Tuesday, October 18, 2011

KERJA SYUKUR

kali ini post ini mungkin pendek, tak seperti biasa..
ini kerana ambe hanya hendak kongsi sedikit perkara sahaja agar berfikir pada jangka masa yang anda punya untuk MUTE dan PAUSE semua yang ada.

matikan Hati seketika dengan menjadi PENTING DIRI sementara,
STOP akan masa,
termasuklah lagu atau station radio pilihan anda,
silent HP anda,
tutup semua ingatan mengenai apa sahaja dan imagine atau bayangkan scenario ini seolah-oleh benar berlaku pada anda jikalau tidak pernah mengalaminya lah..

soalan ambe simple,
pernah tak pada anda lakukan buat seseorang yang kemudian memberi feedback atau balasan kurang memuaskan dan menganggar dirinya tidak Syukur diatas pemberian anda itu?

cuba fikirkan sekeras kerasnya dan sehalus-halusnya..

Pertama,
belajar Theory Agama dari buku,kitab dan bahan cetak apapun..
buat anda TAHU,

Kedua,
apakah wajar Pengetahuan itu segera di apply langsung pada Hidup bila Hidup ini yang anda ketahui  setelah membaca, maseh berkadar Infinitive sepertimana Mati, juga Infinitive.
apa HAK bahagi anda menghukum sedangkan anda belum lalui sepertimana dia lalui?
adakah sandaran anda kerana FAHAM anda hanya ditakat kesimpulan pendek memilih BAIK atau JAHAT dan mungkin BETUL atau SALAH sahaja?

Ketiga,
sesudah memilih itu antara dua itu,
benarkah Theory dan Pilihan itu BENAR?
BENAR pada RASA?

Keempat,
anda kini sudah lalu 3 macam Fasal iaitu Tahu AGAMA kerana ia penting untuk menyusun kembali KEHIDUPAN,
anda Faham bahawa JALAN BER-AGAMA itu banyaklah muslihatnya,
anda Mengerti ketika memilih jalan mana sebagai PILIHAN susunan Hidup mu itu berisi banyaklah jiwa-jiwa yang belum didalami,

namun kita yang selalunya tak pernah belajar adalah menerima, sedangkan apa yang disampaikan melalui sesiapapun dengan cara apapun tetaplah dari Theory AGAMA anda pertimbangkan untuk Pilih itu.
terima sahajalah bahawa RASA tetaplah BINASA dengan KEHANCURAN, kemudian diganti pula dengan RASA lain..

mengapa tidak kita memilih untuk memerlihara Fragility HATI yang Mudah Pecah dengan Guna Akal untuk Fikirkan pertimbangan yang sesuai buat HATI jikalau benarlah HATI itu menghidupkan diri sendiri anda.

anda tidak mahu disakiti,
akan tetapi anda pilih jalan menyakiti orang lain selaku wawasan Kepentingan Diri.
padahal dengan menjaga diri orang lain itulah Muqadimah perihal "Kesyukuran".
yang melahirkan BAIK,MULIA dan seumpama dengannya.

walaupun mencuba rumuskan ini semua, 
ambe ada soalan terakhir..
Bagaimana anda boleh kata anda layak jaga orang lain sedangkan anda dengan diri-sendiri anda pun tak dijaga dengan adil lagi?

pening?

ambe tak suruh fikirkan kerana theory ambe sendiri buat ini sudah cukup berfikir, kalam ini sudah fikirkan dan rasakan apa sahaja buat anda..yang hanya menanti anda untuk laksanakan itu,
atau mungkin ayat hari ini "cuba".

agar benar MENYAKSIKAN KEBENARAN,
yang sebenarnya tak layak untuk dibukukan apatah di Theorize kan.

alangkah dengan disuruh SYUKUR demi KEBENARAN pun banyak persoalkan..
kerana memang ternyata kerja SYUKUR itu mencukur dan memberi apa sahaja dengan penuh KEMURAHAN demi KEMUDAHAN yang bakal dimunafaatkan.

maseh kurang setuju?

maka BUATLAH..jika maseh kurang YAKIN dengan apa ambe perkatakan.

KBD