Zaman lucu kecil dahulu memang lah buat ambe ketawa besar bila terkenang sendiri. Dan ambe tak pernah peduli apa pandangan orang sekeliling untuk katakan ambe ni orang kurang sedangkan memang ambe kurang baik dan waras adakalanya, itu kan kita yang melakukan dan membenarkan hal tidak logic menjadi relevant.
Bila kita bermain gelar,
“tok mung main basikal tayar 6..” atau main gelar ayah kawan, sememangnya seronok, dalam tidak sedar kita kenal siapa ayahnya walaupun gelar-gelar ni boleh menyebabkan pergaduhan kerana sudah melebihi had.
Salah seorang bahkan ramai benar sahabat ambe, yang marah bila diberi gelaran Haji dihadapan memandangkan beliau cukup bertuah kerana sudah menunaikan Haji namun tegah pada ambe jangan main gelar haji padanya kerana dirasakan belum sedia. Buatkan ambe faham bahawa pengertian Tuan Haji itu sememangnya besar dan contoh dirinya kepada ambe yang mengetahui sudah berkali-kali berulang alik ke Kota Mekah maseh marah pada ambe, bila dihadam akan api tersebut ambe tersentap bahkan mulai sedar hal sama seperti diri ambe sendiri yang cukup berdesing bila orang gelar ambe Raja dihadapan walaupun memang ambe berketurunan sedemikian, bernama Raja dihadapan..namun rasa layak itu tak langsung ambe rasai. Memandangkan dah terlalu ramai saudara sendiri atau kerabat ambe pun yang dah mencacatkan pengertian menjadi Raja itu sendiri.
Setelah meneroka pelbagai perjalanan lisan ataupun pengetahuan, satu sahaja conclusive nya iaitu menjadi Raja itu adalah Pimpinan bagi Rakyatnya, dalam Rakyat yang jelas terdiri dari pelbagai Kasta kehidupan berdasarkan Usaha masing-masing agar Darjat itu diangkat oleh Tuhan sendiri berdasarkan kurniaan atau limpah Rahmat dalam kehidupan pastinya memerlukan satu tauladan atau contoh betapa Ahad nya Tuhan,
Nabi walaupun bukan diri mereka yang sengaja menggelarkan dirinya, diatas fikir mereka terhadap kehidupan ber- Jemaah maka terpaksalah diberitakan, Rasul yang perlu Isytiharkan peranan sebegitu untuk rakyat atau Ummah jelas menyaksikan satu rupa bentuk pimpinan berkuasa.
Tuhan dalam bahasa Sanskerta bermaksud Kuasa. Jika Tuhan tak berkuasa namun itu bukan lah Tuhan. Maka ketetapan itu ditetapkan Tuhan itu Maha Kuasa kerana ia melampaui segala yang baharu pada sifatNya.
Sementara ambe hanya diberi semacam task diatas maksud nama ambe, begitu juga anda yang bernama Ahmad atau Muhammad atau Mamat, rata-ratanya berakar kata dari nama Muhammad yang bermaksud Terpuji. Maka cari lah puji itu berlandaskan nama Ayahnya..yang Abdullah, Abdi pada Allah..
Biarkan sahaja orang mengiktiraf kita, jangan kita iktiraf sendiri kerana itu perbuatan Sombong yang Bodoh.
Menjadi Raja itu kita semua, mempunyai Akal itu Raja buat Badan Kakitangan Lembaga Rakyat Jasad. Itu pun belum tentu kita dapat menggunapakai dengan baik agar dimunafaatkan kearah baik.
Ataupun menjadi Raja dalam struktur rumah tangga, anda adalah penentu apa yang bakal kekal untuk dibawa kesana, bukan anak ataupun Isteri..namun Suami.
Atau menjadi Raja sebenar didalam pemerintahan, baik kampong ataupun Negeri yang ber Sultan serta Negara yang kesemua kita perlu patuh pada satu Agong. Itu sudah pun disedia ajar pada kita oleh orang Melayu dahulu..
Bilamana anda menyangka bahawa yang kuli batak itu adalah Rakyat, anda silap.
Menjadi Amir atau Ketua bagi sekalian Mukminin atau Bahar itu sebenarnya Kuli sebenar.kerana itu kita ditegah benar dan sekeras-kerasnya agar tidak berbuat dosa kerana ia adalah tahap kesalahan paling kritikal kadarnya..yang ambe gelarkan “sengaja”..
Jika awal laku kita ditegur silap..anda lakukan dua kali jadi salah, dikenalkan hukuman ringan namun maseh berusaha melakukan kali ketiga itu jadilah sengaja kerana rata-ratanya kita dah tahu namun maseh buat. Perbuatan seperti itu lah yang sudah tiada kompromi bagi Pemerintah atau Pemimpin, dan menyerahkan Hukuman berat kerana seolah-olah ia mencabar Tuhan.
Itulah Hudud.
Kita hari ini berprang pada Hudud seperti Syaitan dan satu pihak berlagak “Malaikat” mendesak agar ia disegerakan.
Kedua-dua nya ambe kira ada baik nya, ada buruknya..
Namun apa pemahaman dan tanggapan bagi masyarakat yang baharu ndak kenal Agama Islam yang rata-rata hari ini para penggelar diri Islam ini sendiri maseh berprang sesama sendiri, bukanlah berusaha untuk iqram sedangkan kita semua dituntut agar Iqram semua muslimin dengan penuh tanpa harap balasan.
Dan bagaimana kesan Hudud tidak terlaksana pula, apa kita takut pada Tuhan atau Islam kerana kejamnya Hukuman? Persepsi bagaimana hendak kita benarkan jika kita yang dah gelar dan rasa diri dah baik sepenuhnya ini tak beri treatment sama seperti anda terima Agama dan Hidayah?..
Bagi ambe lah, Hudud dihukum oleh tangan orang yang suci, kita sudah suci ke?
Dan adalah tidak adil lah kerana selama kita yang sangka diri dah baik ni terima Hidayah pun dengan penuh halus dan selesa kadar hidupnya, Nabi atau Rasul berada di darjat paling atas pun bersusah payah demi Tuhan.
Kerana itulah ada nya gelaran yang dipertuan Agong, untuk landasan Akal kita pandu bahawa beginilah struktur syariat asas pemerintahan Tuhan yang menciptakan kehidupan dalam Susunan atau Agama. Namun janganlah diibaratkan Sultan atau Agong itu Tuhan sebaliknya diri baginda lah yang akan menjawab semua perihal kita di Akhirat nanti..
Selama ini kita ingat menjadi Pemimpin itu enak lah kan? Dah tahu tanggungan itu maka harap anda tahu lah bahawa was-was terhadap siapa pemimpin anda masa kini adalah seolah-olah anda was-was dengan Tuhan sendiri. Didalam fakta pengetahuan semua orang kot, tak ada manusia yang mampu cipta cakrawala, system surya ataupun Dunia ini bersama intipati-intipati tertentu hingga berkeliaran kehidupan.. maka kita faham itu semua dari Tuhan. Samalah seperti Ketentuan yang diwajibkan orang yang ndak beriman itu faham apa maksud Qada dan Qadar. Itu baru yang ke 6. Belum ke 5 atau 4, 3,2, ataupun Allah yang dari kita hari ini ndak disedarkan diri ni jauh lagi lah..
Karut atau tidak, anda bandingkan lah bagaimana jikalau hidup kita ada pemimpin melebihi satu, dirumah pun anda takkan setuju jika benar dari dahulu Nabi bersabda Wanita boleh berpoligami sementara lelaki tidak. Apa kata anda pula yang berayahkan 4 dalam mengetahui Nafsu yang ada pada Wanita itu sememangnya tinggi, anda tanyalah angan mereka bagaimana jika enggan percaya pada kata ambe ni. Tanya la pada mereka jika suami mereka itu boleh 2 atau 3 atau 4. Pastinyalah mereka sudah angankan berbagai-bagai isi rumah dan kehidupan itu sangat-sangat selesa.. namun itu sekadar contoh lah memandangkan hari ini bahas lelaki yang tak tahu apa asyik sangat berhujah dengan ketetapan Poligami, semua setuju sebenarnya. Sebab yang pertama itu kerana Nafsu, pastinya lah suka. Bohong walaupun sedikit tak suka..mati pucuk?
Maka berhati-hatilah dalam mencabar, bila anda cabar pimpinanmu seolah-olah anda cabar keputusan Tuhan, bila anda tahu pimpinan adalah maseh Hamba Allah, anda dalam masa sama mencabar Tuhan seolah-olah Tuhan itu Hamba bagi anda. Dengan mengetahui reality keberadaan kamu dan kehidupan kamu dari dahulu hingga kini pun banyak Tuhan beri diatas bantuan-bantuanNya..Allah bantu kamu untuk berada di status sekarang, guru atau manager atau apa-apalah. Izin Allah belaka. Namun buruk baik balasan kita pula tetap Tuhan izin dan tunaikan.. sedar lah.
Alangkah mengenal gelar agar diresap ke dalam diri itu sangat merbahaya.
Ambe menyambung Gudang Garam agar diresap Nikmat yang ambe izinkan sendiri,
Orang kata haram kerana mengundang penyakit, makan gula pun kencing manis.
Namun ambe cukup mengerti..Nikmat itu disini maseh seketika, samalah dengan sebatang rokok.
Kita semua kecap Nikmat. Siapa tak nak Nikmat itu bukan makhluk lah..
Kita gelar beruk pada seseorang yang benci Nikmat, dia terasa..sedangkan berukpun ada Nikmat ia yang tersendiri. Walaupun tak berakal, ia me Nikmati kehidupan diatas dasar Tuhan jadikan mereka begitu dan hinggalah mati.
Anda ada Akal, ada Kalam, ada Hati, ada Roh yang baik bagaimana gelarmu pada Tuhan? Allah?
Itu bahasa Arab, Yahudi atau Nasrani pun suatu masa dahulu gelar Allah sebagai Tuhan mereka.
Anda tegah orang Kristian sebut Allah dalam tafsiran bible versi Bahasa Melayu.
Namun anda tak sedar, 99 Nama Allah lain itu dikuasai oleh orang yang yakin gelarkan dirinya Islam.
Selama ini jika orang Kristian tak buat begitu, kita mungkin diantara orang yang langsung tak peduli dengan nama Tuhan pun.
Yang Hamba dan ber Tuan akan wakil Allah yaitu Pimpinan dan Nabi,
Atau Rasul yang adalah pesuruh pada Tuannya iaitu Allah..
Digelar agar difikirkan, menggelar agar dimencerminkan diri semua, gelar sendiri itu salah tanpa yakin.
Kerana hanya dengan Yakin akan buat anda kata, “Iya, aku memang begitu”..
sebagai Perogol, dah jelas dirinya di sungguh-sungguh di tujah Perogol, buat atau tidak maseh belum namun gelar pertama buat diri itu adalah tetap Perogol.
mereka dipenjara kerana tak punya biaya cukup menyewa peguam, maka bertahun-tahun lah mereka didalam Penjara. dibiar bersendiri bergaul dengan pesalah-pesalah lain.
mereka maseh ditegur kemudian akur atau tidak akur sudahpun belajar untuk "Redha"..
sementara dikehidupan luar pula,
kirakan dengan jari berapa ramai lah lagi pesalah yang ada,
tak terlihat bahkan yang sengaja mencari salah itu adalah kita sendiri..kerana dirasakan seperti kita-lah paling suci.
dan laungan kebebasan itu jadi kegilaan..
apa itu BEBAS sementara anda maseh disini?
fahami Gelar & Diri itu,
Hadamkan!
KBD