Tuesday, October 4, 2011

PENTING DIRI


bisakah kita temui penghabisan sebuah "Al-Kitab"/buku yang maseh bernafas, berjalan kesana-kemari hingga the better ending itu seakan-akan fatamorgana?

bolehkah kita lenyapkan istilah "Penting Diri" yang kita curi dari Makhluk lain yang tak punya Akal untuk berfikir, Kalam untuk berbicara, Hati untuk merasa, Roh untuk diperlihara, Syahwat agar sesebuah munafaat dari itu kita berbahagi-bahagi bersama?

jikalau anda bertanya pada ahli Kitab-si pembaca,penelaah,penta'rif atau penilai buku-buku yang ada. mereka pasti akan memberitahu pada anda bahawa "Kita Boleh"..sedangkan apa sahaja yang dilakukan dari mereka, itu maseh mengertikan "baca" itu menilai tiap huruf seumpama A itu relevant kepada Y kemudian patutnya yang ada setelah itu adalah A kemudian diakhiri M untuk mengeja satu konstruksi khusus "AYAM" untuk mewakili ganti nama makhluk tersebut. sedangkan tiada gambaran yang reflective untuk memandu arah logic itu terhadap seekor Ayam. ia hanya pengganti nama.. bukanlah makhluk yang actual-pun. kerana untuk mengheret seekor Ayam itu pun sudah satu ketidakmustahilan bahagi menggantikan "AYAM" tadi kepada diri sebenar Ayam. atau Biawak, atau Cicak dan sebagainya..

akhirnya anda sedari bahawa-sa nya anda hanyalah tukang tenung dan menghabiskan masa untuk termenung pada sesebuah Kitab atau Buku didalam bahasa Melayu tanpa menilai atau memikirkan kenapa perlu ada huruf A hingga Z? kenapa ia perlukan kata hubung untuk berhubungan, kenapa ia adalah perenggan dan mengapa perlu space/ruang dalam penjarakkan ayat demi ayat, mengapa ini semua ada? dan terakhir sekali Kenapa sahajalah Nabi Muhammad itu sendiri seorang Insan yang satu-satunya diumpamakan oleh Penganut Islam sebagai Rasulullah yang dimana membawa pengertian bahawa dalam 24 Nabi itu hanya baginda sahaja lah Manusia paling Agung dan sememangnya Pilihan Tuhan..
anda akui itu belaka, hinggakan anda terlupa baginda adalah "Buta Huruf"..tidak kenal apa itu Huruf, bagaimana menulis atau sebagainya hingga dibuku-kan.

anda tak lagi si penilai awalan bagaimana anda reti membaca sepertimana Jibrail tlah ajarkan pada baginda untuk "Iqra" hingga berkali-kali didakap diatas dasar menyuruh "Iqra"!
apa Jibrail membawa garapan dari langit, dan menunjukkan surah Al-Alaq didalam bentuk penulisan agar di Iqra kan?
mungkin sahaja fahaman siapapun akan cuba menafsirkan keadaan itu, namun kenyataannya anda atau ambe bukanlah seperti Muhammad ibni Abdullah itu..tidak berada pada kondisi tersebut dan akhirnya memilih ungkapan Wallahualambissahwa untuk menitikkan noktah kebingungan anda kepada Sejarah-sejarah yang sudah sedia ada.

dengan mengenali diri baginda seawal itu anda sudah menyedari bahawa baginda sudah penat dan tidak rela untuk pentingkan diri, definasi "Penting Diri" menjadi intro kali ini..dan dengan Izin Tuhan ambe akan cubalah menghuraikan kesah "Penting Diri".

jikalau sejak mulanya hidup baginda yang serba daif atau serba daie. demikian dengan bitter childhood baginda yang terpaksa menerima kehilangan diatas kehilangan membuatkan dirinya sudah tidak lagi "take things for granted"..sebaliknya mencuba usahakan apa sahaja kebaikkan yang disaksikan bahaginya demi orang lain..maka menurut theory pemahaman dari sudut sendiri sebegitu mentakrifkan bahawa dengan berlaku sedemikian akan meng-effect kan kesejahteraan buat diri, keamanan dalam berhubungan, kedamaian dalam berkeluarga, kesentosaan dalam konteks bermasyarakat.

tidak mungkin dengan tidak mementingkan konteks diri sendiri itu akan memberi faedah kepada ketiga-tiga hal selainnya..justeru anda adalah dermawan adalah mungkin kerana anda berharta..maka harta itu di sumbangkan kemudian dibahagi-bahagikan..atau kata anda dermawan anda adalah kerana anda zuhud atau "tiada harta" maka dengan senyum atau membahagiakan orang lain itupun sudah dianggap derma juga..justeru mengenali istilah "harta" itu sendiri, anda tak dapat nafikan bahawa ia bukan setakat sesuatu hal yang material malah adalah bukan dalam bentuk barangan, akan tetapi "nilai" atau reasoning untuk anda pilih antara baik dan jahat agar di apply pada diri..hingga anda perjuangkan apa anda rasakan ia penting buat kita semua.

sedangkan assumption sebegitu pun sudah membuatkan anda adalah orang yang "penting diri"..kerana anda mungkin tidak tahu apa yang baik, atau mengamalkan sendiri apa yang terbaik apatah menjadi yang baik sekalipun. kerana anda rasa diri ini serba kurang seluruhnya..perasaan yang humble sedemikian buatkan anda perlu orang lain juga didalam usaha kebaikkan didalam diam-diam.
apa salah kalau ambe kata itu adalah prilaku yang hipokrit? tidak kan?

kerana anda tidak reason-kan hal sebenar pada orang ramai bahawa diri anda yang sebenarnya perlu dibaiki, dan tanpa orang yang di define sebagai jahat itu..anda pula tak berterima kaseh kepada mereka yang secara tidak langsung sudah memberi example atau contoh atau penyaksian terhadap perbezaan Jahat dan Baik. tidak pula dihargai malah anda pula yang senang-senang hukum mereka diatas kejahatan mereka sumbangkan dihadapan sesiapapun.

pemahaman itu pun sudah buatkan anda berasa bersalah, terus kemudian ambe dijadikan tempat lontaran batu jumrah kerana menyedari betapa Setan nya Ku Bad ini sebenarnya.. twisted dan manipulative orangnya. sebenarnya itu tidak menjadi kan ambe apapun. tidak berkurangan malah keberuntungan dibenci lebih-lebih dijadikan munafaat agar diperkuatkan sebab mengapa ambe tidak perlu manusia namun sebaiknya adalah menyerah diri kepada Tuhan sahaja.

apa yang Baik dan Jahat itu sudah diberitahu? Sudah kan?
kalau bukan dari Quran yang sewajarnya diamalkan oleh manusia yang sedang mengertikan Islam, anda malah mengenal Kebaikkan dan Jahat itu melalui pubilisity murahan orang Kafir, kerana tak begitu ramai antara kita yang "sanggup" dibenci kerana Agama, atau mungkin ada dariantara yang begitu berkehendak agar membenci orang yang tak ber-Agama walhal antara dua itupun anda maseh pentingkan comfort zone, anda menempel sticker "Islam is the way of Life" pada pantat kenderaan anda akan tetapi anda yang paling kuat horn ditengah kesesakkan jalan raya, anda tidak memberi ruang pada orang lain untuk lalu malahan anda yang prioritize kan keutamaan kamu sebagai alasan "aku kena jalan dahulu"..atau anda bergaduh,bertumbuk, memaki hamun apabila berlakunya accident yang melibatkan kenderaan anda.
tiada lagi istilah "Kemaafan", yang ada hanyalah AKU dan AKU punya hal, KAU dan KAU punya fasal..yang AKU tahu ini kereta AKU. dan ganti, tetap ganti.
dimana nilai toleransi daripada perasan "milik aku" sedangkan anda pun seperti ambe dan kami yang menuju diri yang Malik sebenar.

siapa perosak Agama? tetaplah kita..kerana anda tidak menyusuli kembali bagaimana perjalanan orang-orang yang meng established Agama itu sendiri hingga jadi Islam,Kristian,Juda,Buddha dan bercambah-cambahnya lagi..
ambe bukan menyeru anda mencipta Agama baharu, akan tetapi ambe minta agar anda berhenti Hujahkan Hukum-Hakam buat sementara dan do your home work, iaitu usaha kan diri dahulu..

anda dan ambe pasti familiar dengan ungkapan "eh, macamlah kau tu baik sangat..cermin-cermin diri lah"
setiapkali anda menegur atau nasehat kawan atau mungkin saudara anda..dan ungkapan itu menjadi pemangkin kepanasan buat diri anda yang tidak sabar.

bertahun-tahun sebenarnya ambe cuba ertikan apalah maksud sang penyampai-penyampai itu, apa mereka rajin mencermin diri mereka dalam tujuan reflection diri sendiri?..kalau demikian lah benar, mengapa lah "cover" buku kitab diri mereka atau fashion diri itu maseh jelek dan serupa orang tak ada Agama langsung?
atau mungkin kita antara manusia yang suka "copy-paste" kata-kata orang walaupun hakikatnya "dok ahu bende"?

ambe akhirnya dalam diam dan mencerminkan hampir semua perkara hingga diri ambe,
dan Agama hanyalah tunggal sendiri, anda boleh sahaja pilih dariantara Agama apapun dengan kepercayaan.
akan tetapi cubalah menilik dengan halus, apa kita hendak Agama atau BER-Agama?
jika BER-Agama, apa Nasihat dari siapapun itu perlu anda offend kan? Nafikan?

Anda mahu Durian kerana Isi atau Kulitnya?
pasti anda mahu Isinya.
sudah pastinya anda rasakan Kulit itu tidak penting, cara membelah durian itu tidak penting..asalkan Isinya itu anda nikmati sepenuhnya.
kemudian anda sedar, bahawa Isi pun tak lah se penting mana Biji nya..kerana dengan Biji itulah membenihkan lagi dan lagi..

inilah prang yang sedang sengit berlaku yang ambe sendiri perhatikan merata-ratanya..
Orang Syariat yang sibuk membahaskan Hukum Hakam dan mementingkan Appearance tanpa pedulikan Orang Tarikat/ atau orang-orang yang membahaskan dan menghuraikan cara-cara yang banyak meluasnya agar kita sesama kita dapati Kaedah yang mudah dan paling mudah..
namun kerana merekalah Orang Tarikat yang serba faham apapun dari pengalaman..mereka pula memerangi Orang Hakikat yang dikatakan "cakap mengarut" seperti Aku dan Aku adalah Engkau yang Aku adalah Engkau didalam Aku dan bla-bla bla..tanpa meyakini siapalah yang Mengenal sebenarnya, siapa Orang Maarifat yang sebenarnya.

diatas diri ambe sendiri yang memerhatikan ini belaka, dan lalu sendiri hingga ambe pun bingung..apa sebenarnya BER-Agama apapun diatas Dunia ini maseh hendak kita berbahas, berpidato atau berbalah sesama sendiri demi menegakkan kebenaran diri?

sebagai diri, ambe fikir..itu hanya material. Jasad anda adalah diri.
akan tetapi bila disebut sendiri..itu adalah permulaan..ambe berjalan sendiri dan melihat kanan kiri itu semuanya hanyalah contoh. Jikalau anda Bijaksana, anda jualah yang Pemurah orangnya..
tapi hakikat itu memerlukan diri yang sudah dibangkitkan, dimerdekakan untuk mengenal alam yang disebalik kenyataan..
kerana penjara pertama bahagi diri kita adalah Jasad, anda bukan Nyawa namun anda adalah Roh.
Roh yang diselami sebalik alam mimpi itulah Roh yang Yakin kerana perbezaan yang total sudah daripada one step further dimengertikan..
Cinta itu sendiri adalah Hakikat, janganlah cakap pasal perkara lain seumpama Jin dan makhluk Ghaib. anda mula dengan fikirkan Cinta dan Perasaan itu pun Hakikat..
yang anda cuba hurai, cerai beraikan peri-rasa itu untuk kefahaman orang lain..akhirnya anda pula lah dianggap sesat. ambe dah lali dan semakin kebas dengan tuduhan sebegitu..
"sesat" ambe sampaikan tahun-tahun yang sudah itu jugalah mendapat balasan sms atau email "betul lah apa awak kata tu dulu".. sesudah ambe dicurigai,dibenci, dilontarkan bermacam-macam Najis kata-kata yang memerlukan ambe kesat dan terus membersihkan kembali..

seumpama itu lah ambe ibaratkan pada diri ambe, yang dilahirkan bukan sebagai anak Sulung, dalam 4 beradik. yang ketika ambe dibesarkan terdapat banyak conflict keluarga, baik diluar secara public atau awami ataupun dalaman..itu tak pernah terlesai,
pada awalan ambe fikir "politic" itu tidak penting dalam keluarga. tapi bukan kah "politic" itu sendiri cara atau tarikat untuk meng objective kan adik kedua, dari yang ketiga ataupun yang bongsu?
bagaimana dengan "politic" dengan orang Tua kita yang diciptakan Tuhan berbeza Jantinanya? Ayah itu memerlukan ambe bercakap dengan penuh hemah, Bonda perlukan ambe berbahasa baik dan adakalanya tidak baik kerana ambe maseh anak yang kurang ajar ketika itu?

jikalau anda kabur dengan persepsi itu, cubalah renung diluar sana apa yang sedang berlaku hari ini..Politic parti ini akan perjuangkan Hak ini, parti itu pula yang Hak itu, parti yang sana perjuangkan kebenaran, kemudian parti sini dituduh pejuang kebatilan..dan didalam individu sesebuah politic itu pun sudah cukup celaru, dalam miniscule nya kita yang SEMUA mengaku dalam doa-doa "Ya Tuhan, aku sangat kerdil dan bla bla bla..Pandanglah aku"...kita pula memilih untuk miniscule kan lagi lebih kecil perspective Tuhan dalam memandang diri mereka, kalaulah Manusia itulah Tuhan agaknya, Orang itupun naik fed up..apa kebenda lah hal kecil itu diperkecilkan lagi dan terus lagi... tiada apapun ideality untuk membangga atau Mutakkabirkan Tuhan yang Cipta dengan bersatu..malah berlagak diri itulah Muntaqim dengan membinasakan semua hingga kecil dan lebih kecil dalam kelompok jemaah yang sepatutnya besar..
atau mungkin anda diperkecilkan hingga akhirnya anda terkontang kanting sendiri dalam perjuangan, tak pula anggap itu adalah Benchmark untuk melonjakkan self-consciousness buat diri-sendiri dahulu.
sedangkan orang yang sering diletakkan pada keadaan sendiri itulah yang paling mendapat perhatian Tuhan. andalah yang di spot light kan dari kalangan pelakon-pelakon murahan yang lain..

dan menjadi watak yang "pelakon" itu juga adalah "penting diri" kerana diri anda tetaplah yang conscious terhadap ideology diri itu sendiri, yang merasakan ini baik bagi orang ini sementara yang itu lebih baik dari orang itu..maka siapa yang senang-senang boleh katakan bahawa penjahat itu sahaja yang "penting diri" sedangkan mungkin anda sendiri pun tidak lah faham atau tahu secara tepat atau precisely bahawa subjective kelakuan apapun itu adalah penyelesaian bahagi sesebuah masaalah.

akan tetapi memahami moral values yang baik itu solution kepada arah yang damai dari menyeru atau menghentam dua kepala kepada satu fahaman kita sahaja itu belum tentu lagi yang baik sungguhpun anda sangkakan ia adalah usaha, sedangkan usaha itu sifatnya berterusan dan berpanjangan..

maka dengan hari ini anda Cinta kepada seseorang, sama seperti ambe tlah jatuh Cinta kepada seseorang yang tak pernah ambe sendiri bayangkan siapa orangnya, akan tetapi pandangan pertama itu buatkan ambe semakin rindu untuk mengenalinya, dan pergelutan antara Angels dan Demons dari diri, kanan dan kiri tangan mahupun kaki, perasaan atau fikiran buatkan ambe memilih kesabaran daripada memilih Penting diri ambe atau sendiri ambe.

ambe tak nak bahkan memilih enggan untuk menjadikan calon Isteri itu seorang yang sympathetic terhadap Nasib ambe, sewajarnya ambe yang sepatutnya mengasihani dirinya dengan korban berjauhan dan tidak berada dikalangan suasana dirinya.. ambe Kasehi dirinya tanpa diberitahu atau setelah diketahui tanpa dipinta, maka itu membuat dirinya lebih ber-erti dari apapun orang yang ada disekeliling ambe, kerana kepentingan diri ambe adalah demi sebuah keluarga yang mendapat restu 100% dari Tuhan bukan daripada Manusia yang seringkali sahaja berubah-ubah hingga rupanya sepertinya sesumpah..
sama sahaja seperti anda, yang mungkin sudah ataupun belum memiliki keluarga sendiri.

mungkin daripada tidak tahu itu lebih bermakna setelah diberitahu, itulah pandangan ambe tiap kali berbuat apapun..kerana apa yang sudah diberitahu sepanjang zaman, kita tetaplah yang kentut dan tinggalkan bau yang busuk sahaja..bukanlah wangi-wangian kata-kata sepertimana yang dimuntahkan oleh kalam.
hanya lah sesuatu yang mewujudkan pra sangka dan sangkaan yang bertambah-tambahnya..itulah kerja  hari ini.

bahkan dengan membina Apikalam ini sekalipun ambe tlah bersabar hampir 4 tahun untuk mewartakan apapun yang jelas dan jernih dari sendiri ambe, itulah pengalaman yang mungkin ada pertikaian ramai..tapi akhirnya anda sendiripun kunjung tahu bahawa apa ambe katakan ini semua pun Kebenaran..ambe tak riak, ambe tak ujub, tak pula syok sendiri bahkan membuka segala pekung didada hanya semata-mata untuk hal-hal yang lebih baik daripada anda untuk ketahui atau kenali nanti..

pandangan ambe bukanlah setakat yang habis disini, jikalau anda sudah sedia maklum..ia adalah untuk dihadamkan oleh mata fikir, mata lidah, mata hati atau mata roh anda untuk sedia pergi jauh lebih luas dan lebar serta menegak secara Universal kerana itulah Agama.
bukanlah Agama itu untuk anda di Terengganu sahaja, atau di Kedah atau dimana-mana dalam Malaysia..fahaman Agama itu sepatutnya dilayakkan apply dimana-mana sahaja kerana Agama itulah Susunan..yang menyusun kembali kitab-kitab pada rak buku agar mudah anak-anak serta cucu itu memilih kitab yang mana lebih sesuai..
anda menafikan diri yang Al-Quran kerana anda rasa tak layak untuk amalkan keseluruhan, soalan ambe pula, jikalau setiap penerbitan buku ada review, ada publisher yang boleh diyakini, ada cover yang sangat simple..sudah pastinya ada Synopsis yang bersesuaian untuk meringkaskan Isi Pentingnya..

itulah surah lazim, yang ada padanya Al-Fil hingga ke An-Nash.
baca dengan ketulusan, bukan setakat membetulkan makhraj dan idghram ke apa tu..itu Bonus pembacaan. namun apa sebenarnya yang terkandung dalam Maksud agar difahami, dimengerti kemudian difahami..itu ada kerja-kerja harian dan surah-surah yang khususnya dan sesuainya dipadankan pada Subuh-Zohor-Asar-Maghrib dan akhirnya Isya..
maka amalan harian sebegitupun sudah memadai mengetahui bahawa Islam bukan setakat menyuruh anda berbuat baik, tapi juga bersangka baik..Hina diri bukan ber erti anda perlu rendahkan self-esteem namun memuliakan orang lain, memberi fahaman pada orang yang kurang tahu itu agar yakin bahawa yang sering berusaha mengangkat darjat Manusia di suatu level yang ultimate itu adalah Islam. dan Panduan utama itu adalah mengenali Agama dahulu, yang siapapun boleh pilih, kerana Islam tak pernah paksa sesiapapun atau Kritstian tak pernah paksa sesiapapun untuk menjadi pengikutnya..namun Mati itu sudah suatu yang jelas, tak siapa boleh nafikan.

akan tetapi menjadi makhluk yang pemilih, Agama seumpama apakah menjadi Pilihan?
ini soalan bahagi ambe dan juga anda.

maka persoalan wujudkah After-life itu adalah persoalan sahaja jikalau anda tak berterus terang menerima sahaja tidur itupun adalah Mati Kecil..dan apa anda lihat di alam mimpi itu adalah kenyataan diseberang sana...ia mungkin Fantasy, bahkan Internet ini pun Maya..tak ada Burger didalam ini boleh dikaut oleh tangan untuk dibawa keluar untuk dimakan.
tak ada awek yang anda minat dalam FB untuk anda tarik ia masuk ke alam Nyata..ia sekadar Maya. Khayalan ataupun Fantasy, atau lebih tepatnya disebut Hakikat..

"Penting Diri" pun adalah kerja Hakikat, walaupun dizahiriah nya anda nampak dia ni seperti itu, cakap tapi tak buat..namun apakah Benar dia buat itu untuk tujuan itu sahaja atau ada Politic nya sebalik itu?
itulah patut kita tenungkan..
Penting Diri punya relation yang rapat dengan Kebenaran..kerana ia lahir dari dasar Fikir Sendiri juga..
hujung apapun anda cuba cari, tetaplah "Penting Diri" itu tugas mementingkan "Diri" yang subjective secara objective..

Nabi Muhammad itu sendiri "Penting Diri" kerana yang dipentingkan adalah dirinya yang mengenali apa itu Baik dan Mulia dan apa sahaja barang baik untuk dilaksanakan...apa salahkah ambe berkata itu?
tidak kan? kerana anda jelas dengan ajaran baginda yang justeru menyumbangkan banyak hal daripada anda yang beranak dari celah gua yang tak ada tamadun dan sangat bodoh orangnya..Rasulullah tlah menyusun itu semua demi baik kita sesama kita, tak kira kafir atau ber Agama..ada sempadan yang menyempadani demi Politic ke Agamaan itu tidak bercampur aduk hingga anda sendiri gelarkan ambe atau orang-orang yang percaya Tuhan itu sama adalah Pluralist.
ambe hanya ambil takdir Agama ambe sebagai alasan mengapa hingga hari ini Islam diyakini Agama ambe, walaupun begitu bukan alasan ambe untuk tidak kenal siapa mereka di Agama lain..
maka dengan perjalanan Sendiri ambe sudah pada meluaskan semua perspective demi kefahaman bersama..fikirkan setulus jiwa..Agama ini sebenarnya untuk siapa? dan apakah Penting Diri itu hanya yang Negative sahaja ke?

tak akan ada hujung andai kita hendak mempertikai akan soal "Penting Diri",
macam mandi,makan,buang air dan seumpama nya ruji harian kita laksanakan..itupun jelas anda "Penting Diri"..orang lain menggunakan Pantene sebagai shampoo namun ambe menggunakan Loreal, apa itu salah mereka untuk memilih dan meyakini bahawa Pantene terbaik dari Loreal.
bahas itu tetaplah barang dan material rupanya..

akhirnya anda tua, gugur juga belaka..

dan anda pertikaikan Ayah, Suami atau Boyfriend anda yang "Pentingkan diri" kerana kerja semata-mata..akan tetapi anda tak sedar apa dia buat untuk anda hinggakan anda sebagai Anak disarungkan pakaian agar anda BERMARUAH, disalutkan kemudahan agar yang susah ketika anda diperingkat usia yang muda ini dikurangkan dengan hal-perihal MUDAH, menunaikan sedaya apapun dengan kesungguhan Ayah demi Anak yang mengerti setidaknya AGAMA itu Penting.
atau Suami anda yang menunaikan apa sahaja permintaan, agar Isteri tidak disusahkan hingga ambe jadi naik yakin bahawa Suami pun begitu beriya-iyalah ndak pastikan Isterinya tak memerah apapun keringat kesusahan asalkan diri Isteri itu melahirkan anak dengan baik, menjaga anak dengan baik dan sebagainya agar Isteri itu benar di muliakan.
Atau sebagai "Boyfriend" yang kamu orang percaya sangat tu, atau Pacaran atau apa-apa lah andaian kosong mampu anggapkan..paling tidakpun si-dia itu berkerja mungkin untuk simpan duit untuk nikah ataupun belikan sesuatu untuk anda atau belanja makan di restoran mahal bertaraf 10 bintang setidakpun..

Kenyataannya, Penting Diri itu wujud dimana-mana pandangan anda sudah temui,lalui atau sendiri saksi tanpa mengenalinya..hatta menyedari entiti "Penting Diri" itu berlegar-legar dariantara kita..

maka hadamlah dengan penuh kenyang dan terimalah seadanya agar ambe dan anda dapat bersyukur setidaknya..bahawa "Penting Diri" itu pun adalah kebaikkan dan boleh menjadi jawapan mengapa kita maseh disini, atau berada didalam kehancuran yang luar-biasa..baik dalam berkeluarga dan ber Negara..

dimana posisi tepat anda berKEPENTINGan buat DIRI?

Pilih lah..kerana itulah kuasa yang letak ditangan kita...

nasihatmu tak ambe peduli mengenai gadis khayalan itu, kerana "Liv Tyler Bertudung" itu tetaplah PENTING bahagi DIRI ambe..

KBD