Sunday, November 6, 2011

SENDiri

hujan turun lemah lembutnya.
lalu Apikalam ambe pun rebah melelapkan yang menjulang..meninggalkan beberapa bintik bara sahaja.

lalu ambe sedar, setelah imbas segala apa ambe pernah lakukan dan sedang ambe lakukan..
reality nya, itu kerja orang Gila..orang Kurang Waras.
dan tiada posisi ambe yang khusus di tempat Circle of Friends manapun kerana yang ambe tahu Dunia itu Bulat dan berputar pada Segi Empat paksi Kaabah.

maka ambe tak pilih Khusus untuk berkawan dengan siapa untuk jadi apa, hanya ready made cuma tambah air. Puff! Magic! maka ambe la tepung cucur Adabi pada ketikanya.

kelakar? ya, iyalah..kerana itulah biasanya kerja pertama ambe selain dari menabur benih sarcastic sepedas cili api didalam deria rasa hati antaranya.
ambe produce lawak jenaka hingga membodohkan diri sampai ia terbina dengan penuh majestic agar mereka sudi tekan butang Like pada diri ambe, reality atau di alam maya..itu tetap kadar dan kerja yang sama.

"memahami" manusia itu adalah objective bahagi sesuatu bidang yang mereka kuasai atau bakal kuasai..kerana itulah Jana Kuasa Kehidupan yang akan memberi peluang kepada mereka yang lain ingin kembali sedar akan kepentingan Hidup dan Mati dan membuka ruang bahagi mereka yang lain menebus salah dan silap sebelumnya, sama seperti ambe hanya tak serupanya adalah ambe akan rasa lebih bersalah dan sangat silap jika ambe tak tegur dari membiarkan begitu sahaja.

Politic Hidup ambe yang ada untuk diberikan semula itu cuma satu,
memberi ambe fahaman bahawa yang terbaik itu adalah mereka atau anda..bukanlah ambe, kerana contoh tidak baik itu dah jelas mereka yang kenali ambe nampak tiapkali bertemu ambe dan sudi membakar masa bersama ambe.
ambe dah lama commit diri menjadi orang bodoh dan tak berguna, yang buat kerja berkongsi pada dinding hitam yang sepi ini lalu beri nama Apikalam.

dan bukan disitu aja titik noktahnya,
bahkan ambe di cemuh, diperas ugut oleh sesetengah Pihak kerana menggugat "air muka" atau "aib" orang lain dan menerima pelbagai soalan yang ambe cuba lah perah fikir agar setidaknyapun ada sedikit pendapatan Otak untuk dibahagi-bahagikan..

buat para pembaca yang setia hingga hari ini, mereka dah jelas bahawa apa sahaja ambe turunkan itu purely datang dari Kesah Benar ambe,

pernah satu ketika ambe begitu terkesan dengan sebuah cerita yang sedih, maka ambe segeralah buka Notes pada Iphone ambe dan segera menulis:

"true story will inspire us to be more "Human" and realistic with greater depth in Life accepting everything for Love, doing anything for Love and giving almost nothing in return for Love."

kerana ambe fikir Impression pertama yang dijernihkan oleh perasaan yang tidak terkawal itu sangat perlukan

maybe i am out of my mind, but it's almost done..
one day, i'll be gone. PROMISE.
so everybody will have that someone,
because not many of "them" needs me,
they only need the Truth to Love, not committing themselves in Love for the Truth.

perkara yang luar dari fikiran,
sememangnya banyak yang ambe lakukan..
jikalau ditebarkan jalanya, berpuluh posting pun malah tak akan kehabisan..

namun bilamana mengimbas sendiri ketika hujan turun malam sebegini dingin dan tenteram yang tiada apa barang bunyian bising, sememangnya buat Otak ambe semakin mengecut, lalu seperti bertanyakan pada Akal ambe setelah mengambil seribu satu perasaan yang haru-biru-hampa-hiba-sayu-kecewa,

"apa kau sedia menangisi derita ini?"

dan ambe tunduk, bahkan terhenti menulis kerana "ke-Rahiman" dariNya benar dirasai.
membuatkan seorang Lelaki ini makin samar kelakiannya,
makin luntur kegagahan serta kesombongannya yang dinamai "Ego"..
lalu ambe tak dapat menahan betapa sebaknya diri,
betapa terharunya perasaan "dipilih" ini yang realitynya memang disisih secara Zahir mahupun Bathin.

ambe kembali seumpama seorang bayi yang bahasanya menangisi apa sahaja prilaku yang disambut "Dunia"..
semua berlaku kerana Keluarga yang gah namun reput dimakan zaman,
Kawan yang semakin surut demi pedoman,
Rakan yang seolah-olah berkerut kerana perkhabaran,
Sahabat yang diseret oleh tanggungjawab yang "berlainan"..
Adinda-adinda yang ada seperti lari dari pesanan demi pesanan yang sejujur sungguh ambe cuba kongsikan,

sampai ambe sendiri merasakan bahasa tingkah laku semua itu sama seperti para pembenci ambe yang sungguh setia bertanya "Apa dia mengarutkan?"

inikan pula menceritakan soal Teman. yang dipanggil tak jua muncul-muncul..

selama ambe berada di Studio pun, ambe hanya bertemankan Hantu yang menggangu ambe. oleh kerana Studio ini jauh dan terlalu tingginya memaksa ambe tetap menikmati "sendiri".
bila ambe post di FB, orang tertawakan. padahal itulah yang benarnya.

akhirnya ambe tetaplah disini,
berada di dalam kamar..merindukan orang yang sudah selama pertama kali ambe terpandangnya hingga kehilangan hampir keseluruhan kawan,rakan,sahabat,adinda yang ada hanya kerana sudah mengesyakki ambe semakin gila.
jika ambe gila yang disinonymkan pada laku "kurang waras", jadi adakah mungkin Apikalam hingga kali ini sudah mencapai 99 post, kemudian segala kegiatan ambe membantu Keluarga, berjuang bersama Dendang Anak ataupun berkerja sepenuh masa berseni dimana-mana, maseh lancar dengan izin Tuhan?

apapun, ambe malaslah ndak bahaskan issue gila atau tidak, kerana jika dah sekali dikata gilapun sampai bila-bila pun orang akan ingat, sama lah dengan soal orang Jahat atau Jahil seperti ambe.

si dia mungkin seorang yang halimunan dalam hidup ambe,
namun sering kali dirinya hadir dalam mimpi ambe tanpa ambe ingat atau fikirkannya pun sebelum ambe tidur. jadi apa Logic kah Otak dapat menjelaskan ini hanya untuk kuatkan statement bahawa ambe tak berbohong?

dan pelbagai lagi incident berlaku pada ambe hingga jadi semakin jelas..diri si "Liv Tyler Bertudung" bukanlah mainan ataupun bayangan yang cuma menghibur ambe dalam gurauan semata-mata.
dan apa ambe sudah berikan padanya adalah yang paling halus jika hendak dibanding pada hubungan yang lalu.

walaupun demikianlah keadaannya,
kenyataan yang patut ambe telan adalah hubungannya dengan lelaki lain pilihannya.

dan belajar untuk meyakini dirinya pada keadaan sebegitu, adalah bukan kerja biasa.
sebab ambe tak pernah mengada-adakan perasaan itu malahan cuba berlaku jujur dengan apapun barang kini ambe lakukan.

begitu jugalah yang ambe rasakan pada yang lain..adalah terlalu luas hinggakan ambe sendiri "lost" kerana memang terbukti SENDIRI. dan post ini hanyalah pelengkap angka 99..
dan permulaan orang yang Kenal siapa TUHAN yang Maha Sabar atau As Sabur itulah dengan berSendiri.

maka mereka akan tetap katakan SENDIRI ITU TETAP INDAH. walaupun kita tak boleh selamanya bersendiri, sudah fitrah dari awal kejadian.. Manusia perlu ber Teman dan ber 2 paling tidak pun.

ini bukan hasutan agar down kan anda yang sudah runtuh segala nya, ini adalah contoh kekuatan yang mampu kita capai dalam bersendiri. terutamanya bergelap didalam terang. ya, sememangnya anda dipinggirkan, disisihkan, diketepikan kerana dianggap tak ada kepentingan bahagi mereka.

itu kata mereka, belum lagi kata baginda ataupun Tuhan sendiri yang sengaja membina perasaan SENDIRI itu hingga anda rasa paling tak berguna pada sesiapapun walau anda cuba sebaik dan terbaik sekalipun untuk memuaskan hati atau melapangkan fikiran kawan,rakan atau sahabat anda dalam sesuatu permasaalahan.

kata-kata yang pernah di quote kan oleh seorang penulis puisi Kristian, William Cowper yang pernah menjadi antara kekuatan spiritual ambe secara pribadi dalam menghadam pemahaman ber Tuhan adapun berbunyi,

"God Works In Most Mysterious Ways"



nanti kalau ada orang tanya ambe, kenapa tak ambil sahaja pepatah dari Ilmuan Islam aja yang ada untuk jadikan alasan Hidup dalam Falsafah,
mengapa Kristian?

maka jawapannya ini, Kristian dah buktikan banyak hal dalam ber Agama itu adalah menyebarkan kemurahan serta kaseh sayang. anda tak dapat nafikan bahawa itu terbukti sangat lebar networking mereka dalam usaha ini hingga jadi sesuatu yang "janggal" bagi ambe kerana Islam ini lebih lah menekan kan hal ini kerana maksud Islam itu sendiri diambil dari kata "Salam".

sedangkan orang kita yang mengaku gila-gilanya Islam, tetapi amalkan concept Hukum dengan apa dilihat, tanpa mempertimbangkan apa dirasa secara rohani masing-masing..macamlah kamu orang yang kutuk Pelacur atau Penagih tak pernah didiami perasaan Gian dalam apa jua sudut hingga Gian itu sendiri mendesak mereka mencuri dari meminta dengan cara yang sepatutnya.

kita kurang bersendiri, itulah masaalah pertama orang Islam hari ini yang berani ambe katakan. Kerana kita dah Perasan bahawa tak perlu itu semua, tak perlu mendalami jiwa penakut untuk berani seberaninya..hanya tahu kata dan marah dihadapan orang ramai dan perlukan crowd untuk sokong apa anda lakukan.

apa yang berlaku pada Isa, jika benar lah yang disalib itu adalah Imam Isa Al-Maseh alaihissalam..adalah satu contoh bagaimana Sahabat-sahabat sendiri BELOT terhadap perjuangan Isa sendiri.
mereka ramai sementara Isa(yang dikatakan orang Kristian lah) hanya satu orang.
akhirnya diseksa dan disalib hanya yang mampu bahagi "Sahabat" hanya tengok dan keluhkan..

cuba kita duduk dan fikirkan semasak-masaknya mengenai scenario ini, apa tidak kurang sama nya dengan keadaan sekarang dan selama ini berlaku?
kita cuma tahu complaint bila dah salah sementara bila sesepekara benda betul cuba ditegakkan, ramai yang tolol hanya tahu ikut telunjuk orang-orang asing atau dengar perkhabaran palsu dan langsung percaya dengan kata-kata itu, walhal media adalah medium atau bahan antara untuk anda pertimbangkan samaada benar atau palsu. 
kepalsuan bukan hanya bersandar pada keadaan juga, pun perlu dipertimbangkan.
apa anda fikir kerja Hukum ini mudah dengan hanya menghukum dengan mata semata-mata aja ke?

walaupun sebagai orang Islam, kita tak percaya Isa itu "Anak Tuhan" ataupun orang yang disalib itu.. Kita sepatutnya Yakin bahawa Isa diangkat ke Langit untuk turun pada Akhir Zaman kelak. 

sungguhpun itu, apa setelah era Isa alaihisalam, Muhammad bin Abdullah tlah melengkapkan kesemuanya kitab yang ada, memberi contoh dan menyelesaikan kesemua tugas-tugas yang dimana 24 yang terdahulu maseh belum selesaikan.

dan tlah subur aman (kononnyalah) tersebar di merata kini setelah susahpayah orang terdahulu..
kita cuma tunggu dilahirkan dan langsung disalut Agama Islam sebagai panduan utama, bila berjutaan yang lain tidak se nasib seperti kita dilahirkan sebagai orang yang Bukan berAgama Islam oleh kerana keluarganya adalah Buddhist, Juddaist atau sebagainya.. dibesarkan dengan "budaya" atau "tradisi" berAgama hingga suatu hari anda sendiri dipertemukan antara kita yang lain, yang konon "Islam"..
anda segera elak dan prejudice langsung kemudian tuduh Kafir ini dan itu, mereka membalas kembali apa anda lakukan dengan menegakkan apa mereka diajar dari kecil hingga ke tahap hanya percaya..

Percaya sepertimana yang berkali-kali ambe beritahu adalah sekadar "Penguji", kerana Percaya itu boleh jadi betul dan tidak betul. ia berubah-ubah.

sementara Yakin adalah muktamad bagi kita sendiri. maka Keyakinan itu adalah yang hanya Benar.

dan itulah penekanan ambe selama ini disini atau diketika ambe berdialog dengan sesiapapun, kerana kita kadang rasa dah Yakin. kemudian rasa itu berubah kerana keadaan yang lain..bercanggah. itu bukan Yakin tapi maseh berada di tempat yang Percaya, maseh.
orang ber Agama, tak kira lah Agama apapun.. mereka bukan nak betul kan diri sementara salahkan orang lain. Budaya Agama mungkin begitu dalam membuat perbezaan, namun Amalan BER-Agama, itu hanya mencari satu sahaja source..iaitu KEBENARAN.

KEBENARAN akan diketahui,difahami,dimengerti bila kita confident sepenuh nya bahawa dah tiada exception lain kerana apa Allah berikan pada nya untuk saksikan Kebenaran itu sememangnya jelas, bahawa Agama itu Kebaikkan kerana ia adalah Susun atur tangga kembali keluar dari Langit menuju dan kembali pada Tuhan.

Rukun Islam sepertimana kita ketahui ada 5 perkara perlu ditegakkan..
jika ambe ibaratkan ia adalah Palang Stucture Kaabah itu sendiri maka anda tahu ada satu lagi Palang yang Ganjil. dan orang Melayu namakan ia Tiang Seri kerana ia berada ditengah-tengah Rumah.

yang ke-5 itulah Haji.

dan seandainya anda memilih untuk berfikir dan memperhalusi Haji, anda tahu bahawa semuanya itu adalah langkah menyusul kembali perjalanan Nenek Moyang kita semua pernah lalui sendiri, iaitu para Nabi-nabi, anak Nabi dan Isteri Nabi.

Bermalam di Mina, ke Arafah, Wukuf dan bermalam di Mudzalifah, ke Mina untuk melontar dan tawaf Perpisahan..

ini semua adalah ritual yang "rewind" kembali bahagi kita untuk menyusuli apa sudah berlaku sebelum kita sendiri ada. dan ternyata simbolic tersebut sah bila pertama kali anda sampai pun pada 8 Zulhijjah untuk Tawaf Haji itupun berada pada kadar Anti-Clockwise.
bermakna kita defy atau lawan arus sebenarnya, orang Islam yang sebenar melawan putaran Dunia sendiri. System ke Duniaan dan malah berwawasan Akhirat, namun begitu memberi kesejahteraan kepada makhluk Dunia yang diamanahkan (kan selama ni kita dah di perasankan oleh Ustaz bahawa Lelaki yang Islam adalah Khalifah) maka laksanakan sepenuhnya tugas dan pulang.

kita umat Muhammad yang sememangnya akan didatangi oleh Imam Mahadi dan Imam Isa Alaihisalam pada paras yang sudah sangat layak untuk dikatakan Akhir Zaman ini,
apakah kita sedia untuk berusaha menjadi contoh dengan memulakan diri menjadi "Muhammad" iaitu Default diri seorang Manusia Contoh paling sempurna. walaupun kita selalu ber Alasan "Kita BUKAN sempurna", "itu Nabi..kita ni siapa" dan sebagainya..
tentukan BILA kita akan berhenti ber Alasan dan cakap banyak untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya..

dan tanyakan BILA itu tiap masa dan ketika anda berjaya membiarkan aja dan teruskan amalan melakukan Salah dan Silap yang sama berhari-hari dan berkali-kali tanpa ada apapun persalinan bagi diri.

ambe cakap banyak selama ni pun dah berapa kerat yang benci ambe, meluat dengan ambe..sedangkan apa ambe sampaikan ni, hanyalah melalui kerendahan diri ambe yang ambe dapat selama berjalan sendiri dalam hidup dan mati ambe sendiri.

barangkali itulah sebabnya mengapa semua orang seperti menjauhkan diri dari ambe, ya..airmata ambe kali ini sememangnya "tak heroic" namun ambe tetap yakin dengan orang yang lari dari ambe itulah orang-orang yang tinggi kehendaknya untuk saksi sendiri dengan keyakinan yang lebih hebat dari ambe dapati.

baik sangka..baik sangka..baik sangka.. biarlah selalunya orang berburuk sangka atau ambe memberi impression tidak baik selalunya terhadap laku orang lain kerana ambe dari dahulu lagi selalu tegaskan, bahawa kita boleh buat lebih baik dari itu lagi..hanya yang mengecewakan adalah kebanyakkan orang tak suka dengan yang luar biasa pada masa sama berusaha menjadi luar biasa sampai result nya menjadi orang yang lebih dari biasa..

ambe akui diri ambe adalah yang Limited Edition, diatas sebab jumlah ramai yang benci, ramai yang mengumpat, ramai yang meluat dan ramai yang kata ambe sombong.
tetapi ingatlah, Limited Edition adalah barang yang tak kekal di Market.

Market ambe adalah Dunia, Investment ambe adalah Masa,Tenaga,Harta bahkan Nyawa ambe risk kan diri dalam apa jua kerja dengan menolak terus kebarangkalian ambe akan beroleh sakit diatas kemalangan jalan raya hanya kerana ambe melintas jalan kerana tak pandang hadapan,kanan dan kiri..
sebodohmana diperakuikan diri ambe pun, ambe melintas dengan berhati kerana ada hati disana hendak ambe ambil bersama dan cantumkan jadi satu. kerana yang diisi itu adalah kaseh dan sayang. Lantaklah apa orang nak kata, aku sayang orang caranya berbeza dan kaseh orang dengan cara yang lain..kerana ambe anggap semua makhluk ambe kenali adalah perumpamaan "Istimewa" dari Tuhan ambe..

dan benar..ambe yang selama ini berbuat apapun tahu risikonya dan faham sangat-sangat bahawa satu masa nanti. Mati itu akan datang. itu Janji yang siapapun tak boleh mungkari.
Walau sungguh memang, confirm, betul, benar, sah kita BUKAN Nabi untuk raih Agama dan kenal Allah taala, akan tetapi dengan bersama kita memang boleh buat kerja Nabi.
apa guna berjemaah jika kita hanya tahu ke surau untuk Solat, dengar Ceramah dan balik lepak di kedai kopi namun hakis semua kerja Mulia kita dah laksanakan baharu tadi setelah Solat atau mendengar Khutbah,Ceramah,Kuliah atau apa lagi majlis Ilmu lainnya? apa kata kita dengan bersama ubah tradisi itu dengan lepak di kedai kopi untuk brainstorming, discuss atau fikirkan bersama kerja kita terhadap orang yang bermasaalah? setidaknyapun apa kita fikirkan, Tuhan dah jamin akan sampaikan bahagi mereka yang memang bersungguh..

ambe berceloteh sendiri disini, ingat tak boring ke? tentunya anda bacapun naik bosan sekali sekala.. 
namun tak dapat dinafikan ada munafaat dari sudut fikir setidaknya pun dari Apikalam yang sudah dari anda practicalize atau amalkan tanpa sedar ataupun sedar.

tahniah kerana anda adalah antara pembaca dan sah orang yang banyak ber Sabar.
kerana melayani contoh karenah orang bodoh seumpama ambe ini.
ambe bersendiri kerana ambe kehilangan salah satu SENDI yang dinamai Rusuk.
yang membuatkan seluruh kehidupan dirinya yang "seseorang" itu menyebabkan ramai naik Iri kerana Nyaris Sempurna dirinya..

selagi Nyawa ada. ambe akan tetap menyalakan Kalam. demi pembakaran Akal yang lebih berkualiti..
post ke 99 tlah selesai terlaksana sempena Eid Adha.

fikirkanlah apa anda sudah Korbankan..apakah wajar dikhabarkan dengan melunturkan nilai Keikhlasan demi Kebanggaan?

atau barang yang sedang anda Korbankan..apakah patut diberitahu dengan mematikan nilai kesungguhan sedangkan ia maseh sekerat jalan?

dan barang yang bakal anda Korbankan..apakah benar Esok itu layak untuk dinilaikan bila anda hari ini pun maseh boleh ragu dengan kadar ketentuan pada apapun yang terjadi hari ini. walhal itu masehlah Rukun Iman yang ke-6, belum ke-5 apatah BENAR ber Iman pada Allah sedangkan dengan Makhluk pun anda maseh failed.

Nak cakap apa lagi kan? SEMBELIH lah kepentingan sendiri, kerana tetap kepentingan itu akan datang pada anda dengan memberitahu "maseh banyak alasan lain untuk lebih dipentingkan daripada diri anda seorang, yang tak pernah ada kesungguhan berusaha membanggakan Nabi, Rasul bahkan Allah sendiri dalam berkerja apa pun"

anda rasa dah complete atau sempurna?
kenapa tak duduk aja di Syurga?

kita semua belum sempurna selesai segalanya..itulah Alasan Utama Hidup disini. 
Tanggungjawab, Tugas dan Kerja.
Buatlah dengan Kepala,
Bercakaplah dengan Mulut sebaik rasa,
dah tentu Hati anda pun akan diperlihara..kerana ia berisi Kaseh dan Sayang, dari Tuhan buat semua.

biar kita baik kerana kita ndak Islam itu tidak lagi disalahfaham kan seperti apa sejarah telah beritahu kita,
bukan kita baik kerana kita memang ndak bidas orang lain yang tak sehaluan kerana dari awal dah lain Ibu dan Ayahnya.

buat baik kerana anda tahu Baik itu bermula dari apa yang anda Yakini Benar. bermula dari Hati.
yang anda rasai Aman itu dari amalan Suka,Sayang,Kaseh serta Cinta.
kenapa tidak beri mereka yang kurang bernasib baik seumpama kita(kononnyalah) semacam "sneek preview" pada perbuatan kita.
dan ketika bersendiri itulah ambe dicampakkan Yakin pada Fikir bahawa tidak menjadi hal yang salah memberi tahu apa yang ambe Yakini terhadap sesuatu itulah bahan Fikir bahagi yang lain juga. kerana dengan cara sebegini sahajalah kita dapat melihat dan memahami bahawa Agama itupun dah berapa banyak adanya, Islam antaranya dan setelah kenal Islam inipun buat ambe maseh belum dapat temui titik noktahnya..kerana sememangnya ia banyak Mazhab, banyak element pemahaman yang sepatutnya difikirkan cara untuk satukan kembali dibelakang satu Imam sahaja.

hari ini soalan yang paling ambe ndak anda consider kan adalah mengenai SIAPA IMAM BESAR DUNIA bagi Umat Islam hari ini?
jika Kristian pun ada Pope yang paling tingginya, Buddha pun ada....

mana Imam Sebenar kita?

berpuluh Perkampungan atau Daerah dalam sebuah Negeri ada dilantik Penghulu sebagai Pemimpin Kampung-kampung, tak juga Imamkan Solat orang-orangnya, ditolak pada Imam yang di iktiraf oleh pejabat Agama lah alasannya..padahal sesama rakyat pun tak digauli, bermakna yang bawa orang dalam bahtera yang sama itu pun tak kenal Nakhodanya..jadi apa tujuan berlayar?

berbelas Negeri dalam Malaysia pun ber Sultan, boleh kata tak semua dari Sultan itu mengimamkan Solat Rakyatnya,
dalam Negara adanya pemimpin yang bergelar Agong..Masjid Negara pun hanya maseh di belakangi oleh "Imam Besor Gegor" Pejabat Agama. seorang Pemimpin tu kan Wajib pikul semua dibelakang nya? kenapa tolak orang lain jadi Imam? Rasulullah pemimpin semua Umat termasuk Jin dan Manusia bila Solat pun jatuh Wajib baginya menjadi Imam..

atau Nusantara kita, apa ada Imamnya? pastilah ada satu Imamnya.
Dunia? mestilah ada.

dah tu kita kan selalu kata "Kita Bukan Nabi"..
dah tahu kerja Nabi dan Rasul bukan Mudah, maka bahagi-bahagikanlah agar ada satu Stucture yang lurus. Kampung-Daerah-Negeri-Negara-Benua dan Dunia..baharu mudah tanggungjawab itu dipikul bila dah macamtu.

tapi kenapa macam ni dah jadinya? kerana kita fikir Agama ni scope nya untuk Negara dan tempat kita aja kot sambil beranggapan bahawa Nabi hanya buat usaha di tanah Arab aja..dah tu, Nabi Sulaiman sampai utus rakyatnya ke Nusantara kerana ndak kumpul hasil bhumi di Sumatera dulu tu apa?
Nabi Nuh letakkan beberapa golongan orang di Puncak Gunung di Sumatera tu apa?
atau kerja Wali-wali dari Mekah turun ke sini buat apa?
anda fail dalam Sekolah bab Sejarah?
ambe pun fail bahkan meluat..
namun jangan lah fail dalam kehidupan untuk mengenal Sejarah kita sendiri, hingga mengarah semua kembali balik ke Adam hingga Allah taala. Tuhan semesta alam.

ini lah = hasil bahagi orang yang ber SENDIRI.
anda fikir tak mampu capai untuk begini cuba belajar Ikut dan taat apa yang dikatakan dan hentikan soal menyoal.
jika anda fikir anda mampu capai yang lebih baik dari apa ambe sampaikan, Ikut cara ambe dan apply lebih baik dari apa ambe pernah lakukan..
kalau anda fikir anda tak tahu ndak pilih yang mana.
duduk dalam bilik tidur, berfikirlah dengan Diri anda dengan SENDIRI itu.

kerana SENDIRI tidak akan berkata apapun kecuali anda lakukan sesuatu..Berusahalah jika hendak Hidup, dan gandakan Usaha jika hendak Mati dengan senang.
itu ajalah rumusnya.

bahagi ambe, "Liv Tyler Bertudung" tetap bersendiri walaupun dia ramai kawan,
ramai orang minat dia.
atau sudah ada teman. dia maseh ada satu titik hitam yang mengatakan bahawa dia maseh sendiri.
maka seperti anda, dia perlu buat keputusan adakah Sejarah Hidupnya menuntut dia untuk berhubungan secara ordinary atau biasa daripada berhak menerima kehidupan yang outer-ordinary atau luar biasa.
ambe yakin "sendiri" bahaginya itu akan lenyap bila ambe sah buatnya diatas perasaan yang sememangnya dirinya ada sesuatu yang perlu dipulangkan kembali pada ambe.
Wallahi, Wanabiyyi ambe berani bersumpah dan tidak sesekali menyesal diatas kehilangan berapa ramai lagi orang yang sudah menjauhkan diri dari ambe atau melarikan diri dari ambe.

sebabnya, memang ternyata dari zaman budak hingga kini, ambe maseh ditempatkan oleh Tuhan satu kawasan yang besar dalam hidup bahawa ambe sememangnya Sendiri.
biarlah Fadhilah Khamsah sekalipun kata ambe tak mungkin sendiri atau cuba ubah persepsi itu untuk percaya bahawa adik beradik ada, family ada, kawan ada dan bla bla bla..

bukankah "Sendiri" itu buatkan Manusia berpasangan untuk rasai bagaimana Hebatnya ber Satu?
dan itu yang ambe rasa terserlah sepenuhnya,
walaupun memang ambe adalah Pengecut Pahit bila bercakap bab Nikah ni..

dah sampai masa ambe ber-Hijrah ke arah itu. dan antara 7 Jodoh yang sudah ditetapkan oleh Tuhan bahagi kita dalam seumur hidup. ada 4 Pilihan yang Nabi persoalkan pada tiap kaum Adam yang bergelar Lelaki sama ada sanggup atau tidak berpoligamy?
ambe rasanya tak perlu 4 Isteri untuk katakan ambe adalah Hebat,
jika 1 Isteri yang sangat Hebat dah ada disisi yang SANGGUP pikul tanggungjawab sebagai Isteri-Murid-Sahabat ataupun Teman paling Istimewa.
kenapa mintak lebih kalau 1 pun dah nyaris di prangi oleh Iblis kemudian ramai antaranya dah mengaku kalah awal-awal sebelum berprang?

dialah angka 7 ambe yang bersebelahan dengan ambe yang bernombor 8.
1987.
itulah tahun kelahiran ambe yang selama itu hingga kini lah ambe bersendiri.
jika anda yang kenal ambe dan tahu siapa orang yang ambe maksudkan sebagai "Liv Tyler Bertudung" itu..apa usaha anda terhadap ambe? apa patut ambe di bantu? atau masehkah anda sanggup biarkan ambe bersendiri sedangkan anda selama ini ambe cuba sedaya upaya untuk fahami erti sendiri yang sebenar?

Tulus dengan Diri. apa kita Curi.
Ikhlas dengan Sendiri. anda akan temui apa yang di Cari.

sementara ambe maseh mencari dan tercari-cari dimana dirinya pergi, dan bila sampai seru itu benarlah..tidak akan ada Penyesalan atau Keraguan.

dengan apapun kerja, yang pastinya Tuhan akan Nilaikan.
kalau dengan penilaian orang pun anda failed, jangan cakap pasal berTuhan lah..
Allah maha berkuasa dan maha penilai..
kalau apa ambe sampaikan selama ini salah, biarlah Tuhan Hukum ambe.

Alasannya?

kerana Hukuman Tuhan lebih dan maha berat dari apa manusia dapat lakukan.
yang pastinya Sendiri akan menanggungnya dan Apikalam ini hanyalah sekadar penyampai khabar yang sepatutnya anda fikirkan yang datang dari ambe yang juga maseh tunggal.

bahagi anda yang baharu 1st timer, diharapkan baca ulang kembali semua yang pernah ambe post sebelum kata apa-apa, atau soal apa-apa kerana mungkin soalan itu sudah terjawab melalui perkongsian ambe.

apa yang penting disini,
ketahui, fahami, mengerti dan kenali lah apapun dengan BERSENDIRI.

KBD