Friday, October 7, 2011

MAAF

dengan hanya maafkan seseorang,
tidak semestinya dengan "maaf" anda mengampunkan..walaupun anda tahu apa yang anda ketengahkan, terangkan, sampaikan atau perjuangkan seboleh dan sedaya upaya anda mungkin itu memang terbukti benar..bahkan kebenaran yang dikehadapankan bukannya dari rujukkan atau bacaan yang mainan..iaitu datang dari Kitab Al-Quran yang menjadi Pegangan pada nilai ke-ber-Agamaan pada diri anda sendiri dengan harapan agar dapatlah kiranya direlevantkan bersama dalam menyedari bahwa "Islam" bukan untuk anda atau ambe seorang aja pun..Hukum bukan buat memenuhi kehendak anda sendiri sahaja, Pahala bukan buat anda seorang diri sahaja, Syurga bukan untuk kita sesama kita aja..akan tetapi membina sebuah landasan kemaafan yang luas dan terus menuju Tuhan yang satu dibawah pimpinan UtusanNya.. Allah itu Ya Ghaffar, maha mengampunkan diatas apa sahaja kerja bengong kita pernah lakukan..

walau sekalipun daripada kita pernah memegang semacam pengetahuan yang tinggi mengenai kebaikkan, anda tetaplah memilih yang sebalik bagi "mencabar" Tuhan, sungguhpun pengamalan sedemikian..andaikatalah didalam sekali kadarnya anda diletakkan pada setitik kuasaNya, melaksanakan 100% total kerja Nya..
apa perasaan anda?
Marah sebab apa yang anda CIPTA itu Curang pada anda?
perasaan atau emotion anda ada sekarang ni pun payah untuk di contain dan compose sebaiknya, apatah menanggung sejenak pemikiran "Kalau aku Tuhan"..ambe sendiripun tak mengalakkan pemikiran yang bahkan akan merosakkan Aqidah pemikiran sebagai orang yang Islam kerana priority Islam itu sendiripun mengajar anda untuk belajar jadi Hamba, bukannya menuntut anda menjadi Tuan apatah lagi Tuhan yang berasal dari bahasa Sanskerta ini yang membawa maksud Kuasa.

namun kerana berdo'oh lalu atau keterlampauan sangat dah kelakuan kita, yang buat kerja sini sana untuk banned "Tuhan" pada pemahaman orang-orang yang berpesan cara elok dan baik bahkan makhluk sekeliling anda berserta alam memberi bermacam-macam alamat dan petanda untuk "nasihat" bahawa 
"kau ada Tuhan yang lebih berkuasa dan maha berkuasa dari dirimu dapat andaikan"..

jadi, kenapa Kemaafan kita selalu aja di buruk sangka atau prejudice kan?
dimana ruang yang terluang bahagi mereka yang berkehendak, atua mungkin baharu timbul "idea" nak jadi baik..pun sudah disekat-sekat.
apa HAK melarang orang berbuat baik itu perlu ke dalam Islam?
bagi pemahaman ambe, Islam tak larang orang berbuat baik..tapi memerangi orang yang sangkakan bahawa diri individu itu "RASA" dah Baik sangat..bukan?

lapangkan dada, tanyakanlah antara kita apa yang sebenarnya buat semua itu susah?

kerana kita tak maafkan sesama kita, apatah memburu malahan berpuluh-puluh pemangsa kita untuk dijadikan "modal" untuk dibenci terus..dicurigai lagi..dicritic tanpa memberi pandangan yang berkualiti..hanya pelepas "Mani" yang saranya dengan kuman sperma benci. kemudian dikandung oleh orang ini dan itu melahirkan generasi fikir yang berdendam dan berkepentingan sendiri ke arah membabi buta ajalah kerjanya..

memang mudah untuk berkata, 
mengetahui definasi mudah untuk berkata itupun memberi indikasi siapa-siapapun boleh cakap hal yang sama..tapi berbuatnya tidak.
apa anda yang sudah memaafkan musuh anda sebagai solution pendamaian itu maseh belum cukup untuk di fahamkan apa sebenarnya erti pertemuan?
kita tetaplah dari main source yang sama..downline Adam dan Hawa. 

Asbab Kemaafan lah mempertemukan ayah anda bertemu dengan ibunda anda..Tuhan maafkan dosa-dosa mereka secara individu didalam membuat pilihan selama bernafas didalam Dunia ni. Anda mungkin akan mudah sahaja nafikan apa sahaja bentuk kenyataan yang datang dari mulut orang yang ceritakan siapa ayah atau ibunda anda suatu masa dahulu, yang ada antaranya berlapik berkata "nakal orang Tua mu dahulu tu", bila kita dalami lagi..kita dapati mereka adalah pengintip wayang lucah dan sebagainya.. perokok dan sering aja ponteng class sewaktu bersekolah dahulu.
untuk gulung tikar itu belaka, andapun sudah pada ketahui bahawa mereka marah pada anda sekarang yang mengulangi hal sama pernah mereka lakukan adalah mereka tak mahu anda ulangi lagi, menjadi satu hal yang bukan lagi SILAP, tidak lagi SALAH akan tetapi adalah SENGAJA..
kerana dengan SENGAJA itu adalah perlaksanaan diatas pertimbangan SALAH dan BENAR.

Kerana SILAP, anda sudah ditegur..dan diberi cadangan atau nasihat yang baik bagi diri individu buat anda.

pengulangan kedua kali setelah itu adalah SALAH, kerana ia hanya SATU aja panduan dari 2 perbezaan..inilah peringkat Pertimbangan. dimana mungkin pendapat ambe dapat diperkuatkan dari construction ayat yang berbunyi "SALAH SATUnya adalah ......seumpama-seumpama apa.."
kalau benar anda SALAHkan SATU Tuhan dalam masaalah Hidup anda..maka disitulah wujudnya SENGAJA.

oleh kerana SENGAJA adalah yang tak dapat dinafikan, terang-terang sudah berulangan sebanyak tiga kali..
sebagai contoh: seorang pelajar sekolah yang berkawan dengan penagih dadah, orang dah tegur anda bahawa itu ini tak baik..kemudian diteruskan pada peringkat atau fasal ke dua.
si polan akan berasa ber SALAH kerana dia dah tahu ia dah tak betul. tapi degil,sombong dan sebagainya pegangan buat diri itu jadi pegangan..maka ia tak diendahkan.
akhirnya ditangkap oleh Pihak Polis kerana salah laku menagih dadah yang menyebabkan semua kata-kata orang baik berpesan pada diri si polan tersebut menangkap dalam penyesalan, "kalaulah aku tak buat"..

scenario sebegini sebenarnya dah terlampau basi dan lemau untuk dijadikan contoh yang betul-betulnya untuk disedarkan..cuba aja anda guna satu hal yang bahagi anda sesuatu yang sangat Istimewa dan sangat sensitive bagi anda cakap dihadapan orang ramai. apa reaksi anda kalau Suami atau Isteri anda ceritakan pada orang ramai rupa kemaluan pasangannya itu bagaimana bentuk, panjang atau lebar, tebal atau seumpamanya..berbulu atau tidak, warna bulunya atau cacat kemaluan itu dimana...APA RASA anda?

sudah semestinya Malu dan terhina..kerana posessiveness yang anda rasakan itu aku punya..tak usah ceritalah. padahal itu bukan progressive yang positive..

mengapa Issue Kemaluan atau Alat Kelamin itu sering jadi Subjective utama dan searching yang puratanya melebihi apa sahaja didalam search engine Internet? kerana anda curious dengan milik orang lain, ingin tahu yang kuat..ambe tak kata itu sesuatu yang kotor, Mentality Kolot akan katakan ia kotor kerana ia baharu buat mereka yang sudah siap berlagak Suci..sedangkan Idealist nya kita perlu tuju mencari cara bagaimana aku boleh jadi baik, bukannya perasan DAH BAIK dengan sogokkan atau kipas-kipas dari kawan anda yang sibuk aja dengan Ideology melupakan anda dengan kerja sebenar dan sekadar mengheret anda untuk jadi orang yang "Happy Go Lucky" aja..itu tidak salah, yang buatkan ia salah apabila application tersebut digunapakai hingga anda lupa, bahawa hidup ini ada ramai orang lain yang berkeringat bagai ndak mampus untuk Happy, sementara anda sudah berada dipuncak gunung Bahgia..bila hari terang atau malam tenang berubah Ribut yang disimbahi Hujan, baharu ndak sibuk-sibuk cari tempat berteduh.

bila ada orang tegur anda baik-baik dari bawah berpesan, "janganlah lama-lama sangat berada diatas tu, teruk nanti"..andapun tak peduli.

kemudian sudah disejukkan oleh simbahan dan cuaca tengkujuh tersebut, anda sedar bahawa anda perlukan pelukkan hangat dari seseorang..kalau "kawan" yang ramai, anda perlu pilih dari antara itu untuk pastikan siapa yang layak peluk diri anda dengan perasaan penuh secure, 
dan untuk memahami secure itu..sebenarnya bukanlah "kawan" perempuan andapun jika anda adalah perempuan, sementara lelaki pula, takkanlah ndak peluk kuat-kuat "kawan" lelaki pula, kecuali dah terpaksa dalam keadaan tertentu..nak kata apa.

namun untuk memberi pemahaman bahawa itu pun dah jelas, anda tak perlu ramai orang pun untuk katakan anda bagus dan hebat, sedangkan semua itu hanya lah bermusim/seasonal kadarnya..tak usah lah persoalkan mereka berniat untuk katakan itu. meant to say atau cakap sahaja/just saying..

seorang teman yang berbeza jauh dari anda itulah sebenarnya kita cari,
anda bujang maka anda cari Suami atau Isteri buat anda..
anda ber-rumah tangga..dan anda usahakan Anak..apa sahaja pun kalau kita fail untuk menghargai 1 yang dihadapan anda, tak usah ceritalah anda sayang kawan-kawan anda yang ramai atau sahabat yang ramai..
kerana theory apapun dihamburkan pada blog ini atau dimana-mana cetakkan lain tiada usaha ke arah  pengamalan dari pengetahuan, mustahil untuk difahami apatah dikenali.

dan bahagi sesetengah yang baca ini dan rasa ye benar, anda sudah pada faham bahawa bukanlah anda sahaja yang perlu usahakan untuk happy..orang lain pun perlu happiness dan kemudahan.

tapi permulaan semua itu tetap bermula dengan diri, orang selalu kata suruh untuk kenal diri dulu..kenal diri dan terus menyambung dari zaman ke zaman lain mengenai "mengenali diri"..
itupun anda ditemani oleh "diri" satunya lagi.
jika dizahir, anda melihat diri sebagai jasad..anda tahu disebalik jasad itu adanya Bayang.
jika di bathin, anda melihat diri dalaman anda atau inner side anda dengan mengalami sendiri apa itu Akal..ia bukanlah seperti organ Otak yang kerjanya hanya menyimpan apa sahaja receiver Mata-Hidung-Mulut-Telinga-Kulit anda rasakan..dan mengingatkan anda bahawa memory yang dirakam melaluinya..itupun kerja Susah.
anda ada camera pun ada limit, ada handphone untuk store contact pun ada limit, ada computer pun ada limit bahagi setiap storage anda..

maka Allah jadikan Akal untuk Organ dalaman kita..yang tak ada dijual pada mana-mana Pharmaceutical Company mem produce Artificial Thinking atau Akal Palsu. 
kerana Akal kerjanya berfikir..buktinya Binatang dan Manusia, mereka ada Otak untuk ingat siapa Tuan mereka tapi berfikir..itu Manusia aja.
begitu juga Kalam-Qalbu/Hati yang semuanya terkandung dari Roh kita.

nilai Sensitiviti yang tinggi akan memberi kita semacam Kepekaan terhadap apapun, itu mungkin effect anda untuk jadi Paranoid dengan apapun..anda Lost. itu menurut pengalaman ambe lah.
namun begitu jualah keinginan yang tinggi untuk berusaha dengan cara apapun agar anda fahami semua ini, bahawa kita perlu bersatu kembali untuk buka atau open up diri kita agar semua itu tidak lagi jadi sesuatu yang bodoh untuk di perangi yang akhirnya mengorbankan segelintir atau sebahagian besar secara sia-sia..

jika anda tidak mahu usahakan yang itu kerana mengetahui risikonya banyak dan tinggi, maka bermulalah dengan bertanya pada diri, apa anda inginkan?

adapun seorang Adinda ambe pernah disoal soalan yang sama, dijawabnya adalah "mahunya berada ditempat yang dikelilingi orang yang baik-baik"

ini buat ambe terkejut dengan kagum, kerana dirinya bukan sahaja menjawab persoalan yang membuahkan soalan lain..namun menjawab soalan dengan precise iaitu straight kepada solution. ya, demi Agama..pertama itu kita menerima yang tidak baik itu dari kita, dan suasana baik kerana ramai orang baik-baik itu adalah solutionnya untuk belajar kenal apa itu Baik.
indikasi Akal kita selalunya merujuk pada Syurga atau Malaikat.
kerana itulah Makhluk Tuhan paling Suci disisi Tuhan..tapi apakah Malaikat itu jadi Kekaseh Allah? bukan juga kan?

itu tetaplah Rasulullah..yang adalah Nabi sebelumnya dan bermula sebagai Muhammad Bin Abdullah pada awal segalanya..yang Manusia.
maka usaha itu tidaklah sesuatu untuk dipersoalkan, wujud Muhammad Bin Abdullah itu untuk beri kita Yakin bahawa "ada harapan"..there is Hope to be good to end up your life forever with your God.
"God is always too Good to be True"..itu pemahaman ambe la. jangan pula kata ambe ambil dari Kitab Yahudi ke, Bible ke atau Google..itu Jujur 100% dari ambe.

Kemaafan seumpama apa agaknya dari anda mampu lakukan?
orang yang membunuh ahli keluarga kita sebagai contoh, yang dibawa bicara ke mahkamah sekalipun hingga dihukum  mati sampai sah dah mati..apa sudah puas di Hati dengan Hukuman yang kita gunakan Agama untuk lempiaskan ambisi Nafsu sendiri?
maseh belum..bahkan tetaplah anda murung dengan kematian yang sama hingga tak tahulah dimana punca akhirnya..

Kemaafan tetaplah Penghubung Kait antara kita dan antara kita yang lain..kata paling tepat untuk diibaratkan adalah "Pertemuan"..

ambe maafkan siapapun yang sedia mengenali kesilapan, kesalahan dan kesengajaan..
yang tidak dimaafkan adalah tetap diri ambe, yang menanggung banyak salah.. apatah merungutkan apa sahaja yang mencalar dan membakar mata para pembaca..

dan diakhir cerita ambe tetaplah memaafkan "Liv Tyler Bertudung" kerana dia tak bersalah apapun dalam hal ini, sehingga dah jadi modal bicara harian ambe tanpa sedar pun adakalanya..
tapi itu berbeza dengan orang yang dah mati, dia nyata wujud dan Hidup.

bahkan dialam mimpi ambe pun dia telah menunjukkan dirinya semalam, dan bertemu ambe dan berikan sekeping CD yang buang oleh orang disebuah Station Minyak.
itu pun buat ambe sangat gembira..

anda perlu faham dan maafkan ambe, jikalau anda ndak kan sesuatu dari kisah ini..
kerana ambe tak pernah minta untuk berada pada condition ini. 
jikalau tidak maafkan,
jangan harapkan pertemuan apapun..cari ajalah penulis blog yang tersohor yang ternama kerana ambe menulis bukan untuk terkenal..tapi dikenali.

Pertemuan tidak memerlukan apapun kesalahan..itu ajalah yang ambe yakini selama ini.
maka apalah menjadi Salahnya dengan MAAF?

KBD