Monday, October 24, 2011

LEVEL IGNORANCE


Bola Sepak- Murtad - Muammar Ghaddafi - Yue Yue

apalah kaitannya?

ambe dan anda sudah dilahirkan subur dari community pemerhati dan pembaca berita, yang memerlukan information untuk mengambil "modal cerita" di warung kopi pagi hari seraya menjamu Teh atau Kopi maka kini dijatuhkanlah semacam kaitannya antara 4 hal utama yang dapat dikaitkan?

atau bahagi mereka yang kurang teliti dengan berita tersebut, izinkanlah ambe menurunkan serba sedikit chronology ataupun rentetan Sejarah sa demi sa buat fahaman kita bersama..

Bola Sepak

Pertamanya kita cerita apa yang berlaku terkini pada sejarah Sukan Bola Sepak Malaysia,
yang tergaris kini kejayaan 2 Pasukan Gergasi dari sebuah Negeri yang dianggap "Kampung" oleh sesiapapun..bila disebut "Terengganu" aja orang akan memperlekehkan dengan ejekkan sinis.
yang sejak awal dahulu ambe mula berkecimpung atau serta menyelami Dunia Bola Sepak Malaysia ataupun Eropah dari tingkatan 1.
yang pada awal ketika ambe membuat keputusan untuk serta Team Bola Sepak sekolah ambe itu adalah pada hari perhimpunan pelajar Block Baharu yang terdiri daripada semua pelajar form 1 dan 2. dan juga ketika semua ditanya "Siapa hendak serta pasukan Bola Sepak Sekolah Menengah Sultan Sulaiman?"
antara orang yang tampil ke hadapan khayalak ramai untuk di kumpulkan bersama yang lain itu adalah ambe, dan ketika itu ambe tak tahu sebenarnya mengapa ambe beranikan diri untuk kehadapan sungguhpun physically ambe dah out. Maka ketika usaha memberani kan diri itu berlangsung, ambe bahkan ditertawai oleh sebahagian besar para senior form 2 dan juga segelintir kecil form 1 juga yang mengutuk keras physical ambe yang agak gemuk dan bukanlah figure orang sukan.

dan hari pertama pun berlalu, petang selesai itu ambe maseh kebingungan.. tertanya pada diri apalah posisi ambe dalam team bola sepak ketika itu memandangkan disekolah rendah ambe sudahpun di "peralatkan" hanya untuk bayar yuran pertandingan bolasepak ataupun sponsor meja Ping Pong, namun waktu perlawanan ambe pun tak dipeduli oleh sesiapapun.. Diminta Bola untuk di pass pada rakan lain pun jauh dari apapun.. akhirnya kerana physical ambe ketika itu demam namun tetap datang juga untuk merasai bagaimana best nya bola sepak ni, berserta mental weakness ambe ketika sekolah rendah membuat keputusan di "peralatkan"..
namun diketika sekolah menengah itu menjadi pengajaran khusus kepada diri ambe, peringatan bahawa jikalau ambe hendak menjadi antara key player yang penting maka ambe perlu pentingkan diri terlebih dahulu, usaha kan diri dengan penuh kesungguhan..

akhirnya dipendekkan cerita, usaha ambe membuahkan hasil, menjadi Goalkeeper kerana itulah benteng terakhir bagi setiap pasukan..
dan sepertimana tlah ambe ceritakan pada posting sebelumnya ambe terpilih mewakili sekolah-daerah-Negeri sendiri keperingkat Majlis Sukan Sukan Negeri. Hingga kemudian ambe diserap sebagai squad junior Academy PBSNT bersama rakan lain yang kini maseh beraksi bersama Pasukan Terengganu, T-Team ataupun club bolasepak luar dari negeri, hinggakan naik hairan lah pula mengapa kalangan "star" atau jaguh Sekolah dan Academy Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu waktu ambe bersekolah itu bukan yang menyerlah namun orang yang kurang jadi bahan bicara orang ramai ketika itu pula yang menyerlah?
sedangkan priority kepada para "star" ketika itu sudah diberikan sepenuhnya, ada dari mereka yang "fly" tengah malam untuk mencari bapuk atau pelacur itu didiamkan sekiranya tidak diketahui secara terang-terangan dan ada pun mereka yang malas training dan saja-saja buat injured pun didiamkan aja..

ketika itu lah ambe menilai mereka dan bertanyakan soal yang sama sepertimana anda pernah tanyakan,
"kenapa bola sepak Malaysia tak sehebat seperti di Eropah?"
apa orang Eropah ini Pro manakala kita tidak?
soalan yang sama seperti yang kita soalkan pada subject seperti "Photography, Music, Kerajaan dan sebagainya"..

masaalah utama kita adalah tetap Sikap atau Attitude, dimana titik mula apapun tetap memerlukan perubahan diri dahulu, initiative kita terhadap usaha yang kita inginkan tanpa mengira apa kita ada menjadi pelaburan yang menjanjikan kerugian jangka masa pendek..
dan ini pula dibahaskan lebih mendalam pada tajuk kedua iaitu "Murtad"..

Murtad


jikalau anda seorang pencinta Sejarah, seperti ambe lah kononnya.. anda pasti akan tahu langsung bahawa issue ini bukanlah hari ini, semalam, minggu lepas, bulan lepas, ataupun tahun kelmarin..ia tlah berlaku semenjak mula wujudnya Istilah "Agama"..
dan buat pengetahuan yang maseh belum sedar 100%, sebelum seseorang itu masuk Agama yang lain mereka harus Murtad dari Agama asalnya terlebih dahulu.
bahagi yang kurang nampak itu lagi, maka ambe simpulkan sedikit pemahaman technicalities dalam menyaksikan sendiri apa yang tlah kita atau sedang kita antara kita sendiri lakukan sendiri pada harian kita.
dimana perjuangan atau susunannya untuk berkerja, kemudian bertukar tempat kerja lain. katakanlah anda dahulu pekerja Maybank, suatu hari anda berpindah di CIMB Bank atas alasan tawaran yang lebih baik, promosi yang mantap dan layanan yang memuliakan..budaya yang tidak penat berusaha ke arah yang positive.
tadi ambe ada sebut kan soal Professionalisme, dimana soal inilah factor utama diatas usaha apapun kita dipikulkan.. mengambil Profession itu sebagai suatu visi yang berupa InterNational.
Mungkin sahaja pekerja Maybank teruk PR nya atau sebagainya dan CIMB Bank yang kuat merugikan diri mereka untuk tujuan promosi. akhirnya anda memilih CIMB kerana Privilege ditawarkan itu lebih baik dan jelas benar "CAKAP SERUPA BIKIN"..

Harfiah maksud Murtad adalah lari dari ajaran asal.menyimpang.belot.

dan andai di Universe kan maksud itu, berapa banyak hal tlah kita Belot dengan diri, teman, keluarga, kawan ataupun rakan?

Jika kita mengambil Agama sebagai Peranan dan Islam sebagai Kerja. anda pasti mengambil langkah se Professional mungkin agar mempromosikan Islam tersebut oleh kerana tlah terbukti pada diri bahawa kejayaan itu ada.

oleh kerana itu sebenarnya kepekaan kita melihat ia secara global issue apapun penting.
dan penegasan ambe disini JANGAN CAKAP seperti anda DAH TENGOK apa berlaku diluar sana secara keseluruhan.

dua hari kelmarin ambe bersama para Sahabat, Kumpulan Dendang Anak menerima jemputan untuk sebuah majlis yang agak "gempak" la bila pertama kali ambe secara peribadinya terdengar.
bukanlah apa, kita semua tahu bahawa membuat perhimpunan, demo atau kempen sebesar manapun. tetap KERJA itu lebih penting dari berbincang semata-mata, namun outputnya hanya dilaksanakan oleh segelintir sahaja..

waktu tiba dari Terengganu lewat pagi bertolaknya, sesudah makan maka kami segeralah menuju ke Stadium Shah Alam dimana pentas Event "Perhimpunan SEJUTA umat" yang dijayakan oleh para NGO-NGO yang ditubuhkan untuk menentang usaha Memurtadkan Orang Islam yang dilakukan oleh mereka (yang dikatakan oleh merekalah) TIDAK BERTANGGUNG JAWAB dan JAHAT.

sound check yang hambar dilakukan lebih kurang setelah datangnya geng "Nasyid".
begitu juga esok hari, dimana mengharuskan kesana awal..tak sempat menghabiskan soundcheck. adalah se ekor Anjing Gila ni datang dengan Haler nya untuk suruh kami segera hentikan sound check kami kerana katanya ada sidang taklimat(yang kalau difikir logic, boleh aja dibuat luar dari stadium)..namun itupun sudah daripada kami mengalah lagi.

hinggalah Event sebenar berlangsung, 60 orang peserta Nasyid "Munsyeed" mendendangkan lagu-lagu mereka sebelum memberi laluan kepada Dendang Anak.
dan setelah itu yang kelihatan hanyalah lebih kurang suku dari stadium aja dipenuhi sedangkan tema dan target nya adalah 1 000 000 JUTA orang..

sebelum Kumpulan Dendang Anak membuat pembukaan, adalah announcement yang agak marah kerana katanya ada "orang tak bertanggungjawab" sedang mengedar risalah "Agama nya" sepanjang berlangsungnya event tersebut. dan disarankan pada orang ramai agar "tangkap"mereka..
ambe tidak semena-mena ketika itu juga merasa agak berang dan pada masa sama merasai betapa sedihnya dengan cara kita, orang yang "Islam" menangani masaalah tersebut dengan "fight fire with fire" sedangkan tak ada jalan penyelesaiannya pun api dengan api bahkan membakar semua hingga tiada dengan sia-sia.

selesai berdendang, adalah lagu medley Intifada, Rabbani dan Iman Mutiara, Raihan hingga ditutupi dengan Asma Ul Husna yang dinyanyikan beramai-ramai. ambe dariantara yang memegang microphone dan menghadap audience pada melihat ramai antara masyarakat yang hadir langsung tidak menitikberatkan Nama Tuhan mereka sendiri. bahkan boleh Minum Air, Makan sambil bernyanyi..macam lagu Selamat Malam, Faizal Tahir aja..sambil-lewa.

hingga rasanya macam nak soalkan aja "dimana kemuliaan ALLAH ketika disebutkan?"
namun reaksi mereka bahkan mungkin anda yang membaca "eleh! macamlah bagus sangat tanya-tanya orang macamtu"..apapun Nasihat tetaplah Nasihat..

satu sahaja rumusan dari ambe secara peribadi, sebuah Event Besar yang sia-sia dan hanya habis disitu aja.. penuh dengan berhala-berhala ideology pembawakkan sendiri yang mementingkan kedudukan masing-masing..nak kata apa, katalah ambe tetap akan katakan itu kerana tugas orang yang Islam pun sudah menampilkan negative side, yang konon tegas tapi bodoh dan tidak diplomatic.

dan bara ini ambe sudah memendam sejak bulan Ramadhan kelmarin disebabkan serbuan ke Gereja kerana katanya ada usaha pemurtadan berlaku, kita beriya-iya katakan itu perjuangan.
Rahman dan Rahim pada Bismi Allah.. pun ringan-ringan kita perlekehkan dalam laku sendiri.

Kemurahan yang kedekut, banyak pertikaian..sementara Rahim kita tak pentingkan Kaseh sayang sesama saudara, tapi hanya Kaseh pada Duit dan Duit dan terus Duit...
kita lah rakyat yang tidak langsung bersyukur.

sepertimana yang berlaku di Libya kelmarin..Pada tajuk seterusnya iaitu Muammar Ghaddafi.


Muammar Ghaddafi


Dunia digemparkan oleh pembunuhan beramai-ramai terhadap President, Pemimpin Libya yang dijatuhkan oleh Rakyat nya sendiri baharu-baharu ini..
dan mengetahui itupun anda jadi extra sensitive dengan prihal Politic setelah penggulingan president Mesir yang dikatakan zalim juga..

ambe jadi lebih tension sebenarnya dalam mengetahui ini belaka berlaku tanpa ada contoh mulia yang ditampilkan oleh orang Tua dari kita, yang beriya-iya suruh dan paksa kita taat atau Obey the Laws yang mereka bikin untuk patuhi sedangkan yang menghancurkan itu tetaplah dari kalangan mereka juga. yang melempang anak-anak kecil kerana saling berebut kan gula-gula yang dibeli di kedai runcit belakang rumah, namun tiada usaha mengadili mereka.. kita perlu terima, sebenar-benarnya kita memang semuanya kebudak-budakkan.. yang mendewasakan kita adalah Pengalaman.
yang mematangkan fikiran kita adalah Pemimpin,Imam,Mentri.
yang menenangkan hati kita adalah Ibu Bangsa, Bonda Keadilan dan Ummi Kesyukuran.

bila pantulan sifat berebut-rebut itu wujud, anda tahu bahwa itu sifat yang dipinjam dari childhood kita semua..tak payah cakaplah tak ada orang pernah berebut masa kecil dahulu. semua pernah.

bahkan Pemimpin sekalipun perlu jadi budak-budak kembali dalam soal keterbukaan fikiran, kerana langkah itu sahaja lah me "maksum" kan diri..suci bersih dari apapun sifat ke Akuan, kerana tugas Pemimpin itupun perlu fikirkan keSucian. namun bukan berlagak suci. usahakan kesucian.

akan tetapi apa yang ingin di ketengahkan disini adalah melihat kehijauan rumput diseberang sana seandainya ditempat kita pijak ini adalah kering dan tandus.
ambe tertarik dengan "Muammar Ghaddafi" bermula ketika satu persidangan Dunia yang dihadiri semua termasuklah America dan Israel sendiri, yang selain daripada pemimpin dari Iran itu adanya Muammar Ghaddafi yang tegur direct tanpa beralas kata diatas tidak adil mereka menindas nasib orang beragama Islam sedemikian. Malaysia pun tak berani nak sound. nak cakap apa lagi? Penakut Pahit! itu je lah ayatnya.. tak ada stand dan "lalang" kerana kepentingan diri.

sementara apa yang sudah berlaku, tak guna sekadar menyesali dan get on pada life seterusnya tanpa ambil pengajaran.. anda teliti elok-elok dahulu sebelum membenci Muammar Ghaddafi kerana bila ndak bandingkan dengan yang disini, beliau telah menyediakan pelbagai kemudahan seumpama memberi yuran pada kaum-kaum ibu sebanyak $5000 setiapkali mereka melahirkan anak.
dan membuat Project Pengairan Sungai Buatan Manusia hanya semata-mata untuk memudahkan rakyatnya.
ataupun jika itu tidak cukup, nak lagi pertikaikan lagi..explain duit minyak dinegaranya yang hanya $0.14 sen sahaja? KAYA dengan Minyak? Malaysia Kaya dengan Minyak, namun apa tlah mereka-mereka usahakan hanya membazirkan pada kegunaan orang dari Negara Lain dan mendapati ia lebih Untung?
jika maseh lagi ndak membenci Almarhum Muammar Ghaddafi, ambe ndak tanya bab biaya yuran Pelajaran dan Perubatan yang PERCUMA.

anda maseh belum nampak itu sebaliknya membahaskan apa beliau seorang kaki perempuan dan sebagainya..
anda tak nampak Hikmah dirinya tlah korbankan demi perspective rakyatnya agar JANGAN JADI MACAM DIRINYA..JANGAN KAGUMI DIRINYA..namun JADI SEPERTI MUHAMMAD IBNI ABDULLAH dan KAGUMI ALLAH TAALA.

dan apa BENCI maseh bertempat di fikir dan hati kita setelah sedar itu kerana obsession anda sebagai seorang pemilih Agama yang bukan seperti orang lain?

walaupun berkali-kali kata saksi bahawa Muammar Ghaddafi merayu dan bermohon maaf "anakku-anakku, maafkanku" kepada kaki pukul yang mengaku Islam?
apa anda ingin jadi orang Islam seperti itu yang judgemental dan tidak bersyukur?
lantas anda pilih Hukum Bunuh atau Matikan orang yang akhirnya sama seperti anda atau ambe, yang masing-masing ada salah dan silapnya?
Iblis pun taat pada Tuhannya dan akur dengan Laknat yang diterima padanya sebagai Hukuman nya, sama seperti Adam dan Hawa..semua melakukan dan bermula Hidup mereka dengan ke-Salah-an.

ok, baiklah..
kalau itu maseh belum cukup untuk pengajaran..ikut cara Apikalam, yang menelanjangkan semuanya termasuklah issue pertelingkahan yang tak habis-habis mengenai Agama.

lihat apa tlah Entiti maha kuasa "Tuhan" semesta alam tunjukkan melalui kesah Yue Yue dari China.


Yue Yue

nama makhluk Istimewa berusia 2 tahun yang tidak tahu bercakap apatah berfikir seperti anda.
bergema seantero Dunia dengan kesah paling sedih yang wajar dipandang serious oleh SEMUA jagat dalam pemerhatian..dan bukan me Let Go sahaja semua itu sebagai Sejarah yang BASI. namun jadi perbualan harian kita..

Yue Yue atau "Budak SAMPAH" yang dibiarkan oleh Ibunya yang mungkin terlampau sibuk bekerja, Ayahnya yang tak peduli melainkan berusaha dengan kerja juga. Hingga terlalu dibiarkan maka berjalanlah seorang diri ditengah jalan, dan kemudian dilanggar oleh Lori yang sememangnya berjalan di tengah jalan raya..dan dilenyek macam seekor kuching yang biasa kita langgar dengan penuh kebiasaan dan dengan ungkapan "oh tak sengaja!" kemudian berlalu begitu sahaja.

begitulah apa berlaku pada anak malang tersebut. yang hairannya ambe bereaksi, kenapa tak ada orang yang turun dan bawa nya ke Hospital atau bantu dirinya. setelah diterangkan oleh kawan-kawan ambe, adalah satu undang-undang dimana menjanjikan "malang" lebih hebat kepada mereka yang membantu mangsa yang akan di dakwa dalam mahkamah, tapi jika dibiarkan mati. "malang" itu tidaklah sebegitu teruk berbanding membantu mangsa kemalangan.

kerana terlampau innocentnya masyarakat Negara China yang ambe kenali keluarga Kakak Ipar ambe pun adalah warganegara China dari Shezchuan. pun bermentaliti sedemikian, yang pentingkan kerja dari apapun. hingga nampak macam Robot yang tak berjiwa, kemudian yang berjiwa pula memilih jalan mudah iaitu Bunuh Diri sebagai solution effective bahaginya..kononnya berpendapat kehidupan disana lebih elok dari disini.

ambe tak ndak salahkan atau benci Bangsa Cina kerana hal ini berlaku di Ibu Tanah mereka. namun ambe salahkan Mentality Kemanusiaan kita itu sebenarnya dimana? kerana TAK MUSTAHIL ia berlaku dimana-mana lagi. bahkan Indonesia ataupun Malaysia sendiri dah berlaku.

walhal tanpa Akal, anda tak mungkin akan sedar.. Akal lah yang menjentik Otak anda untuk berkata "itu atau ini perlu dibuat", Akal-lah Reminder anda. yang juga ada tugas berat iaitu berfikir mengenai apapun demi satu hari lengkap buatmu..

tetapi mungkin kerana anda memilih berkhayal dengan perasaan yang dibahasakan oleh Hati hingga buat anda semua lupa bahawa kita pun ada Perut. yang perut memerlukan Otak beritahu pada Akal bahawa ia kosong dan perlu diisi, maka Akal mengerah Otak cara untuk berfikir dengan apa Otak Ketahui hingga bergerak lah kemana-mana atau luahkan melalui kata-kata kerana itulah kerja cari Makan.

atau Ignorance itu tidak diumpamai apapun, anda hanya tidak adil berat sebelah sahaja dan semata kerana anda lebih ndak senang dari mengetahui Susah itupun wujud.
Siddharta Gautama Buddha dibesarkan dari Keluarga yang Kaya Raya dan berinstitusi Raja lagi hingga nalurinya ingin ketahui dan fahami dan kenali apa itu susah. sampaikan disetengah jalan dirinya mencapai tahap Nirwana akhirnya cair didalam ujian terakhir itu.
begitu juga berlaku pada kita hari ini, hanyalah ber Agama kan cara Buddha, yang susah dan senang kemudian nya sudah berani sahaja katakan itu lah Agama..sedangkan Agama itu bukan setakat memahami siapa dirimu dan Tuhan mu, namun mengajak mereka berjemaah dan BER-AGAMA.
Ganesh,Buddha,Isa dan ramai lagi Idle yang dibikin oleh andaian kita selama ini, ambe berani katakan bahawa yang angkat mereka adalah orang lain, pengikut..yang sudah meletakkan titik noktah disitu..bukanlah menyusuli lagi apa yang berada luar dari fikiran.
Ilmu Ketuhanan yang ambe setuju terima, bukan berada di Fikiran semata-mata, bukan berada di Hati untuk berperasaan semata-mata..tapi berupa Universal..seluruh.

apa kaitan antara Bola Sepak yang tampak macam topic kurang penting, mentang-mentang ambe adalah orang Terengganu..tapi bila diteliti dan diperhaluskan lagi. Bola itu adalah Technicalities, yang membahaskan perlawanan antara dua kumpulan yang masing-masing ingin kemenangan. hingga memberi Cash "Kebinasaan" melalui injury ataupun apapun yang perlu dikorbankan demi menjamin kemenangan..adapun berkata "Bola itu Bulat", ya benar..bola itulah Dunia yang digolekkan dan dipertaruhkan kita antara kita melalui pertaruhan Jiwa ataupun Harta.
pada yang suka sangat bahaskan Hukum Hakam. Jiwa anda yang kecewa kerana kalah itupun kalau ndak dikirakan sudah bidaah, yang terlampau. kerana semua tahu Bola hanyalah sukan dan yang menaikkan ia sebagai Profession adalah Orang Kafir, apatah membahaskan betting Duit..itu terang-teranglah. namun anda yang mempertaruhkan Jiwa anda demi Bola dan sanggup berbalah sebagai option kepuasan anda. itu bahkan lebih teruk.

tapi apa jawab kita? tiada apa-apa atau mungkin macam-macam bahasnya dengan dalil ini dan itu hanya tujuan untuk menangkan pendapat anda, walhal berAgama bukan ideality nya untuk menangkan siapapun betul atau salah. namun KEBENARAN yang disaksikan bagi mereka yang benar serious untuk ketahui,fahami dan terima. tapi tetaplah bergaduh dan mengumpat, itu ajalah optionnya.
dan Ignorance inilah yang paling kita biarkan.

kemudian kaitan issue Murtad, itu jelas dan terang, berkempen, pidato, sekadar Puisi dengan Madah Indah tanpa apapun usaha itu dah sia-sia..Bazir itu pun dah dikatakan Amalan Syaitan. anda nak kata anda Umat Islam yang sentiasa membazirkan SABAR anda demi kemarahan anda yang kononnya berjiwa Agama lah kononnya..anda marah orang yang andapun tak kenal, dan pokoknya disini tetaplah orang Christian hanya melakukan kerja mereka, anda bahaskan Islam Agama Negara kita sedangkan anda tak dapat nafikan Pemimpin Kepala pun tak tunaikan perlaksanaan tersebut. yang berada disamping pun tak amalkan Fatonah melainkan hanya mengajak penganut didalam masjid untuk berperang sesama saudara sendiri..
ambe tak salahkan Christian, tak salahkan Pemimpin, tak salahkan UtusanNya, tak salahkan Tuhan, namun diri..dan ambe menulis inipun diatas seribu satu penyesalan ambe sendiri yang cakap banyak tapi hanya maseh berada pada lisan ataupun yang dah buat apa yang paling mampu dalam apapun medium dakwah termasuklah Dendang Anak sendiri yang kami diperingatkan berpuluh dan ratus kali kita BUKAN Artist..namun adalah Orang Seni. yang original dan memperhalusi diri dan menyampaikan apa sahaja dengan penuh jujur. setidaknyapun..

Beralih pada Issue Muammar Ghaddafi pula, itu contoh kita pada Pemimpin yang ada. kerana apapun Pemimpin tetaplah Cermin pada diri kita, buruk apapun kita berada dibawah. Pemimpin yang ada itulah yang dipilih oleh Tuhan kepada kita melihat pada Tahap Mana sebenarnya kita ni.
daripada anda marahkan Pemimpin hari-hari, kenapa tidak anda berusaha repair apa yang dah dibinasakan.
cuba fikir dengan jernih, AKAN ADA KAH PEMIMPIN YANG BAKAL MEMPERSETUJUI KEHENDAK KITA YANG BERJUTA INI?

TAKKAN ADA.

alangkah Sabda Rasulullah pada Akhirzamanpun dah bicarakan pada kita, kedatangan Imam Isa dan Imam Mahadi itu DIBURU OLEH SATU DUNIA. menunjukkan siapapun yang belum sedia bermentality yang universal dan memahami kehendak sejagat yang menyeluruh satu Dunia payah untuk terima kedatangan mereka di akhir zaman.
anda sedapkan hati "tak apa, ada Iman pada diri InsyaAllahnya"
cakap ringan nya, seperti suatu kerja yang mudah. sedangkan Iman dihadapi Sendiri demi keyakinan. Iman bermaksud Yakin. anda tak confident dengan diri, macamana nak confident dengan orang?
itulah yang berlaku hari ni. anda sering hipokrit dengan busuk hati pada kawan-rakan-teman ataupun keluarga anda demi pembusukkan yang langsung tak memberi ruang dan peluang yakin padanya untuk buktikan..

bagaimana kita hendak bantu anak-anak seumpama yang berlaku pada Yue Yue?
apakah dengan sekadar menangisi dan meratapi nya akan membuatkan Dunia berubah?
perubahan itu bermula dengan anda yang sendiri, tanyakan apa penyelesaian buat masaalah Ignorance sendiri itu yang tidak peduli dengan nasib orang lain sementara anda memburu juangkan nasib sendiri agar lebih elok.. teruk benar Tuhan dan Nabi jika cara anda begitu, dan menjawab takkan menyelesaikan apapun kecuali cuba hadam dan telan fakta atau theory ambe perturunkan ini, kerana semuanya sudah ambe usahakan, tunaikan, laksanakan sepanjang hidup ambe yang maseh Mentah ini.
ambe maseh perlukan anda yang membaca menilaikan sendiri dengan menatap reality sebenar..

apa sedang berlaku hari ini dan semalam, dan apa akan berlaku nanti?

tak guna jika kita setakat menyeru tapi tak buat apapun. paling tidakpun set an example untuk sesuatu yang mungkin dibenci ramai orang kerana bercanggah namun anda perkirakan ia KEBENARAN.
ambe tlah set kan example orang yang paling patut anda benci,meluat,meloyakan,menggelikan atau jijik..
itulah ambe.

dan ambe tak kesal apapun, walaupun jiwa ambe memang sunyi..hingga pertunangan dari alamat mimpi ambe dengan "Liv Tyler Bertudung" itu dilamar oleh Orang Tua ambe sendiri. itu cukup mengusik jiwa ambe..menyakitkan lagi sebenarnya. kerana ia bukan kenyataanpun..

yang semenjak nama dan kesah "Liv Tyler Bertudung" itu wujud, ambe terima kehancuran rakan-kawan-teman yang sebelum ini boleh bercakap dan meluahkan apa sahaja tetapi hari ini semua dah tiada. ambe sunyi, ya. dibenci, ya.
di Ignore, ya.

tapi ambe menikmati Indah Cinta sebalik ini semua, yang tak mampu ambe describe kannya..walaupun seketika cuma, itu sahaja lah Ubat bagi Jiwa ambe. yang berkadar SEMENTARA.

walaupun full timer, memang sebagai apapun ambe usahakan untuk jadi..ada sahaja perkara yang dibenci. kerana jika mereka tak benci ambe, mereka akan beritahu apa cela ambe..hingga hari ini ambe dibiarkan sendiri walaupun dihadapan khayalak ramai, ambe tetap sunyi.

hanya pesan ambe,
perhatikan MENTALITY IGNORANCE anda selama ini..apa benar kita Peka sedangkan kita sengaja Pekak-kan semua, apa Peduli anda  pada diri dan sendiri anda yang kenal Keagungan Tuhan dan membanggakan Tuhan melalui Tugas-tugas mereka yang tlah Syahid dahulu?

Berfikirlah dan nilaikanlah sendiri.
dimana anda sebagai "Kita" yang mengertikan pepatah Ignorance is a Bliss?
apa anda Bahagia dengan Khayalan? mungkin iya, namun apa anda lebih Bahagia dengan Khayalan yang disatukan dari semua orang anda kenali?
jika itu persetujuan kita..

Usahakan.
kerana takkan tercapai ia begitu sahaja..jika Dunia hari ini tiada yang free, buatlah Investment dengan mengatasi Level Ignorance itu.

KBD