalam Istana itu anda mendapati betapa grand nya segala benda, maju dan bermutu segala apapun benda yang ada didalam isi Istana tersebut..fikiran anda bermain andaian, bahawa adakah ini tujuannya apa? menunjuk-nunjuk atau memberitahu pada kita bahawa Quality dalaman itu penting?


kemudian anda dilayan bagai anda pula Raja, kerana Sultan Brunei yang anda kenali itu begitu Low Profile sebenarnya dari dalam Istana Baginda..tidaklah se-garang mana yang pernah diwartakan ataupun digambarkan oleh orang keramaian.
pula dengan mengetahui itupun anda dihidang minuman "appetizer", kemudian dihidang lagi "starters" seumpama buah-buahan yang istimewa, gred A dari segala A ataupun mungkin kueh manisan untuk muqadimah selera, disamping anda dilayani bahasa indah dan baik bicara lemah dan halus budi kalam seorang penguasa besar buat rakyat jelata Negara itu pun buat anda terkesima/speechless atau mungkin sahaja tak tahu menahu untuk start berbicaranya mengenai apa, kerana akal anda terlalu banyak mempertimbangkan topic sesuai disebabkan perasaan anda itu segan...


dengan bau bauan yang dari dapur dalam bicara penuh tertib itu, anda dapat rasakan "ini mesti special ni"..apatah kemudian didatangi lagi lah Permaisuri yang mengarahkan Dayang-dayangnya menyiapkan makanan diatas meja khas santapan, itupun padan buat anda malah rasanya "tidak layak" berada disitu.
kemudian diajak santap bersama sedangkan anda seorang yang mengamalkan makan diatas lantai sahaja, didalam talam dan apa ada nya sahaja..ataupun anda cuma makan dari bekas Tupperware atau Styrofoam Packaging aja memandangkan betapa "zuhudnya" anda. inikan makan diatas meja rendah ala-ala jepun, beralas Safrah/Alas Meja dan hendak duduk bertertib yang macamana agaknya bila anda sudah disatukan didalam satu bulatan Talam Emas Sultan Brunei itu, katakanlah..dan cara makan tu penuh dengan tertib mengikut Sunnah. akhirnya anda faham bahawa itu lah sebenarnya tujuan untuk anda faham sedikit sebanyak mengenai Raja, yang sebenarnya mengangkat Darjat Agama Islam itu pada tahap lebih tinggi.


Seorang Raja adalah Sultan kerana Keturunan, akan tetapi mereka tak ada option lain melainkan menerima kadar itu dan menjadi orang Islam yang benar.. namun Adat buatkan mereka terpaksa menjadikan diri mereka itu contoh yang wajar diambil contoh..Sebab itulah orang dahulu kata Sultan itu Pemimpin Agama. kerana mereka bawa Contoh Bangsa sebenar itu dalam pengamalan dan technicalities perihal-perihal yang berkaitan dengan Alam dan kita sebagai Manusia.


ini hikmah ambe sendiri belajar, hanya kerana "Makan"..ambe sering dulu pergi ke Majlis yang jauh dari tahap VIP lagi bahkan berapa V pun entahlah ndak di berlagakkan kepada para Dato' Beli atau kulibatak Setiausaha Sulit Kerajaan atau orang Berkerajaan yang ada ni, kerana ambe dilahirkan sebegini, maka ambe terpaksa menjadi seperti apa tlah ditakdirkan begini..ambe kenal apa itu tertib dari Adat dan menjadi ber Adab kerana ambe adalah Melayu...tapi, ya iyalah ambe akui orang sekarang dah tak macam dahulu, makan pakai talam pun tidak..Pinggan. Hilang sedikit demi sedikit Sunnah Nabi dalam mengamalkan cara Makan seperti apa disukai Allah.


kalau itu maseh belum cukup untuk dibuatkan contoh yang lekat dikepala anda, maka ambe korban kan ajalah humble ambe lagi dengan berlagak bahawa ambe pun belajar mendalami Islam pun dengan bersama para Tahfiz Kubang Bujuk di Manir, seawal 11 tahun dan makan guna Talam juga..memanglah masa tu ambe pun tak tahu menahu, hingga dah ke sana dan ke sini bahkan di Mesir bersama para Sahabat ambe dari Indonesia dan Malaysia pun makan dalam Talam.
Sehingga membanding tarakan dimana agaknya silap "kita" atau keturunan ambe hari ini, mungkin kerana tak lagi amalkan hal ini. Bukti dah ada dalam Museum mana-mana yang ada Talam Di Raja..tiapkali terjumpa dalam Museum aja ambe terfikir, apa itu hanya perhiasan di dinding Istana atau digunakan? jikalau sekadar berhias sahaja, Bodoh lah..kerana sekaya-kaya dengan harta dan bijak-sana tapi maseh Simpan sesuatu yang tak berguna hanya untuk pameran sahaja..


dan ambe hingga kini, maseh positive bahawa Raja yang contoh kepada Rakyatnya akan ada..yang pastinya bukan ambe. jikalau benar tak adalah, apa yang ambe andaikan ini sudah dari pasti akan dibuktikan seandainya Tuhan kurniakan ambe Isteri yang layak di Muliakan untuk membentuk Anak ambe yang akan mengajarkan reality bahawa Sejarah kita inilah panduan kembali mengenali Agama dan memuliakan Agama jauh dari siapapun pernah fikirkan..itu antara wawasan ambe lah.


andai pengajaran melenyapkan Institusi ber Raja ini sudah sampai masanya dilenyapkan di muka Bhumi ini suatu masa nanti, katakanlah..ambe akan tetap terima ini sebagai balasan saudara-waris-anak beranak yang bersusur galur apa sahajalah yang pernah dahulu dijulang sebagai pemimpin oleh Rakyat Jelata, disara oleh Rakyat, dibiaya apapun oleh Rakyat hingga memuliakan Raja kerana dizaman itu mereka faham, 1 pemimpin bahagi satu Tempat itu sudah cukup. kerana kefahaman Raja ini simbol kepada Khalifah atau Sahabat bahkan Nabi yang dipilih Allah..ambe dah berpuluhkali berusaha menasihati, memberi penerangan sebaikmungkin kepada mereka, menghulurkan bantuan bahkan dalam masa sama maseh aja kehulu-hilir muliakan Negeri atau Negara kemana-mana sahaja bukanlah kerana ambe harapkan itu Datuk, Tan Sri atau apa-apalah kecuali Agama itu benar kembali disini..tapi maseh buntu hinggalah hari ini maseh, walaupun ambe tetap akan usahakan lagi dan terus menerus..selagi ada.
jikalau dah memang tak ada, ambe lah antara orang yang akan katakan "memang padanlah dengan muka"..tanpa segan silu.biarlah..


berbalik semula dengan "Makan" yang penuh tertib dan berhalusnya.. anda tak patut sebenarnya perlekehkan, itu Rezeki..yang tlah ditentukan oleh Tuhan buat anda.
yang jika terjatuhlah satu hari itu diriba anda cebisan Lauh Mahfuz/ketentuan Tuhan. ambe tak akan terkejut jikalau ia termaktub belaka segala gerak-geri, laku dan keputusan anda pernah,akan,sedang lakukan baik dalam apa jua kelakuan anda kerana Allah maha Bathin dalam apapun jua Hal yang dicipta oleh Nya, apatah menyedari dari awal lahir anda hingga mati di Dunia SEMUA dah ditentukan..kerana pesanan dan penyampaian Rasul-Nabi-Sahabat-Khalifah-Waliullah semua memberi penerangan yang akhirnya memberi anda untuk sekadar PILIH aja yang mana.


dan jikalau anda payah untuk hargai SIAPA ALLAH, SIAPA RASUL,SIAPA SAHABAT,SIAPA WALI..
maka balik sahajalah lihat apa ada untuk hari ini, makanan apa yang tersedia berbagai bentuk dan cara pembikinan yang bersepahnya..apa itu semua sebenarnya hendak dimuatkan ke dalam mulut dan puaskan Nafsu anda yang akhirnya berakhir di perut dan dibuang lagi yang berulang hari, berulang kali berlaku hal yang sama juga..kerana anda atau ambe tak boleh nafikan se-sedap apapun tetaplah Najis.


kemudian anda proclaim kan Hidup anda adalah bererti? dengan cara demikian?


kalau keadaan anda tak menentu kerana study luar negara ke apa ke, anda jauh dengan keluarga ambe fikir tak ada lah hal nya untuk tidak makan apa yang tersedia dimana-mana tu..anda pilih dan makan.
tapi perut ambe, ambe tetap akan kata selera ambe masehlah tukang masak yang ambe kenali apatah ambe sayangi sepenuh hati..kerana tak mungkin orang yang ambe sayangi itu akan buat yang tidak baik pada ambe, kalau buatlah juga..setidaknyapun ambe sudah tahu bahawa ambe sudah cuba menyayangi individu tersebut dengan sepenuh hati dan begitu mengelak andai benci terhadapnya itu wujud dalam hati. nauzubillah lah yang demikian..


selagi tidak terdesak, ya..ambe makan apa yang mengalir dari air tangan orang ambe sayangi..masakkan yang menimbulkan SUKA itulah penentu dan penilai Hakikat tukang Masak tersebut.


dan Kesah Benar dari Hidup ambe (mungkin seperti anda juga pernah lalui),
ambe ambil contoh paling ringkas lah untuk kefahaman pembaca..
Bonda ambe memang terkenal sangat dengan Masakkan sedap dan pelik-peliknya, yang sering aja direka cipta masaknya begini dan masaknya begitu..walaupun Lauk yang sembarang, tetaplah Sedap. dan adakalanya sebagai anak, kita pernah juga berada dalam condition yang memang paling Hipokrit kerana ada masa yang jarang-jarang berlaku itu masakkan Bonda ambe dirasai agak kurang sedap, kurang manis-kurang pedas dan sebagainya..
bila Bonda bertanya "Sedap tak?"..ye ambe tahu jawabnya mestilah "Sedaplah"..
itu pada peringkat 6-9 tahun seingat ambe.


pada peringkat belasan, ambe memang kuat complaint..hingga Bonda ambe pun kadang terasa Hati.
sungguhpun begitu kurang ajar lah ambe, bila difikir semula..ambe cuma bercakap yang mana betul aja..dan dalam 10 masakkan umpamanya mungkin sahaja 1 aja yang kadang ada tak kena. maka ambe beritahu, namun begitulah ambe yang memang sarcastic.


bila ditenung sekarang, diimbas kenangan.. baharulah ingat kembali bahawa "kebetulan" ketika itu Ayahnda ambe bernikah dengan orang lain, Bonda dikeadaan itu semestinya payah bahagi Wanita mana-manapun terima hal itu, sedikit bergolak lah dengan Jiwanya.. dan mengaitkan itu lagi pernah setelah itu pun ambe rasa memang tawar lauknya, ambe tegur hingga malah menyinggung perasaan Bonda yang nyaris aja menumpahkan air mata kerana ambe.
"kebetulan" lagi, keluarga kami menghadapi crisis dihari tersebut. dan oleh kerana jarang sebenarnya Bonda ambe masak tak sedap, kurang sedap itupun sangat jarang..sebab itu ambe fikir sendiri untuk cakap demi pengetahuan dan keyakinan ambe bahawa Bonda lebih baik daripada menghasilkan masakkan seperti ini..


setelah beberapa kali berlaku itu ambe memilih untuk berterus terang, hingga Bonda jadi ceria selalu walaupun berada dalam condition apapun, di dapur..Bonda seolah-olah orang lain, seorang makhluk Tuhan atau dipengetahuan ambe seorang Wanita yang paling tinggi nilai Syukurnya, kerana Bonda sering bertasbih dalam nyanyian ketika masak..mungkin itulah "Mantera" nya kepada sang Khaliq dan itulah Rahsianya. bila ditanya "masak apa hari ni Mak?" beliau akan menjawab dengan senyuman yang tak pernah fail untuk buat ambe rasa happy dan sekarang merasa agak sedikit sebak dan ber emosi..hahahaha..


Bonda adalah Guru sifat Keibuan yang sepatutnya ambe ajarkan kepada Isteri ambe nanti,
sifat Rahim pada diri yang sebagai lelaki yang memang Rahman sepenuhmasa.
Dengan ketulusan yang menerima diri ambe ini Bodoh dari kecil, dengan Bonda yang mengajar ambe bermacam-macam recipe hingga kini ambe ada macam-macam Recipe hingga boleh lah buat Nasi Goreng, Cucur Udang, Mee Goreng, Mee Soto, Bakso, Nasi Dagang, Lemak sebagai antara Recipe yang dikirakan Basic lah.. masakkan luar seperti Chicken Chop, Lamb Grill, Pizza, Pasta, Spaghetti Marina-Carbonara-Bolognese , Fettuchini hingga yang antara paling rumit yang berhalus itu adalah Sushi kerana banyak procedure/langkah-langkahnya.
dan ketika musim Ramadhan dahulu, ambe akan sibuk berada di Dry Kitchen Rumah bantu buat cake lapis yang bermacam-macam rekaan Bonda, dan kueh wajib yang selalu dibuat adalah Kueh Tart Nenas, Cake Biskut dan Pudding Roti atau Buah..


dan berterus terang dan jujur pada diri kerana Apikalam ini sepertimana anda ketahui sebenarnya adalah Pembakaran segalanya yang mungkin sahaja ambe rasa ambe miliki..ambe sebarkan sedetail mana mampu jari mengalirkan abjad berselang silang seli A untuk pergi ke B terus pada C atau D ke E semua itu tidak mungkin berlaku andai ambe tidak tulus dengan diri. dan hairan ambe terhadap diri sendiri kerana catitan ini tak adapun dirangkakan atau di point form kan..ini semua tak dirancang untuk disusun malah ambe hanya perlukan satu topic yang khusus untuk difikirkan seketika kemudian teruskan aja menulis..maka maafkanlah ambe didalam menyampaikan ini ada salah dan silap.


tapi tidaklah mungkin andai penceritaan posting "Makan" kali ini dicetuskan oleh seorang Kakak bahagi diri ambe, walaupun familynya lain dan background kami lain. Diatas asbab ambe kenal Sahabat ambe perkenalkan diatas alasan untuk jadikan dirinya bakal Isteri maka Tuhan pertemukan ambe dengan dirinya..maka yang adapun bahagi ambe kenal lagi bilamana pernah diajak ke rumahnya suatu hari itu bersama sahabat ambe maka menjadi lebih kenallah dengan anak-anak nya dari pernikahan yang lalu..


menjadi Janda, itu satu tanggungan yang berat sebenarnya..anda tak berada di condition itu..ambe mungkin tidak akan pernahlah berada di keadaan tersebut kerana ambe adalah Lelaki.
dalam pemerhatian ambe lah, bila mendengar zaman Nenda ambe..tiapkali disebut "Janda", ia agak pelik kerana dikeadaan sesebuah kampung itu sangatlah jarang akan ada Janda ini kecuali Balu, dimana Istilah Isteri yang Suaminya sudah meninggal Dunia..sekarang mungkin lain lah, sebab istilah Girlfriend atau Tunang sebelum Nikah ini dah macam Isteri dah..ambe sendiri pernah amalkan sebelum sedar kerapuhan Istilah Tunang atau Girlfriend hingga memilih untuk tidak Yakin lagi..melainkan Isteri.


"Janda" senang cerita itu adalah "Hot Stuff" kerana mereka lah antara modal bicara orang kampung, jika community kampung itu kecil maka cerita "Janda" ini akan jadi semacam "Front Page" akhbar gossip harian.
yang perlu kita peduli adalah mengelakkan Fitnah andaian kerana mungkin sahaja apa disampaikan dari mulut ke mulut jadi semakin mengarut..olahan fakta jadi fiction. barangkali mungkin sebab itu Nabi katakan Nikah janda itu adalah Sunnahnya..untuk bela Nasib kaum Wanita yang sebegini lah.
wallahualam..


namun didalam rakan,kawan,kenalan ambe yang juga ada Janda..ambe lihat mereka jauh lebih bersungguh dan serious dalam hubungan/relationship, kata orang Trauma atau Phobia dengan Sejarah silam.. Mentality sebegitu lah sebenarnya yang perlu bagi Wanita mana-manapun, takkanlah perlu dijadikan Janda terlebih dahulu, baharu ndak Sedar ini semua benar.
dan itulah yang ambe terpandang pada diri si bakal Isteri Sahabat ambe..beliau ada anak namun maseh berusaha untuk kerja, dan duduk pula di tempat yang agak High Class..tapi mohon janganlah salah faham dengan istilah High Class aja itu yang buruk, dari pengalaman selama kecil hingga membesar kini ambe boleh katakan bahawa antara orang berselera High Class inilah Perfectionist dan Sebelah Kiri itu hanya tak ada sebab untuk jadi apa melainkan Berlagak aja lebih..akan tetapi grade penilaian ambe terhadap Sahabat ambe ini dia adalah Perfectionist.


yang berusaha lebih pada kemampuan, agar anak-anaknya menikmati apa sahaja dengan aman agar apa anak-anaknya mampu jadi nanti jadi usaha yang lebih dari itu lagi..itu ambe andaikanlah.


kerana apa kita ndak pertikaikan soal Agama kepada orang yang berada dalam condition "Janda" yang kerja bagai ndak rak bila tiada "Imam" dirumahnya? ambe tak salahkan mereka walaupun mereka itu orang yang tidak lagi bertudung, malas mengaji atau apapun..namun maseh berusaha dengan apa adanya dari mereka atas kebaikkan anaknya.


mungkin anda pada bingung, apa kaitannya dengan Makan dari awal tadi dengan Sahabat ambe yang Janda ini?


atas sebab masakkan beliaulah antara yang boleh ambe katakan hasil Kaseh Sayang yang dicurahkan didalam masakkan.
kerana memang benar kata orang tua, diantara orang-orang yang berada dalam category "susah" atau "teraniaya" inilah yang faham apa itu "Asam Garam Kehidupan"


dan bahagi ambe maseh kebanyakkan penyampaian yang tanpa bukti yang teguh terutamanya pada soal kekeluargaan hingga ke soal Isteri.
namun apakah semua ini anda tak nampak, tak faham dan tak mengerti sedangkan semua ini berlaku dihadapan pengetahuan anda sendiri untuk mengenali apa itu "Asam" yang masam rasanya dan ada manis ada kalanya, kemudian ada pula "Garam" yang masin dan adakalanya tawar juga..


apabila sampainya pada soal "Kehidupan"..itu bermula dengan berfikir mengenai Mati.
kerana bila mereka sedar semua sebab sudah Mati dari usaha selama ini,
mereka akan menemui apa itu Hidup.
setelah mereka bertemu apa itu Kaseh...yang sudah di Wariskan oleh Tuhan kepada kita semua.


yang memiliki Akal untuk Berfikir, Kalam untuk Berkata, Hati untuk Merasa dan Roh untuk Mendamba..SIAPA HIDUP bahagi mereka yang melengkapkan dirinya yang dua agar sempurna?


buat anda yang membaca sudah berkeluarga, berusahalah..
buat anda yang belum, berusaha..sekuat-kuatnya.


KBD