Wednesday, November 9, 2011

Theory Tuhan


sepertimana ambe pernah beritahu sebelum ini,
"Tuhan" adalah kata Sanskrit yang bermaksud "Kuasa"

"Kuasa" adalah perkara ke-2 yang establish "Manusia" di alam Nyata ataupun "Jin" di alam Ghaib menjadi yang nyaris Perkasa daripada makhluk yang lainnya..
seperti kaki sebelah yang Perkasa, anda maseh perlukan factor Jabbar iaitu Teguh agar kita dapat berjalan. Kalau setakat Perkasa aja..ya disitu ajalah tempatnya, tapi tak buat apa-apa maseh..
cuba Aziz dan Jabbar disatukan. Pastinya langkah itu senantiasa bergerak kemana sahaja arah kita.

Hanya 2 Makhluk ini yang layak menjadi "Wakil" untuk memberi tahu kepada Makhluk selainnya bahawa sememangnya ada Kuasa yang sangat Berkuasa hingga layak digelar Maha Kuasa,
baik dari segi Logical atau Non-Logical yang melampaui batasan Akal kita untuk fikirkan perkara yang Hakikat.
Teori Keagamaan yang manapun, tidak dinafikan tetaplah yang sama datang kepada kita, dipakaikan kepada kita dengan pakaian Keagamaan mereka, yang mereka anggap itulah terbaik daripada mereka buat kita, sebagai contoh anak yang beranak daripada keluarga yang berAgama Buddha.

Maka dari awal kelahiran, mereka mengajar anak mereka dengan ajaran yang mereka dapat daripada ajaran Buddha mungkin kerana mereka sangka ajaran itu sudah membuatkan mereka cukup percaya diatas sebab mereka terima semacam "Hidayah" atau Enlightenment daripada apa mereka amalkan dari ajaran tersebut. dah tentu-tentunya pula bila disebut "Perjuangan" kita akan tahu bahawa "Perjuangan" adalah risiko yang kita ambil, yang berada pada kita akan dipersoalkan dan dipertikaikan oleh orang lain yang punyai Perjuangan lain..

apakah orang seperti itu Minta untuk berada pada keadaan itu? pastinya tidak kan?
bahagi anda yang Islam lah, apa pemikiran seumpama itu pernah anda beri pada mereka untuk bantu orang lain menikmati Kebenaran BerAgama?

Perjuangan yang bijak akan berakhir dengan pendamaian yang santai sementara Perjuangan yang kurang bijak akan berakhir dengan pergaduhan, yang ambe suka mengatakan bahawa ia adalah relation yang paling hampir dengan sifat Haiwaniah kita.

Ibarat seekor Harimau yang menjaga Kawasannya, yang apabila dihidu bauan yang tidak dikenali, Harimau tersebut akan menjejaknya, dan menggertaknya agar "lari dari kawasan perliharaan aku" dalam bahasanya.
jikalau entiti tersebut maseh berdegil, maka tiada lain caranya melainkan Harimau tersebut akan menyerang dengan agressive kepada mangsanya. kecederaan, kematian atau terselamat, itu sahajalah option yang ada bahagi mangsa.

Kecederaan = 50-50 , Kematian = 0
Terselamat = 0.1 kerana kita tak ada jaminan apa-apa kecuali semuanya bergantung kepada Kepercayaan kita kepada "Tuhan".

sementara disudut Entiti pula yang berhadapan dengan Harimau tersebut pun ada 3 macam Caranya,
pertama itu berlaku Diplomatic, kedua Offensive atau ketiga Defensive.

Diplomatic = 50-50 iaitu cara Anticipate dan Observe Kelemahan dan Kekuatan Harimau tersebut,
mungkin dalam bag anda ada daging, maka anda bayar kelemahan Harimau tersebut dengan menghulurkan padanya maka dengan Kelemahan Harimau yang lapar itu dibayar dengan sejumlah daging mentah tersebut ataupun cara paling sial iaitu menolak sahaja rakan anda sebagai Korban.

cara Offensive = 0 iaitu cara yang paling membuntukan kerana tiada cara lain iaitu hadap sahajalah walaupun fizikal Harimau tersebut berganda dari anda.
maka keputusannya adalah Kematian, Kecederaan atau Terselamat.
oleh kerana menjadi Offensive, itulah technicality menyerah diri 100% kepada Takdir(kononnya).

cara ketiga iaitu Defensive yang resultnya = 0.1 kerana segalanya maseh Mungkin, belum pastinya akan berhasil tetapi maseh berada pada kadar yang "Mungkin".
kerana menjadi Defensive adalah menapis dan membahagi apapun disamping melindungi sesuatu demi sesuatu. Defensive diambil dari kata Defend yang bermaksud membela atau melindungi.

dimanapun situation nya, tetaplah begini.. cuba consider dan fikirkan semasak-masaknya.
ambe yang beberapa hari kelmarin terkena dengan roadblock yang tak dapat disangka, akhirnya terpaksalah hadap sepertimana yang sebelumnya..
walaupun sebelum itu ambe declare kononnya bag duit tercicir, sedangkan bag duit ambe ada dan disorok. itulah Defensive side yang ambe ambil.
kerana ambe bawa passenger, Rakan dan Sahabat ambe bersama dan tersangatlah susah hati bimbang yang lain bersama ambe pun dituduh bersubahat dan bermacam-macam hal lain. dah orang nak kita kena, nak buat camne kan? dia tahu "Kuasa" dia. ahahaha...

setelah berlakon buat-buat cari bag duit ambe yang konon tercicir, ambe disuruh oleh dua brader tu untuk pergi ke Pegawai bertugas yang berada diatas jalan raya sementara ambe dah awal-awal park kereta di samping jalan. ambe pergi seorang diri ke arah Pegawai tersebut namun dua brader tu pula arah ambe bawa kereta bersama passenger ke Pegawai tersebut.
maka ambe start kereta dan langsung ke sana, yang ambe risaukan adalah sahabat ambe yang berada bersama ambe..itu je. kalau cerita diri ambe ni, memang dah lama dah orang "nak" sangat terkena. biar kan je lah yang tu..

namun bila dah sampai di tengah jalan yang di block tu. dengan buka cermin sambil memberi salam, ambe terlepas..hahahahaa...tengoklah betapa tidak consistent nya orang kita buat kerja. ada ke patut lepas orang macam ambe?

namun ambe bukan ndak bercakap mengenai Technicalities lepas diri. tapi memberitahu bagaimana Tuhan pada kita secara Theory.
mengapa soal Agama penting seperti Bangsa, yang adalah Gerbang masuk mengembalikan kita semua ke arah Agama.

walaupun entiti maha Kuasa seumpama Tuhan itu tidak memerlukan Undang-Undang atau Syarat, since Dia adalah Pencipta.

tetapi untuk memandu arah pemikiran kita sebagai panduan Akal,
Undang-undang pertama menjadi Pencipta adalah untuk menafikan apa sahaja Minda Pemikiran dapat menjangkakan, mengandaikan atau menyangka hingga ia dirasakan sangat Pelik dan Mysterious sedangkan pada masa sama kita Consume apa sahaja Product MilikNya.

Steve Jobs atau siapapun para Pioneer atau Pencipta Technology-technology terbaru, mereka perlu fikirkan apa yang berada diluar dari kotak disamping menggunakan apa adanya untuk mencetuskan sesuatu yang baharu agar ianya logic dan terbukti benar.

maka Iphone, Ipad atau Ipod ke apa lagi dicipta dengan mendapat sambutan bagai gilanya orang hari ini consume termasuklah ambe.

dengan memahami kesah Penceritaan orang yang Cipta Lagu, Cipta Buku, Cipta kereta atau apapun perkara Baharu..semua itu dah memudahkan kita, menjadikan semacam taraf atau standard yang hebat kepada Pencipta. menjadikan Manusia itu atau ini sememangnya Supreme..
namun entiti Supreme yang tertinggi dari kata Tinggi kita lupa, mungkin..ia tetaplah Tuhan. kerana itu ada ayat "Maha", sebab Manusia tak boleh melangkah dari kata "Maha" ia adalah Unlimited.


namun sedihnya dihari ini, ramai berusaha keras menjadi yang berkuasa..tetapi natijahnya tetaplah Nothing dari Everything. anda mungkin Datuk, Tan Sri ataupun Pihak Polis namun akhirnya anda tetap end up pada status cara hidup yang memerlukan hal sama, Makan-Minum-Mandi-Berak-Tidur..walaupun bezanya adalah Harga. alah, orang susah pun boleh kumpul duit atau payah sangat, rompak bahagi mendapat sejumlah wang dan buktikan bahawa bab Harga tu sebenarnya tiada masaalah.

mungkinlah, kita lupa Kuasa yang dari awal-awal dah ada pada kita untuk terima dari yang Maha Kuasa.. iaitu membuat Pilihan.

Kata para Ilmuan Agama Islam, Tuhan yang dinamakan Allah hu rabbil alamin mencipta Lelaki dan Perempuan demi satu tujuan, pengenalan.

Pengenalan utama kita ketahui adalah Kelebihan dan Kekurangan, Kekuatan dan Kelemahan.

Lelaki dicipta 9 Akal bersamanya dan 1 Nafsu padanya sementara Wanita diciptakan 9 Nafsu terkandung padanya berserta 1 Akal buatnya.

kita Pilih 1 dari 9 hal.. itu betul.
namun apakah kita Yakin dengan Keputusan itu yang tidak bersangkut paut dengan orang lain sekalipun dalam membuat pilihan itu?

Fikirlah...kerana anda tak perlu melihat diluar untuk menerima semacam pemahaman betapa ramai Lelaki yang macam Perempuan manakala tak juga berkurangan Wanita diluar sana yang sedang membuat kerja orang Jantan.

dimana keadilan kita membuat keputusan?
adakah menyertai parti Politic tertentu dan membuat Undian menjamin kesejahteraan Hidup? dah terbukti sejak tahun 1957 dan bermula Pilihanraya langsung tak membuktikan bahawa Malaysia itu sejahtera bahkan semakin teruk dari sudut pemikiran dan common sense kita.
Pemimpin semakin Bodoh dan sanggup menjadi orang yang paling Bodoh tanpa disedari demi memberi satu Contoh agar dibenci Rakyatnya, kita pula yang sangat Bodoh hingga tak tahu buat keputusan hanya ikut aliran apapun yang disalurkan, biarlah air itu najis ataupun lumpur sekalipun..kita tetap consume semua dan telan semua yang pahit asalkan cara hidup kita tak di ganggu, tak dipedulikan atau tak dicemari..

tetapi kita maseh berada didalam tempat yang sama, makan-minum-mandi dan tidur dengan subahat paling besar pernah berlaku didalam Sejarah.
membiarkan zalim tapi menuduh orang lain zalim...kenapa BUKAN KITA yang Zalim sedangkan kita sememangnya bijak,cerdik,pintar,rajin,pandai dalam apa kita buat dan usahakan.

NAK atau TAK NAK.

itu aja pilihan kita, namun banyaklah alasan..pertikaian..
kita tutup hidung pada kebusukkan datuk-nenek kita yang tak terurus oleh sesiapapun,
kita tutup mata pada kesengsaraan anak-anak kecil kita,
kita tutup telinga pada pesanan ayah-ayah kita,
kita tutup mulut kerana kita andaikan ibu-ibu kita inilah penjamin Bangsa yang hebat,
walhal kita semakin Bangsat.


Posting ke 100 Apikalam mengajak anda semua hanya Fikir dan buat sesuatu dalam kadar bersama, kita tunjuk baik pada Bangsa kita agar orang kenal apa eloknya,
kita buat baik demi Agama kita agar orang faham dimana kebenarannya,
kita laksanakan perintah Rasul demi Tuhan kerana kita betul ndak berAgama diatas sebab untuk cari Kebenaran,
bukan menegakkan Betul diri atau Salah orang lain.

kita mungkin Al-Hakim dalam meminjam namaNya yang Bijaksana,
tapi kita maseh ada Ya-Hakim untuk dihadapkan..

apakah anda BIJAK di SANA? ya? oh, ok. kerana ambe pun maseh BODOH di SINI.
kerana itu tujuan Hidup dan Mati dalam Eksistensi ambe tiap hari..untuk Mati kan seluruh Eksistensi ambe dengan Upacara Apikalam. BAKAR ajalah kepentingan. persoalkan kepentingan orang lain dan usahakan ke arah paling Jujur tanpa bertanya samaada anda Ikhlas atau tidak.
Buat dengan Jujur dulu..jangan Usik la Ikhlas kerana itu kerja Tuhan.

Tuhan perlukan Theory agar ia Logic diterima dek akal. namun Allah taala tak perlukan Theory, kerana sifat Allah taala senantiasa memperbaharui segala hal yang baharu.
hari ni anda kata nak makan di kedai nasi Ayam tu, mungkin anda boleh.
esok belum tentu, kerana tahap Prediction maseh Pending dan belum dapat di benarkan selagi anda maseh belum berada pada esok.
mungkinlah esok kedai itu bankrupt, terbakar,putus stock ayam atau berbagai-bagai Possibilities..kerana Akal dapat menjangkakan semua. sedangkan Allah taala cipta Akal bukan untuk fikirkan kebesaranNya, tetapi memikirkan cara untuk kembali kepadaNya dalam kadar yang paling terbaik mampu anda Fikirkan.

Pilih soalan yang tepat bahagi bertanyakan sesuatu mengenai Tuhan.
anda tanya SIAPA TUHAN,
tapi apakah anda tahu SIAPA KAMU?

Fikirkan.

KBD