Wednesday, October 5, 2011

SABAR

"esok lusa..keluarlah takdok apa-apa doh"
ceria menjawab panggilan daripada kalam seorang nenek yang tua yang berusia 78..tidak kiralah berapa ramainya yang datang melawat beliau, dirinya senantiasa berkerja keras didalam menceriakan siapapun..

didalam memejam kenyataan yang tidak daripadanya kunjung tahu, adalah kenyataan sebenar itu luar bahaginya untuk tahu kondisi sebenar yang sedang melanda dirinya, bahkan kuman tersebut sudah daripada merebak didalam dirinya dan berkampung di perkarangan Hatinya..si anak yang sulong dan tunggal itu tetap menemani ibunya,
bahkan mengenal anaknda nya yang satu-satu itu cukup membuatkan ambe di "inspire" oleh kesopanan dan betapa hormatnya kepada bondanya..

beliau tidak daripada pernah meninggikan suara apatah menengking tinggi atau berbahasa Kesat walau sekusut apapun perihal kerja-kerja sedang merasuk akal kepalanya, project ratusan ribunya yang sedang dicuba dakap-dakap didadanya membikin dirinya kurang selesa atau mungkin juta-juta nilainya terhadap "punca" mengapa dirinya ada.

 hanya ada satu sahaja punca yang dianggap begitu penting buatnya, iaitu Bondanya..

dan menyedari kini pada hakikatnya, antara kami sudahpun menjalin ikatan yang lebih padu daripada itu..tanpa memikirkan usia ataupun Siapa dirinya, ambe beruntung sekali kerana sudah ber Sahabat dengan dirinya. dan tiapkali gawat itu timbul, ambe dihubungi dan dijadikan tempat mendengar curahan dan luahan yang barangkali dirinya jarang meluahkan pada orang lain. Beliau adalah seorang lelaki yang hebat dipandangan mata ambe dan didalam pengetahuan ambe, beliau adalah orang yang paling sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja demi apa yang beliau sayangi..


apatah lagi menyedari bahawa status Bondanya yang sangat Critical, maka disuruhlah akan sekalian anak-anak nya yang ramai berhimpun dan berpakat-pakat menceriakan atau meyakini akan nenek mereka agar "pergi" dengan keadaan yang paling terhormat..memandangkan jangka hayat yang dibayangkan itu adalah sangat singkat masanya..walaupun ambe dan diri beliau tahu serta faham, Ajal juga seperti Jodoh..yang sudah ditentukan itu hanya Tuhan......maka dengan alasan sedemikian, adakalanya menganggap atau menyangka bahkan melayani entiti maha karamah "Tuhan" juga kadangkala dijadikan "Punching Bag" kita untuk meratap pemergian dan kematian.

sementara Miracle sekadar disambut dengan lafaz Syukur sahaja tetapi "peringatan" berharga itu tetap dilupakan, kemudian kembali dengan kehidupan yang normal..yang tidak lagi seperti lagak "orang susah" yang hari-hari solat Hajat dan mengaji...begitulah pathetic nya kita dalam ber-Agama, dan orang paling celaka dari ramai itu adalah ambe, yang dahulunya juga begitu.. sementara ambe akan terus meyakini dirinya Sahabat ambe yang satunya ini, bahawa akan langsung dan terus menerus memberitahu kepada diri bahawa beliau adalah bukan seperti siapa anda mampu jadi, se tega apapun orang lain, Sahabat ambe yang satu-satunya ini adalah antara orang yang bersabar.

sepertimana apa terbakar pada Tajuk Utama diatas, kali ini ambe hendak kongsikan erti Sabar.
berdasarkan apa ambe alami sendiri, pengalaman dah mengukuhkan diri pada tiap hari bernyawa ini untuk memperkatakan bahawa Sabar seperti apapun ambe sudah lalui sendiri..

dan sepertimana kata orang Eropah mengindikasikan "Patience" itu adalah Sabar..
Pertamanya, permulaan bahagi orang yang "Sabar", syaratnya adalah menjadi Pesakit.
kalau tak Sakit, apa kita KENAL apa itu Sabar?..tak mungkin, kan? maka anda perlu jadi Patient.

menanti itu malah sakit, dan seandainya mensubjective akan "nanti" pada apa, menanti untuk Mati itu sebenarnya Ujian terakhir sebelum pergi..itupun jikalau anda sudah tahu dengan ramalan atau mungkin tok bomoh menilik nasib Ajal anda ke apa ke..Kematian maseh lah sebuah primula Hidup.

didalam memerhatikan dan mengutip nilai-nilai kesabaran yang bersepah-sepah dilantai Hospital, ambe melihat betapa ramainya orang yang kurang Sabar, terimbas image sewaktu driving ke Hospital tadi, teramat ramai makhluk yang kurang sabar dan sedang bersabar bergelumang didalam ketidaksabaran pemandu yang tidak memilih Sabar itu sebagai alasan utama mereka ada, mereka dapat kerja, maseh tidak dipecat oleh boss anda walaupun anda sering aja buat salah dan silap ketika bekerja..taraf darjat cara hidup anda interpret didalam bekerja yang walhal semakin kotor dan merosakkan image syarikat anda sendiri dalam tidak diketahui. namun seperti Tuhan yang mengizinkan apapun kehendakmu, "Ehsan" sering sahaja jadi alasan kenapa "sang Celaka" atau "Perogol" atau "Perompak" bahkan "Penagih Dadah" itu maseh melata dimana-mana,

"kenapa tidak dibuang-buang aja ke keranjang sampahNya?"
.. yang kita sangkakan itu Neraka,

dan didalam berkata demikian rupa, ambe tertanya-tanya jualah.."apa HAK kita untuk tentukan orang yang tertuduh,dituduh atau mengakui dirinya adalah Penjahat yang seumpama Dajjal sekalipun untuk Hidup?"
sedangkan kita bukanlah Malaikat apatah Tuhan, bahkan Manusia yang Wajib ada Cela pada dirinya..

...menyambung akan nasibnya seorang Sahabat ambe, yang 2 tahun kelmarin sudah pada kehilangan Ayahnda beliau. beberapa minggu sebelum diketahui keadaan Bondanya yang diserang "Silent Killer" iaitu cancer. yang sudah tumbuh sepanjang 9 cm diluar dinding Hatinya. dan mengetahui itu pun sudah cukup mengejutkan semua orang yang mengenalinya, kerana physical Bondanya itupun maseh bertenaga..maka diikhtiarlah akan mengubati sakit tersebut, memohon consultation dari merata Pakar yang akhirnya mendapati bahawa kondisi tersebut rumit, memandangkan membuat treatment Chemotherapy itu tidak boleh..disebabkan ketahanannya sebagai orang Tua membuatkan ia tidak mungkin dapat dilakukan, jangankan menyebut Operation untuk membuang Tumor yang juga adalah option yang sukar..oleh kerana tekanan darah yang kurang menentu serta kondisi kencing manis juga.
yang tinggal hanyalah meneruskan medication dan meng apply injection direct kepada Tumor tersebut. walaupun Doctor tidak dapat menjamin apapun untuk baik bahkan memberi amaran berhati-hati kerana silap sedikitnya itupun akan menyebabkan stroke ataupun sakit yang malah lebih parah, pada masa sama akan menyingkat kan jangka hayat yang di anggarkan oleh doctor.

menerima kenyataan sebegitu pun memerlukan ketahanan yang tinggi lagi jati. anda bersabar dalam menguasai fizikal..mengawal tangan atau kaki, dan sebagainya.
apatah menjadi lelaki yang "iron"-MAN, "spider"-MAN, "bat"-MAN ataupun mungkin anda memilih inspirasi "cicak"-MAN atau "keluang"-MAN..
itu adalah tetap Inspirasi menjadi seorang lelaki seperti apapun anda ingin jadi secara subliminally/tersirat..kerana memang jelaslah menjadi lelaki itu pun menjaga,membela dan berkorban demi anda yang wanita. Suami mu itulah Super hero yang sejati..

dan Sahabat ambe ini pernah menjadi Superhero terhadap Anaknya yang dua, dilarikan dari seberang Negara Asing dan selamatkan anaknya dari di baptis oleh Kristian. namun adalah amat memilukan bagi ambe memerhatikan bagaimana anaknya kini yang sudah tua namun memberi semacam "penghargaan" yang langsung tak ada kena mengena dengan Ke Agama an..

bagi ambe lah, bila fikirkan secara kotor, baik tak payah bawak balik pun..jika dah tahu hari ini nya sudah begitu.

itulah Kesah Benar, dan oleh kerana alasan Sahabat ambe itu orangnya yang sangat terkenal dengan superpowernya yang SABAR. beliau maseh dan tetaplah memilih jalan diam untuk menjawab semula pri-laku mereka kini..apatah memerhati kan keadaan anak-anak nya yang kini secara tersiratnya cukup memusingkan kepala, entah apa-apa ajalah semacam event keraian pula bila memerhatikan keadaan di Hospital semalam dan kelmarin dahulunya..

inilah Pesta Sakit Hati..dengan melihat Nenek mereka yang MEMANG sakit cancer Hati. maka seolah-olah jadi ikut-ikutan pula pada cucu mereka juga..perbalahan dan perebutan tempat untuk tidur pun jadi Issue, teguran sinister pun jadi Issue dan banyak hal lah.
malah bila ambe tanyakan kepada Sahabat ambe itu, dia cuma katakan "Take It Easy"..

betapa SABAR nya dirinya, walhal Bondanya yang terlantar diatas katil hospital dengan keadaan tak dapat dijangka bagaimana dan apa akan berlaku seterusnya..
sambil tenang sahaja meratah "butey kichi" atau butir kuachi sambil berbaringan..

oleh kerana dikatakan seorang Sahabat itu cermin bahagi diri, ambe pantulkan dirinya pada ambe..
yang malahan jauh untuk disamakan malah banyak dibezakan,
Sahabat seperti Raja Bahrin adalah teman yang paling baik pernah ambe kenali..

dan pada malam Selasa ini buatkan ambe begitu kuat mengimbas ulang pengertian SABAR. dan sebab utama seperti apa sebenarnya ambe perlu berpaut agar SABAR dan terus ber-SABAR..

beliau hilang berpuluhan project nya di Terengganu kerana conflict orang Emas-emas "tak berkenan" maka semua proposal, tender ataupun kertas kerja di negeri kelahirannya sudah berjaya di terminate.
akhirnya terpaksa di carilah sumber rezeki halal diluar..walhal memilih untuk makan wang balak, wang rasuah atau wang mudah...itu senang-senang aja untuk dilakukan sepertimana saudara mara lainnya tlah lakukan..hingga memakai kereta mewah,rumah banglo dilengkapi kelengkapan sebesar-besar hal..

beliau masehlah "orang bodoh" yang memilih kesabaran jauh dari itu..

dan memakan masa hampir sahaja bertahun-tahun lamanya untuk berusaha setaraf dengan orang lain.
hingga apapun anak-anaknya mahukan, inginkan dan perlukan jadi priority utama dalam usaha menunaikan..jikalau anaknya hanya 2 orang atau 4 orang sudah kira ok lah juga..ini tidak, ada 8 orang keseluruhannya yang masing-masing punyai masaalah yang rumit selagi usia itu meningkat semakin banyaklah karenah yang hendak dilayan.
walhal kebanyakkan daripada mereka sudahpun Baligh dan sepatutnya Matang. hatta anak kedua nya sudah pun berumah tangga..apa itupun maseh perlu ada tanggungan yang datang daripadanya.
anak tirinya yang sudah bernikah namun terus menerus mencampakkan masaalah sekasar-kasar perkara di ketika yang tak dapat dijangka, dan memaksa Isterinya memujuk Sahabat ambe ni untuk bantu kerana alasan masaalah anak lelaki yang tunggal (hasil dari pernikahan Isterinya dengan bekas suaminya sebelum bertemu dengannya) yang sering diperkuatkan dengan Sympathetic Murahan seumpama "kesian Anak"..hingga pernah sahaja nyaris memburukkan lagi condition di sini sedangkan anak tunggal Isterinya itu menetap di Luar Negara.
kemudian kesah anak pertamanya pula (hasil dari pernikahan dirinya dengan bekas Isterinya dahulu sebelum bernikah dengan Isteri sekarang) yang kerjanya main memanjang itupun malah merisaukan usianya yang sepatutnya sudah mula fikirkan soal pencen diusia yang sudahpun 56 tahun.
anak ketiganya yang begitu pandai, dan pernah muncul diakhbar suatu ketika dahulu kerana kepandaiannya akan tetapi memilih untuk ranapkan impian Sahabat ambe yang satunya ini kerana hanya tinggal beberapa bulan sahaja pengajian anaknya tamat dengan harapan dapat teruskan Syarikat milik beliau, tetapi kerana mungkin definasi "ayah" tak penting, maka dipilihlah jalan yang memedihkan ayahnya sendiri..dan hingga menikah sekalipun, yang terhegeh-hegeh itu tetaplah keluarga beliau sementara keluarga suaminya hanya tahu ketawa-ketawa dan terus ketawa..

atau mungkin anak lelakinya yang ketiga, yang pendiam, tidak reti bergurau dan selalunya dia lah yang trouble-maker. pencipta "record" dalam sejarah keluarga, penconteng arang dimuka dengan tabiat-tabiat yang tak dapat dipakai, kurang ajar dan biadab. bukan setakat itu, anaknya yang ketiga itulah yang turut jua merosakkan impiannya buat kali ketiga, kerana senang-senang aja berhenti belajar dan buat apa dia suka.
dan anaknya yang keempat, yang juga adalah lelaki, yang entah apalah menurut definasi anda tahu, yang bising sini sana dengan perjuangan ini dan itu, kutuk ayahnya sendiri akan tetapi dalam senyap-senyap juga makan duit ayahnya juga..yang juga adalah "anak emas" Isterinya hingga anak-anaknya yang seterusnya, kelima dan keenam itu naik bengkak Hati dengan priority kepada seorang anak lelaki yang dahpun tua atau mengandaikan dirinya sudah berusia dan sebagainya, yang tidak mungkin dapat berdiri dengan sendiri tanpa community kecilnya yang hanya diuji semacam kepimpinan hingga kerja mulia yang sepatutnya diabadikan menjadi usaha yang baik, mendapat perception buruk pada orang lain yang memandang..apa sahaja mungkin anda mampu jawab dan tanya padanya, semua akan dijawab..tak akan ada soalan yang tak boleh dijawab meskipun kadangkala tahu ke tidak apa dia sedang bicarakan entahlah. sedangkan routine harian itu sangatlah basic to the ground, tak kerja, tak belajar..habiskan apa sahaja yang ada dirumah..
sementara 3 anak perempuannya yang terakhir,
ambe fikir dengan penuh rational dan logical ber perasaan, tak perlu salahkan mereka kerana nasib mereka sehancur apa abang dan kakak mereka tlah robohkan..terkontang kanting, itu ajalah boleh ambe katakan..yang sentiasa berada pada condition serba salah sepanjang masa untuk jaga perasaan abang-abang dan kakak yang semuanya "sensitive", kot. (dah macam cerita-cerita orang tua nyanyuk dan nak mampus aja bila ambe fikir-fikirkan)

akan tetapi pokok itu tetap SABAR, dan ke garangan sahabat ambe ini sewaktu dahulu yang memang terkenal dengan panas baran akhirnya kini dilihat begitu drastic nya perubahan dirinya..kesabaran yang diamalkan seumpama itupun dah kelihatan jadinya macam "lantai" atau tanah yang melata, yang sebenarnya dan sepatutnya jadi maksud sebenar mengapa anda perlu bersyukur akhirnya tidak langsung diendahkan..kerana makhluk penyabar ini dipijak, dihenjak dan ditujah-tujah kaki bahkan diludah kepadanya seberapa banyak kalinya untuk anda rasai bagaimana perasaan "Puas Hati".
anda kencing dan berak sekalipun padanya, ia takkan berkata apa kecuali redha dan terima apa adanya kemudian anda expect tanah itu menelan jumlah najis anda sendiri taburkan.

walaupun begitu, example sebeginilah buatkan ambe kagum dengannya..lantas dia tlah Inspire ambe mengesahkan apa sahaja pokok pangkalnya berkenaan peri-hal SABAR.

sepertimana berlaku 6 tahun kelmarin, usaha menyatu padukan kembali keluarga Seorang sahabat ambe yang lain juga diambil. katanya beliau, biarlah susah payah ketika bersekolah menengah dahulu ulang alik dari Seberang Takir ke Kuala Ibai itu perlu menyeberangi Sungai, meredah traffic jam pagi-pagi dan balik lewat malam kerana Tution dan sebagainya atau merempat dengan menumpang orang sana sini untuk hantar dirinya pulang ke rumahnya di Seberang Takir..1 tahun itu bersabarlah jua beliau.
selesai sekolah terpaksa meredah apapun rintangan,
dari scenario dikejar oleh Pihak berkuasa kerana Ayahnya adalah orang berpengaruh,
hinggalah berhijrah dari Terengganu ke Kuala Lumpur untuk menemani Ibunya dan pada masa sama bekerja bagai ndak rak untuk membantu sara dirinya serta Ibunya yang merempat dirumah mak saudaranya,
sehingga menyambung pengajian tersebut ke UiTM untuk beberapa jangka, didalam menyedari Impiannya tercapai akan tetapi datanglah sesuatu Ujian lagi dimana menarik dirinya untuk tidak menghabiskan pengajiannya oleh kerana Ibunya hendak merantau diluar Negara, Sahabat ambe itu tidak sanggup meninggalkan Ibunya hingga terpaksa melupakan Impiannya secara total..sebaliknya memasang Nazam bahawa apa dia lakukan itu demi Adik-adiknya dan Ayahnya yang ketika itu dianggap seperti Musuh ketatnya diatas prilaku terhadap Ibunya yang lampau.

maka setahun kemudian sesudah pelbagai situation "tarik tali" mereka selamat lah pulang lah dengan kepayahan apapun selama itu terjadi asalkan Ibunya pulang kepangkuan rumah untuk bersama keluarganya..bersama semula walau apapun getir pahit susah dilalui..SABAR masehlah SABAR.

walaupun apa sahaja theory atau pertikaian hendak anda lemparkan pada Sahabat ambe ini, biarlah.
asalkan sekarang anda tahu betapa kuatnya Kuasa SABAR.

dan apalah jika ambe katakan Sahabat ambe yang ini pula adalah diri ambe, yang Sendiri?
pastinya anda tidak mudah untuk percaya kenyataan ini yang benar terjadi pada ambe sendiri.

..sebelum ambe pulang ke Tanah Air bersama Bonda, ambe pergilah tunaikan Umrah. dan oleh kerana Umrah kali ini adalah berlainan dimana ambe sendirian, maka ambe ambil lah ruang dan kesempatan menyusuli sirah Rasulullah mendaki Gunung Nur atau Jabbal Nour ditengah malam. kerana itulah waktu Baginda pertamakali melarikan diri ke atas hingga merenungkan apapun sekali Hidup dibawah itu..

ambe pun tidaklah tahu mengapa sahaja tiba-tiba secara drastic perasaan ambe begitu kuat dalam memikirkan hal ber Isteri..Nikah dan sebagainya..maka itu juga Doa ambe yang khusus..
di Jabbal Rahman(dimana itulah tempat Adam dan Hawa dipertemukan kembali) disebelah siang, Jabbal Nour sebelah malam..Madinah jadi tempat kegemaran ambe sementara dihadapan Kaabah itu jadi tempat munajat ambe yang paling tinggi..pengalaman bersendiri ini sebenarnya yang mahal bahagi ambe, kerana ambe tidak terikat dengan program seperiapapun kecuali diri dan bonda ambe..

ambe rindu Isteri ambe, itu ajalah yang mampu ambe habiskan posting kali ini.
itu bukan hal yang main-main atau olok-olok. bukan sesuatu yang berkait dengan seks yang halal pun..

dan bersabar itu tetaplah jalan yang sunyi, kerana tak siapa akan pernah bersabar tanpa adapun Ujian atau Dugaan, Halangan mahupun Tentangan..

dihari ini seawal pagi jiwa ambe sudah bergelora, bergelombang dan diuji sehebat apapun SABAR.
dan untuk mengungkapkan ketidaksabaran itu tak akan ada habisnya, kerana didalam tidak sedar, kita dah di develop dengan mudah dan tradisi tawar menawar untuk kembali pada Tuhan, jika dapat mudah, maka dituntut lagi mudah lah ataupun sekali kemudahan yang paling mudah dari yang termudah itu jadi  sangat dan teramat mudah..

dalam mengetahui SABAR. apakah SABAR itu senang?
mudah lah buat anda yang katakan ia senang, sedangkan orang yang menanggung itu tidaklah anda ketahui berapa ramai tanggungannya, siapa kepentingannya dan jumlah hutang-piutangnya yang terpaksa dipikul sendiri?
itulah mungkin maksud sebenar "kau duduk la tempat aku dulu sebelum suruh aku sabar"..
jikalau anda pikul susah payah tersebut sendiri, sewajarnya anda sudah kunjung tahu bahawa anda sudah selangkah kehadapan untuk mengatasi segala-galanya hanya menuntut keamanan yang tersembunyi.
anda tak perlukan jawapan, melainkan hadir nya Rasa sahaja cukup buatkan anda tenang dengan rasa yang dicampakkan secara Hakikat itu..
apa dengan pemberian itu sebenarnya ia dari SIAPA?
adakah anda KENAL dan berterima kaseh?
dan benarkah berterima kaseh kepada Tuhan itu hanya ucap "Alhamdulillah wa Syukurillah" sahaja?
atau yang terbaik itu mengamalkan kesyukuran dalam laku harian?

SABAR sememangnya SEPARUH daripada Iman. kerana menjadi Islam itupun mengamalkan elemen Kesabaran dalam ke-taatan..anda seorang HAMBA, bukan lagi Tuan.
sementara Iman adalah meyakini eksistensi hal Ghaib yang tidak lagi memerlukan keSabaran..namun memerlukan Tuhan.
Qadha dan Qadha bukan amalan, ia penerimaan.
Hari Kiamat bukan amalan, ia juga penerimaan.
Kitab-kitab bukan amalan, ia juga penerimaan..
Malaikat, Rasul ataupun Allah..ia juga adalah penerimaan..

bukan lagi bersangkut paut dengan Pilihan sepertimana Rukun Islam dimana anda boleh sahaja memilih untuk tidak Mengucapkan yang baik-baik, atau tidak Solat, tidak berpuasa, memilih keruntuhan Corruption dengan mengambil mudah akan Zakat, ataupun pilih TIDAK menunaikan walaupun anda kaya raya setara mana sekalipun..dalam pemahaman ambe sendiri lah, Rukun Iman adalah yang muktamad. yang tetap dan tidak perlukan anda bahas apa-apa kerana ia adalah FULLSTOP.

As-Sabur dari Asma Ul Husna adalah yang nama Tuhan yang paling terakhir jika kita ikuti susunan usul dari asalnya..akan tetapi benarkah yang terakhir itu adalah SABAR sedangkan orang tua anda menantikan kelahiran anda sekalipun itu melalui Berkat ke-SABAR-an? atau anda setelah berusaha keras untuk duduki Ujian atau Exam, hingga hari Examination itu berakhir perkara yang mungkin meluluskan serta memberi jaminan kejayaan itu tetaplah bermula dengan SABAR..

adakah anda SABAR?
adakah ambe SABAR?

ya, anda mungkin manusia yang SABAR. ambe mungkin manusia yang maseh kurang SABAR.
oleh kerana didalam 1000 Hal Ke-SABAR-an..ambe maseh kurang satu,
kerana ambe tidak mungkinlah dapat ber SABAR dengan ke-mysteri-an diri sang "Liv Tyler Bertudung" itu..yang sebulan maseh jauh dari jaminan ambe akan hidup ataupun barangkali ambe mati, segalanya berada pada ketentuan yang sangat pasti iaitu sang Maha Penentu Taqdir.
setelah berfikir panjang, semalam sudah meletuskan kemarahan yang selama ini didiam-diam kan..
dan kemarahan ambe mungkin sahaja bukan terjelma dari perbuatan 100% atau perkataan 100% malahan didalam diri, hingga ia membakar Hati ambe hingga naik-lah darah keparas yang tinggi..dan dada mengetat hinggakan lebih rimas memikir itu dinikmati jua oleh anggota.
ambe marah pada diri ambe yang tidak usahakan yang sepatutnya, sewajarnya dan sebenar sungguhnya..dan pada cuba curahkan pada Sahabat-sahabat ambe yang ada kecuali mendapati tiada balasan.hingga ambe tak pasal-pasal boleh sms "Wei Balaslah" kerana begitu upset dengan diri.

hari ini ambe musnahkan segala kekaburan fantasy, khayalan atau Hakikat, dan pada mengorbankan sahaja lah SABAR yang satu ini kerana diri-nya dalam meyakini bahawa SABAR yang menanti dihadapan itu adalah SABAR yang paling hebat, instead of menikmati nya sendiri..mengapa tidak dialami berdua agar dicantumkan kesemua itu menjadi satu akhirnya dengan Izin Tuhan, bersatu lah akhirnya..

dan pengorbanan ini, mungkin permulaan SABAR yang sebenar buat ambe nikmatinya secara berdua, ataupun mungkin akhir bahagi hubungan yang mulanya pun dengan SABAR.
itu tetaplah selangkah pada tangga terakhir 99 iaitu 100..kerana anda sendiri tahu, secara Umum..nama Tuhan yang "Allah" itulah segala-galanya.

jikalau ambe berjaya, maka ambe tahulah bahawa sifar yang dua dibelakang seratus itu adalah ambe dan dirinya, yang mengadap pada Tuhan yang Satu, berusaha kearah penyatuan dari sudut apa sekalipun baik dari menunaikan kehendak Sendiri agar tidak lagi Sendiri, ataupun berhati sepi yang kini tidak lagi sepi, atau berkalam bisu dalam hari-hari demi mengisi ruang sunyi, atau berfikir kembali mencari siapalah "Ar Rahim" buat ambe sebenarnya,
jika "Liv Tyler Bertudung" itulah orangnya..

ambe tidak akan menyesal dengan apapun jua keadaan atau kekurangannya, oleh kerana sebab utama kita ada pun bermula dengan SABAR juga.

maka anda mengenal kebijaksanaan melalui Ya Rashid Nya, kerana mengenal Ya Waris itulah mewarisi amanah-amanahNya, agar Al-Baqi lah dirinya kita di akhirat nanti dimana, yang kita dirubah oleh Allah yang Maha Badeq, demi Ya Hadi nya..
dan menyusuli makna-makna dari awal kesabaran itu pun anda tahu, Asmaul Husna itu sebenarnya Jalan Bertuhan..kerana Tuhan itu tetaplah Maha-maha bahkan sejuta kalinya Maha dari kita..

tanpa Ar-Rahman dan Ar-Rahim di angka Pertama dan Kedua.
SIAPALAH KITA? yang bergandingan demi tujuan kenal-mengenal...

prihal SABAR, mohon bertemukan titik akhirnya buatkali ini disini.

KBD