Thursday, November 10, 2011

99.1 "Liv Tyler Bertudung"


Rasa Bosan,
Mengalir ke dalam..dengan diam,
Bila dipandang dengan peluh pengertian,
Kau berpaling kerana kau fikir kau inginkan..

Bila ku sebut namamu yang sebenar bila bertanyakan rakan-rakan mu.. Dimana … menghilang?
Aku sedar bahawa aku tlah commit satu pembaziran daripada seribu hal lainnya.
Sedangkan aku mengamati namamu itu dengan keistimewaan yang hanya aku sendiri tahu dimana posisi tepatnya.
Kerana itu sengaja aku bilangkan kepada Dunia bahawa “Liv Tyler Bertudung” itu ada.
Meskipun dibalik kenyataan atau reality, “Liv Tyler” yang sebenar itu tidak mungkin akan memakai tudung atau mengabdikan dirinya menyarung Jilbab atau Hijab sepanjang hidupnya. Kerana dia adalah yang sah mengaku seorang Catholic Christian. Dan meskipun dia benar masuk Islam pula dan bertudung sekalipun, perumpamaan ambe terhadap sang “Liv Tyler Bertudung” itu tetaplah yang sudah khusus. Bukan dituju pada “Liv Tyler” sebenar akan tetapi “dia”.

Metaphorically from the very 1st time i witness upon her, that name Instantly came up to me, and gave me that kind of relation between the two worlds im separated with. Dunia kenyataan, zahir, Syariat dengan Dunia yang Halus, Bathin atau Hakekat.

Dengan mengambarkan pada orang ramai betapa menawannya senyumannya yang pernah dilihat oleh Dunia..merata riti Movie, Akhbar bahkan hanya dengan Google sahaja, kecantikkannya atau se grand mana penampilannya dimana-mana itu terbukti, atau mungkin anda akan berasa sangat bersyukur bagaimana ramah dan mesranya diri anda dilayan oleh “Liv Tyler” yang juga merupakan anak kepada Rockers dari Band antara Idola ambe waktu kecil dahulu Aerosmith iaitu Steven Tyler..

Apalah agaknya anda akan rasakan jika satu hari ia Benar berlaku pada anda? Bila difikir logical state itu tak mungkin, pertama tempat yang terang-terang berapa lah agaknya purata orang USA tahu dimana Pasir Raja, Batu Burok atau Gong Badak tanpa mengoogle atau guna Internet untuk tahu? Mungkin tahu Posisi Koordinat Malaysia dan jarak antara Malaysia dengan USA. Namun tak semua tahu ada Negeri tersohor disini, Terengganu.
Kedua bila berbanding tarakan taraf kita dengan Film Star bukan setakat Liv Tyler, tapi Johnny Depp, Brad Pitt, Mila Kunis ke siapa lagi yang ndak berkenalan dengan orang macam kita yang dahlah pokai, cabuk, muka pun ala-ala tukang pecah rumah.
Bila dicantumkan kedua factor yang tidak memungkinkan ia berlaku, anda dah terima dengan tenang..kita cuma bakalan minat ajalah cerita mana seseorang individu itu berlakon, cara pakainya atau cara hidupnya yang kita ketahui lah bila melayari web Hiburan atau Pribadinya atau membeli buku-buku atau majalah mengenainya..

Ayat Tuhan dan Sejarah Wujudnya Nabi atau Wali terdahulu membuktikan kepada kita bahawa Apapun Mustahil. Kerana kita memegang kuat kepada Keyakinan yang tiada batasannya..iaitu Tuhan.
Anda harap pada Makhluk, semua ada Limit. Kerana itulah Makhluk.
Cuba anda harap pada Tuhan..yang tak Logic pun jadi Logic.
Maka katakan sahajalah satu hari “Liv Tyler” sebenar itu datang dari jauh dan ndak berkawan dengan kamu. Pastinya kamu tergamam, terpaku, tak tahu ndak kata apapun kecuali berusaha melayan yang terbaik mampu anda lakukan.
Atau kadangkala anda terpaksa melayan lebih dari apa anda mampu, pinjam duit sana sini untuk bawa si “Liv Tyler” ni ke Pulau Redang dan lepak disana berminggu-minggu kerana dia suka itu. Anda buat dengan kadar yang terhebat yang melampaui kemampuan sebenar.

dari kesah benar ambe, ambe pernah berkaseh dengan seseorang yang dikatakan agak Popular lah di Malaysia, sebut namanya siapapun akan tahu. Kerana dia di certified sebagai “Bintang” jugalah.
Ambe faham keadaan tersebut yang pada asalnya, semuanya ambe anggap gurauan dan bukan yang serious, tetapi akhirnya semua jadi kenyataan hingga ambe dipertemukan dalam keadaan yang spontaneous.
Hari ni orang tengah tu sms dan esok jumpa.
Begitu cepatnya berlaku.
Dan berlangsung lah pertemuan sampai ambe pun tak reti nak cakap apa, dia datang jumpa keluarga dan akhirnya kerana masing-masing ada commitment yang lain untuk didahulukan. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berpisah secara jujur..walaupun antara kami akui, sakit. Namun itulah pertemuan yang tidak berada pada tempat yang betul dan masa yang tepat. Not at the right place in the right time.

Setelah berakhir itu semua, ambe bandingkan dengan hubungan lain, atau apa ambe pernah perhati dan lihat apa berlaku terhadap kawan-kawan ambe sendiri..bahagi mereka yang bersungguh, layanan diberikan itu mengalahkan sesiapapun walaupun “artist tahap dunia” sekalipun..

Kita sanggup. Kerana dia Popular dan Established dengan apa dirinya usahakan hingga berada ditempat itu. Maka resultnya lebih dari Sanggup.
Kita buat demi Reputation bukannya sesuatu yang murni seumpama berusaha Jujur untuk kenali Ikhlas.

Nabi Muhammad, andai baginda Hidup hari ini sekalipun..orang ramai bahkan akan berusaha segila-gila dan menjadi sahabat yang paling setia, walaupun terpaksa memijak kepala sahabat lain..mungkin pada tahap mentality kita hari ini, ada yang sanggup buat benda kotor macamtu.
Itu kata kita lah..tapi sayang dan Untunglah Nabi Muhammad dah wafat dan bersama Allah taala. Kerana mungkin sahaja satu daripada seribu sahaja nisbahnya adalah orang Beriman.

Anda cubalah nafikan ambe dengan kenyataan ambe utarakan, tak apa..
Namun itulah yang realitynya..

Ramai berkawan dengan orang yang berkedudukan kerana mereka rasa itu selesa,
Berkawan dengan orang yang cerdik kerana mereka jangka itu buatnya bijaksana,
Berkawan dengan orang punyai Fizikal yang cantik dan almost perfect mungkin kerana itu akan buatnya jantan handsome,hebat atau bertuah..

Bagaimana dengan orang yang tiada reputation yang lebih?
Cacat, hodoh, sakit, bodoh, dan sebagainya?

Bila ambe kata begini, terang-terang orang akan kata pada ambe,
“macamlah bagus sangat Ku Bad ni”..”alah…dia ni apa kurangnya…perasan baik je lebih”

bermakna orang yang terlintas untuk berkata seperti itu dah awal-awal nafikan kelemahannya..padahal yang diketengah kan itu adalah yang waras bahagi kita fikirkan dan tanyakan kepada diri sendiri. Ambe menulis bukan untuk tunjuk ambe bagus ataupun baik, tetapi mengadakan semacam perumpamaan didalam buat apa sahaja yang benar buat Tuhan. Tuhan tak pernah suruh kita Hipokrit bila berada di Dunia, namun keadaan Dunia membuatkan kita tidak langsung Hipokrit dengan perasaan sendiri..membendung keinginan yang tulen asli dari awal kita mahukan tetapi kerana terlampau sukar memaksa kita pun jadi macam orang lain jugaklah.
Kita ikut,
Kita turut,
Kita sanggup..sesanggup-sanggupnya.

Bila satu masa keadaan yang bercanggah herdik kita, kita salahkan Tuhan. Sedangkan Tuhan dah ciptakan Salah dan Betul untuk bandingkan, bukan untuk ambil yang Betul sahaja sementara membuang Salah kerana ia adalah sesuatu yang tak berguna..
Kedua-duanya ada gunanya. Kalau tak ada Salah..apa anda Kenal yang mana Benar? Tidak, kan?
Sama juga pada pengenalan kita pada yang Betul..tak mungkin anda buat benda Betul sekali try dah perfect, mesti ada Silap dimana-mana atau Salah nya..

Akan tetapi dengan Kewujudan Istilah “Liv Tyler Bertudung” bukanlah sesuatu yang sengaja, dirancang..ianya Instant atau Spontaneously.
Tetapi merujuk kembali soal mengapa itu terjadi? Ambe mendapati result yang anda tlah consume dalam pembacaan diatas tadi atau post-post sebelum ini.

Kekaguman ambe terhadap orang yang berwajah cantik ini maseh bertudung, symbolic kepada perempuan yang yang tahu dirinya memang Khas untuk seseorang..itulah Keluarga dan Suaminya.
Dan pandang pertama ambe padanya pun bukan sesuatu yang sengaja ambe toleh dan cari dia, dia hadir dengan satu detik yang membisukan jantung ambe..dan ambe berani sumpah kalau ia suatu statement yang bohong.
Dan terucap pada mulut ambe, “Alhamdulillah”..seperti satu pencarian itu sudah berakhir.

Dia maseh akur dengan soal Agama. Itu aja ambe boleh beritahu.

Jadi anda selama ini tertanya-tanya pada ambe, apa yang istimewa sangat dia ni hingga dimana-mana sahaja ambe relate padanya?

Buat anda, yang kenal siapa dia,
Mungkin saat pertama anda mengambil keputusan untuk ber Kawan sahajalah dengannya seraya menyemai benih yang punya motto atau slogan seperti “Kawan Selamanya” ke apa..itu sahajalah Limitnya.

Yang tak sengaja kenalinya kerana dia adalah Rakan sekerja atau college atau sekolah yang sekelas atau sekuliah atau sejurusan mendapatkan alasan bahawa anda layak kenalinya dan bersamanya..
Atau ingin mengambil memory tersebut sebagai “Sampai Bila-bila” kadanrnya hingga anda boleh beritahu anak-cucu anda nanti “oh dia tu rakan college mak dahulu”.. atau bohong keturunan anda sendiri dengan mengaku “dia ni awek tokki dahulu”..

Apalagi anda yang tidak tahu menahu siapa dirinya sebenar, dimana dia menetap..atau kenapalah Ku Bad ni angau..sawan..gila..ni tak habis-habis ber “Liv Tyler Bertudung” tu je memanjang selama catatan Apikalam ini atau di FB atau dimana-mana sahaja..

Ketahuilah bahawa ambe sengaja membiarkan ia berlaku begini demi menjadikannya contoh, bagaimana sebenarnya seseorang itu ber Cinta.
Gila? memang Gila pun..

Kerana dia kenal Kekasehnya tanpa Kekasehnya itu tahu..
Dia berusaha memberitahu apapun didalam kadar paling diam..tanpa dia sendiri tahu.
Hingga nama “Liv Tyler Bertudung” itu dah dilabel seumpama drama Serial oleh para pembaca..yang dinanti-nanti pada status ataupun Apikalam ambe.
Dan begitulah erti sebenar “Istimewa”..

Seorang lelaki yang sudah tahu bahawa dia sudah pada ingin menjalinkan hubungan dengan seseorang lelaki lain, tetapi maseh tidak berputus asa menyambung kalam dan usaha demi dirinya.

Kerana ambe dari awal, dah ndak dia jadi Isteri ambe. Itu yang pertamakali timbul..nak tipu lagi ke soal Nikah ni, main-main ke?

Ambe mungkin boleh terangkan pada semua bagaimana rasa rindu ini, tapi untuk membahas ketetapan Rindu dan Cinta ambe padanya..itu antara Tuhan ambe, ambe dan dia sahaja yang tahu..

Sama sepertimana ibu anda mencintai ayah anda, atau anda mencintai isteri/suami anda, atau anda mencintai kekaseh walau apapun Dunia katakan..tetap diri anda tlah serahkan pada Cinta..

Semua berlaku kerana ambe yakin Tuhan ambe maha mengerti, maha memahami, paling mengetahui apa yang terselindung pada tiap-tiap makhlukNya kerana Dialah Maha Bathin, Halus dan Perinci…

Dan kehilangan sejumlah besar Kawan,Rakan,Sahabat ataupun Teman dalam process pengakuan besar-besaran ambe disini atau dimana-mana..adalah imbuhannya..
Ambe maklum dari awal hingga akhir bahawa inilah risikonya..

Anda tanya ambe, apa Bosankah Sendiri?
Tidak.
Tetapi ambe Bosan bila memikirkan kenyataan “Liv Tyler Bertudung” itu maseh sendiri. Sepertimana ambe dah garapkan sebelum ini dalam Tajuk Sendiri.

Kata orang Tua,
Jika kita Maafkan satu perkara yang berat untuk dimaafkan,
Tuhan akan temukan satu perkara yang berat mustahil untuk diangkat tetapi diringankan segalanya demi satu pertemuan.

Ambe dah maafkan Musuh yang ada, Tuhan temukan Keluarga Baharu.
Ambe maafkan Kesusahan, Tuhan salurkan satu perasaan yang membangkitkan..iaitulah Syukur sangat-sangat.
Ambe maafkan “Liv Tyler Bertudung” kerana membiarkan dirinya dalam Dunianya..dan ambe Yakin pertemuan itu akan berlaku.

Post ke 100 atau 99 + 1 ini ambe dedahkan panjang lebarkan lagi Al Kesah "Liv Tyler Bertudung".

Akhirkata ambe kali ini,moga anda fahamlah sekarang mengapa dia selalu jadi perbualan ambe.kerana dia Istimewa, seperti anda juga..kerana itu perasaan paling Istimewa ini dikhabarkan.

Dominasi orang BerCinta, mereka cari Kebenaran. Dan ambe dari awal tidak pernah menolak Kebenaran walaupun orang kata “Kebetulan je kot”..ambe dah yakin, Allah itu yang maha Haq. Orang kata lah apapun..itu juga jawapannya.

KBD