Thursday, November 10, 2011

TUAH & TUHAN


Possibilities rely on Luck to make things happen, Without effort..there is no such things as Luck, we are never that Lucky enough to say everything is never Impossible. Faith is another terms of Luck, it is chosen for certain people for certain things to work. Eventhough the similarities between Faith and Luck is, they never did combine as 1 word whilist it was spelled differently..

Ditafsir pemahaman ambe yang pernah digarap dahulu pada Notes Iphone ambe:
Kebarangkalian bergantung pada Tuah untuk membuat perkara berlaku, tanpa usaha..tidak akan wujud sekalipun ayat Tuah, kita bahkan tiada akan sesekali seorang yang bertuah apatah berkata segalanya tidak mustahil. Kepercayaan adalah terma lain kepada Tuah, kerana ia adalah Pilihan kepada orang tertentu dengan tugas tertentu agar sesuatu kerja itu selesai. Walaupun persamaan antara Percaya dan Tuah ada, mereka tidak pernah bergabung didalam 1 kata atau terma yang khusus apatah lebih jelasnya ianya di eja dengan cara berlainan..

Bermakna ia tetap berlainan.
Dimana kata “Percaya” itu dirujuk dan apa pula maksud “Tuah” itu dirujuk sebenarnya?
Ini yang ambe ndak kongsi kan kepada anda, sebagai satu bahan bakar fikir hari ini..

Percaya adalah suatu yang diajak tumpu padanya beramai-ramai, contohnya:
Anda dan rakan sekerja anda sedang menguji seorang staff baharu dalam Syarikat anda dengan meletak sejumlah wang di atas meja.
Berlakunya Ujian tersebut kerana ada ura-ura mengatakan bahawa staff itu dibuang dari kerja sebelumnya kerana pecah amanah. Curi duit syarikat.
Tetapi sayang sekali Ujian pertama anda gagal, walaupun memakan masa seminggu akan tetapi keputusannya gagal. Staff itu sememangnya dah belajar dari kesilapannya..itu apa anda berdua “Percaya”.
Maka berganti bulan demi bulan hinggalah wallet anda tertinggal di pejabat dan anda meminta staff tersebut, yang overtime bekerja lewat malam menghantarkan dirumah anda. Maka dihantarlah setelah itu anda dapati wang tiada dalam wallet. Anda skeptical dengan staff tersebut dan soal padanya bermacam-macam tetapi ternyata melihat kadarnya serta dengan pemeriksaan rapi didalam bag duitnya apa semua membuktikan bahwa dia bukan pencurinya..
Keesokkan hari, kerana tidak lagi “Percaya” pada staff tersebut atas asbab Curiga. Maka anda minta izin security periksa di rakaman cctv, hingga yang jelas kelihatan pencuri duit dalam wallet anda adalah bukannya Staff tersebut..tetapi Rakan anda yang pada awalnya membuat andaian rambang pada Staff itu.

Ini sekadar contoh bagaimana andaian atau sangkaan dapat menyumbang kita untuk sekadar Percaya. Jikalau setakat andaian yang tidak effect pada perasaan tak apa lah juga, namun andaian tersebut sudah memberi semacam reflection tidak baik pada orang yang anda pun tak kenal seluruhnya lagi.
Apa kah imbuhan “Percaya” itu setimpal dengan apa anda sudah tanamkan bila anda sudah ketahui hal sebenar?

Bila anda kata Percaya, ia maseh ditahap pertimbangan bermakna anda membahagi antara Betul dan Salah. Sebab utama ambe berani katakan begitu kerana hanya bersandarkan “Percaya”..maseh perlukan pertimbangan akan keadaan, suasana dan tempat terlebih dahulu.

Orang Islam di Malaysia boleh kata mereka Percaya pada Qadha dan Qadhar diatas alasan Pemimpin tak reti bahagi dengan adil dan sebagainya. Tetapi Orang Islam di Indonesia boleh kata cara mereka Percaya pada Qadha dan Qadhar itu adalah bukan menyalahkan Pemimpin tetapi menyalahkan economy Dunia diatas keruntuhan matawang mereka. Atau Orang Islam di Abu Dhabi boleh kata beriman pada Qadha dan Qadhar itu hanya bila mereka susah sahaja, kerana yang senang itu mereka 95% sedang raikan..
Ia berbeza, walaupun anda kata Salah sekalipun disitulah sahaja tahap Percaya mampu bawa.

Tuah pula adalah sesuatu yang diadakan oleh orang membawa makna “dijanjikan”..kata orang yang bergantung penuh dengan perkara Tahyul atau Karut, mereka kata barang ini atau orang itu adalah berTuah.sedangkan dimanalah Tuah itu, tetaplah kadarnya berubah-ubah sama seperti soal Percaya. Cuma yang bezanya adalah “Tuah” membakar seseorang menjadi lebih bertenaga kerana Tuah adalah selalunya object atau subject tertentu seperti tangkal, baju, kain, gelang,cincin, batu, rantai dan sebagainya yang berbentuk material.

Tetapi dengan soal BerTuhan, kita sedia maklum bahawa Anything is Possible even the Impossibilities truly appear before you. Segalanya Mungkin dan bahkan akan berlaku walaupun tidak daripada kita menjangkakannya..
Jikalau pepatah Melayu berkata, Tuah Ayam Nampak Di Kaki..Tuah yang adalah Manusia itu tak mati-mati..dirinya Hilang dari kenyataan. Walaupun pakar sejarah ada kata Hang Tuah punya maqam disini atau disitu, ambe berani cabar bahawa itu bukan Tuah. Dan tujuan pakar sejarah katakan begitu hanya untuk tutup buku dan jadikan tempat itu tempat pelancongan yang pastinya akan mengheret ramai orang untuk pergi sana…kesian, ramai kena tipu.
Kerana Hang Tuah hilang, ghaibkan diri..lalu conclusion otak kita menuntut bukti yang logic apa benarkah itu boleh berlaku? Bagaimana dengan Nabi Allah Isa? yang diyakini oleh kita orang Islam bahawa yang disalib itu BUKAN Isa..maka Nabi Isa kemana? kalau anda tak berada dizaman itu, adalah lebih elok mengambil langkah untuk diam ajalah kerana itu sahajalah yang ambe ambil untuk elak berlawan kalam.

Namun kita tak perlukan Tuah atau Lucky untuk katakan bahawa kita boleh buat yang mustahil jadi tidak mustahil. Seumpama hal kita menjejak misteri kehilangan Hang Tuah, sama aja seperti kita berusaha untuk pakai tangkal ini atau itu agar dikatakan Ber-Tuah dalam berbuat apapun.
Iktibar Hang Tuah yang diberitakan kepada kita adalah Iktibar yang jelas, bahawa setaramana pun tinggi perkasanya atau sohornya diiktiraf Orang. Dirinya juga dihilangkan. Walaupun nama “Hang Tuah” itu sendiri adalah cuma Gelaran. Sama seperti Hang Jebat,Kasturi,Nadhim,Lekir..

Tuah ayam itu di ciptakan pada kaki,
jawab ambe “biar kan aja lah”..
kerana itu kurniaan Tuhan pada menatang, jangan soalkan Tuah manusia itu dimana..
kerana Akal pun satu Tuah, Kalam pun satu Tuah, Hati pun satu lagi Tuah, atau Roh yang adalah diri andapun Tuah, berSyahwat pun kira Tuah, apatah berNyawa pada posisi yang tak mematikan lagi..itu pun Tuah..

theory memperkuatkan atau cuba memperkasakan Sejarah Hang Tuah sahaja itu bukan Perjuangan Melayu sebenar, anda baca dan kaji Kitab Hang Tuah dan cuba berbahas dengan orang itu ini mengatakan Tuah itu bukan Mitos, Dongeng, Lagenda rekaan sedangkan anda sendiri belum berjumpa dengan Hang Tuah yang Sebenar, macamana?
Dan adakah scenario seperti ini sama seperti kerja orang menegakkan kewujudan Tuhan dengan menerangkan pelbagai Ayat-ayat yang dipetik sana sini demi memperkuatkan statementnya?
Walhal tak siapapun disini dah jumpa dan naik saksi kepada kewujudan Tuhan sendiri..

Dengan mencerna perbandingan antara Tuah dan Tuhan, itu satu sahaja soalan yang ambe ndak tanya..apa kita ndak ajak orang sama-sama balik kepada Tuhan atau sekadar memberitahu Tuhan wujud dan kemudian anda pergi memporak perandakan hidup orang yang celaru bikin lagi celaru dengan soalan BERAT tu tanpa bantu mereka dengan cara sepatutnya?
Kedua-duanya tetaplah ada kerja Murni namun satu sahaja pilihan yang perlu dibuat.
Yang mana kerja kita?

Maknanya disini, anda sememangnya BerTuah. Hanya kita maseh dalam perjalanan untuk practicle kan kehidupan yang berAgama agar kita faham dan mengerti bezanya ber Tuhan dengan tidak berTuhan, kerana sememangnya kita perlu mendayagunakan kecanggihan kurniaan pada diri yang serba berTuah ini untuk dikembalikan pada Tuhan.

Anda fikir berTuahkah anda kerana diberitahu begini?
Balas dengan Syukur pada kerja yang anda fikir anda perlu, kena dan wajib buat..cukuplah, era memuji penulis atau menghentam penulis dah habis lah. Kalau rasa maseh belum berakhir, pergilah memberuk seorang diri dan jangan ajak ambe.

KBD