Saturday, October 8, 2011

RO[c]K..OK?


dan sebagai Archive mengenai Issue Rokok yang buat berapa ratus-ribu kali,
ini adalah antaranya yang ambe balas kerana Posting FB teman ada membahaskan mengenai hal ini lagi disamping memberi keterangan bergambar dalam menunjukkan bahawa ini adalah FATWA HARAM..

penat sebenarnya..orang kita lebih suka berbahas mengenai Issue kecil yang Khilafiah. sedangkan tak suka berbahas mengenai sifat-sifat yang tak boleh diubah kemudian arah pada kebaikkan.
anda kata La Duni dengan memperkuatkan statement dengan keratan-keratan Al-Quran dan Hadis bagi menyedapkan aja, agar anda tak dipersalahkan akan tetapi alternative pengecut,bachul dan sialan menalakan fakta yang tak boleh itu semua kepada Tuhan.

Salahkan Tuhan kerana Hidup Sial. itu lah selalunya..tak berani bahas, anda jadikan sabda Rasul sebagai Punching Bag.
dimana Anda?
yang selamat lah ye? maka itu buat anda katakan bahawa Islam ni penyelamat?

TUIIIIIII!!!... kalaulah Babi ada Pilihan untuk masuk Syurga, ambe fikir Babi mungkin Makhluk yang sangat Redha. dan layak..
kalau ndak banding dengan Mentality Manusia atau Orang hari ni lah..

yang kerjanya makan Najis aja..dan akhir sekali masuk Syurga.alangkah sedihnya memikirkan Nasib Babi yang tak bersalah, kemudian membandingkan Manusia yang sering aja lakukan dan ulangi Salah hingga dah jadi Habit atau Sengaja..
namun Tuhan dah tentukan tempat Istimewa buatnya, tidak dihujung sana, Babi seperti binatang lain bebas dari Hukum apapun..mereka adalah ibarat Hamba yang tlah Merdeka kerana Najis itulah Nikmat bahagi mereka..Bukan Burger King ataupun Char Kuay Teow..


sedangkan hari-hari antara kita Hubbu Dunia..Cinta Dunia.
tak mengaku tapi diam-diam sambar rasuah, Ustaz ambil Riba dari Bank atau rasuah dari segala urusan yang ditetapkan begini dan dilonggarkan kerana ada upah dari kelakuan membabi itu. dalam diam, Usaha Agama Islam mereka sebarkan masehlah Jual-Beli aja..
sedangkan Islam atau Agama itu hanya Promotion besar-besaran kepada orang ramai melalui Amal Bakti yang Jujur...

Issue Rokok. itu jadi bahan Hujah. dan Iktiraf University Al-Azhar jadi full stop. tak boleh kata sembarangan..
ambe berani katakan kerana ambe pun salah seorang Graduate University Al-Azhar bahkan kenal bagaimana University Al-Azhar hari ini..berbeza dengan keadaan dahulu. tak adapun nilai kemurahan dalam berilmu bahkan SENYUM pun payah. nak-nak Student Malaysia atau tempatan yang berkopiah dan berbaju ala-ala Ustaz di Pejabat Agama.
lebih baik mengenal Pelajar Malaysia yang berpakaian santai, t-shirt dan seluar jeans yang juga mengaji bahagian Undang-Undang Syariah, Economy Islam, dan sebagainya..

senang bila kita awal-awal dah Jujur dengan diri. maka ambe copy paste ajalah catatan seterusnya dari FB ambe. moga jadi bahan Fikir buat kita belaka:

Rokok, kondisinya sama je dengan Racun dan Penawar..kalau ikut Bahas Medication lah, fail doctor sebab tak dapat selesaikan masaalah Salah Guna dadah kerana mereka tahu HIV AIDS itu tak ada penawar. ikut panduan Logic berfikir, Doctor la dalang pengeluaran Ubat-ubat yang bermacam-macam..yang semua ubat yang sekadar bertindak Tranqulizer atau pelali je..agar Antibody badan boleh buat kerja....bottomline nya tetap bukan istilah "Ubat" pun.. kalau Doctor semua akui ini, tak adalah Doctor boleh buka clinic swasta atau pakai mercedes atau bentley..akhirnya Rokok jadi alasan segala kejahatan atau the mother of evil la kononnya..dan bahas kita tak habis2 dengan kait ini dan itu untuk tujuan menghentikan perokok agar tidak merokok. apa usaha kita sungguh? perempuan yang betul Wanita, mereka akan buang aja rokok itu sekotak tiapkali berjumpa dengan biadab..jika betul lah dia sayang pada suami atau boyfriendnya..tapi tanyalah diri dulu, apa rokok itu pernah halang anda untuk Nikah? untuk bercumbu? berpelukkan? atau bersenggama? tak pernah kan??...malahan lelaki cepat aja matikan rokok untuk buat itu tanpa diberitahu, kerana ia sangat sarat dengan makna Nikmat..bila saya cakap gini apa ini Blue? atau Lucah? rasanya tidak, anda pun begitu saya pun begitu..ia normal. Kalau betul lah dia Lelaki..dia pasti mencari Pasangannya untuk menyatakan itu..dialah Wanita. kalau kita luaskan pandangan ini mungkin kita takkan Judgementalist pun terhadap apapun kegiatan orang Lelaki hendak buat yang lebih-kurang sama aja dengan Wanita lakukan dalam Dunia masing-masing...Tanggung jawab Lelaki yang Suami bekerja demi menyara Isterinya.. sementara Isteri "isap" hasil untuk keperluan diri yang dibuatkan untuk pasangannya, anaknya atau rumahnya.. itu basic lah tanpa guna Agama pun..


mengetahui itu semuapun maseh Basic, kerana ia bukan cerita yang Khusus terhadap cara susun atur yang lebih mendalam..itu maseh "Agama"..bukan lagi Agama yang mana..kita sebut Agama Islam, sebab Islam adalah Agama kita pikul dari Kecil sampai sekarang..tak salah rasanya kalau ambe kata itu cuma sekadar "Agama Tradisi", ikut ikutan dan setakat capai Percaya..sedangkan Islam menuntut kita ber Iman, iaitu Yakin dan be confident dengan apapun perlaksanaan..adakah itu adil bagi kita kata orang Kafir yang tak ikut cara Islam itu salah? tak boleh juga kan? kerana Nabi Muhammad pernah bersabda "Agama Itu Nasihat"...Nabi tak kata "Islam itu Nasihat"..maka beringatlah bila kita bahas bab Islam. kita perlu amalkan dahulu 100% dari pemerintahan hingga diri kita sendiri...ambe tak rasa Kristian,Buddha,Juda semua itu jahat..kerana merekapun seperti kita. yang berusaha untuk kenal Agama..tapi bukan lagi BER-AGAMA. kerana itu melibatkan kelompok cult atau jemaah..baharu ber Agama..kalau dalam Islam pun banyak sangat dipolitikkan hingga pecah belah, masing2 kata Tabligh salah, Tarekat tak betul, Hakekat tu sesat...apa kita tahu mana satu jalan benar? tidak kan? dari awal tahu itu semua mengapa tidak kita menerima dahulu apa orang sampaikan..apa "Kebaikkan tanpa Rupa" tlah ajarkan dalam Hidup. cerita bab rokok ni leceh la..sebab yang pesan suruh berhenti pun cuma ambil syarat dan jalan mudah aja. tak merokok tu sekian hal lain pulak...ambe tak marah hanya menerangkan. agar berhentilah bahas bab rokok.. kerajaan suruh ke apa ke kita tengok ajalah apa kerja mereka, dah selama Pilihan Raya berkempen macam best dan nak buat sangat..kita lihat lah Perlaksanaan..dan melalui info kita peroleh secara luaspun, ambe boleh kata Kerajaan sendiri merosakkan kita, kata tepatnya me Mudharatkan kita..depa buat Hukum itu ini dengan ringan tanpa pandangan sesama yang arifbillah kerana mereka diberi kepercayaan kita berikan. sedangkan Nikmat2 kaya raya dan senang lenang, mereka tak kongsi dengan kita.. fikirlah sama kita. jika Negara ini sebuah Rumah yang besar atau Istana lah..mengapa kita pilih benci sesama sendiri kerana lebih-kurang itu tetaplah ada.. wallahualam. ambe disini bukan nak pidato atau tegakkan apa benar bagi ambe..tapi kita semua secara universal..apa kita ingat Islam ini untuk kita sama kita aja ke? Allah pun Ya Rahman dan Ya Rahim..tak kira siapapun, Dia tetap maha pemberi..dan yang paling serious kita jarang ambil serious adalah Pilihan...buktinya bila dah Buat Pilihan dan berlaku sebaliknya, kita seperti menyalahkan Agama untuk itu..Tuhan seolah2 tidak adil dengan kita..padahal Pilihan itu tetaplah penentuan Keadilan kita sebagai apa dan risiko apa setelah itu. Rokok tetap Rokok. dan hanya sebatang Rokok itu ambe sendiri dah jalin banyak Persahabatan yang bermakna jauh dari majlis lain..makan malam, party kejadah apapun..hanya kerana sebatang Rokok orang tak kenal jadi kenal, sebatang lighter pun "malu" sesama kita pun di pecahkan..kalau rokok itu tetap kita kata cemarkan..salahkan Tuhan ajalah senang. tapi ingatlah berapa hari kita bakar minyak dijalan raya yang menyebabkan lebih parah akibatnya..

rokok maseh tembakau dan cengkih, bukan kimia pun.

KALAU KERAS macam BATU, anda akan di PECAH-kan,
KALAU KEBAL umpama AIR, anda tidak akan gentar menerima tikaman,
KALAU KELU seperti ANGIN, anda bakal diterbangkan,
KALAU KENAL apa itu API, kita akan di tiadakan..

ini cerita API dan Sebatang Rokok


jadi janganlah Bodoh mencari cacat cela orang, Keampunan atau Kemaafan pun jauh dari kenyataan jika kita berAgama untuk Hentam aja orang sebab dia begini sementara anda begitu.

Tuhan lain-lain ke?

KBD