Friday, October 14, 2011

ALAH..bukan CARA

kita maseh "ALAH" dengan satu kekurangan LAM sahaja bagi memperkuatkan diri bahawa Hidup atau Mati itu bukan lah sesuatu yang irritational kadarnya yang hanya mengakibatkan "Alahan" buat diri dalam menerima apa sahaja..
penuh kerisauan, penuh kebencian, penuh kecurigaan seperti para pesakit jiwa yang terdiri dari antara kita..
paranoid ambe bukan terhadap segala sebab musabab yang mungkin sahaja mengakibatkan penyakit hingga memudharatkan kematian.
ambe tidak ada sebarang "alah" kepada apapun, namun ber Allah.

mengetahui "ALAH" adalah kekurangan yang satu, jikalau kita kenali sesuatu hal yang Nyata maka anda bingung dengan sikap orang yang berbahas mengenai Khayalan,
bila ada bertanya padamu mengenai PERASAAN, anda hilang jawapan untuk dijawabkan kerana mungkin kepekaan anda sendiripun terhadap yang ada itupun anda kurang PERASAN.
itupun kurang satu huruf "A".

dengan memahami betapa pentingnya ejaan untuk kesadaran,
beritahu ambe berapa ribu macam hal yang tak terlesai yang terdapat dalam ruji harian dalam menghadam pemakanan "MASA-ALAH"?

terang-terang anda perlukan,
 kita memerlukan LAM yang satu lagi agar tidak LAMbat untuk memberitahu bahawa MASAALAH itu adalah MASA-nya kita patahkan semangat Syaitan kita yang kerjanya hendak menindas orang lain sahaja, kemudian menganggap itulah "penyelesaian"..

persoalan ambe pada merenung jangka masa yang panjang,

apa itu kah "penyelesaian" ataupun itukah kepuasan pada kadar sementara?
short cut?

fikirkan dimana jangka sudut anda menyelesaikan sementara pasti akan ada yang lain dan lain menghantui anda. ataukah dengan menjadi Manusia di Dunia ini tlah menyusahkan berbagai-bagai makhluk lainnya?

mengapa kita yang susahkan, kenapa tidak kita bertelanjang seperti binatang sahaja yang jujur pada diri atau kembali mengerti bahawa BANGSA dan AGAMA itu relevant dalam kerja Menyalut kepentingan yang kita namainya "Maruah".

Islam tak akan ada Maruah tanpa Jubah, tanpa Sarban, tanpa Kain, tanpa Hijab, Selendang atau seumpamanya..kerana Nabi tetaplah berbangsa Arab.
bangsa "A" yang Alif menjunjung RAB iaitu Tuhan.

hari ini ALAH kita tetap meng ALAH kan Melayu kerana Melayu tak lagi apply atau pakai cara Nabi Pakai..dengan merubah Destar,Tengkolok,Tanjak,Blankon,Semutar dan apa lagi pakai kepala..
kata sesetengah orang yang pernah memberi feedback demikian.

ambe hairan, habis tu tetap Tutup kepala juga kan?
Sunnah itu Cara maksudnya..jika Nabi itu Utusan maksudnya. Pastilah dalam Cara itu bukanlah membabi buta begitu aja kan?

ambe memakai cermin mata kerana mata ambe menerima kerosakkan kerana kebanyakkan kerja hari ini ambe terpaksa menggunakan computer yang ada monitor yang memekakkan mata ambe, akhirnya ambe rabun jauh begitu teruknya..
maka CARA ambe adalah memakai cermin mata. dan persoalan ambe, adakah Nabi memakai cermin mata juga, kita tak pasti dengan itu ada Nabi yang memakai cermin mata itu wallahualam tidak diberitahu.
sama  seperti soal spender, stokin, kasut Prada, baju Hackett bernombor-nombor dengan kaca mata rayban, itu maseh lah CARA anda bergaya.

ia adalah Trend, Fashion dan Solution kepada kebuntuan..

hari ini Issue paling banyak ambe dipersoalkan adalah Rambut, kedua Janggut, ketiga baju, keempat seluar kemudian beralih pada Trend ambe yang merokok, mengopi, menulis, melukis dan sebagainya..

Rambut Panjang, undang-undang apa dan siapa bikin di negara kita bikin ambe tak ndak tahu dan tidak tahu dan seandainya ada berusaha untuk maklumkan pada ambe, ambe akan tetap akan katakan tidak tahu dan tak mahu tahu dengan sombongnya..
kerana itu menyentuh perihal keperibadian ambe, sepertimana anda yang wanita contohnya..
bolehkah anda yang ada Pegangan Agama yang Islam bertudung dan tutup segala aurat disuruh untuk tanggalkan semua dan berpakaian seksi ketika berada di Litar Sepang bersama para Gadis Litar lain?

anda pastilah menjawab Tidak Mungkin,

alasannya kerana ia bercanggah, berlawanan dan tidak langsung kena dengan JIWA anda yang Islamic.

soalan ambe disini, apakah berambut panjang itu JIWA yang Rock semata-mata sedangkan mengetahui Batu itupun mampu dipecahkan?
ambe tidak berambut panjang kerana Rock, malahan ambe adalah seorang Skinhead dan sangat berbangga dengan Skinhead waktu ambe form 4 dahulu. Jauh berbeza dengan sekarang jika ndak dipadankan dengan persamaan.

kerana ambe membaca Sejarah, dengan hati yang terbuka..dan melihat gambar-gambar dahulu yang kuno memang orang Melayu dahulu berambut panjang. Apatah mengetahui ketika ambe merantau ke Kaherah,Madinah dan Mekkah..ramai menegur ambe dengan mengangkat jari ibu(bukan jari Rock atau tengah ye) pada ambe memberi petanda, BAGUS! SYABAS! kerana itu adalah Sunnah Jibliyyah.
dan kita tengok dimana-mana gambaran yang katanya itu Nabi Isa oleh Penganut Christian. Pun Berambut Panjang dan berjanggut.. walaupun banyak melukisnya tanpa ada janggut.

Rambut bahagi ambe adalah basic Mentality Level orang yang kurang gemar berfikir dengan suka berfikir..kerana buat Thinkers atau ahli Fikir, mereka tidak react ketika itu dengan tanggapan pertama, malahan berehat seketika dan mengalih pandangan ke tempat lain untuk mem process apa tlah di Provoke kan dari pertemuan itu.

menjadi Pemikir sebegini, mudah sebenarnya..namun tidak boleh mengambil dan set di kepala ia mudah, kerana anda pasti akan diuji dengan lebih hebat dari itu. kerana ia bukan sahaja perlu di set didalam Akal bahkan di Hati anda juga..yang dari antara itu, bila-bila masa sahaja anda akan tercetus sesuatu ungkapan untuk BERTANYA.
tanya tidak salah jikalau anda tiada niat untuk belajar,
kita belajar kerana tahu ia adalah sekian-sekian subject, maka kita tuntut ilmu dengan seseorang dan memaklumkan pada Guru kita bahawa anda ingin belajar sesuatu..

kalau kita tengok cerita lama-lama, pastinya kalau orang menuntut ilmu aja Guru ada Syarat.
Syarat itulah sebenarnya Ujian Pertama kita. kerana Guru yang benar Guru, dia tahu siapa kita tanpa kita beritahu siapa diri kita. maka dengan pengetahuan itu lah kita diuji.

dan ambe pasti, ramai bertanya pula mengapa tak boleh bertanya sedangkan kita ndak belajar kan?
Pertama nya kerana kita maseh bersama Guru tersebut, jika bersama Guru..definasi Belajar secara seluruh itu belum berlaku..ia maseh lah Theory. walaupun ada kalanya nampak sudah Practical tetapi ia maseh Theory kerana anda maseh di supervice kan dalam range terdekat.
sama seperti ambe lakukan selama ini, yang memberi anda tahu tanpa anda minta, kemudian membiarkan anda bertanya pada diri sendiri agar anda lebih ramah mesra dengan diri anda yang selama ini dibiarkan sendiri itu sendiri..itu je Asas Tujuan ambe yang asalnya.

Ironic nya, anda yang belajar di IPTA pun tahu hal ini.. sudah Theory anda ada Practical 6 Bulan at least.
jadi dalam Perjalanan apa anda dapat sepanjang mengumpul pengetahuan, itu digunakan pada Practical. menjadilah sesuatu hal yang meyakinkan anda untuk bekerja dalam bidang tersebut.

Contoh paling dekat boleh kita Theorize kan dalam kepala adalah membaca kesah Khaidir dan Musa dalam Surah Al Kahfi.
itulah Contoh tertib Berguru dan menjadi Murid.
dan bahagi ambe, itulah kaedah Amali yang di Theorize-kan on the Spot.
Bonus buat Musa yang ingin berguru dengan Khaidir, sedangkan merenungkan time line nya, Musa dah achieve banyak hal dah..tapi Khaidir uji dan uji Musa dengan perkara-perkara yang extreme ketika itu bahkan sekarang sekalipun.

anda mungkin boleh je bocorkan perahu orang yang anda pinjam bila sampai disana, namun mengetahui diri anda adalah orang yang sedang berAgama melakukan itu, apa kah itu SALAH atau TIDAK?

anda mungkin boleh je Bunuh Budak Kecil dengan senang-senang berkata "Tuhan Suruh" namun apakah itu benar Tuhan pada Sangkaan atau Tuhan bagi dirinya sahaja atau Tuhan buat semua?

sehinggakan ambe pernah dengar Sahabat-sahabat ambe berkata mereka pernah terbaca ada Hadist mengatakan bahawa yang termaktub dalam Surah Al Kahfi maseh example atau contoh yang paling Musa tak dapat tahan Sabarnya..sementara maseh ada berpuluh-puluh lainnya yang tak di ceritakan ujian-ujian maut Khaidir.

dari hasil Muzakarah selama berbulan-tahun demi tahun. Surah Al Kahfi dan tiap malam Jumaat, tidak pernah ada conclusion, bahkan seringkali berubah-ubah Maksudnya berdasarkan sandaran ke arah ini atau ke arah itu. Menunjukkan Satu Surah bahkan satu Ain dalam Al-Quran..tetap maseh tumpul bahagi di tajamkan setajamnya.

anda tak boleh bertanya bila Syaratnya begitu, jika tiada Syaratnya boleh..maka tanyalah.

namun sebelum anda berada disitu, sebelum anda timbulkan Niat untuk berguru..soalan ambe, adakah anda sudah Cerdik,Pintar atau Bijak?
jikalau sudah, kenapa ndak berguru? kalau setakat ndak Uji Guru ini atau itu bagus atau tidak..ambe cadangkan anda sedar-sedarlah bahawa anda sedang buang masa dalam mengetahui Cerdik,Pintar dan Bijak anda. dan Penyerahan pertama iaitu terima Salah,Silap,Bodoh atau serba Kurang diri itupun sudah fail..macamana ndak terima Ilmu jika anda fikirkan pengetahuan itu sendiri pun sudah Ilmu..
padahal Ilmu adalah Pengalaman diatas Pengetahuan.
Orang yang dikatakan Alim belum tentu ber Ilmu. kerana Alim itu maseh bermaksud Tahu..dipinjam dari nama Allah, Yang Maha Mengetahui.
Ilmu adalah Hadiah dari Tuhan. yang Special, dan perlu disampaikan pada orang ramai kerana ia terlampau Special..

Penyampaian Ilmu itulah dikatakan Theory. maseh perlukan Pengalaman untuk Yakini sama ada ia authentic/asli ataupun palsu/fake.

apapun,
Bodoh tetap advantage bahagi orang yang hendak Berilmu, kerana Guru bahaginya bukan sahaja Orang bahkan Makhluk dan Kehidupan.
berapa kerat je yang tidak membela Anjing Gila bernama "Ego" itu dan mengaku "Aku tak tahu itu atau ini?"

cermin dan halakanlah kemana-mana..tengok lah realitynya.

hanya yang ambe hendak ketengahkan ini adalah tahap CARA kita berfikir terhadap apa Sunnah tlah ajarkan. itu pun awal-awal kita lekehkan. kita dah minta tawaran dengan Tuhan agar discount atau payung itu dan ini..padahal Tuhan beri keselesaan disebalik satu per satu kesusahan yang Dia ajarkan pada kita untuk Hargai atau Appreciate Hidup sebelum menemui Mati.

walaupun tampak usaha sedikit,kecil dan layak bagi anda untuk kata "Alah, sikit je tu"..ia tetaplah seperti Bara yang ambe pikul dan sanggul dikepala kini.
dihambat dari class dalam IPTA ternama pernah ambe belajar dahulu bukan suatu hal yang kecil bagi ambe, jika sekali boleh bertahan untuk dikirakan, kedua itupun maseh ada pertimbangan, ketiga maseh ada cadangan atau option lain untuk manipulate dan menangkan apa ambe juangkan iaitu melalui ber Janggut itu kemudianhari adalah suatu vision jangkamasa panjang..namun kali ke 4, itu sudah melampaui dan bahkan pensyarah men-declare minum wine itu tidak HARAM, adalah suatu hal yang WAJIB ambe pissed off kerana dia adalah orang Islam, Melayu, berusia mungkin dah 46 tahun dan bernama mulia. kemudian dengan senang-senang meng ajarkan Syarahan kepada Student mengenai hal yang tidak benar.

anda yang ber Agama, fikirkanlah..apa anda juangkan dalam memakai pakaian Maruah yang menampilkan jati diri Agama apa sekalipun..ambe sebagai orang Islam bahkan tidak mampu terima maseh ada orang yang mengaku Islam tapi maseh menganjurkan hal-hal kotor seperti itu..sedangkan kita berAgama untuk bersihkan diri dengan mengetahui bahawa banyak kotor dan najis pada diri ini..

CARA membuat kueh, itupun perlu teknik yang khas dan khusus untuk dapat hasil yang sama.
Nabi bukan Kueh, namun adalah Contoh Manusia yang sudah Insan pada diri sendirinya. Mereka sedar bahawa Isi diri nya ada Roh untuk dimerdekakan bersama Tuhan nya..

Itulah Sunnah Nabi bahagi ambe.
dan hingga kini, ambe bahkan menyimpan Janggut panjang dan menjadi Observer yang paling peka terhadap perception orang yang akan bertindak balas terhadap kehadiran ambe, rambut panjang ambe yang sering memberi tanggapan buruk dalam bekerja kebiasaannya, padahal kerja ambe tak bersangkut paut dengan guna kepala secara fizikal apatah menjadi chef pun ambe fikir mereka lebih conscious terhadap hal-hal yang hygiene .

dan orang ber mentality bersih inilah yang peka terhadap ALAHan apapun dirinya atau orang lain..
apatah orang seperti ambe yang sangat extra berhati-hati dan sensitive dengan ejaan yang salah.
walaupun salah satu L aja hilang.

itu tetap MASAALAH bahagi ambe..kerana ambe tetap mencari MASA untuk ALLAH.
kita ndak cerita Masaalah kita hari-hari, takkan habis..percayalah. yakinilah.

jika sekadar fikir, budak pun boleh fikir..orang tua lagi lah, namun apa orang tua atau budak subject Problem Solver? ia tak Solve apapun dalam jangka panjang, bahkan anda tahu Masaalah tetap akan berubah jikalau kita ambil tindakan untuk berusaha agar dapat paling tidakpun merubahnya..

ALAH bukan CARAnya..ALAH tetap ALAH sahaja kecuali kita cari CARA dan bersungguh maka ALAH takkan terBIASA lagi tanpil sebagai LAMbang yang bangkit dari kekALAHan.
sudah-sudah lah!

KBD