Thursday, October 20, 2011

BUAT BAIK pada WANITA

bila ia bermula dengan manis dan baik bicara,
bakalan anda disangka bahwa ambe adalah Pujangga atau si tukang Hipnosis kata-kata yang berisi bait-bait indah yang melalaikan semua,
layanan ataupun teguran "hebat" ini sebenarnya sudah masak dan matang bahagi ambe ketahuinya..
bahkan diseluruh perkenalan kawan,rakan,sahabat ataupun teman..hal pertama itulah yang di warning kan oleh sang observer yang cuma sekadar ambil tahu dan bukannya orang yang berusaha untuk kenal ambe atau memahami siapa diri kawan,rakan,sahabat ataupun teman ambe itu.

mereka hanya akan katakan "berjaga-jagalah dengan Ku Bad" kerana dia adalah "si mulut manis, Pujangga yang boleh mencairkan siapa-siapa apatah lagi kaum wanita"

dengan mengetahui fakta yang berlaku terhadap ambe beratus kali dah, sebenarnya ambe dah naik bosan dan terlampaulah Penat..
dan adapun yang memilih jalan singkat untuk "gap" atau jauhi diri mereka dari ambe hanya kerana kata-kata orang lain.

sebenarnya bila difikirkan logic atau technicalities berfikir, itu hanyalah perception control je..jika bahasa Agama nya adalah cara kita menangani Ujian bahagi diri kita dalam menerima seseorang, kerana kesah ini sudah beratus ribu zaman sudah berlaku, Nabi-nabi atau para Waliullah menerima Umat nya dengan kepayahan yang bermula dengan Penyakit Perception ini hingga mengorbankan satu nilai persahabatan yang mungkin berkekalan hingga Akhirat.

Sangka adalah ayatnya, anda menilai Kawan atau sesiapapun dari luaran hanya bermula kerana soal  ketidakselesaan ataupun keselesaan, bila anda tahu lambat laun Tuhan akan menelanjangkan kemuliaan yang disangka itu hingga anda pun ter salah sangka, pada sudut satu lagi yang berbeza pula sangka yang kurang selesa itu tlah ditelanjangkan oleh izin Tuhan agar anda tahu bahawa kita serba Kurang sebenarnya, dan selesa itu hanyalah didapati sekiranya dicapai bersama walaupun kebenarannya tetap sementara..ambe sengaja gunakan ayat "Kita" kerana ambe pun tidak kurang apa pembaca ada, "Kita" maseh sama dan rata level diatas permukaan bhumi bahkan maseh menerima penindasan "Graviti" kerana kita maseh berusaha agar berdiri dan bergerak dari hari ke hari..

justeru berbalik pada soal pengalaman ambe,
yang seringkali orang halang agar berkawan dengan ambe kerana ambe cakap "macamlah baik atau bagus sangat bila dia(ambe) berkata-kata"..
ambe tlah direstart oleh ajaran Kesedaran yang lahir dari Keluarga ambe yang budayanya begitu, ayah ambe yang jika anda kenali..dimana-mana pun sesi syarahan mengenai Arkitek nya, pembentangan projectnya atau interview, tetap orang akan katakan "Raja Bahrin ni Softspoken ye"..hinggakan perlu dengar dengan penuh tumpuan untuk menangkap suaranya..

namun anaknya, Ya Ampun!..sarcastic adakalanya dan pada masa sama, ya ambe akui ambe juga berlembut yang terlampau juga pada wanita khususnya..
kenapa soal anda?
kerana ambe bertertib dengan Ibu ambe, berlembut kerana tidak sampailah dihati melukainya melainkan mengiyakan sahaja..bahagi ambe, Bonda ambe inilah contoh Wanita pertama ambe kenali yang sangat lembut dan sopan orangnya, yang mudah ditipu kerana kepalsuan orang-orang yang cuba himpit buat baik dengannya hanya untuk cuba melariskan perniagaan mereka..

walaupun berkali-kali ambe cuba peringatkan padanya, tetap Bonda akan membalas "yang baik akan sentiasa dibalas baik"..bahkan bersungguh untuk promote barang multilevel atau product yang tlah di "racun" oleh kawannya..

pengajaran itu buat ambe makin ingin berkongsi pada yang lain, terutama Wanita..kerana mereka sahaja lah penentu kepada soal kesinambungan, akan datang yang pada kitapun mungkin sudah kerepot dan tua tak berguna. Siapa Generasi akan datang yang akan memapah orang Tua tak guna seperti ambe nanti bila dah Tua? bukankah anak-anak kita?
dan contoh diri ambe yang lahir dari Bonda yang ambe amat muliakan sebagai Wanita Pertama itu menjadi initiative utama, kerana ambe tahu bahawa ambe anak yang tak berguna, tidak baik dan zalim akan tetapi terus sahaja belajar sesuatu untuk mengatasi setiap permasaalahan diri atau Kehidupan dengan Yakin.

ambe tetaplah berlagak baik dihadapan sesiapapun yang ambe Muliakan kerana ambe tidak sampai hati untuk merosakkan suasana yang sememangnya di Muliakan Tuhan, diatas timbulnya naluri dari sendiri yang berkata "ya, orang ini patut di Muliakan"..
maka tugas itu ambe laksanakan, walaupun banyak kurangnya ambe cuba tampung kekurangan itu dengan nilai-nilai Hipokrit agar Wanita manapun ambe kenali tahu bahawa orang Lelaki yang perlu mereka cari itu seperti ambe, kerana ambe berusaha untuk jadi Lelaki yang lebih Baik.

dan itupun sudah menjadi satu kesalahan, seriously orang hari ini begitu menghalang dan menyambung kerja Iblis untuk tidak menyatukan orang mana-mana dengan Kebenaran bahkan mengelirukan masing-masing dengan Persoalan yang semakin kabur..

cubalah duduk dan renung hal ini.
siapa Baik hari ini melainkan tiada?
siapa mengaku Baik itu adalah manusia yang paling Bodoh kerana Nabi atau Wali pun tak pernah kata "Aku Baik" untuk menyeru umatnya,
mereka cuma berita kan Kebenaran yang kemudiannya memberi pilihan diantara dua contoh yang baik atau yang jahat rupanya,
yang memilih tetap anda sendiri secara peribadi. akan tetapi concept Undian hari ini sudah di salah gunakan hingga anda perlu "berahsia" dalam menyatakan Pilihan anda.
kita dididik oleh doktrin yang bahkan lebih menjalin hubungan Penakut dengan Penakut, hingga menjadi Bodoh ke tahap yang paling Keji mampu difikirkan..

inilah scenario yang bakal mempersoalkan anda dan diri ambe dalam arus zaman yang memang sudah jelasnya TAK LAMA DAH akan datang Kiamat. Obsesi orang yang Paranoid dengan Kiamat pun sudah menerangkan kita semua Petanda Kecil atau Besar dan berusaha hubung kaitkan ayat dengan kejadian yang sudah terjadi, maka anda lah si pembuat Pilihan memilih samaada Yakin atau tidak dengan Rukun Iman yang ke 5?

dan didalam mengaji Rukun Iman yang ke 4, mengheret kita memahami Kitab-kitab yang ada yang dimana semua Kitab itu mengajarkan dan menunjukkan kemuliaan Hidup dan Mati.. pun ramai tak ambil port hingga berusaha sahaja untuk "pulang" ke pada Pencipta dengan merosakkan apa yang di buat, kaburkan pandangan hingga membutakan orang untuk lebih tahu Agama itu seperti apa.

ya betul, orang yang menyampaikan Kitab itu bukanlah Malaikat.. kerana itulah kesedaran bersama kita agar berusaha untuk mengamalkan Taat nya pada seseorang pemimpin yang anda Pilih bersama.
dan tahu lah bahawa Ketaatan itupun banyak ujiannya. anda sendiri bahkan ambe sendiri pun ditentang hebat. itu baharu Rukun Iman-3

belum lagi Hal Imam Mahdi dan Imam Isa. yang disabdakan Rasulullah akan timbul di akhir zaman, kita mengesahkan Imam Muda pun dengan Hiburan, macamana?

sempurnakah Iman atau Keyakinan itu? itu soalan yang ambe ndak tanya kerana ia adalah soalan Routine harian ambe mencermin diri ambe.

bukan setakat caci ambe pernah dibaling, Tahi kekejian sangka pun bahkan ambe nikmati..kerana soal ambe berkawan dengan ramai wanita melebihi lelaki.
mana tahu ni? sepengetahuan ambe, semua itu kawan ambe..bahkan orang yang ambe belum kenal itu adalah kawan ambe, musuh pun kawan ambe, golongan hypocritical pun kawan ambe..
kawan tetap kawan, namun soal Rakan dalam bekerja menegakkan segala Rukun..perlu pertimbangan,
soal Sahabat dalam berusaha mendirikan apa sahaja dengan Sepakat..perlu perbatasan,
soal Teman dalam usaha menyuburkan Taman..ambe perlu satu kawasan yang dipanggil Privacy..
bukan kah itu semua kehendak kita?

Karma dari Istilah Hindu atau Sunatullah Alam menurut Agama adalah roda kitaran yang menyebabkan Bhumi berputar menurut paksinya,
namun pernahkah pada kita terfikir mengapa umat Islam berputar tidak menurut paksi? berlawan arus?
itulah sebenarnya Hijrah kita.. yang melawan apa sahaja Dunia putarkan wayang-wayang Hiburan yang setuju dengan seluruh kehendak Nafsu kita?
tidak ramai terima kenyataan ini, kerana pandangan kita disini seringkali mempertikaikan apa berlaku di Malaysia sahaja, bahkan yang belajar di Luar Negara menyaksikan hampir keseluruhan Kesimpulan tersebut dengan hanya menidakkan sahaja apa yang sudah Tuhan tunjukkan perbezaan yang amat ketara.
bahas kita Hukum, itulah Modal utama..namun wajarkah anda Hukum orang yang berada didalam Negara yang terang-terang sahaja sumbangkan keserakahan dan kekejian yang slama ini kita fikirkan Jahat.
dalam mengetahui itupun anda beri galakkan penuh dan sokongan penuh kepada mereka bersangka Buruk tanpa memberi indikasi penting dari segala pengajaran bahawa yang perlu dibaiki, yang tahu baik namun maseh belum baik sepenuhnya adalah diri sendiri.

pepatah pernah ambe dengar, "small change makes the world a better place"
walaupun kecil dan tak terpandang pun oleh Dunia, tetap kita meninggalkan satu nilai kebaikkan untuk di Nikmati bersama sebelum Meninggal Dunia..
satu perkara itu hanya bermula dengan Syukur.sepertimana yang digariskan oleh ambe pada post sebelumnya..

Tumbang Syukur maka timbullah beribu hal yang Kufur..
walaupun pilihan Tuhan menempatkan kita ke dalam Masjid,Kuil-kuil ataupun Church yang berisi Riba disetiap celahan batu bata dindingnya dipanggil Rumah Suci. yang berisi segalanya orang anda pun tak kunjung untuk mengenali, Saf anda berbaris untuk melakukan Ritual apapun untuk Tuhan anda sangkakan, kemudian ber Imamkan orang yang langsung tidak peduli pada anda atau kehidupan anda, sedangkan apa yang di Syarah, Ceramah, Khutbah atau apa-apa lagi lah menyebut perihal Kesejahteraan, Kemuliaan dan sebagainya..mana Bukti setelah Ritual suci kita amalkan setelah itu melainkan membuat hal sendiri dan langsung tidak ingin ke arah perubahan diri yang lebih baik.
bahagi anda dah yang begitu mudah pertikaikan soal Hukum, apa jawapannya?

Kufur, itulah ayatnya.. Bina Masjid kerana kebanggaan, kemudian bersemayam diatas tilam bangga sendiri.

Hukum apapun anda mulakan, pasti Dead End yang anda temukan.. kerana kita maseh belum ada Negara yang cukup Islam, me-miniscule lagi, Negeri Kita pun maseh belum cukup Islam, me micro kan lagi dalam, Daerah Kita diami itupun tidak sebegitu Islam hanya melepaskan Syarat kerana TAKUT Syarak.. apa Ketakutan itu diajar pada kita untuk terima Agama?
haluskan lagi penelitian itu, lihat Keluarga anda sendiri atau Keluarga ayah anda, apa Islamkah amalan sepenuhnya? kita maseh belajar dari pengamalan Menakutkan Orang lain. seperti bercerita Kesah Hantu dan memaksa anak-anak yang bodoh balik seperti Lembu balik ke Kandang.

Ideality kita yang ambe fikir lah, bukan ke arah Menakut-nakutkan orang..Hantu maseh Makhluk yang kurang jelas, maseh perlukan penerimaan untuk sahihkan. tapi jika kita belum tengok, tak usahlah kata dah tengok Hantu kerana itu bukan pengajaran membentuk diri yang Berani namun Pengecut Pahit.

kenapa tidak seperti Kristian, mereka ajarkan kemuliaan dan kebaikkan..kerana Itulah Perjuangan yang diajar oleh Nabi Isa kepada mereka. kita hari ni tak tahu apa tiba-tiba nak serang apa orang buat, sedangkan kebenarannya JAIS tak buat kerja, Ulama sana tak buat kerja..Pemimpin tak laksana kerja sebagai orang Islam yang original. hanya buat apa kadar dan lainnya tuding ajalah jari Syahadah itu pada orang lain, kenapa bukan Kita yang naik saksi sendiri bahawa Tiada Tuhan yang Disembah Melainkan Allah dan menyaksi Muhammad itu lah Pesuruh Allah?
kenapa bukan Kita yang kenali SIAPA ALLAH dari melarang orang Kristian mengambil nama Allah?
kita ada 99 nama Allah..dan memahami Bahasa Arab, kalimah "ALLAH" itupun hanya bermaksud Segala-galanya, bahasa orang Puteh "the Just" atau "the Only"..yang boleh sahaja Agama Monotheism amalkan bersama.
Sikh panggil Tuhannya Allah dan tak ada Siapapun pertikai selama ni?
Indonesia benarkan Penganut Christian mereka mengguna nama Allah, kenapa tidak Malaysia ketika itu pergi lawan (jikalaulah betul ndak lah)?

pasti dan mestinya ada pertikaian lain seperti "itu Negara Lain, biarlah dia, yang penting Malaysia tak macamtu"..

Wei, Islam itu bersaudara lah..tak kira Negara apa..kau mungkin boleh tengok itu tiapkali atau bila anda berada di Madinah atau Mekkah waktu Haji..semua SAMA bila anda sebut Islam.
tapi jangan kan pula pertikaikan bab Bangsa pula yang berbeza Bahasa,Budaya atau Adat..kerana Beza itu lah yang ada menyatukan mereka dan kita semua, itulah kerja Agama yang Islam, yang SEBENAR.

kenapa tidak seperti Yahudi, mereka ajarkan bab Kebangsaan kerana Aprecciation mereka terhadap Ibrahim..Bapa Bangsa sebenar.
bacalah Sejarah dan anda akan temui ini tanpa ada sedikit ragu..jika anda Yakin Kebenaran itu ada.

bahkan ketiga Agama yang sering hari ini kita panas barankan, baik antara Islam-Kristian-Juda.
kita betul-betul anti..apa salah mereka sedangkan mereka pada awal-awal dahulupun seperti anda juga, yang ada tanpa diminta, diberi Agama ini kemudian anda ikuti dan anuti tanpa soal..anda practice Agama anda berdasarkan ajaran Guru atau Ayah anda kemudian anda tak cari Kebenaran itu sendiri untuk di Yakini..

ambe sendiri, demi Allah pun berani mengaku, belajar Agama melalui cara sebegitu, kerana itu berani katakan begini..
pada awal mengenal Guru ini dan itu hinggalah ambe kenali lah "Ustaz Zul" yang cukup terkenal dengan Issue Ajaran Sesatnya bahkan berminggu-minggu berada di front page Metro pada tahun 2007 semua itu jadi confusion..sedangkan ambe belajar menuntut dengannya kerana ambe teruk ketika ambe form 4 dahulu dan menetap ditempatnya seawal 2003 dahulu..

ambe tak ada nampak pula Sesatnya, hanya ambe saksikan "kejanggalan" yang tidak lagi diamalkan hari ini, yang bangun seawal Subuh dan mewajibkan Suffah atau Pengikutnya Solat sentiasa dalam keadaan Berjemaah, setelah itu di Taghrib Subuh atau Briefing Awal lah menjelang Pagi mengenai Kerja yang perlu dilaksanakan pada hari tersebut, Mesyuarat untuk berbahagi kerja dan Berkhidmat bersih pondok, angkat air untuk isi kolah wudhuk, hingga sarapan,makan tengah hari, malam itu semua bermula dengan membentangkan Tertib Taam mengikut giliran yang diwajibkan semua orang Bentangkannya hanya untuk mengetahui apa Sunnah Makan cara Nabi.
dan selewat pekat malam itu beramal malam secara Istimaie atau beramai-ramai atau Infradi atau bersendiri hanya untuk berusaha setakat mana mampu mencapai Rasa yang tercetus dari Kerja Harian kita..dan ambe berkhidmat selama disana menjadi pengisi minyak tanah dan penyala Pelita buat kerja itu tanpa timbul persoalan "aku ni anak Raja"..kerana memang itulah Tujuan Islam sebenarnya..

dan meyakini bahawa Raja itu adalah pilihan Tuhan bagi mewakili Rakyat yang ada melalui penyaksian mereka yang Benar darinya..Raja perlu Ikhlas..kerana menjadi Sultan itu menurut Islam adalah ketua Tarikah, yang menjaga dan mensempadani serta menebas jalan antara Nyata dan Khayalan bahagi rakyatnya..
sementara ambe bukanlah lagi orang Ikhlas, Emha Ainun Nadjib lebih Ikhlas dari ambe hingga ambe ambil dirinya sebagai Guru Hakekat ambe dalam memahami diri yang Budayawan.
ambe hanya cuba sebaik mungkin Jujur. itu aja.

tidak kiralah apa kata orang, Ustaz Zul adalah Guru ambe yang terhebat setelah Raja Kamarul Bahrin dan Emha Ainun Najib..dan sudah pastinya cara tarbiah atau ajaran lain dengan orang lain,
bersama ambe..beliau tidak pernah ajar ambe untuk banyak bersamanya. bahkan apa soalan ambe pun adakalanya dijawab dengan sinis sekali.
namun setelah bertahun-tahun lamanya...ambe dapati inilah treatment bagi orang seperti ambe.
yang degil bila disuruh, namun sering sahaja memilih jalan sendiri untuk penyelesaian..
yang boros bila menyentuh hal duit, kerana selalu aja habis kerana tujuan-tujuan yang ambe fikirkan ia lebih penting.

dan akhirnya ambe tetap dan sedang menempuhi jalan yang sunyi. kerana ambe kurang dari soal "Percaya"..kerana Percaya hanya kadarnya sementara,
yang ambe ingini adalah "Yakin" baharu Boleh di Percayai walaupun maseh sementara kadarnya.. at least asas ambe adalah Yakin. maka ambe dah tahu cara lain untuk lakukan setelah itu..

kini ambe bercakap sebagai diri ambe, jikalau ada masaalah terhadap kata-kata ambe jangan salahkan Guru ambe kerana ambe maseh Murid yang dalam belajar didalam Perguruan Hidup yang berguru dengan berbagai Unsur yang ada..Manusia terutamanya.
bahkan salutation utama ambe maseh terhadap Makhluk lain, kerana Kemuliaan mereka sebagai Beruk,Babi,Biawak,Ular,Ikan atau Gajah..mereka tetaplah Taat.
Jin yang ambe terpandang sekali-sekala atau Hantu yang asyik mengusik ambe, mereka tetaplah bergurau dengan caranya..apa anda lupa sabda Nabi "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia"..
anda tak boleh terima kelicikkan bahkan kejahatan Manusia yang Zalim selalunya lakukan merubah segala Karma yang disusun cantik dahulukala, sebelum Manusia pun ada..

kemudian anda kata Aku Punya..sedangkan Aku Punya itu adalah Kepunyaan Tuhanlah segala-galanya.

Salutation itu maseh LAYAK lebih buat Mereka. dan ambe minta maaf seandainya ada orang ambe pernah katakan "Babi" kerana adakalanya ambe tidak sengaja.
itu hanya first impression perkara yang Nafsu ambe ter kata.
ambe ndak salahkan Tuhan itu bukan salah Tuhan, maka sama-sama lah kita fikirkan dimana salah itu.
Manusia MEMANG BETUL tak lari dari Kesalahan..
kerana mereka tetap Perlukan Nafsu bahagi kehidupannya.

namun Insan yang Yakin adalah Intipati Roh antara kita punya. dalaman diri yang memperbolehkan kita berfikir,berkata-kata dan merasa. itu bergantung kepada penerimaan kita terhadap apa dilihat pula.

Melayu ajar ambe menjadi makhluk Manusia yang taksub dengan Kepercayaan,
namun sepanjang perjalanan ambe bersendiri, ambe mengetahui bahawa Melayu tlah ajar ambe satu perkara yang begitu mereka orang terdahulu rahsiakan buat kita.
iaitu bukanlah Percaya, namun Yakini ia dengan sendiri kita,
dan permulaan itu bermula dengan gelap yang ambe hadapi dimalam sepi..
ya, ambe lalui sendiri..dan takut, bahkan penakut dari berjuta umat yang ada.
dan melihat sesuatu yang lebih untuk dikagumi, mengorbankan Kepercayaan kerana Keyakinan ambe rasai seluruhnya..itulah Islam.
dan kerana Islam ajar ambe menjadi Insan..yang penuh keyakinan

benarlah Kata-kata Ustaz Zul dahulu, Bangsa itulah Kota pada Agama.
kerana Melayu yang pelik inilah melindungi Islam didalamnya demi kepentingan Anak dan Cucu semua. vision merek itu jauh melangkah dari apa pernah kita fikirkan..hanya dari kata-kata.

kita bukan hendak ber Bangsa, namun menjadi Melayu sepertimana kita dilahirkan begini..
dan mengetahui Melayu dari Sejarah..
mereka lah last line Bangsa yang ada.
yang diperhalusi Kalimah atau Lambang Jawi itu adanya Mim, Lam Alif, Ya dan Wau.

Mim itu pemimpin Melayu, Muhammad Bin Abdullah,
Lam Alif itu apa diajarkan Muhammad kepada kita untuk jadi Islam iaitu Mengucap Dwa Kalimah Syahadah yang intinya adalah menyatakan atau menegakkan LAyar "LA Ilahailallah"!
Ya itu Lambang pada Maqam, tempat bermula, tapak yang dititik kan dua titik kaki dibawahnya. dua Unsur Tanah dan Air jika kita tahu Melayu itu berlaYAr kerjanya.
Wau itulah kesucian diri..keperibadian diri yang sebenar, yang original dengan Keyakinan yang sama..itulah Dayung yang akan mengendarai perjalanan agar tidak terdampar di tengah lautan bersendiri..

Terima Kaseh Guru-guru ku.
kerana ambe berjaya mewujudkan Apikalam ini dengan penuh berani berkata kerana ambe sudah berbuat.

dan setelah apapun kehilangan ambe hadapi, tiada penyesalan..
kata-kata manis ambe, ketahuilah ia hanyalah contoh cara melayan wanita sepatutnya..hingga adakalanya ambe sudah berulangkali menyatakan bahawa dengan yang ini ambe anggap seperti adik sendiri maka ramai jadi tidak dapat menerimanya,
hingga ada sejumlah meninggalkan ambe..

disini adapun ambe lampirkan buat julungkalinya gambar untuk buktikannya,
oleh kerana diri seorang adik bagi ambe itu tidak dapat menerima bagaimana mulianya dirinya yang ambe muliakan sebaik mungkin.
hingga terasa pada ketika terbaca Apikalam ini mengenai senandung rasa ambe terhadap si "Liv Tyler Bertudung" itu yang pernah ambe post dulu.

dan ya, ambe rindu dirinya..kerana dia tetap adik ambe walaupun dirinya cuba menafikan atau membuang ambe, terpulang..kerana ambe Yakin ada sesetengah yang ambe kenali di pertama kali itu tiada apa-apa perasaan yang untuk di Kasehi atau mengamalkan Cinta pada satu itu..
ia hanya lah sesuatu yang di build up berdasarkan kebiasaan hubungan yang "tak baik buat begitu sebab saya nak bernikah dengan awak"..
itupun bahagi ambe dah langgar principle dakwah sebagai bakal Isteri. anda tak boleh larang dia namun anda hanya boleh tunjukkan contoh tanpa pengajaran kalam Baik padanya. tujuan itu hanya untuk meneguhkan Keyakinan itu tanpa diajar namun lebih peka pada Perbuatan. jika tak dapat tahan, suruhlah orang lain atau beritahulah Ayah nya agar didik anaknya dengan cara baik kerana dirinya maseh dibawah tanggungan Ayah lagi.
orang bernikah untuk sama-sama usaha bersama agar sempurna, itu tujuan sama kita sama kita bersaudara besar ini amalkan dalam berjemaah.. sementara yang belum Ber-Keluarga, practice atau amalkan dalam persaudaraan yang lebar untuk mengetahui dan meyakini Keluarga itu seperti apa sebenarnya.. dan ambe amalkan itu terhadapnya kerana sudah jelas bahawa ambe tiada apa Niat dari mula untuk bersaudara dengannya, maka diikatlah dengan pertalian Adik beradik..

sementara Cinta pertama ambe tetaplah "Liv Tyler Bertudung" itu walaupun ia seakan-akan gimik ambe dengan mengetahui nama ambe gelarkan begitu akan tetapi inilah kenyataannya.. ambe Yakin terhadapnya yang memiliki Cinta ambe maka ambe akan tunaikan apa sahaja kehendak Cinta dengan membiarkan dia memiliki semua ini tanpa kehadiran ambe buat masa ini. dan sungguh walaupun ambe dah tahu dia sudah punya teman, ambe maseh kurang pasti awalnya mengapa maseh tidak dapat membuangkan sahaja rasa ini hingga terzahir airmata hanya kerana hal bodoh sebegini.
dan kenyataan anda terima melalui kalam ambe inipun daripada cetusan rasa ambe dan dirinya.

bahagi ambe. BENAR itu akan dia saksikan sendiri.
jika bukan sekarang, itu akan mungkin jadi Nanti.
lihatlah ini bukan kerana untuk memburukkan sesiapa pun,
lihatlah kerana inilah kesah benar ambe dan diri orang itu..

mungkin banyak sangkaan timbul, biarlah..sejak bila Hidup ini sunyi dengan sangkaan?..
dan jika anda fikir ini "Modal" cerita ambe, anda silap.
kerana ambe adalah "Modal" segala aib yang anda sangkakan..kerana dia tetap ambe Muliakan sebagai adik ambe..yang adalah antara Beribu Wanita yang ada.

KBD