Thursday, November 3, 2011

PENAT


Persoalan demi persoalan sering kita pertanyakan,
Subject utama harian anda adalah Mathematic kerana element yang empat seumpama + , - , / serta x adanya.

Nisbahnya tetap berakhir pada “=”,
Maka setelah jawapan itu anda dapat hasil dari percampuran, penolakan, pembahagian atau kali itu JAMIN kepuasan anda?

Sudah tentunya tidak, kan?
Kerana ia tetap mendahagakan Soalan yang berada diatas Soalan yang baharu..Jawapan dibawah Jawapn baharu yang inginnya di gali..

Dari segi arah pada Hidup pula,
Anda dipecahkan lagi dengan Circular, Spiral, Horizontal mahupun Vertical.
Adalah arah yang anda harus pilih. Hingga itu jadi panduan Hidup.
Orang yang tidak tahu arahnya kemana selain dari 4 yang disebutkan itu lah dikatakan “Hilang Arah dan Tujuan” kerana tujuannya dah tiada kemudian arahnya tak menentu hala..
Hari ini anda adalah “Anti Demokrat”, esok anda “Anti Monokrat”, minggu hadapan anda “Pro Government”, bulan hadapan anda “Communism”, Tahun ini anda penyokong Agama Kristian, Juda, Buddha, Sikhism atau Islam yang “Liberal” dan Dekad seterusnya anda pula adalah penganut istilah “Agama” yang “Orthodox” pula..

Penat. itu lah ayatnya.. ketetapan itu dah jelas tak ada walaupun berjela dan bergedung-gedung cetakkan buku garapan sang penulis mana-manapun diterbitkan. Yang kita dapati maseh pertukaran arah, anda diseret kedalam bahtera yang nakhodanya sendiri tidak tahu kemana harus tuju, siapa itu tujuan dan apakah yang dinamakan wawasan.
Orang sebegini anda semua boleh lihat, sementara untung bahagi anda yang membaca blog murahan ini kerana sudah terang-terangnya wawasan ambe tetaplah ingin semua menikmati dan meraih keyakinan itu sendiri diatas perjalanan anda sendiri, sepertimana ambe pernah lalui, sedang dan bakal hadapi nanti..

Agarnya anda tidak menjadi “Poseur” atau hidup kerana istilah “Hidup ini adalah pementasan drama” maka anda layak menyarung kan pakaian kebangsaan hanya kerana anda berhadapan dengan bangsa sendiri seraya memekik terlolong dengan Perjuangan yang dirinya sendiri takut menghadapinya.
Namun bila merantau ke bhumi Asing, anda pula pengutuk keras mengenai darah yang mengalir padamu. Disaat lain pula anda fikir “Hidup ini hanya mengenai Positive Thinking” tanpa mempertimbangkan atau fahami keadaan yang Negative tersebut. Anda katakan bahwa ia adalah “safe zone” namun itulah “atomic bomb” yang paling dahsyat dalam Hidup sejagat.
Kerana ia menggelapkan kebenaran dan mengaburkan keyakinan yang layak nya tiap Insan Saksikan sendiri.

Ying-Yang,
Hitam-Puteh,
Baik-Jahat,
Postive-Negative..

Kedua-duanya adalah gabungan atau combination yang buatkan Hidup ini “Hidup” dan Mati itu adalah “Mati” yang benar.

Kerana tidak dapat siapapun menafikan kenyataan bahawa KEMATIAN lah yang buatkan HIDUP ini lebih bermakna.
KEHIDUPAN pula menterjemahkan KEMATIAN dirinya itu nanti “bagaimana?”.

Lalu sekarang anda keliru, naik buntu dan fed up dengan garapan ambe kerana apa? Kerana ia adalah sesuatu yang sama pernah dan sudah dikarang oleh penulis manapun dimuka bhumi ini..

Nanti, kerana bukan ini yang hendak ambe ajak anda percayakan.
Tetapi diatas perasaan dan kebingungan yang benar beratlah, sebagai PEMBACA seperti anda. Ya, adakalanya rasanya benci untuk menulis..kerana feedback yang meletihkan. Jawapan yang sudah termaktub pada post ambe pun maseh jadi Soalan. Namun disitulah kesadaran ambe bahawa “level of thinking” itu sebabnya mengapa maseh wujud Mentality yang merendahkan Jiwanya menjadi Tidak berharga, Mentality yang merosakkan Bahasanya menjadi Tidak bermakna, ataupun Mentality yang membinasakan Fikirannya dalam tidak bersungguh jujur menerima bahawa kita semua serba kurang, perlu satu sama lain untuk ditambah pengetahuan apatah berbicara bahawa “Hidup” dan “Mati” ini BELAJAR SEPENUH MASA.

Walaupun sungguh reality nya begitu, ambe maseh degil mengambil jalan yang seolah-olah sama dengan mereka yang pernah,sedang dan akan lakukan hingga menambah bingung pembaca lagi..

Anda sebagai pembaca pastinya sudah penat dan letih untuk memetik buah fikir yang mana itu lebih enak untuk dihadamkan hari ini, kemudian esok dan lusa hingga tulat menjelma..anda terpaksa gunakan lagi referensi yang bermacam untuk “makan” bahan fikir yang lain.

Sepertimana anda memakan sebiji buah yang sudah buruk Isinya, dah jelas dari anda ketahui namun kerana maseh enggan menerima nasihat orang lain maka anda terima buruk padahnya melalui sakit-sakit yang berbagainya. Lalu penawar anda cari, hingga terubat sampaikan sembuh..anda maseh pilih buah yang sama, yang buruk Isinya dan juga membayar habuan sakit perut yang merosakkan system pencernaan anda dan system tubuh anda menjadi lebih parah condition-nya.

Sedangkan menulis apapun itu adalah tetap “therapy”, walaupun ia adalah Professor, Madya ataupun Dr Psychologist yang hangat membahaskan akan Penawar Sakit Jiwa,katakanlah.
Kerana yang jelasnya jika mereka adalah para cerdik dan cendekiawan yang asli dan Pure. Tentu-tentunya anda sudah mempraktikkan dan apply kaedah tersebut pada orang disekeliling anda untuk bantu orang lain dengan kepakaran anda..
Apakah ayat “bantu” itu sama dengan apa diarahkan pada Kitab atau Buku? Theology tetaplah sesuatu yang indicate, arah, suruh, perintah dan tetapkan sesuatu demi sesuatu matter yang dijadikan subject utama.

Hatta Al-Quran sendiri bahagi ambe, bukanlah sesuatu yang diarahkan. Ia adalah Perintah yang disalin ulang oleh Sahabat Rasul demi fikir mereka terhadap kerja Rasul selama Nabi Muhammad atau Muhammad bin Abdullah maseh hidup..Untuk Ummat.
Dan andai difahami harfiah “Ummat” itu sendiri, ia adalah Khas buat mereka yang sudah fed up dengan kepentingan Dunia.
Kerana “Islam” membentuk diri seorang Manusia itu mengenal Insaniah diri, yang berbeza dari Haiwaniah sifat yang dijadikan pada Makhluk lain yang kita gelarkan Binatang ataupun berjutaan Makhluk Halus atau Kasar diketahui Manusia hingga kini.
Bermakna disini, Agama yang Islam sudah sedia memberi compendium facts mengenai apa selama ini sudah berlaku dengan kepelbagaian Agama yang ada.

Dan perkara pertama untuk kembali “Insan” adalah dengan menyerah.
Surrender diatas apapun Prang kita selama ini.
Kerana “Prang” maseh = Kehancuran,
Kebinasaan ataupun Kematian yang tidak bersalah.
Itulah pri badi seorang Hamba.

 Nabi Muhammad terkenal sebagai seorang Insan yang sememangnya Buta Huruf. Jangankan anda katakan baginda itu Penulis kerana menulis itu pun bukan bidangnya. Tiada Academic Values pun andai anda nak compare Nabi Muhammad dengan orang yang diiktiraf sepenuh oleh Dunia yang lain, yang catat dan catit dengan penuh berfalsafah.

..menjadi Pembaca, memberi Review ataupun membuat Kesimpulan diatas Pembacaan..sebenarnya memang “Sick” atau Sakit Parah sebenarnya.

Pertamanya, anda adalah orang yang tak tahu apa berada di dalam Isinya..selaku melihat Kulit Buku Hadapan yang menarik dengan Statement Tajuk yang agak “Wow” hingga membuatkan anda andaikan bahawa “aku mesti beli ni”..dengan alasan ingin tahu.

Keduanya, anda consume ayat demi ayat untuk dihadamkan kenyang difikiran, sesudah membaca keseluruhan dengan tekun, anda pula bakar buku tersebut, beri review kurang baik dan membuat hypothesis tersendiri bahawa buku ni tak boleh dibaca dan yang itu lebih baik atau yang ini sangat bagus pula.

Soalan ambe, mengapa baharu sekarang anda buat review? Bukankah Synopsis itu berfungsi sebagai intipati ringkas mengenai Buku tersebut?
Atau tidakkah merasa sesuatu hal yang terbukti lebih bodoh, menghadam makanan yang datang dari Kalam orang anda pun belum kenali sehinggakan dah jadi makin tahu mengenai segala-galanya kemudian anda pula gigit tangan pengarangnya?

Itulah kerja paling bodoh sepanjang Hidup yang WAJIB bahagi ambe atau anda menyesalinya sebelum Mati.

Disini, sudah ada penegasan ambe, dasar utama ambe bukan untuk “angkat ekor sendiri” atau “melonjakkan popularity” ambe pada orang ramai agar tahu bahawa ambe adalah orang yang sangat educated, wise, intellect, perfectionalist ataupun minimalist. BUKAN.
Akan tetapi untuk mentelanjangkan diri ambe pada Apikalam ini diatas sesuatu sebab yang paling Normal dan mungkin akan buat sebahagian besar anda mencurigainya, iaitu demi Fikir kita sebagai orang,manusia,Insan yang sememangnya sentiasa bersama.
Dan ini terjadi kerana terlampau ramai yang menulis kerana rasanya hendak ketengahkan apa sahaja difikirkan, sedangkan anda berada di Internet bila meng-Google..dimana-manapun dalam Dunia ada blog seumpama itu, bahkan ahli ataupun Mantan para Technocrat sudah mengemukakan ini berulang-ulang-ulang-ulang kali..
Diatas alasan yang sama. Penyatuan.

Tak siapapun ndak perpecahan kecuali dia adalah yang sedia menjadi lebih teruk dari Iblis.
Bahkan Iblis pun ndak umat Adam berbuat jahat dan kembali ke Neraka dalam kadar ber Jamaah..tidak lari langsung dari Concept bagaimana para Utusan Tuhan lain usahakan selama ini.

Fikirkanlah. kerana ia sememangnya jujur dan disampaikan penuh dengan santai tanpa ada apapun buku disamping untuk copy paste ayat-ayat. Ia adalah garapan yang original dari ambe, hanya semata-mata untuk beri harapan seumpama ini sesiapapun boleh jadi jikalau mereka kehendaki, maka kemudiannya pula jika ada mendapati salah apapun nanti di Akhirat. Biarlah ambe tanggung. Itu sudah sedia ambe pertimbangkan sebelum wujudnya diri ambe di Alam Maya ini.

Dan buat para journalist, penyampai, tukang karya apapun..fikirlah apa sebenarnya anda hendak capai diatas usaha yang pasti membazir juga kerjanya, menuangkan beribu sungai, tasik wang demi membuktikan “oh,aku dah jalan merata-riti”..maka aku layak untuk berkata sesuatu,
Sejak bila pula orang larang kamu berkata?
Selama ni orang seumpama ini berwacana, berdiscussion ke apa ke..tak ada pula yang larang, bahkan diamkan aja ber blog bahkan ber website sendiri secara pribadinya.
Keluhkan KEBEBASAN atau LIBERALITY ORDER kerana fikirnya itu lah selayaknya, buat ajalah. Internet tak pernah larang, Dunia tak pernah larang, siapapun perlukan ruang bebas untuk dia bergerak. Jika kita seumpama zarah yang saling berhimpit, apa itu pun anda ndak keluhkan sedangkan anda tak pernah cipta apapun untuk katakan semua itu perlu percuma, gratis dan free of charge..KITA BUKAN TUHAN untuk tetapkan kelayakkan kita itu dimana, mohon hak dan rezeki sedangkan sudah tersedia melimpah ruahnya.

Bilamana seorang Lelaki consider Agamanya, ada suku dari itu memilih Islam sebagai cara hidupnya, kemudian sudah bernikah 1 dinikahi pula dua pasangan.
Issue utama yang tak habis-habis selalunya Poligamy, pertamanya ambe akui tidak pernah alami sendiri secara sah, namun practical diluar dari hubungan yang tidak sah serta penyaksian sahabat ambe yang nikah lebih dari 1 itulah membuatkan ambe jadi Yakin bahawa Poligamy itu sendiri mengikatkan diri Lelaki jauh dari Kemerdekaan. Sedangkan Istilah “Merdeka” itu bebas tanpa sebarang Ikatan.
Jadi dimana katanya Poligamy itu sebenarnya SEDAP sedangkan menjaga 1 orang disisi pun belum tentu mudah? Belum pula miniscule kan lagi pandangan kepada Mertuanya, Adik beradiknya yang dah terang-terang berkarenah macam-macam, saudara mara setelah mengangkat Akad “Aku Terima Akan Nikahnya” menjadi tanggungjawab yang sangat besar malah lebih dari sebelumnya.

Kemudian suara dimana-mana teriakkan, Agama Islam lah menindas banyak hak Wanita. Seksis Ulamanya dan sebagainya.. kita baharu diberi 2 macam Kaum yang berbeza, dah macam-macam pertikaian..sedangkan kejadian itu membuatkan kita saling kenal mengenal akan KEKURANGAN sebagai siapa kita dijadikan, maka asbab itu menterjemahkan kerja agar berusaha memperbaiki kekurangan itu agar kita kembali membawa Rahmat pada Alam,

Bukankah itu kerja Kita yang sebenarnya?

Entahlah, bingung sehabis-habisnya..
Kerana memang jelaslah di Akhir Zaman, memang ramai orang sudah jadi makin Bijak tapi lupa untuk pandang ideality kepentingan di Sana.

Ambe sengaja guna zaman ini sebagai Akhir Zaman diatas sebab keterlampauan mudah, senang, ringkas, shortcut serta discount Tuhan dan UtusanNya berikan kepada kita.

Sampai ada bangga kerana dirinya sudah persis seperti Babi. Yang malas dan bengap mirip Sloth..anda nilaikanlah sendiri berdasarkan apa Tuhan izinkan mata anda saksikan dimana-mana. Itu bukan lagi dongeng!

BACA yang sebenarnya letak pada apa anda lihat, dan tidak seharusnya menanti seseorang itu menulis baharu anda katakan itu BACA.
BACA bukan lagi khusus untuk dibukukan, kerana jika kita terlampau lurus bendul mengabdi diri dengan berbuku sahaja, maka dimanalah value anda bermanusia?
Pulak dah memang terbukti berjutaan terbitan buku dari penulis manapun cuba tafsir,tamsil,bahas,sampaikan apa sahaja subject matter nya.
Larat ke anda membaca?

malah dengan karya Music, anda BACA dengan Pendengaran dan khabarkan pada diri anda Apa sebenarnya lagu ini?
Atau membaca Sejarah kita yang kelmarin ataupun yang sedang digarap hari ini dari tingkah laku, perangai, sifat atau adab kita menghadap atau menyampaikan sesuatu.

Belum karya Bau-bauan yang anda Hidu, apa Hidung anda tlah BACA?
Atau karya Mulut anda yang berkata, Bahasa jiwa yang mana anda BACA?
Tapi kalau ndak berjalan..berjalan ajalah, mulut tidak diperlukan untuk mengorak langkah kakimu.

Pengajaran buat pembaca hari ini tetap berdasarkan Kesah Khaidir dan Musa, yang berjalan kerana Musa hendak belajar dengan Khaidir..hingga beribu soalan yang dikemukakan itu tetaplah menemui perpisahan.

Moralnya tetaplah bermula dari sendiri,
Anda ajar diri anda dahulu, sebelum menyuruh orang lain berbuat apa yang anda inginkan untuk “kepuasan” sendiri sahaja dalam membuat keputusan.

Hidup atau Mati bukan mengukurkan “Kepuasan” sebagai batu loncatan “Kejayaan”..
Kerana hanya Kehancuran sahaja yang menentukan Kemenangan.

Dan kita tahu TAK AKAN ADA SENANG dari mana-manapun selagi disini.

Pilihan ambe kemukakan untuk fikir anda kali ini adalah memilih, adakah maseh anda hendak consume ruji pemakanan yang bertemakan “Perjuangan Liberalist” , “Orthodoxist” , “Modernist” atau apa kejadahnya lagi bagi usaha anda mengelirukan anak serta Isteri anda sendiri
Atau
Anda sedia terima fikiran yang terbuka dengan menerima Hikmah Tuhan serta perkhabaran Tuhan dari kejadian demi kejadian, incident diatas incidents bahkan prang apapun yang berlaku ulangkali ini untuk anda lihat keadaan sebenar kita yang sebagai “kita”?

Ambe atau anda, tetaplah penulis dan pembaca ada masanya..
Jadi samakah bezanya?

Complaint “Penat” kerana baca terlalu panjang atau terlampau banyak soalan?
Inilah yang sedang berlaku dimana-mana oleh tukang tulis yang mengarut dan sakit jiwanya..hanya ambe sekadar memberitahu dan memberikan penerangan yang se detail mungkin agar benar difahami semoga anda menitik beratkan apa yang disampaikan sebagai sesuatu punca mengapa Fikiran kita harus lebih luas dari apa berlaku di Kampung, atau Daerah, atau Negeri atau Negara bahkan meliputi Nusantara ataupun Dunia. Tidak lebih dari itu.

Kerana sudah anda BerAgama, anda tahu bahawa Dunia dan Negara sebenar kita hanya lah di Syurga.

Bukankah ini semua Fakta?
Andai itu adalah Mitos,
Hentikan sahaja niatmu untuk kenal apa itu Agama..kerana itu technicalities mengenal “Tuhan” atau Kuasa. 

andai maseh manja kerana tersangat "Penat" ketahuilah bahawa hanya dengan KuasaNya sahaja membenarkan kamu berjuang atau mungkin, menentang diriNya.
"Penat" itu hanya alasan.

KBD