Saturday, October 15, 2011

RUMAH YAKIN


dengan title "Bandar-raya" dan melihat diri Terengganu ambe, anda dan kita.
tak kira dimana-mana, bahkan di Indonesia setiapkali ambe ke sana bersama atau tidak dengan Maal Dendang Anak,
ambe tetaplah convince orang ramai bahawa Terengganu itu milik kita semua.
ia tanah yang sama sepertimana siapapun pijak selama mereka di Nusantara, yang berkongsi Iklim, Udara dan bahasa serta budaya juga adat yang similar atau mirip..

ke jemputan majlis makan di Kabupaten Indonesia, Rumah Bupati, Walikota ataupun Istana Sultan Pelalawan..atau di Asrama Malaysia Kaherah, Rumah Anak-anak ABIM, PEMRAM atau Kelompok Studi Walisongo Indonesia, Kaherah.
semua itu sudah pada pernah untuk dikatakan bahawa cell, nafas atau zarah yang berlegar didalam kamar atau dewan nya akan mengesahkan bahawa ada bekas "Orang Ganu" sampai dan berkalam Ganu dan adakala Bahse Ulu kemudian menyampaikan pesan dari Terengganu..bahawa kita semua mesti ke sana untuk bersama,
bahan fikir sedemikian ambe ajar pada diri ambe untuk bukan sahaja Promote Terengganu secara tidak ada Profit apapun, ambe buatkan ini tetap demi kesejahteraan dan keamanan..agar damai di nikmati bersama hingga melahirkan semula sirah yang menjamin kesentosaan semua.
topik utama yang seakan-akan tak menjadi favor untuk sesiapapun tampak diriak wajah atau respond masing-masing yang pernah ambe sampaikan,
baik pada kelompok kecil kawan-sahabat, sederhana dalam berusrah ataupun seolah-olah ambe beri syarahan atau kuliah pada mereka. sedangkan penyampaian ambe tak setanding la ahli professional atau badan berkerajaan, ambe gemarkan concept yang relax dari menegangkan urat macam persidangan NATO ke apa tu..namun jika memaksa, ambe tak tolak untuk hadap ajalah InsyaAllah..

topic nya selalu Terengganu. dan jika pribadi ambe itu adalah subject pengetahuan orang ramai, relation nya tetap berbau Budu..kerana Terengganu adalah Land Of Virtue. Tanah yang dibayangi orang-orang yang berusaha untuk ber Iman.

mungkin sahaja orang akan katakan ambe ni Homesick..rindu Rumah ambe. itu iyalah, kerana disitulah mula segala-galanya..anda pun begitu kan?
akan tetapi ndak didakwakan sedemikian 100% pada ambe, itu salah. Sejarah Hidup ambe pun menunjukkan bahawa ambe Hidup dalam kadar berpindah randah bermula tingkatan 5.

tapi merumus ini semua pada satu kata, sebenarnya ini semua pun ambe tak ada satu khususiah untuk katakan mengapa harus berjiwa ini..kalau Patrioritik-lah, pasti ambe memakai wallpaper desktop, Hp bendera Malaysia, atau menyimpan Ringtone Kebangsaan..jujur kata, ambe maseh geli dengan suara yang macam "jantan" menyanyikan lagu Kebangsaan. sedangkan Kebangsaan conceptnya Open. jika lagu Perang, boleh lah tahan kira..dengan arrangement dan compositioning lagu yang sesuai dan bukannya yang bunyinya tak evergreen seumpama lagu Tema 1 Malaysia sebagai contoh lah.

ambe pun seperti anda, yang mungkin bukanlah Pro Kerajaan ataupun Pembangkang..bila tiba masa mengundi aja, ambe akan simpan tangan. kemudian dah ada Pemimpin Baharu di Isytihar, ambe akan kepada kelompok yang mana akan benci. dan sama-sama mencari Salah nya dan melupakan Usaha yang pastinya ada baiknya juga..

dalam beberapa tahun berfikir terus dan lurus tanpa membelok kiri atau kanan, ambe tahu bahawa tiada apapun perubahan yang akan dibuat andaikatalah kita sama kita selalu bergaduh. cetusan itu mungkin sahaja akan membuat rakyat jadi fed up.. bagi yang mengejar kepentingan sendiri, mereka akan marah lah ambe kerana kenyataan ini, tapi yang rasa semua itu adalah "tenaga" yang meyakinkan kita terhadap Rukun Iman ke-6.. itulah yang hebatnya.

akan tetapi setelah mendapat yang 6, usaha itu beralih tetap kembali pada Kiamat, soal Akhir segala apapun bahkan tiap hari pun concept "Kiamat" itu tetap jelas ada.
apa dengan meyakini itu sekadar merapu seorang diri disitu ataupun ajak yang mana mencari Iman ke arah yang sama?

bab itu ambe mohon tutup dan insyaAllah bakal dibincangkan nanti..

namun fasal Terengganu yang Maju.
yang ada Title Bandaraya Pesisir Air,
yang gila dengan Pesta ini dan itu..keraian sini sana yang katanya Budaya, tapi hanyalah copy-paste dan pengulangan yang sama sahaja.
yang ada claim TAHAP DUNIA Eventnya, tapi managementnya..yang tahu ajalah tahu.
yang melahirkan "orang muda" yang terpaksa merantau ke Luar Negeri hanya kerana Mak dan Bapak Negeri tak sempat melayan mereka..lantas kehidupan itu mengasak orang seperti ambe ini merantau bagailah orang Minang, sedangkan ambe adalah orang Ganu yang Ibunya berketurunan Jawa dan Bapanya berketurunan Bugis.
dan terus terang ambe katakan, berada di Kampung sekalipun bila berhadapan dengan orang yang ber Jawatan tinggi-tinggi, bersongkok, berbaju batik ini boleh dikatakan semuanya buat ambe rasa seolah-olah merempat aja..

atau mengambil contoh Ayahnda ambe sendiri,
yang banyak contribute hasil Seni nya dalam rekaan bangunan seperti Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung atau Muzium Negeri Terengganu. itupun Issue, orang kata Ayahnda ambe ni mentang-mentang "anak raja" dapat project besar, jika dahulu Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu adalah Bapa Saudaranya, lebih hangatlah bahang controversy yang dipertikaikan oleh Arkitek lainnya..Contractor dan kadangkala orang tak ada kena mengena pun ada bercakap dibelakang.

kerana menyedari scenario demikian setelah berusia ni, ambe bertanyalah Ayahnda ambe, apa betul ke project-project ini semua didapati hasil dari "ampu Tuanku?"..Ayahnda ambe sekadar senyum dan mengeleng kepala. dan kemudian menambah, ketika bersekolah pun Ki atau Tokki beliau, Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pun ajar dirinya susah, berpesan berpuluhkali "Duit Segunung pun, kalau tak pandai Guna untuk apa..akan habis"
dan philosophical ordre tersebut jadi pegangan dirinya hingga ke hari ini..yang ambe tatap dengan mata sendiri.

akhir kalam beliau.."tengoklah apa kita dah jadi sekarang".

dan ambe terima apa di katakan, bahkan keadaan sebenar kami pun malah lebih gap dengan Istana. oleh kerana Conflict-conflict Istana yang berlaku dari Mulut orang yang bukan saudara mara..realitynya ada kalangan kami yang kini disisih oleh Istana bukannya yang ndak Harta atau wang Balak yang bakal dan sedang ditebang, Takhta, atau dahagakan Kedudukan Istimewa atau Standard berbeza dalam bermasyarakat agar dapat layanan Istimewa oleh orang ramai. kami hanya rindukan suasana bersaudara. itu je.

Hikmah dariNya tetap mengajar kami semakin teguh, semakin kuat, semakin perkasa dengan kanan dan kiri kaki..berdiri sendiri dan mandi sendiri agar tidak di siramkan oleh orang.
nak duit, kerja..dan bahkan bekerja dalam kondisi bernama ini lebih gawat dari anda yang tak ada title Raja,Tengku dan apa-apa lagilah..suasana bekerja pun lain, layanan orang yang ambe pernah berikan itupun maseh ber "Kaca"..terutamanya dalam Istilah ber "Girlfriend-Boyfriend" suatu masa dahulu..
ambe tak dapat rasakan ke aslian hubungan, yang tak perlu mulakan perbualan dengan ahli keluarganya dengan "oh, pak cu auntie dulu baiklah dengan Tengku ini atau itu, selalu lah ke Istana.."
kemudian buat-buat tanya yang irritating seperti "eh, mangkuk tandas Istana tu emas lagi macam dulu ke?"

hati ambe mengeluh dan berpeluh jeruk hanya menanggung perihal yang Plastic ini.
seolah olah bersuara "Oh..not again, Tolonglah!"

kemudian assumption orang ramai selalu kata ambe SENANG?

nak berkawan pun lagi lah, akan ada je yang dengki bila dah nampak ambe mesra dengan geng-geng ni kemudian berbunyilah suara "bukan main kawan dengan anak raja"

adakah condition tersebut yang dihadiahkan nama ini kemahuan ambe? tidak kan?
dan perlukah kerana perilaku orang-orang bermentality bodoh seperti ini menjadi sebab ambe kutuk Tuhan?
jauh dari ambe hajatkan, bahkan yang ambe sengaja garapkan Puisi Emha: Doa Mohon Kutukkan di cermin bilik tidur ambe untuk renungan ambe bahawa hari-hari ambe adalah kutukkan..pujian adalah kutukkan dan kutukkan orang itu adalah pujian syukur ambe salurkan paduan hati remuk ini untuk penetrate tembus segala 7 pintu langit kembali padaNya..

demikian harap tak usahlah mulakan dengan Issue ini kerana jawapan ambe pasti akan buatkan anda menyesal untuk persoalkan dari awalnya.

Terengganu..Bandar-Raya Pesisir Air..
terpampang dimana-mana.. lisan bisu kita terjawab dari respond Iklan Cheesy tersebut dengan jawapan: "Ye lah tu"..
persoalannya bukan kita minta di-"Bandar-raya"-kan namun minta bantuan yang sememangnya semua perlukan. baiki mana yang ada dahulu, bukan pacak pokok lampu dan claim "dah Maju".
atau beli beberapa butir parking lot automatic dan perasan "dah sangat Maju"..atau belanja Netbook buat budak-budak sekolah kemudian paksa orang kampung beli mouse, pendrive dan sebagainya sedangkan budak tu baru darjah 3 atau 4 je.
Bangunan puratanya tak banyak naik(ada yang runtuh dan tak ndak bayar semula hutangnya) walaupun begitu, maseh berani declare "Maju"..

dey.."Maju" bukan Material la, tapi "Fikiran".

Bolasepak contohnya yang kita dapat lihat hari ini, Terengganu semakin gah. dan masing-masing team dari Negeri atau Club T-Team sudah berada di peringkat Semi Final belaka.
dan tak mustahil jikalau betul Final Piala ini pun menyaksikan dua pasukan Terengganu berentap bersama.. ambe cuba bayangkan jikalau betul permainannya pun tak setegang selalu, bahkan menganjing lagi dengan orang ramai yang menonton di seluruh Malaysia.
itupun mula dengan Mental. Fikiran.
kemenangan mungkin tak akan dijamin walaupun Strategy seorang Coach fikirkan buat satu perlawanan, namun kemenangan akan dijanjikan Tuhan jikalau dirinya sanggup binasakan seluruh Kata Orang dan mengatasi ia semua dengan semangat Team-Work.
itu apa ambe belajar lah dahulu waktu Form 2 hingga 4, beraksi hingga ke peringkat MSSM dan Mewakili Terengganu bawah 15 kemudian dipromote ke Academy Terengganu bersama rakan-rakan ambe yang kini pemain Squad Terengganu.. hanya kerana Fikiran mereka sudah set pada menjadi pemain Terengganu, maka kerja atau commitment lain di rendahkan kepentingannya..
hanya ingin jadi Footballer untuk Negeri dan Negara Malaysia.
dan kini, ramai antara nya tlah buktikannya..

Manaf Mamat, beliau adalah kawan kampung ambe waktu ambe main di Rumah Kuartest TNB ketika berusia 14 tahun, hingga bertemu di perlawanan Peringkat Sekolah-Sekolah Kuala Terengganu Selatan, sekolahnya ketika itu iaitu Sekolah Menengah Panji Alam menentang sekolah ambe, Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, sengit itu sudah nampak dan sengit itu hanya kerana dia sahaja.
akhirnya dipertengahan bulan, Sekolah ambe menang peringkat Sekolah KTS, dan fasal ke dua iaitu ke serata 7 daerah Terengganu untuk lawan semua yang ketika itu sudah semakin Sengit dengan adanya beliau..
Hingga kami menang peringkat itu, jadi Wakil Terengganu untuk pergi ke Sarawak bagi peringkat MSSM(Majlis Sukan-Sukan Malaysia)..
kerana tidak adil nya pengadil, maka kami hanya menang tempat ke-3 bawah 15 tahun namun kemenangan Terengganu ketika itu tetap tidak sia-sia dengan kejohanan Terengganu bawah 18 tahun yang juga dari Sekolah ambe juga.

akhirnya Manaf membuat keputusan untuk ke sekolah ambe, dan discout oleh Academy Bolasepak Terengganu untuk menyerap beliau ke dalam Pasukan Academy PBSNT.
dan susah payah hingga itu kini sudah membuahkan hasil..dia adalah orang yang dia ingin jadi, dan kerana beliau dan ambe sudah berada dalam class yang sama form 4 dan 5. ambe boleh katakan, dia juga adalah orang yang bijak, dan lain dari orang lain pernah ambe kenal dalam kelompok "budak bola" kerana dia ada pendiriannya..
itulah kepentingan orang yang ada "Fikir" walaupun apa kita tengok, dirinya hanya "bermain" bola..itulah kerjanya kerana ia ada bayaran.

kemudian ambe hala sedikit jalan menuju ke arah "Fikir" Seni..
ramai je orang Terengganu dah berjaya dan terbukti kini dalam hal ini, Zizan sebagai contoh..siapa tak kenal setidaknyapun? Faizal Tahir yang juga berasal dari Terengganu pun menang banyak anugerah, dok gitu? Photographer yang juga ramai orang Terengganu kini terpampang di Akhbar buatkan kita terfikir apa sekarang? Sahabat ambe yang berjaya dengan hebatnya kini dengan Perjuangan mereka terhadap memperkenalkan masyarakat dengan Ideology Rupa-Jiwa. itupun bahkan buat antara kita orang Ganu bingung, "orang Ganu juga ke tu?"
atau pembikin garment atau design pakaian label untuk artis tempatan Malaysia itu antaranya ada "Orang Ganu" juga..

bahkan dengan sahabat ambe Ustaz Azhar Idrus, yang bermula dengan apa sahaja hingga ceramahnya hari ini menjadi sensation siapapun dari mana-mana negeri dan semakin belajar bahasa Terengganu kerana Syarah dan Kuliah beliau. itu baharu satu Ulama dari Terengganu yang diwujudkan setelah Ayah Chik/Haji Abdul Hadi.. kita bukan katakan orang Tua aja yang minat dengan Agama kini bahkan orang Muda, budak-budak pun sudah mula curi-curi dengar ceramah beliau kerana kejujuran dirinya.. itulah serpihan pri badi "Orang Ganu"

atau pendaki gunung Everest suatu masa dahulu, ada juga "Orang Ganu".

apa orang Terengganu itu HEBAT?

tak..bagi ambe bukan itu yang ndak anda sedarkan secara keseluruhan.

namun menghasilkan Product yang ber Quality, itu perlukan Kesabaran.
Sepertimana pengantin baharu, yang pasti Nikah itu sebab ndak anak agar benar ditunaikan maksud Keluarga itu. perlu bersabar..
Masterpiece Allah yang lahir itu dengan Unique tersendiri lagi suci itu malahan perlu bersabar.

Kelahiran Terengganu kini sudah nampak hari demi hari, bermula dari 2010 hingga kini 2011, apa itu kebetulan? ambe rasa, anda perlu tarik sangkaan "kebetulan" kerana Tuhan buat semua dah perfectly synchronized untuk kita Fikirkan SEBABnya kenapa.

ini adalah tempatnya yang anda mungkin tidak tahu MULA nya Iman.
inilah Darul kepada Iman.
dari catitan Batu Bersurat Syarif Muhammad Al Baghdadi, seorang Ulama yang juga Sultan di tempatnya, yang sanggup turun takhta demi memenuhi wasiat Rasulullah yang pernah bersabda "diakhir zaman kelak akan kedengaran sebuah Negeri dibawah angin, Samudra Namanya..hendaklah Islamkan mereka disana kerana akan lahir ramai wali-wali Allah disana.."

dan sepertimana yang sudah tertinggal dan maqam Syarif Muhammad atau "Tok Ayah"  yang terletak di Hulu Terengganu buat para ahli fikir keliru, baik dari sudut bahasa atau sebaliknya.. Benarkah "Islam" mula disini?
ambe sekadar menyerahkan keyakinan ambe buat anda theorizekan agar carilah dengan kesungguhan dan berusahalah kearah itu..kerana itulah titik mula "Fikir" yang jernih.
kumpulkan fakta-fakta Sejarah apapun dan kita bersama cetuskan satu pemahaman yang sama.
Hang Tuah ke Hang Jebat, Sultan-Sultan, Bendahara segala Bendahara, Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Puteh Bawang Merah, Malim Kundang, Megat Panji Alam, Raja Ali Haji, Puteri Gunung Ledang..dan apa sahaja fakta bingung kita tak faham, ayuh bersama ambe kita perhalusi satu demi satu untuk mengenal Bahasa.

kerana tidak lain tidak bukan, Adat Melayu yang pelik dan exotic - lahir dari Cetusan Fikir ahli Ulama juga awalannya, Budaya Melayu yang adakalanya erotic dan halus - lahir dari Acuan Fikir ahli Ulama juga awalannya..apatah Bahasa Melayu, yang kita tahu Jawi itu ada relasi rapat dengan Arab..
itupun Bahan Antara atau Material para Ulama juga demi memberi kefahaman atau tariqah dalam telus,jujur,berusungguh,bijak-sana, dan berhalus orangnya dalam usaha YAKIN kepada Agama.

Marhum Raja Ahmad Baharuddin Ibni Raja Rashid Shah(Raja Bendahara Perak Terakhir) Tokki ambe, dahulukala pernah pesan pada ambe, perlihara bahasa jika semua dah tak ada guna..

yang pada awal ambe ambil ringan sahaja.

kini ambe tahu dan semakin yakin Bahasa itulah antara 3 elemen lain Bangsa.
jika anda fikir Jiwa itu Penting, mungkin anda berhati-hati dengan berkata-kata...kerana semua kata itu tetaplah Doa.

Doa ambe disini maseh memohon agar kita berterus terang dengan Hitam dan Puteh.
itulah Panji Hitam Terengganu.

dan ambe orang Terengganu. anda yang dari mana-mana pun maseh orang Terengganu.
kerana dari keyakinan ambe,
"Orang Ganu" ini lah "Orang Melayu"..kerana dari susun Huruf atau Lambangnya itupun merujuk agar anda kembali pada Mim yang Muhammad,
Lam Alif atau LA ilah Ha ilallahkan sebagai Isytihar Agama yang Islam buatmu,
YA ummul Akhir kan wawasan..
dan WAU itulah "Product" diri sebenar anda..yang adalah lambang quddus/ Bersih dari segala sentiment atau hasutan..

anda adalah "Orang" yang Original,
"Manusia" yang Sejati,
"Insan" yang meyakini..

Terakhir,
FIKIR lah ketika anda sendiri apa mengarut atau "kebetulan" Tuhan jadikan Terengganu ini rumah untuk orang ber-Iman?

SEJARAH bersepah..gali-lah.
buat anda yang baharu, SELAMAT DATANG ke "Rumah Yakin" yang tenang sokmo.
dan tak bermakna jika kita sekadar biarkan keyakinan itu untuk sendiri sahaja,
maka berbahagilah..
kerana sudah masanya "Iman" atau keyakinan kita punyai ini dibuat PILIHAN.
lengkapkan AR-RAHMAN.
dan akan ada YA-RASHID dihadapan..

tak akan ada istilah rugi pada yang senantiasa memberi.
Yakinlah.

KBD