Monday, October 17, 2011

PENYAKIT: MELODRAMA

"melodrama"

adalah sebuah perkara yang di exaggerate atau disengaja lebih-lebihkan agar memuaskan "Hati",
adalah satu usaha melebarkan imaginasi didalam mendramatic akan hidup nya agar apa sahaja kadarnya jadi tumpuan, main attraction atau paling tepat bahagi membahaskan hal ini adalah pencari "Perhatian"..

beribu macam manusia berdiri diatas bhumi,
namun apakah maseh ada dari segelintir yang ada meluahkan jiwa nya ke arah menjadi sang pengabdi Prasaan ini?
jawab ambe iya, kerana ambe pun diantara orang yang suatu masa dahulu "melodrama"..
dan mungkin sekarang pembaca tertanya..habis tu sekarang ni ok ke? tak suka berdrama dah ke?
tidak.
kerana seperti drama, atau orang mencuba hubungkaitkan drama dengan hidup, mereka menjangka "Hidup adalah Pementasan Drama" itu baik.
ambe tak katakan itu tidak baik, berlakon sebagai watak yang baik adalah perlu kerana itu sahaja lah akan mengembalikan cycle kehidupan pada asalnya,
namun perlukah kita senantiasa memerangi kejahatan dan menghalau kejahatan setelah menerima unsur ke-Agamaan itu dalam hidup kita?

adalah masa yang panjang perlu ambe ambil kira semuanya kerana ia tetaplah sebuah seni lakonan yang serba Hypocrite, diri sesama sendiri. hanya diakhir target sesebuah Drama tetap sang pelakon layar itu akan cuba berusaha agar menjadi pelakon yang terbaik buat Pengarah atau Director nya.
 Jikalau ada meyakini atau merasai itu layak disandarkan pada Tuhan, maka silakan..berlakonlah menurut imaginasi apapun kebaikkan mampu anda sangkakan kerana tetap tiada undang-undang untuk menghalangpun kita dari berfikir luar dari kotak pemikiran.

akan tetapi bahagi diri ambe, dahulunya memang iya mungkinlah bahkan ambe sememangnya si pelakon watak apa sekalipun dihadapan sesiapapun..disebabkan ambe tercari-cari siapalah diri ambe.dan tidak sanggup membantah akhirnya izinkan apa sahaja macam sakit itu meresap diri, itulah imbuhan ambe terima dalam mencari identiti sebenar hingga adakalanya jadi lost kerana begitu kurang faham dengan diri sendiri..

lakonan memang perlu hebat, kena dengan tema yang dipakaikan dan padan dengan kesesuaian yang diinginkan..menurut tempat,suasana,keadaan serta masyarakat yang beradat,berbudaya atau berbahasa apa sekalipun..script harus tampak benar dihafal meskipun bukanlah ia ditulis oleh perasaan tersendiri dan expression kemahuan sendiri, tetap kerana sesebuah drama theatrical musical tertentu bahagi menaikkan lampu tinggi atau high light kepada audience mengenai message tertentu.
sememangnya itulah dunia lakonan.

lakonan buat kita terhad dengan expression beribu ingin kita luahkan, sebaliknya mengajar diri meluahkan apa yang diarahkan..hakikatnya anda tetaplah robot kepada diri anda. tiada nilai yang manusiawi apatah insani sebenarnya hanya sekadar menyiapkan satu contoh pada satu masa sahaja demi audience yang akan datang ke panggung wayang. anda punya objective yang tertentu dan yang paling membiul kan otak ambe adalah orang seperti ini sering buat-buat bertanya pada soalan demi soalan yang mereka sendiri tahu apalah jawapannya, bila kita tanya lebih mendalam mereka akan katakan bahawa ingin sahihkan lah kononnya..
walhal orang yang category nya Mellow bersama Drama nya ini sendiri begitu mudah berlawan qalam dan bersilat kata hingga mendiamkan orang yang ia tentang itu dengan kata-katanya.
kerana logical dan factual information dirinya cari.

sementara kita terdiam dan membengkak sendiri.. hinggalah berkali-kali tetap menuruti apa sahaja lakunya yang tahu tapi sahaja buat-buat tak tahu dan tidak suka sekali dipersoalkan namun sangat gemar mempersoalkan orang lain..

alangkah bingung sebenarnya melayan karenah orang "Melodrama", fikiran anda mungkin hancur dan terbina semula kemudian hancur semula hingga menyambung conclusive kata seumpama "maseh ada  lagi collections lagak ngeri nya yang pelik dalam bag of tricks nya ye?"
seperti apa anda lihat hari ini di panggung wayang, tiap-tiap minggu itu ada-ada aja film baharu..tak pernah tak ada. film genre apa pun berbagai-bagai adanya.. bayangkanlah betapa besar sebenarnya pergerakkan atau movement manusia yang Melodramatic ini, Drama Queen atau King ini hingga dah di embrace oleh orang-orang yang tidak Melodramatic hingga mencapai diri itu Melodramatic demi nama, demi famous kerana itulah climax pada soal popularity.

namun didalam hal tersebut, ambe yakin didalam dirinya ketika berjalan sendiri..mereka sadar bahawa Melodramatic ini sangatlah membosankan. anda hanya berlakon demi satu example. kemudian anda beralih jadi orang lain..hingga kawan yang begitu ramai, termasuklah peminat sampaikan keluargapun adakalanya tidak dipentingkan sangatpun buatnya jadikan diri nya sangat-sangat-sangat sunyi.

mereka dalam diam meletakkan "senjata" kalam nya,
seraya memperakui..memang sebenarnya aku penjarakan diri aku sendiri..

ambe, sama seperti sebahagian dari anda juga..yang cepat penat dengan berlakon. bahkan dengan keterlampauan tlah buat ambe naik sick sehabis hebatnya.
berhenti dengan drama sabun tengah hari namun memberi ruang yang lebih luas dengan menerima,
menyerahkan kemudian menghalakan diri pada satu arah..
menjadi penyampai perihal kebenaran. yang sendiri tlah lalui.....

itu kerja Normal bahagi orang yang banyak merasa sahaja, sementara tidak mementingkan fikirannya apa.
orang Luar Biasa pula adalah orang yang pandai menyatukan fikir dan rasa agar tercetuskan satu macam pembayang yang dijejak hingga pencarian itu benar berakhir..

ambe tak katakan yang Luar Biasa itu adalah ambe kerana ambe tahu condition ambe sekarang itu apa..
namun ambe merujuk pada anda dan orang di luar sana.. Produce Cinta dan Promote Kaseh Sayang dalam bekerja.
agar penyakit Melodrama ini harus berhenti, the show must stop.
kerana dalam bercerita,
bahkan movie hari ini pun makin hari makin mengarut rupanya..

Jadilah diri anda sendiri. yang sebenarnya tak pernah teralpa untuk mengingatkan Jiwa dan Pemikirannya senantiasa bersyukur dan terus bersyukur dengan kadar yang adanya..

Lurus dengan Jalan dan Serahkan diri pada Kebenaran untuk menentukan, kerana lawan kata tetaplah membuatkan yang betul itu nampak salah dan kemudian yang salah itu pula tampak betul.
kita bukan ndak buktikan siapa Pemenang dalam menyedari sememangnya kita akan tetap dikalahkan..

kita ndak Kebenaran agar disaksikan untuk diyakini bahawa benar Hidup ini bukan sepertimana Drama cuba ketengahkan, yang kadang lelaki pujuk wanita dan kemudian wanita pujuk pasangannya..itu semua dah berlaku dan sedang berlaku hatta bakal berlaku lagi dan terus menerus..
sehingga itupun anda sudah pada mengerti bahawa ia lebih luas bahkan infinitive kadarnya hingga Kiamat. Pengertian kita mengenai apapun selalunya bertumpu pada kelompok kita sahaja, belum tahap Daerah Lain atau Negeri, Negara ataupun Luar Negara.
itulah kehendak Agama, yang Universal.
maka singkaplah tabir semua kerana dihujung cerita tetaplah akan
Tammat.

KBD